You are on page 1of 99

KAUNSELING KEKELUARGAAN DAN MUNAKAHAT ISLAM

OLEH
AHMAD SHAMIL BIN OTHMAN M1111223M05 PELAJAR SARJANA KAUNSELING KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) 2011
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 1

Family Therapy: Concepts and Methods

Bab 14 Model-model Integratif

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

b)

Model Terapi yang menggabungkan dua pendekatan yang berbeza ( muka surat 353 )

i) Narrative Solutions Approach ii) Integrative Couples Therapy iii) Other Integrative Models

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

Narrative Solutions Approach (Gabungan Penyelesaian Masalah Naratif)


Ada terapis yang akan menguasai satu lagi model terapi di samping terapi utamanya, dengan keyakinan bahawa melalui pendekatan dwiterapi ini, terapis akan lebih berupaya dan berjaya untuk membantu kliennya. Pendekatan Gabungan Penyelesaian Masalah Naratif adalah model terapi yang menggabungkan Strategic Family Therapy dengan Narrative Therapy.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 4

Joseph

Eron dan Thomas Lund ( 1993, 1996 ), dari Catskill Family Institute adalah pelopor di dalam gabungan ini. Hasil gabungan mereka wujudlah terapi yang dinamakan Brief Strategic Therapy.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

Dr. Joseph Eron, Psy D ialah pengasas Catskill Family Institute dan seorang ahli psikologi klinikal serta berpengalaman selama dalam bidang tersebut. Beliau telah menyumbangkan perbagai artikel dan buku dan telah membentangkan dan melatih individu sehingga peringkat antarabangsa.
http://catskillfamilyinstitute.com/kingston-ny-dr-joseph-eron-psy-d.htm

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

Dr. Thomas Lund ialah seorang ahli psikologi berlesen dan ahli psikologi sekolah yang berdaftar dan berpengalaman. Dr Lund banyak terlibat dengan kanak-kanak, remaja dan keluargakeluarga mereka. Selepas menulis Narrative Solutions in Brief Therapy, beliau meluaskan lagi latihannya dengan menjalankan sesi kepada pasangan-pasangan kesusahan. http://catskillfamilyinstitute.com/kingston-ny-drthomas-lund-psy-d.htm
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 7

Catskill Family Institute Catskill Family Institute ( CFI ) of Kingston, NY, opened its doors in 1981 with the goal of providing quality psychotherapy for individuals, couples, and families using a practical, solution focused approach. Catskill Family Institute is a center for the study of helpful conversations; a place where we continue to explore and promote ways to bring out the best in people, and to disseminate this knowledge to people who would like to positively influence the lives of others.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 8

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

10

Rondout Creek near mouth, Kingston, NY.jpg


Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 11

Kingston, N.Y. - Ulster County Tourism


Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 12

Pendekatan baru ini berkisar di sekitar konsep konsep pandangan yang diingini/ disukai . Antaranya pandangan yang diingini ialah: a) Pandangan yang merangkumi kualiti yang ingin ada pada dirinya dan kualiti ini dapat dilihat pula oleh orang lain. Misalnya: determined, caring, dan responsible

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

13

b) Pandangan ini akan membentuk sifat-sifat atau ciri-ciri yang akan dicerminkan melalui tingkah laku. Misalnya:

I did that ( got into that fight ) because I am cool, independent, able to manage my own affair.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

14

Pandangan yang disukai pula merangkumi harapan, impian dan insentif untuk hidup mengikut gaya mereka. Misalnya:
I want to be different from my mother, who was selfish and critical.

Pandangan yang diingini mungkin tidak ada kaitan dengan tingkah laku sebenar seseorang. Misalnya:

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

15

I may not have done well in school, but I like to think of myself as a hardworking and self disciplined person. I expect to go to good graduate school, even though given my grades, it isnt likely. Manusia akan berada dalam keadaan terbaik apabila mereka bertindak mengikut pandangan yang mereka ingini.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

16

Sebaliknya, manusia akan mengalami kekecewaan dan marah apabila mereka tidak bertingkah laku sejajar dengan pandangan yang mereka ingini ataupun apabila mereka rasa orang lain tidak bertindak selari terhadap mereka dengan pandangan mereka.

