You are on page 1of 25

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 1.

0 PENDAHULUAN

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu

penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah rendah dan menengah, iaitu: i) ii) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti ii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur. Objektif Didik Hibur juga ialah mengharapkan agar di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti murid-murid akan dapat memahami kepentingan hiburan dalam hidup kanak-kanak. Penggunaan beberapa kaedah kreatif dalam seni dan penggunaannya dalam meneroka jiwa murid-murid.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 1

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Mengetahui percambahan kreatif dalam seni dan kepentingannya sebagai kaedah intervensi dalam proses pendidikan. Memahami penggunaan kreativiti dalam seni dan penggunaannya sebagai suatu kaedah rawatan dalam proses kaunseling

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 2.0 STRATEGI DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (IMPLIKASI DIDIK HIBUR DI DALAM BILIK DARJAH)

Menurut Adenan Ayob (2012) dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa pendekatan bermaksud ke arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu pendekatan yang dipilih lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba

diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Melalui pendekatan yang baharu ini diharapkan dapat memberikan impak yang lebih berkesan dan meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Secara umumnya, didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara , jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Terdapat banyak implikasi yang diperolehi oleh guru dan juga murid sekiranya pendekatan diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan kerap dan ia sememangnya mampu menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung dengan lebih baik. Antara implikasiimplikasi melalui teknik didik hibur ialah ia akan mewujudkan suatu sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana ianya mengandungi unsur-unsur kelakar, kecindan, estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Menurut Khairuddin Mohammad (2010) dalam bukunya Psikologi Pendidikan menyatakan bahawa pengajaran yang pembelajaran yang berkesan bermula daripada persekitaran yang mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik minat murid untuk belajar. Elemen-elemen tersebut bukan sahaja daripada aspek fizikal bilik darjah seperti keadaan bilik darjah yang kondusif tetapi juga memerlukan suatu bentuk pengajaran yang mempunyai unsur dalaman yang menyeronokkan seperti strategi pengajaran yang digunakan oleh guru semasa melaksanakan pengajaran di dalam bilik
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 3

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 darjah. Sebagai contohnya, seorang guru menggunakan strategi

berpusatkan murid dimana guru tersebut melaksanakan aktiviti menyanyi yang melibatkan kesemua murid secara aktif. Secara tidak langsung, muridmurid akan merasa ingin melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana kanakkanak di dalam lingkungan umur sekolah rendah ini mudah tertarik dengan aktiviti nyanyian. Bukan itu sahaja, apabila guru melaksanakan aktiviti nyanyian di dalam bilik darjah maka guru itu dianggap menggunakan teknik didik hibur dalam pengajarannya. Pelbagai kebaikan yang dapat dilihat melalui aktiviti nyanyian ini. Antaranya ialah menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi murid kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. Selain itu, aktiviti menyanyi juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru kepada murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Sebagai contohnya, guru mengajar murid-murid menyanyi lagu Saya ada bola. Murid-murid bukan sahaja akan belajar menyanyi lagu tersebut tetapi juga dapat mempelajari perkataan-perkataan yang baharu dan ia sebenarnya memudahkan murid-murid untuk mengingat perkataan yang baru dipelajari dengan lebih cepat berbanding dengan pengajaran yang dilakukan secara lisan. Berbalik kepada impak didik hibur dalam bilik darjah, penggunaan teknik didik hibur ini sememangnya berkesan untuk menghasilkan sebuah pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid dan membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran yang dilaksanakan. Selain itu, implikasi didik hibur yang kedua ialah ia dapat

mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pendekatan didik hibur berkonsepkan santai dan hibur dimana murid-murid sentiasa dalam keadaan pembelajaran yang positif.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Sekiranya kita ingin menilai sejauh mana sesuatu pengajaran itu berjaya maka kita akan dapat lihat dengan jelas apabila murid-murid akan sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya dan ianya dikatan pengajaran yang telah berjaya menarik minat murid. Manakala, sekiranya murid-murid itu berasa tidak semangat untuk mengikuti pembelajaran maka ia dianggap sebagai pengajaran yang tidak mempunyai elemen-elemen didik hibur. Bagi menghasilkan suatu pengajaran seperti ini, ianya perlu disokong dengan strategi yang digunakan semasa pelaksanaan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru perlu mengggunakan strategi berpusatkan bahan apabila ingin melaksanakan sebarang aktiviti yang menerapkan unsur didik hibur. Guru perlu menyediakan bahan seperti topeng haiwan sekiranya ingin membuat aktiviti lakonan, lagu dan slaid untuk aktiviti nyanyian dan

sebagainya. Hal ini kerana, penggunaan bahan dalam pengajaran dapat memudahkan guru dalam pengjaran yang dilaksanakan. Di samping itu, melalui didik hibur juga dapat memberikan impak yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan didik hibur akan dapat mencungkil bakat terpendam murid dan juga membentuk keyakinan murid agar lebih berkeyakinan. Seorang guru hanya akan dapat mengetahui bakat dan potensi murid melalui penglibatan murid tersebut dalam aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, seorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang bukan sahaja menekankan aspek akademik semata-mata tetapi juga aspek kecerdasan pelbagai murid. Menurut Howard Gardner (1983) dalam buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi tetapi ia dipeangaruhi oleh budaya, penyesuaian inidividu kepada persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana

pembelajaran dan beberapa faktor lain. Jadi, hal ini bermakna kecerdasan dapat ditingkatkan melalui pendidikan atau latihan yang kerap.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Beliau juga menyatakan bahawa manusia mempunyai lapan jenis kecerdasan yang berlainan iaitu logik-matematik, verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis dan eksistensialis. Sebagai contohnya, murid yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik akan berupaya menggunakan bahasa secara berkesan, sama secara lisan ataupun tulisan, termasuk juga kebolehan,

memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna. Hal ini akan dapat dikesan dengan baik melalui aktiviti bercerita, mendeklamasikan sajak, bersyair dan pidato dan sebagainya. Guru boleh menjalankan aktiviti ini di dalam bilik darjah dan semestinya akan dapat melihat murid yang lebih menonjol dalam aktiviti tersebut. Secara tidak langsung juga, ia akan dapat memudahkan kerja guru sekiranya terdapat pertandingan antara sekolah-sekolah untuk dihantar wakil. Melalui aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti bercerita juga dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan murid untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Tambahan pula, implikasi daripada pendekatan didik hibur di dalam bilik darjah juga ialah guru akan mewujudkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi antara murid. Penekanan diberikan lebih kepada jenis aktiviti yang dijalankan oleh guru. Guru boleh melaksanakan aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan secara berkumpulan atau berpasangan. Sebagai contohnya, guru mengadakan aktiviti berlakon dimana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan itu diwajibkan melakonkan suatu adegan dan perlu mempersembahkan di hadapan kelas. Kemudian, untuk meningkatkan tahap keberkesanan aktiviti yang ingin dijalankan itu guru boleh memberikan sedikit peneguhan kepada murid yang berbentuk ganjaran hadiah. Dengan cara ini, ia akan dapat menyuntik semangat murid-murid untuk sentiasa bekerjasama dalam kumpulan bagi melakukan persembahan yang terbaik. Secara tidak langsung juga, ia akan dapat mengatasi masalah murid-murid yang terpinggir daripada sesi pengajaran.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 6

