You are on page 1of 3

Ujian Formatif Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan Sepanjang pengajaran Kognitif, psikomotor

dan afektif Terhad kepada tugasan Berubah-ubah Dibentuk khas Rujukan kriteria Gagal / lulus Ujian bulanan / lembaran kerja

Perbezaan Fungsi Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis ujian Pelaporan Contoh

Ujian Sumatif Pensijilan atau penggredan Pada akhir unit / kursus kognitif Beraneka jenis Senang Sukar Peperiksaan akhir tahun Rujukan norma Jumlah skor UPSR, PMR, SPM

i.Apakah maksud pengujian? Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas, pengujian selalunya dianggap yangtersempit maksudnya. Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalan-soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satusampel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu.Hasil daripada jawapan tersebut ialah satu ukuran yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggilmarkat) yang menjadi ciri kepada individu itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang berapabaguskah prestasi individu tertentu.Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi dansemua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengancara yang sama di samping mendapat arahan yang sama.Markat atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yangdiperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak hanyamenggunakan penjelasan adjektif seperti lemah, amat baik atau hampir baik untuk menjelaskan prestasi pelajar?Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya. Ketepatan inilah yangmembezakan antara markat-markat, contohnya, dua pelajar yang mencapai tahap hampir sama baik iaitu 79% dan 80%. Walaupun terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar inimemperoleh gred yang berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jikakeputusan diberi dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akanmembantu untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian

seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. ii. Apakah pula maksud ujian? Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulisatau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakansesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudahsemestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan. MSJ 2007 2 Fakta Penting Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalankepada setakat mana prestasi individu jikadibandingkan dengan prestasi individu yang lain,atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

iii.Apakah maksud pengukuran? Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Akan tetapi, pengukuran

menggambarkankonsep yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran memberi maksud sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu mempunyai sesuatu ciriyang disukat dengan menggunakan alat ( alat ujian).Ini bermakna, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat pencapaian ataukedudukan pelajar. Pada lazimnya, guru menggunakan ujian untuk mengukur prestasi pelajarnya.Hasil nilai kuantitatif pengukuran ini biasanya dibandingkan dengan nilai maksimum yangdiperuntukkan bagi alat, dan perbandingan inilah menggambarkan pencapaian pelajar.Dengan kata lain, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yangdiberi iaitu pemberian angka

kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu denganmenggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan caramenggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.Contohnya, Ani mendapat 80 markah dan Arif pula memperoleh 75 markah dalam ujian BahasaMelayu.Pengukuran sesuatu ciri boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat bolehdiperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Pengukuran juga boleh merujuk kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan.Walau bagaimanapun, pengukuran, sama seperti pengujian iaitu tidak bersifat mutlak.Kenapa? Cuba kita fikirkan dua perkara ini. Penggunaan alat fizikal seperti kayu meter untuk mengukur ketinggian sudah tentu dapat dilakukan dengan tepat.Sebaliknya, bolehkah anda mengukur ketinggian tahap mental atau pencapaianseseorang itu dengan tepat? Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markat 80 tidak bolehdikatakan mengetahui dua kali ganda lebih banyak daripada pengetahuan yang diperolehi olehseorang yang mencapai markat 40 walaupun angka 80 ialah dua kali angka 40. Bagi seorang pelajar yang mendapat markat sifar pula, ini tidak bermakna yang pelajar itu langsung tidak mempelajari apa yang telah diajarkan dalam pelajaran yang diuji. Ini berkemungkinan ada pengetahuan yang diperolehnya akan tetapi pengetahuan ini tidak tercakup dalam pengukuranyang dilaksanakan.Tegasnya, adalah penting dalam pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu mestilah benar atau sah. Oleh sebab pengukuran hanyalah sebagai satu penunjuk, dari itu, sesiapa yanghendak mengguna sesuatu pengukuran perlulah ia terlebih dahulu memastikan alat ukur atauinstrumen itu adalah objektif, sah dan boleh dipercayai. Jika alat ukur telah melalui proses-prosesini, alat ukur tersebut akan dapat mengukur hampir tepat apa yang hendak diukur. Jadi, seorangguru itu haruslah jelas akan tujuannya menguji di dalam bilik darjah dan cuba mendapatkansuatu ujian yang tepat yang dapat memenuhi tujuan itu. MSJ 2007 3 Fakta Penting Pengukuran Proses mendapatkan penjelasan secaranumerik

setakat mana individu mempunyai ciri-ciri tertentu.

You might also like