Oleh kerana manusia ingin hidup mengikut cara yang mereka sukai/ingini dan mereka juga ingin orang lain melihat yang mereka hidup seperti mana yang mereka ingini, maka mereka akan alami masalah jika keinginan ini tidak berlaku.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 17

Untuk mengatasi masalah seperti ini, Eron dan Lund menggunakan: a) Teknik strategic family therapy; b) Membantu klien mengarang semula cerita mereka.
Mengikut Eron dan Lund, konflik muncul kerana wujudnya percanggahan antara pandangan yang diingini mengenai diri mereka dengan anggapan orang lain terhadap mereka.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

18

Eron dan Lund menyediakan garispanduan berikut bagi mencapai kejayaan: a) Beri tumpuan kepada pandangan yang klien ingini dan juga harapannya b) Caranya ialah dengan memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang klien ceritakan tentang pandangan yang mereka ingini, dan juga kepada apa yang mereka harapkan dari orang lain.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

19

c) Untuk mencapai objektif ini, kita akan lihat contoh case study di muka surat 354. d) Cara Eron dan Lund (1998) lakukan terapi mereka dapat dikesan dari case study yang terdapat di muka surat 355.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

20

Kajian Kes muka surat 354


Di dalam Narrative Solutions in Brief Therapy (1996), Al menjadi murung ekoran daripada persaraan dan mula mendapat penyakit emphysema. Al berfikir bahawa dia masih produktif berguna.Namun dia bimbang kerana mungkin dia tidak mampu aktif seperti dulu dan menganggap keluarganya tidak lagi melihat dirinya sebagai seseorang yang boleh melindungi mereka.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 21

Pemisahan/perbezaan antara keinginan dan persepsi menyebabkan perasaannya sedih dan resah. Keluarganya mula membantunya seperti menyiapkan projeknya dan cuba menggembirakan hatinya. Ini menambahkan lagi kesedihannya. Negative frame yang wujud menyebabkan Al mengaitkannya dengan kisah silamnya. Dia menggambarkan dirinya menurut jejak langkah bapanya yang menjadi begitu teruk selepas bersara.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 22

Apabila Al ditanya bila dia rasa bahawa dia dapat menjadi seseorang seperti yang diinginkan, dia mengingati semula beberapa cerita. cerita-cerita ini adalah berkaitan dengan seorang lelaki yang berasa rapat dengan keluarga ini dan seorang yang suka membantu orang lain. Al juga dapat mengawal dan berhadapan dengan cabaran. Contohnya, dia mengambil keputusan berhenti minum kerana ini memberi kesan buruk terhadap hubungan keluarga. Dia sedar wujudnya jurang antara insan yang dia ingin jadi dengan bagaimana dia bertindak sekarang.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 23

Kajian Kes muka surat 355


Jim menghadiri sesi kaunseling kerana menghadapi masalah rumah tangga. Isterinya masih berharap agar mereka dapat memperbaiki hubungan mereka.

Jim dilahirkan dalam keluarga yang kaki botol. Dia seringkali bertindak ganas terhadap isterinya.
Apabila ditanya bilakah masanya dia rasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang terbaik, dia menjelaskan iaitu semasa membuat
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 24

keputusan untuk menjadi seorang yang siuman dan menjauhkan diri daripada ayah dan abangnya yang kaki botol. Soalan-soalan terapis dapat mengorientasikan semula Jim yang ingin menjadi insan yang diingini dan mencipta suatu percikan motivasi.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

25

Teknik kedua yang mereka gunakan ialah: Explore the effect of behavior.
Terapis mengajak kliennya untuk melihat sendiri kesan tingkah lakunya ke atas dirinya dan ke atas diri orang lain. (Lihat case study di ms 355)

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

26

Kajian Kes muka surat 355 (2) Soal-jawab: T: Bagaimana perasaan tentang diri kamu bila kamu menghampiri muka isteri kamu dan mengancam untuk mencederakannya? J: Tak berapa baik. T: Apakah kesan terhadap Rita? J: Dia rasa takut. Dia tidak mahu bercakap dengan saya. T:Bagaimana pula dengan kamu, Jim?
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 27

J: Saya benci betul sebab Rita tak nak cakap dengan saya. T: How about your kids? J: Mereka takut dan cuba mengelak diri. Terapis memberi perhatian terhadap keinginan Jim.