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Hal ini kerana, kebiasaannya murid-murid yang kurang aktif dan lemah akan sering kali ketinggalan dalam sesi pengajaran yang berbentuk individu ataupun berpusatkan guru. Selanjutnya, melalui penggunaan teknik didik hibur dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah juga dapat menyatukan beberapa bidang kemahiran lain dengan pengajaran bahasa. Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata pelajaran. Penyerapan ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik boleh diserapkan ke dalam pelajaran bahasa. Hal ini yang dinamakan penggunaan teknik didik hibur dimana apabila seorang guru tersebut melakukan sebarang bentuk aktivti yang melibatkan kemahiran seni, muzik dan pergerakan dalam pengajaran bahasa. Sebagai contohnya, guru tersebut ingin mengajar tentang udara dan angin dalam konsep alam dan manusia. Kemudian, guru tersebut boleh melakukan aktiviti nyanyian, lakonan dan juga seni lukis dalam satu pengajaran yang sama secara serentak iaitu dengan mengajar murid-murid tersebut menyanyikan lagu mengenai udara dan angin, melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar). Manakala bagi aktiviti lakonan pula guru boleh menyuruh murid untuk melakonkan cerita angin dan matahari.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117

3.0

APRESIASI

BAHASA

DALAM

STRATEGI

DAN

PENDEKATAN

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Menurut Kamus Dewan (2010) menyatakan bahawa apresiasi bermaksud penghargaan terhadap sumbangan, jasa dan lain-lain. Maksud kedua pula pengiktirafan serta penghayatan nilai sesuatu karya atau seni. Apresiasi ini lebih dikaitkan dengan karya-karya seni atau sastera yang dihasilkan dan perlu diberikan penghargaan dan diiktiraf dengan cara yang betul. Oleh yang demikian, apresiasi bahasa pula dapat disimpulkan menjadi suatu bentuk penghargaan atau pengiktirafan terhadap karya-karya sastera dan seni seperti puisi, syair, pantun, sajak dan sebagainya. Terdapat cara-cara yang tersendiri bagi setiap karya sastera yang hendak

diapresiasikan seperti pantun, bercerita, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan (2000), pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai jenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku kata dan mempunyai persamaan bunyi atau rima. Daripada aktiviti berpantun ini dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada murid-murid. Antaranya ialah melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka

menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, murid-murid akan lebih menghargai dan dapat menghayati keindahan dan kesenian bahasa dengan baik. Bagi melaksanakan aktiviti ini secara lebih berkesan, guru haruslah memilih jenis pantun yang sesuai dengan peringkat dan kebolehan , mental, bakat dan minat murid-murid. Selain itu, guru perlu mengelakkan memilih pantun yang terlalu panjang.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 8

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117

Sebagai contohnya; Pantun Kasih Sayang Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya.

Lain hulu lain parang, Lain dulu Lain sekarang.

Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci.

Daripada cempedak biarlah nangka, Daripada tiada baiklah ada.

Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata.

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Anak dara pergi ke kedai Rindu di hati rasa nak longlai.

Guru boleh melaksanakan aktiviti berpantun dengan menggunakan strategi berpusatkan murid dimana pendekatan yang ingin diterapkan ialah komunikatif di samping menggunakan teknik didik hibur. Guru membahagikan kepada beberapa kumpulan dan memastikan setiap kumpulan itu tidak hanya dianggotai oleh murid yang pandai sahaja.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 9

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Kemudian, ketua kumpulan daripada setiap kumpulan itu akan mencabut lima sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat yang disediakan oleh guru. Murid-murid akan diminta membuat atau melakonkan aktiviti yang ditetapkan oleh guru berdasarkan makna pantun dua kerat yang diterima, iaitu sama ada membuat persembahan secara lakonan, nyanyian, bercerita, melukis dan bersajak. Murid-murid yang lain pula perlu memberi perhatian terhadap persembahan rakan-rakan yang lain dengan meneliti dialog dan gerak badan yang digunakan. Selepas sahaja kesemua murid selesai membuat persembahan, sesi perbincangan atau membuat komen berkenaan aktiviti yang telah dijalankan boleh dilaksanakan bagi tujuan pengayaan. Selanjutnya, guru juga boleh menjalankan aktiviti bercerita sebagai proses mengapresiasi bahasa. Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Menurut Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin menjalankan aktiviti bercerita, mereka perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian mendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, pengunaannya tepat, mudah dan menarik. Secara ringkasnya, kesemua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan khususnya dalam percakapan natural perlu diwujudkan semasa bercerita. Daripada aktiviti bercerita ini ia akan dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid dimana mereka akan menjadi lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti tersebut, murid-murid boleh berimaginasi dengan memasuki alam cerita tersebut dan membuat gambaran seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Sebagai contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 10

