You are on page 1of 5

BAB II KAJIAN LITERATUR

Banyak kajian lampau yang telah dijalankan untuk menganalisis kesan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan terhadap prestasi akademik. Sesetengah hasil kajian mendapati memang wujud perbezaan pencapaian akademik antara pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan dengan pelajar-pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti sukan. Namun ada juga hasil kajian yang telah dijalankan mendapati tidak wujud jurang perbezaan pencapaian akademik yang ketara antara pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan dengan pelajar-pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti sukan walaupun mereka dipilih daripada kumpulan yang mempunyai tahap kecerdasan yang setara.

Adler dan Adler (1985) telah menjalankan penyelidikan ke atas sejumlah 6000 pelajar kolej swasta yang melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti sukan dan juga ko-kurikulum. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut beliau telah merumuskan bahawa keadaan fizikal,

sosial, pengalaman dan kelas pelajar telah menyebabkan kebanyakan daripada mereka memperoleh markah yang rendah di dalam peperiksaan. Akibatnya ramai yang telah bertindak meninggalkan lapangan sukan yang mereka ceburi.

Gurney (1987) turut melakukan kajian yang sama dengan Adler dan Adler (1985). Beliau ingin melihat kesan penglibatan dalam aktiviti sukan di kalangan pelajar atlet universiti dan cuba membuat perbandingan prestasi akademik mereka dengan pelajar-pelajar biasa yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Melalui penyelidikan ini, beliau mendapati bahawa pelajarpelajar biasa yang tidak melibatkan diri dalam aktivti sukan mendapat markah yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar atlet yang sentiasa sibuk dengan penyertaan dalam sukan sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, menerusi kajian ini Gurney (1987) telah membuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan masih boleh mendapat markah yang lebih baik atau setanding dengan pelajar-pelajar biasa sekiranya mereka diberi lebih perhatian dan kemudahan yang sewajarnya dalam pelajaran.

Lederman (1989) pula telah menjalankan satu kajian mengenai pencapaian akademik di kalangan pemain-pemain bola keranjang. Hasil kajian yang beliau perolehi menunjukkan bahawa pemain wanita adalah lebih berjaya dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan pemain lelaki. Ini adalah kerana pemain-pemain wanita memperuntukkan tambahan masa belajar yang lebih lama dalam setiap minggu sebagai persediaan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berikutnya. Pemain-pemain wanita berpendapat kolej lebih menjurus kepada

peranannya utama sebagai satu nilai pendidikan yang tinggi berbanding sebagai satu tempat untuk meningkatkan kemahiran sukan.

Mc Pherson , Curtis dan Loy (1989) telah merujuk kepada hasil kajian Davies dan Cooper (1934) yang menunjukkan bahawa pelajar bukan atlet memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar yang menjadi atlet. Namun apabila merujuk kepada hasil kajian Synder dan Spritzer (1978), mereka mendapati bahawa di peringkat sekolah tinggi di Amerika Syarikat, pelajar atlet mempunyai pencapaian akademik yang sama atau lebih baik berbanding dengan pelajar bukan atlet walaupun hubungan ini berubah mengikut status atau kelas sosial, bangsa dan jantina.

Mc Pherson, Curtis dan Loy (1989) juga telah merujuk kepada hasil kajian Brade dan Camp (1987) dalam Mohd. Nadzri (2002) terhadap pencapaian akademik 167 orang pelajar atlet American Football dan bola keranjang di sebuah institusi yang mendaftar untuk jumlah kredit yang hampir sama dalam semester musim luruh. Mereka mendapati pencapaian atlet-atlet itu berbeza di hujung semester tersebut. Pada penghujung tahun akademik, keputusan peperiksaan semester (CGPA) untuk kedua-dua kumpulan atlet tersebut telah meningkat.

Byrd dan Ross (1991) telah mengkaji pengaruh penglibatan dalam sukan terhadap prestasi akademik di kalangan pelajar sebuah sekolah menengah tinggi. Kajian yang dijalankan juga merangkumi sikap atlet, jurulatih, guru dan ibu bapa terhadap sukan dan kesannya ke atas pelajar-pelajar. Hasil kajian mendapati prestasi atlet adalah setanding dalam semua subjek. Selain itu, hampir keseluruhan responden yang dikaji menyatakan kepentingan aktiviti sukan kepada pelajar dan sekolah kerana ia tidak memberi atau mendatangkan kesan yang negatif kepada prestasi akademik mereka.

Bergin (1992) telah membuat kajian mengenai hubungkait antara pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah menengah tinggi (High School) dengan aktiviti kesenggangan dan motivasi. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan daripada dua buah sekolah di selatan San

Francisco telah dipilih sebagai subjek. Berdasarkan hasil kajian beliau mendapati bahawa aktiviti kesenggangan dan motivasi di sekolah boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian juga mendapati aktiviti kesenggangan yang lebih bercorak akademik dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka. Menerusi kajian ini Bergin telah

menyarankan agar aktiviti berbentuk kesenggangan perlu diberi pemberatan atau keutamaan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Kesan positif yang beliau perolehi menunjukkan bahawa pelajar akan menjadi lebih tertarik dan berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan santai selain dapat meningkatkan prestasi akademik dan membentuk budaya hidup yang sihat.

Ragheb dan Mc Kinney (1993) telah menjalankan satu kajian terhadap dua buah universiti dan sebuah kolej di South Eastern City, Florida. Tujuan kajian adalah untuk melihat perkaitan di antara aktiviti kesenggangan dengan pencapaian akademik pelajar universiti dan berkenaan. Hasil kajian mendapati pelajar yang terlibat kolej

dengan aktiviti kesenggangan Selain itu

merupakan golongan yang kurang mengalami ketegangan dalam akademik.

pencapaian akademik mereka juga setanding dengan pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti sukan.

Leonard II (1998) telah merujuk kepada hasil kajian yang dijalankan oleh The Chronicle of Higher Education pada tahun 1996 untuk membandingkan kadar pengijazahan antara atlit-atlit dengan pelajar-pelajar lain. Kajian ini menunjukkan bahawa pada sesi 1989/1990, kadar pengijazahan untuk atlet lelaki adalah lebih rendah daripada atlet perempuan manakala pengijazahan untuk atlet-atlet Afrika-Amerika adalah lebih rendah daripada atlet-atlet bukan Afrika-Amerika. Jika faktor bangsa tidak diambil kira, secara keseluruhannya kadar

pengijazahan di kalangan atlet adalah lebih tinggi berbanding dengan bukan atlet.

Walaupun terdapat sejumlah besar kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam sukan tidak banyak mendatangkan kesan negatif kepada pelajar tetapi ia masih tidak boleh dijadikan sebagai satu kepastian di kalangan pelajar di negara kita. Ini adalah kerana sistem persekolahan di negara kita agak berbeza dengan sistem persekolahan di negara barat.

You might also like