T: Kamu ingin dalam keadaan terkawal, dan kamu rasa menjadi yang tebaik apabila membuat keputusan untuk mengawal dirinya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

28

Terapis mengingatkan Jim tentang bagaimana Rita amat menghargainya bila dia dapat mengawal tabiatnya. T: Rita memberitahu saya bahawa dia sangat bangga dengan kamu semasa kamu bertanggungjawab dalam hidup. Terapis juga memberi tumpuan terhadap kesan tingkah laku Jim sekarang. T: Kamu tak suka bila Rita tak nak cakap dengan kamu. Kamu juga ingin berbual dengannya dan memahaminya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

29

Teknik ketiga ialah effect question Teknik ini bertujuan memisahkan klien daripada masalah melalui proses externalization . Teknik ini membolehkan klien bercakap tentang masalah tanpa merasa tersinggung. (Lihat case study - 356 )

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

30

Kajian Kes-muka surat 356


Bila Al ditanya tentang kesan tingkah lakunya kepada keluarganya, dia menyatakan bahawa mereka mengelakkan diri daripadanya. Dia menceritakan tentang kejadian baru-baru ini yang mana dia cuba menyodok salji keluar dari laluan masuk ke rumahnya. Lima minit kemudian, dia mula sesak nafas lalu rebah. Bila disoal apa yang berlaku kepada laluan masuk itu, Al memberitahu anak lelakinya telah menyiapkannya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

31

Effect question dapat menunjukkan kepada klien discrepancy (jurang perbezaan) antara keinginannya dan kesan tingkah lakunya ke atas dirinya dan ke atas diri orang lain.
Teknik keempat ialah: Use Past, Present Stories. Terapis membantu klien untuk mendapatkan cerita-cerita lama dan baru yang sejajar dengan pandangan yang diingini dan juga cerita-cerita yang bercanggah dengan pandangan ini. (Lihat case study ms 356 )

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

32

Kajian Kes ms 356


Bila terapis menyoal Jim tentang apakah yang mendorongnya mengambil keputusan berhenti mabuk, Jim menceritakan tentang situasi bersama-sama dengan abang-abangnya yang minum dalam kereta. Jim duduk di tempat penumpang belakang.Abangnya memandu secara tidak berhati-hati. Mereka bergaduh. Jim mendesak abangnya berhenti dan dia pula yang memandu. Sejak itu, dia berniat berhenti minum.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 33

Teknik kelima: Discuss the Future. Terapis akan bertanya apa akan terjadi apabila masalah dapat diselesaikan ( lihat case study ms 356) Al membayangkan masa hadapan tanpa masalah, lebih banyak bersama keluarga, dapat mengatasi emphysema dan tidak turut jejak langkah ayahnya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

34

Teknik keenam: Pose Mystery Question. Soalan misteri ini akan mengajak klien untuk merapatkan jurang discrepancy di antara apa yang klien ingini dengan apa yang berlaku. Soalan-soalan misteri akan mendorong klien untuk bermuhasabah diri. Misalnya: Macam mana X yang mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang rajin menjadi Y, seorang pemalas, dan orang lain pula melihatnya sebagai Z.

(Lihat case study 357 )

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

35

Kajian Kes muka surat 357


Antara soalan-soalan yang ditanya: Bagaimana seseorang yang menghadapi banyak cabaran dan mampu mengawalnya dan menetapkan had yang realistik ( tidak minum ) bertindak diluar watak seorang yang mula mendapat emphysema?

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

36

Teknik ketujuh Coauthor Alternative Explanation.