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Bagi memastikan aktiviti ini berkesan dan berjalan dengan lancar, guru perlulah memahami prinsip aktiviti bercerita terlebih dahulu. Pertamanya ialah, guru perlulah mencari sebuah cerita yang mempunyai tema bersesuaian dengan tahap murid dan pengajaran yang ingin dilaksanakan. Maksud disini ialah cerita itu tidak boleh mendidik dan mengasuh. Cerita itu juga mesti mengandugi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat dan kecerdasan otak serta pengalaman mereka. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid, memilih plot cerita dan menyampaikannya dengan cara yang menarik, menglibatkan

keseluruhan murid dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa cara supaya seorang guru itu mampu mewujudkan apresiasi bahasa dalam aktiviti bercerita dalam kalangan murid. Guru boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti bercerita dan salah satunya ialah aktiviti menyanyikan cerita. Aktiviti ini dilaksanakan dengan cara isi dan fakta yang akan diajar itu digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Tambahan pula, didik hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang melibatkan mendengar, bertutur dan menulis. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran

mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Situasi pengajaran dan pembelajaran dalam didik hibur yang berkesan mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah; i. ii. iii. iv. Ada unsur kelakar,estetik,dan permainan muzik. Mengurangkan tahap kebimbangan murid Menantikan pengajaran yang seterusnya. Pembelajaran menarik

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

11

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 4.0 TEKNIK DIDIK HIBUR DAN KAITAN DENGAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori mempunyai hubungan yang teguh dengan aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pembelajaran adalah acquiring or getting knowledge of a subject or a skill by study, experience, or instruction. Pembelajaran juga disebut sebagai relatively permanent change in a behavioral tendency and is the result of reinforced practice (Kimble & Garmezy, 1963). Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran tetapi adalah dengan cara memperoleh dan proses itu berlaku secara tidak formal. Dalam teori pemerolehan bahasa juga ada menyatakan dimana seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Maksud disini ialah sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa dimana bagi kanak-kanak yang normal mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Akan tetapi, untuk memperoleh kemahiran bahasa yang baik kanak-kanak memerlukan suatu bentuk sumber pengajaran bahasa yang formal dimana ianya dapat membantu seterusnya merangsang tahap kemahiran bahasa mereka melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, teknik didik hibur dipercayai mampu memberikan suatu bentuk pengajaran yang dapat meningkatkan tahap kemahiran bahasa murid-murid dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Antara teori pemerolehan bahasa yang paling banyak pengaruhnya dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak ialah teori Behavioris yang dibarisi oleh tokoh-tokoh pelopor yang terkenal seperti Skinner, Thorndike, dan Pavlov. Tokoh-tokoh ini cuba menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa dengan menggunakan pendekatan yang dapat diamati secara langsung atau fizikal. Ahli-ahli behavioris juga berpendapat bahawa wujudnya satu hubungan yang dinamik antara rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan sesuatu ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif juga wajar diulangi dan gerak balas yang sering diulangi pula akan membentuk kebiasaan.
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 12

