Professional Documents
Culture Documents
Etnik Bab 9
Etnik Bab 9
(BAB 9)
TAJUK
HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT
Objektif
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru
Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindaktanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut:
Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.
Strategi Politik
* Menggalakkan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional; * Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu; * Mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah; * Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat; serta * Menyelaras program / aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan lain-lain.
Strategi Ekonomi
... sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya. Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri ... rakyat menerima permuafakatan dan kerjasama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus relevan lebih-lebih menerusi Misi Nasional RMK-9 ...
Kaum Cina yang berjaya harus bekerjasama dengan kaum Melayu dan India untuk membantu membina ahli perniagaan baru yang tulen. Kesepakatan dalam pelbagai usaha niaga harus digalakkan. Orang Melayu tidak sepatutnya mengharapkan sokongan kerajaan semata-mata dalam memajukan ekonomi mereka. Jika benar semangat kesetiakawanan wujud, kaum Cina harus menghulurkan tangan membantu secara jujur.
Kita merencanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang prinsipnya buta kaum kerana matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Kebetulan yang paling ramai miskin ialah Bumiputera, maka sasaran utamanya tentulah pada kelompok ini, tanpa sebarang niat merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar DEB.
Strategi Pendidikan
Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanakkanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.
Rukun Tetangga
Skim diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Stragtegi Agama
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4).
Strategi Kebudayaan
Di Malaysia Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.
Strategi Keselamatan
Strategi Kesukanan
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. * Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. * Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. * Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.
36
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi
37
Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja serta kepulauan selatan pasifik. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
38
Sambungan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
39
STRATEGI PERLAKSANAAN
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosio-budaya. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
40
RUMUSAN
Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
41
LATARBELAKANG : Digubal bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah Inggeris Lahir atas satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam ordinan Pelajaran 1957. Disemak semula pada 1960 yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960, kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. 1974 JK Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan.
42
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
43
OBJEKTIF
Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih
44
Strategi : Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yg sama. Sistem peperiksaan yg sama. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Peluang pendidikan asas selama 9 tahun. Mendemokrasikan pendidikan. Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM. Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik,
45
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Strategi : (sambungan) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain. Menggalakkan aktiviti kokurikulum.