Terapis akan berusaha bersama-sama klien untuk mencari penyelesaian baru kepada masalah yang berlaku supaya wujud keselarasan dengan pandangan yang dingini. Cara ini akan mendorong klien untuk bertindak dengan cara yang berlainan (Lihat case study ms 357 )

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

37

Akhir sekali, gunalah teknik encourage discussion. Terapis akan menggalakkan klien untuk bertanya dengan orang lain yang penting baginya tentang keinginannya, harapannya dan tujuantujuannya. (Lihat case study ms. 357 )

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

38

ii) Terapi Pasangan Integratif ( ms:358-359)

Neil Jacobson daripada University of Washington bersama Andrew Christensen daripada UCLA memikirkan bagaimana cara untuk meningkatkan lagi kadar kejayaan yang telah diperoleh dalam terapi pasangan tingkah laku tradisional

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

39

University of Washington

UCLA

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

40

Neil Jacobson

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

41

Neil Jacobson
Jacobson dilahirkan di Milwaukee, North Dakota. (1945 2006). Memperolehi Ph.D dalam bidang Psikologi University of North Carolina pada tahun 1977. Sebelum berkhidmat di University Washington beliau bekerja selama dua tahun di Universiti Of Iowa. Isterinya bernama Virginia Rutter dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. 1979 : Menjadi profesor di Universiti Washington dalam bidang psikologi. Meninggal dunia pada 13.8.2006 ketika berumur 61 tahun
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 42

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

43

Andrew Christensen

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

44

Andrew Christensen
Kelulusan : BA Degree dari University of California, Santa Barbara, Ijazah Masters dan doctorate dalam bidang Clinical Psychology

Pengalaman: Pekerja sosial di Los Angeles, Guru Psikology di Grand View College di Des Moines, Iowa

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

45

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

46

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

47

Book Description ISBN-10: 0393702901 | ISBN-13: 9780393702903 | Publication Date: September 17, 1998 | Edition: 1

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

48

Product Details Paperback: 304 pages Publisher: Simon & Schuster (January 15, 2007) Language: English ISBN-10: 1416551336 ISBN-13: 978-1416551331

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

49

Product Details Hardcover: 415 pages Publisher: Routledge; 1 edition (March 1, 1986) Language: English ISBN-10: 0876301995 ISBN-13: 978-0876301999

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

50

Hardcover: 283 pages Publisher: Norton; 1st edition (1996) Language: English ISBN-10: 0393702316 ISBN-13: 978-0393702316

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

51

Product Details Paperback: 333 pages Publisher: The Guilford Press; 1 edition (May 31, 2002) Language: English ISBN-10: 1572305096 ISBN-13: 978-1572305090

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

52

Product Details Hardcover: 731 pages Publisher: The Guilford Press; Third Edition edition (July 3, 2002) Language: English ISBN-10: 1572307587 ISBN-13: 978-1572307582

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

53

Product Details Paperback: 224 pages Publisher: W. W. Norton & Company; 1 edition (June 2001) Language: English ISBN-10: 0393703509 ISBN-13: 978-0393703504

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

54

Mereka mendapati bahawa hasil kajian yang diperoleh menjadi lebih baik bila mereka telah menambah suatu unsur humanistik kepada piawai campuran tingkah laku dalam latihan komunikasi, resolusi konflik dan penyelesaian masalah. Pendekatan yang mereka bangunkan terdapat dalam buku Integrative Couple Therapy( Jacobson & Christensen, 1996 ).

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

55

Terapi pasangan tingkah laku tradisional adalah berasaskan kepada model perubahan tingkah laku.