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Kebiasaan itu pula terbentuk daripada proses latih tubi, pengulangan dan peneguhan. Hasilnya adalah daripada rangsangan dan tindak balas yang terangkum erat dan digerakkan atas landasan mekanis. Dalam perbicaraan teori pengajaran dan pembelajaran bahasa, saya mengambil salah seorang tokoh behaviorisme iaitu Edward L. Thorndike dimana beliau mengemukakan beberapa hukum-hukum pembelajaran yang dikaitkan dengan rangsangan dan gerak balas kemudian diikuti oleh rasa kesenangan atau kepuasan. Hukum pembelajaran pula terdiri daripada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum akibat. Melalui ketiga-tiga hukum-hukum ini, pengulangan yang akan memberikan kesan positif jika disusun atur secara sempurna. Bentuk pengulangan hendaklah dalam suasana yang tidak membosankan, selain aktiviti yang disajikan hendaklah dengan cara yang menarik. Jika dikaitkan antara teori pemerolehan bahasa dan teknik didik hibur pula, teknik didik hibur boleh dianggap sebagai rangsangan kepada para pelajar manakala gerak balas adalah maklum balas yang diterima daripada murid hasil daripada pengajaran. Seperti yang kita sedia maklum, konsep didik hibur menekankan tentang pembelajaran yang bersifat santai dan mempunyai pelbagai aktivti yang menyeronokkan. Aktivti yang dapat merangsang dan seterusnya menarik minat murid untuk mempelajari bahasa akan dapat meningkatkan tahap kemahiran bahasa murid dan jika dilakukan dengan kerap ianya akan dapat menjadikan sebuah pengajaran bahasa yang sangat berkesan dan berjaya terhadap seorang gurut tersebut. Rangsangan yang dimaksudkan ini ialah seperti aktiviti nyanyian, lakonan, mahupun apa sahaja jenis aktiviti yang dilaksanakan dimana ia berfokuskan pengajaran yang menghiburkan murid dan memerlukan penglibatan keseluruhan murid. Sebagai contohnya, guru sentiasa membuat aktiviti nyanyian dalam pengajarannya dengan mengaitkan dengan pengajaran bahasa. Guru tersebut bukan hanya menggunakan kaedah oral-aural semasa mengajar murid-murid mengenal huruf-huruf abjad tetapi pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut ialah dengan

menayangkan klip video lagu huruf-huruf abjad. Dalam masa yang sama, guru akan meminta murid-murid menyanyi bersama-sama.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

13

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Kanak-kanak di peringkat usia 7 hingga 9 tahun ini kebiasaanya menggemari pembelajaran yang berbentuk nyanyian sambil melihat video. Hal ini kerana, mereka akan mudah tertarik dengan bunyi-bunyian ditambah lagi dengan pergerakan semasa menyanyi akan dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pembelajaran tersebut. Rangsangan yang dapat dilihat dengan jelas melalui pelaksanaan aktiviti tersebut ialah mengajar sambil menyanyi manakala gerak balas yang diterima ialah murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya dan melibatkan diri dengan aktif serta berasa seronok daripada pembelajaran tersebut. Perasaan seronok yang diperolehi oleh murid-murid tersebut pula boleh dianggap sebagai ganjaran. Jika semakin kerap guru menyelitkan aktiviti nyanyian dalam pengajaran bahasa, maka ia akan dapat memberikan impak yang positif dalam proses pemerolehan bahasa murid dimana mereka akan dapat belajar kemahiran bahasa dengan cepat dan mudah diingat. Secara ringkasnya, teori behaviorisme merupakan suatu pendekatan dimana pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi akibat daripada wujudnya hubungan antara rangsangan dengan tindak balas. Teori ini juga memberikan impak terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Daripada teori yang dikemukakan oleh Thorndike, implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah dapat meningkatkan tahap kesediaan murid dan pad masa yang sama juga, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan sesuatu motivasi yang sesuai. Selain itu, tindakan tersebut juga mampu mengukuhkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas murid dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulang kaji, aplikasi serta pengukuhan yang menyeronokkan. Hal ini demikian, sesuatu kemahiran atau teknik baharu yang diterapkan kepada murid menerusi pengajaran hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan berkala supaya kemahiran atau teknik tersebut dapat diperkukuh dan dikekalkan. Banyak lagi usaha lain yang memperbaiki konsep Skinner dalam usaha mencari jawapan bagaimana bahasa dipelajari dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip dan kaedah PPpengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky (1967) dengan keras mengkritik Skinner. Sebenarnya sejak Skinner, memang ramai ahli psikologi lain yang
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 14