Selepas analisis fungsional menunjukkan bagaimana pasangan mempengaruhi pasangannya, mereka diajar untuk mengukuhkan perubahan-perubahan yang diingini berlaku terhadap pasangan masingmasing.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

56

Seseorang yang telah lama berkahwin boleh memberitahu tentang apakah yang kurang/ tertinggal daripada pendekatan ini. Perhubungan yang berjaya melibatkan penerimaan ( acceptance ) daripada kekurangan dan kekecewaan. Dalam suatu perkahwinan yang tidak bahagia, sesuatu perkara dalam rumahtangga perlu berubah.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

57

Namun, ada juga perkara yang tidak boleh diubah. Kita perlu menerimanya secara pakej. Kekurangan yang terdapat pada pasangan kita yang sukar/tidak boleh diubah perlu diterima dengan hati yang terbuka. Inilah yang disebut penerimaan. Elemen penerimaan telah ditambah dalam pendekatan baharu mereka kepada terapi pasangan.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

58

Terapi pasangan integratif menekankan dua perkara iaitu sokongan dan empati. Bagi mewujudkan atmosfera yang kondusif, pendekatan ini bermula dengan fasa yang dikenali sebagai formulasi. Dalam fasa formulasi, tujuan utama adalah menolong pasangan membuang sikap suka menyalahkan pasangan, sebaliknya membuka ruang kepada pasangan kepada penerimaan dan perubahan peribadi.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 59

Formulasi terdiri daripadaa tiga komponen : a) tema ( theme) b) polarisasi (polarization ) c) perangkap bersama (mutual trap) Tema merupakan bahagian yang mentakrifkan konflik utama. Polarisasi pula adalah proses yang menggambarkan pola yang memusnahkan interaksi antara pasangan.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 60

Perangkap bersama adalah kebuntuan yang menghalang pasangan bagi memecahkan kitaran polarisasi sebaik sahaja ia dicetuskan.

Tema biasa yang wujud dalam masalahmasalah pasangan termasuklah konflik tentang hubungan yang rapat dan kurang rapat, keinginan untuk mengawal tetapi enggan bertanggungjawab,dan perselisihan pendapat tentang seks.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 61

Jacobson dan Christensen menggalakkan pasangan supaya melihat kepada kekurangan-kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Apabila fasa formulasi berterusan, pasangan mula sedar bahawa mereka bukannya menjadi mangsa kepada pasangan masingmasing, tetapi terperangkap dengan pola/ corak interaksi.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

62

Michael White menyatakan bahawa pasangan boleh bersatu untuk menentang musuh mereka bersama, iaitu pola interaksi. Proses formulasi dapat membantu pasangan menggambarkan pergaduhan mereka sebagai satu pola, bukannya dengan menggunakan bahasa yang mengandungi unsur-unsur menyalahkan pasangan.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

63

Bagi memupuk unsur penerimaan, Jacobson dan Christensen menggalakkan pasangan berbincang tentang pengalaman-pengalaman mereka sendiri daripada menyerang pasangan mereka. Contohnya, ucapan seperti dia tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya terhadap saya perlu diubah kepada saya tidak pasti dia mengambil berat tentang diri saya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

64

Pasangan yang mendengar digalakkan menunjukkan empati. Strategi-strategi untuk menghasilkan perubahan termasuklah perubahan tingkah laku dan latihan kemahiran komunikasi.

Intervensi perubahan tingkah laku melibatkan quid pro quo dan good faith contract. Pasangan belajar untuk saling bantu-membantu.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 65

Contohnya, setiap pasangan diminta untuk menyenaraikan perkara-perkara yang mereka boleh lakukan supaya dapat memberi kepuasan kepada pasangan masing-masing. Jangan bertanya apa yang pasangan kamu boleh lakukan kepada kamu tetapi sebaliknya tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada pasangan kamu.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

66

Seterusnya, pasangan diarah untuk melakukan sesuatu yang dapat memberi keselesaan kepada pasangan masingmasing.

31) Kedua, latihan komunikasi. Semasa latihan, pasangan diajar untuk mendengar dan meluahkan secara langsung apa yang mereka rasai. Pasangan juga belajar menggunakan kemahiran mendengar secara aktif dan belajar bagaimana melakukan I - statement .
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 67

I-statement adalah satu kenyataan yang bermula dengan saya dan selalu digunakan oleh individu yang asertif. Contohnya: "I feel angry when you make fun of my clothes, and I would prefer that you stop doing that."

rather than "Quit saying that crap, you're really making me mad!"
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 68

Penyatuan Jacobson dan Christensen juga melibatkan pasangan yang serasi iaitu dalam aspek tingkah laku dan eksperiential. Kedua-dua model ini berkaitan dengan komunikasi. Ahli-ahli tingkah laku memberi fokus kepada kontrak dan peneguhan manakala ahli-ahli experiental lebih berminat dalam emosi dan empati. Pasangan diberi galakan supaya menunjukkan belas kasihan terhadap pasangan masing-masing.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 69

iii) Model-model Integratif lain

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

70

iii) Model-model Integratif lain


Alan Gurman memperkenalkan model Brief Integrative Marital Therapy. Model ini menggabungkan teori pembelajaran sosial dan psikodinamik. Seperti di dalam terapi tingkah laku, masalah rumah tangga dilihat berpunca daripada kelemahan komunikasi

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

71

dan penyelesaian masalah tetapi seperti di dalam teori hubungan objek, kekurangan-kekurangan ini difahami sebagai punca utama yang mencetuskan konflik secara tidak sedar kepada pasangan tersebut. Gurman membuat penilaian/penaksiran bermula dengan mencari tema permasalahan dalam perhubungan antara pasangan tersebut. Gurman(2002) di dalam bukunya Brief Integrative Marital Therapy menceritakan sebuah kes
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 72

mengenai Sue. Sue digambarkan sebagai seorang isteri yang marah dan kritikal terhadap suaminya, Karl. Karl disifatkan sebagai seorang yang seperti tiada emosi. Pola demand-and-withdraw dianggap mencerminkan interaksi pasangan dan konflik intrapsychic yang memotivasikan interaksi ini. Seperti seorang ahli analisis, Gurman melihat serangan Sue sebagai satu cara mempertahankan diri ( defensif) bagi
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 73

mengelak diri daripada berurusan dengan perasaan takut dan bimbang kerana selalu berjauhan dengan suami. Sementara itu bagi Karl, selalu berjauhan dapat membantunya mengelak diri daripada konflik diri tentang hubungan intim. Pasangan merungut antara satu sama lain. Ini memberi ruang kepada mereka untuk mengekalkan rasa konsisten dan toleransi
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 74

meskipun ini menghadkan kepuasan yang dikongsi dalam perhubungan mereka. Seperti seorang ahli tingkah laku pula, Gurman melihat kepada akibat daripada interaksi yang bermasalah dengan memberi perhatian kepada apakah peneguhan yang positif dan negatif atau hukuman-hukuman yang mungkin mengekalkan pola-pola tersebut.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

75

Karl memberi peneguhan negatif terhadap kritikan isterinya dengan cara memohon maaf dan berusaha mendekati isterinya selepas rungutan-rungutan bertukar menjadi jeritan dan tangisan.Sue secara tidak sengaja menghukum Karl yang ingin mendekatinya dengan cara melepaskan kemarahan dan kekecewaan yang terpendam. Perkara ini dilakukan apabila mereka meluangkan masa bersama. Maka ini melanggar hukum pertama teori pembelajaran sosial.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 76

Gurman akan berbicara dengan pasangan tersebut secara individu. Ini bertujuan untuk meneroka impak terhadap konflik personal individu atau pasangan berkaitan dengan perhubungan antara pasangan tersebut.

Berbual secara berasingan dapat membantu meminimumkan rasa bimbang dan menjadikan suasana/[persekitaran terapi lebih selesa.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

77

Gurman menghalang kritikan Sue terhadap suaminya dengan membenarkan Karl menjelaskan tentang perasaannya tentang usaha yang dilakukan untuk mengimbangi komitmen antara kerjaya dan keluarga.