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 melanjutkan kajian dalam bidang ini sehingga menimbulkan golongan neobehaviorisme, iaitu yang sudah mula bergerak meninggalkan teori behaviorisme. Dalam kritikannya, Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme tidak memberi tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa. Beliau menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan bahasa itu. Ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi sosiobudaya. Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-kanak menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini ternyata lebih memberi untung dari kajian bagaimana lakuan terbentuk di kalangan binatang. Dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidak dapat dinafikan kanak-kanak banyak menguasai lakuan lisan atau bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan meniru-niru lakuan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidaklah belajar melalui sesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak itu pandai mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah didengarnya dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Menurutnya proses penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa pengukuhan, pemerhatian biasa dan sifat semulajadi yang ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru merupakan faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak membuat

generalisasi, hipotesis dan memproses maklumat dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks. Semuanya ini sukar diperikan dan ia mungkin terpendam dan mula berkembang menurut kematangan sistem saraf bayi itu. Pendapat ini banyak memberi pengaruh terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

15

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Selain itu, teori yang turut mempengaruhi pemerolehan bahasa juga ialah teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget yang mempunyai sumbangan besar dalam pemahaman terhadap perkembangan intelektual berbahasa murid. Dalam rangka memahami proses dan tingkat perkembangan

intelektual berbahasa murid, Piaget telah melakukan pemerhatian terhadap perkembangan intelektual yang terjadi pada seseorang murid. Daripada penelitian yang mendalam, akhirnya Piaget dapat menggambarkan teori proses perkembangan intelektual berbahasa murid yang dikesan daripada permulaan usia bayi sehinggalah ke usia remaja. Dalam teorinya, Piaget dapat menjelaskan pemahamannya tentang pengetahuan, termasuk cara bahasa terbentuk serta menggambarkan fungsinya dalam tiga perspektif iaitu proses mendalam tentang cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi, akomodasi dan ekulibrium. Seterusnya, cara pembentukan pengetahuan bahasa dan tahap-tahap perkembangan intelektual bahasa. Daripada penelitiannya, Piaget telah mengemukakan empat tahap perkembangan kognitif yang berkembang secara kronologis, iaitu; i. Tahap Sensori Motor (0-2 tahun) Kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dua bulan

dilahirkan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Antara umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan berbagai-bagai skema (iaitu struktur-struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan persekitarannya) untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang dia hadapi. Pada akhir umur 2 tahun, kanakkanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Misalnya, kanak-kanak telah berkemampuan meniru percakapan abang, kakak atau sesiapa sahaja.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

16

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 ii. Tahap Praoperasi (2-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan menggunakan bahasa yang dikuasainya. Tahap ini juga merupakan persiapan untuk mengorganisaikan sesuatu operasi konkrit. Istilah operasi yang digunakan oleh Piaget berupa tindakan-tindakan kognitif . Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak lebih banyak berkisar kepada pengalaman konkrit berbanding pemikiran logik, sehingga mampu membezakan objek yang dilihat berdasarkan kata-kata nama tertentu.

iii.

Tahap Operasi Konkrit (7-12 tahun) Umumnya, kanak-kanak pada tahap ini telah memahami operasi logik dengan bantuan benda-benda yang konkrit. Kanak-kanak mampu mengklasifikasikan benda-benda yang memiliki beberapa ciri khusus dalam sesuatu himpunan secara serentak. Kanak-kanak juga telah boleh mengecam bahawa sesuatu kata nama am mempunyai sifat yang tertentu. Pada tahap ini juga, teknik didik hibur ini banyak digunakan. Hal ini kerana, pada peringkat ini merupakan

kemuncaknya perkembangan pembelajaran kanak-kanak dan mereka sangat menggemari pengajaran yang berbentuk konkrit.

iv.