Sebaik sahaja Karl meluahkan rasa mengenai betapa dia berasa takut gagal melakukannya, Sue berasa empati dengan pergolakan perasaan yang dihadapi oleh suaminya lantas Sue ingin berkongsi perasaan takut bila bersendirian dan tidak mampu menghadapinya.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 78

Maka, dalam Gurmans brief integrative marital therapy terdapat juga perbincangan penyelesaian masalah secara praktikal, nasihat, pengajaran teknik kawalan diri, penerokaan peristiwa yang lepas, modelling, coaching dan bibliotherapi. Terapi ini secara keseluruhannya merupakan kepelbagaian yang luas dan fleksibel dalam intervensi yang dikategorikan sebagai satu integrasi yang terbaik.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 79

Pendekatan-pendekatan integratif lain tidak mendapat perhatian dalam terapi keluarga arus perdana disebabkan mereka dimilki oleh federal funding agencies. Pendekatan-pendekatan ini termasuklah Scott Henggelers multisystemic model ( Henggeler & Borduin, 1990 ) dan Howard Liddles multidimensional family therapy ( Liddle, Dakoff & Diamond, 1991 ). Kedua-dua pendekatan ini berkembang melalui penyelidikan
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 80

yang dilakukan terhadap remaja yang bermasalah. Liddle telah membangunkan pendekatan integratifnya terhadap remaja dalam bandar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Multidimensional family therapy turut turut mengandungi risk factor models of drug and problem behaviour, developmental psychopathology, family systems theory,
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 81

social support theory dan social learning theory-practice. Salah satu aspek terpenting dalam pendekatan Liddle adalah cara beliau mengintegrasikan individu dan intervensi sistem. Ketika beliau bersikap liberal terhadap teknik struktural, beliau kerapkali berjumpa dengan ahli keluarga secara individu untuk membimbing mereka agar bersedia bersama-sama terlibat dalam perbualan keluarga dengan lebih efektif.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 82

Liddle juga menggunakan sesi individu untuk mengetahui pengalaman remaja semasa berada di luar rumah. Di sini, perkara yang sensitif seperti seperti penggunaan dadah tingkah laku bermasalah boleh diteroka dengan lebih selamat bila semua ahli keluarga hadir bersama.

Scott Henggeler daripada University of South Corolina dan beberapa orang rakan sekerja
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 83

yang melakukan kajian terhadap kanakkanak yang sukar dirawat cuba meningkatkan lagi systems-oriented family therapy melalui: Pertimbangan dan intervensi yang lebih aktif kepada extrafamily system yang mana ahli-ahli keluarga telah biasa mengamalkannya. Menggabungkan cognitive-behavioural interventions ( Henggeler & Borduin, 1990). Model multisystemic ini menunjukan hasil
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

84

di dalam beberapa kajian mengenai pesalah juvana dan keluarga yang merujuk kepada penderaan atau pengabaian.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

85

4 Model-model yang direka bentuk untuk Specific Clinical Problems Menjalankan tugas yang melibatkan keganasan dalam keluarga. Virginia Goldner dan Gillian Walker daripada Ackerman Institute di New York telah membangunkan satu pendekatan untuk merawat pasangan yang didera. (Goldner, Penn, Sheinberg & Walker, 1990).

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

86

Semasa Goldner dan Walker mula mengkaji keganasan dalam rumahtangga, pendekatan secara piawai melibatkan pengasingan pasangan dan rawatan terhadap lelaki dilakukan dalam kumpulan dengan pesalah yang lain manakala wanita yang didera bersama dengan kumpulan sokongan. Goldner dan Walker berkongsi dengan keyakinan pergerakan feminist yang percaya bahawa pihak lelaki bertanggungjawab terhadap
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

87

tingkah laku yang ganas terhadap pasangannya. Goldner dan Walker juga percaya bahawa terdapat sesuatu yang bernilai jika rawatan dilakukan bersama-sama. Menurut Goldner dan Walker, kedua-dua pasangan turut serta dalam suatu proses interaksi yang mesti ditukar.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

88

Goldner dan Walker melakukan terapi kepada pasangan dengan tegas menyatakan bahawa keganasan mesti diberhentikan dengan segera dan lelaki mesti bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Di sini, mereka menggabungkan aspek keselamatan dan tanggungjawab seperti yang ditekankan oleh kumpulan feminist dengan systemic interest.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

89

Goldner menjelaskan bahawa memisahkan pasangan yang terbabit kurang memberi kesan kepada aspek keselamatan kerana pasangan selalunya akan bersatu semula dengan segera.