Tahap Operasi Formal (selepas 12 tahun) Tahap operasi formal merupakan tahap akhir dalam kualiti

perkembangan kognitif. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mampu berkata-kata tentang sesuatu perkara yang abstrak. Kanak-kanak juga mampu berfikir tanpa harus berdepan dengan objek atau peristiwa secara langsung. Pemikiran yang terbentuk dalam struktur kognitif kanak-kanak ditinjau daripada kemampuan menggunakan sesuatu simbol, idea, perkara abstrak dan generalisasi. Kanak-kanak telah memiliki kemampuan-kemampuan untuk melakukan operasi-operasi yang menghubungkan sesuatu konsep tentang bahasa.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

17

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Selanjutnya, proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanakkanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons. (Language Acquisition: On-line).

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

18

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama No. K/P Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk

: Nurdiyanah Binti Jinli : 931006 12 6292 : Bahasa Melayu : 3 Intelek : 38 orang : Kesihatan dan Kebersihan : Makanan Seimbang

Masa : 7.30 -8.30 pagi Tarikh : 28 Ogos 2013

STANDARD KANDUNGAN 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya: i. Melafazkan pantun empat kerat dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Melengkapkan pantun empat kerat dengan perkataan sinonim yang sesuai setelah memahami isi kandungan pantun. Sistem Bahasa Sistem bahasa : Sinonim (sama erti)
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN 19

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 Kosa kata : Hindari, sikap, amalan.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum Ilmu Nilai murni Kreativiti : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Tanggungjawab, perihatin, keselamatan diri : Memilih makanan seimbang dalam kehidupan harian

Strategi KB TKP : Mengenal pasti, banding beza, menaakul : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal kinestatik, visual BCB : Memproses maklumat mengenai piramid makanan.

Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan harian.

Bahan Bantu Belajar Bil Jenis 1 2 3 4 5 6 7 Kad bercantum Komputer riba Pembesar suara LCD Petikan pantun Latihan pantun (sinonim) Latihan Mari Lengkapkan Saya Bilangan 6 1 1 1 38 38 38

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

20

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 LANGKAH/ MASA Kad bercantum: -Burger -Sayur-sayuran -Buah-buahan -Ayam goreng -Susu dan roti ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1) Guru mengedarkan kad bercantum kepada semua kumpulan. 2) Setiap kumpulan dikehendaki mencantumkan kad tersebut supaya menjadi satu gambar tunggal. Set Induksi Tajuk: (5 minit) Makanan Seimbang 3) Setiap kumpulan dikehendaki menyatakan gambar yang mereka perolehi. 4) Guru memaparkan gambar pada slaid. 5) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar tersebut. 6) Guru mengaitkan kad bercantum dengan tajuk pengajaran pada hari ini. 7) Guru menyatakan tajuk pengajaran. Nilai: -Rasional Petikan pantun: Makanan Seimbang 1) Guru mengedarkan petikan pantun kepada semua murid. 2) Semua murid dikehendaki Ikan di air terlihat-lihat, Ikan bernama si ikan laga, Amalkan gaya hidup sihat, Langkah 1 (20 minit) Makan minum hendaklah dijaga. membaca senyap pantun tersebut. 3) Guru membacakan pantun mengikut sebutan dan intonasi yang betul. 4) Guru meminta beberapa orang murid membacakan pantun
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

CATATAN

BBB: -Kad bercantum -Komputer riba -LCD

Teknik: -Soal jawab -Perbincangan

TKP: -Verbal -Visual -Kinestetik -Interpersonal BCB: -k.bertutur -k.mendengar

BBB: -Petikan pantun -Komputer riba -LCD -Pembesar suara

TKP: -Verbal
21

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 dengan sebutan dan intonasi Ikan dibeli si anak Sahlan, Dibeli juga si sikan jenahak, Makanan berkhasiat jadi amalan, Elak makanan banyak lemak. yang betul. 5) Murid-murid membaca pantun secara berkumpulan. 6) Guru menerangkan tentang isi pantun. 7) Guru dan murid berbincang mengenai kosa kata. 8) Murid-murid diagihkan dengan latihan isi tempat kosong Dibeli juga si ikan jenahak, Masak gulai kurang santan, Elak makanan banyak lemak, Banyakkan makanan sayur-sayuran. berdasarkan pantun. 9) Murid-murid dikehendaki mengisi tempat kosong dengan kata sinonim yang diberikan. 10) Murid-murid diperdengarkan dengan lagu kanak-kanak sambil menjawab soalan. 11) Guru membimbing jawapan murid Kosa kata: -Hindari -Sikap -Amalan Nilai: -Berhati-hati -Prihatin Teknik: -Demonstrasi BCB: -K.membaca -K.menulis -Intrapersonal -Interpersonal

Gambar piramid makanan

1) Guru menayangkan gambar piramid makanan kepada murid-murid.

BBB: -Piramid makanan -Komputer riba -LCD -Poster

Langkah 2 (15 minit)

2) Semua murid dikehendaki memberikan perhatian. 3) Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai piramid makanan. 4) Guru menerangkan tentang
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

Teknik: -Penerangan
22

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 piramid makanan dan isi kandungannya. 5) Guru dan murid bersoal jawab tentang kumpulan makanan yang tidak difahami. 6) Murid-murid dikehendaki memberikan contoh makanan yang lain mengikut kumpulan makanan. 7) Guru membimbing jawapan murid. BCB: -K.membaca -K.menulis KB: -Banding beza TKP: -Visual -Verbal -Interpersonal -Intrapersonal -Perbincangan

Aktiviti: Mari Lengkapkan Saya

1) Guru mengedarkan lembaran latihan kepada semua murid. 2) Semua murid dikehendaki membaca soalan dengan teliti. 3) Setiap murid dikehendaki mengisi jawapan yang disediakan dalam ruangan yang

BBB: -Lembaran latihan -Komputer riba -Pembesar suara -LCD

Langkah 3 (15 minit)

sesuai. 4) Soalan adalah berkaitan dengan kumpulan makanan. 5) Guru memainkan lagu kanakkanak sambil murid menjawab soalan. 6) Murid dan guru membincangkan jawapan
NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

TKP: -Interpersonal -Intrapersonal -Verbal

KB: -Mengenal
23

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117 bersama-sama. 7) Guru membimbing jawapan murid. BCB: -K.membaca pasti

Rumusan isi pelajaran. Penutup (5 minit)

1) Murid-murid disoal mengenai cara melafazkan pantun. 2) Guru bertanyakan tentang kefahaman murid terhadap

BBB: -Komputer riba - LCD

Kognitif: -Makanan seimbang -Kumpulan makanan -Perkataan sinonim

makanan seimbang. 3) Murid-murid disoal mengenai sinonim. 4) Murid- murid diminta menyatakan nilai-nilai murni

TKP: -Verbal -Interpersonal -Intrapersonal

Sosial: Bertepuk tangan untuk diri sendiri.

yang diperoleh dalam PdP.

KB:

5) Guru merumuskan isi pelajaran. -Merumus

Nilai murni: -Perihatin -Sayangi diri -Jaga kesihatan

Refleksi :

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

24

[KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH] BMM 3117

6.0

RUMUSAN
Didik hibur merupakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah seperti nyanyian, berlakon, bercerita dan berpuisi. Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah( KSSR) dalam pelajaran BahasaMelayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Didik hibur telah membawa banyak kebaikan. Antaranya ialah nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. Kesannya dapat mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa. Bercerita dapat memberikan pengajaran,panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi. Berlakon dapat melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisanmasyarakat Melayu. Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 1, sebelum tamat unit tersebut, ia ada membekalkan sebuah lagu. Dalam lagu tersebut mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Fenomena ini akan membantu murid mengingatkan dan membinakan dasar yang lebih kukuh dalam proses pembelajaran.

Guru-guru juga boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, guru boleh menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa demi mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa. Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni
bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik.

NURDIYANAH BINTI JINLI 931006-12-6292 IPG KAMPUS DARUL AMAN

25

You might also like