Menurut Goldner, jika mereka bersama dalam proses rawatan, mangsa boleh menjelaskan kepada pasangannya tentang sikap agresif pasangannya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

90

Goldner dan Walker menggunakan bahasa sesuai bagi setiap bahagian ( language of part ) untuk membantu pasangan.

Dalam dunia global, sering berlaku perlabelan seperti pendera dan mangsa. Maka Goldner dan Walker ingin pasangan tersebut melepaskan diri dari pelabelan tersebut. Disamping itu, Goldner dan Walker mahu mencetuskan wawasan intrapsychic semasa berbual.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 91

Seterusnya, ini membolehkannya bercakap mengenai perasaan marah yang wujud dalam dirinya sendiri dan dan pasangannya perlu melindungi suaminya dan bukan menjaga diri sendiri. Apabila mereka diminta menyentuh tentang isu sebenar yang berkait rapat dengan perasaan marah, Goldner dan walker mendapati mereka saling mendengar tentang cerita-cerita menyakitkan yang telah berlaku dahulu.

Perasaan belas kasihan mulai wujud dan situasi ini membantu mengurangkan pertentangan terhadap pasangan masing-masing.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 92

Goldner dan Walker juga menggabungkan active listening format. Maka pasangan bukan sekadar mendengar cerita tentang trauma. tetapi juga mendengar secara aktif terhadap gambaran-gambaran kesakitan dan keganasan yang dideritai akibat serangan suami.
Terapis-terapis feminis percaya bahawa untuk meneroka lelaki yang pernah melalui pengalaman yang buruk semasa zaman kanak-kanak, terapis akan membayangkan
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 93

atau mengandaikan bahawa pengalaman yang pernah dilalui itu adalah sebagai alasan sahaja).
Pendekatan Goldner dan Walker memberi banyak pengajaran penting kepada modelmodel terapi integratif secara umumnya.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

94

5 Community Family Therapy Ramai ahli terapis keluarga bermula dengan keluarga yang miskin namun apabila mereka sedar bahawa terapi keluarga sudah tidak berdaya dan lemah kerana terpaksa berhadapan dengan banyak masalah keluarga miskin, mereka menjadi kurang bersemangat dan bekerja sendiri serta memilih keluarga-keluarga kelas pertengahan sebagai klien.

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

95

Namun, menurut Ramon Rojano, halangan terbesar yang dihadapi oleh keluarga yang miskin adalah rasa tiada daya dan tiada harapan untuk mendapatkan kerja dan rumah yang selesa. Rajono membantu kliennya berasa mempunyai hubungan semula dengan komuniti dan membantu mereka untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Rajono juga memberi galakan dan aspirasi supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 96

Rojano akan bertanya klien mengenai perkara-perkara yang seperti tiada harapan untuk memcapainya. Contoh-contohnya adalah seperti melanjutkan pelajaran ke kolej, memulakan perniagaan dan sebagainya. Di sini, Rajano dapat melihat kekuatan-kekuatan kliennya.

Rojano juga menegaskan bahawa memperkasakan komuniti sahaja belum mencukupi. Tanpa melalui terapi keluarga, mungkin seorang ibu tunggal akan lewat ke
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 97

ke tempat kerja kerana mempunyai konflik dengan anak lelakinya.


Maka, di sini perlunya terapi keluarga bersama dengan psikologi komuniti dan kerja sosial. Rojano telah mengambil satu versi daripada structural family therapy dan disokong dengan bantuan yang sebenar. Rojano telah melakukan anjakan paradigma dengan cara bekerja bukan sahaja di dalam
Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012 98

pejabat, sebaliknya beliau keluar berhadapan dengan klien dan masyarakat. Beliau berkata, Why not take it to the street so the whole system is addressed?

Ahmad Shamil bin Othman KUIN 2011/2012

99

You might also like