You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID KALI 1 TAHUN 2013

Tempat Tarikh Masa

: Kelas intan : 08. 01.2013 : 12.45 Tengahari

Kehadiran : Pn. Hanidah bt. Daud (Disiplin) Pn. Zuraida bt. Ahmat Marzuki(Kaunseling) Pn. Shuhaila bt. Abu Jawas(Kesihatan dan Pergigian) Wan Raihan bt. Wan Mohamad(3k) Pn. Siti Ramlah bt. Daud(Kebajikan) Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad(SSM/EMS) Pn. Zuraida bt. Ahmat Marzuki(kantin) En. Nik Abdul Rahman b. Nik. Mohd Nor Pn. Siti Ramlah bt. Daud(Pengurusan Aktiviti murid) Pn. Norhafizah bt. Ariffin(iHadir) Pn. Hanidah bt. Daud(RMT) Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad Pn. Hanidah bt. Daud(Musalla)

Agenda 1 : Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru yangb terlibat dalm unit HEM ini. Beliau juga berharap setiap daripada kita dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk membimbing murid khas ini kepada kehidupan yang lebih baik lagi. Juga harapan beliau agar guru-guru pendidikan khas ini sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah samada di aliran perdanan malahan program pendidikan khas integrasi ini sendiri. Pengembelingan tenaga yang padu akan merealisasikan kecemerlangan. Akhir sekali pengerusi menegaskan sekali lagi bahawa unit HEM ini perlu aktif dalam pengurusan kebajikan dan keprihatinan kepada setiap murid. Tindakan: Makluman

Agenda 2 : Pengesahan dan penerimaan minit. Cadangan : Pn. Hanidah bt. Daud Sokongan : En. Nik. Abd. Rahman b. Mohd Nor

Agenda 3 : Perkara-perkara berbangkit 3.1 Tidak ada perkara yang berbangkit dari semua guru. Mereka menerima sebulat suara perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat lepas.

Agenda 4. Perancangan Aktiviti Tahun 2013 4.1. Unit Disiplin 4.1.1 Unit ini diketuai oleh Pn. Hanidah. Penetepan memakai pakaian ke sekolah telah dibuat sebagaimana berikut: Ahad Isnin Pakaian seragam sekolah Baju T-shirt Ko-kurikulum bersama seluar trak Pakaian seragam sekolah Uniform Unit masing-masing apabila giliran kelab murid memakai T-shit pendidikan khas. Khamis Murid kembali memakai seragam sekolah

Selasa Rabu -

4.1.2 Setiap murid mesti memakai vest yang melambangkan mereka adalah murid program pendidikan khas integrasi dimana pada vest mesti dilekatkan lencana dan tanda nama pada sebelah kiri.

4.1.3 Seperti tahun lepas pengawas dari kelas khas ini akan dilantik seramai lima orang dimana dua orang pengawas perempuan dan tiga orang lelaki. Tugas mereka untuk memastikan setiap murid mematuhi arahan. Perlantikan pengawas ini akan dilangsungkan bersama dengan perlantikan pengawas dari aliran perdana.

4.1.4 Catatan anekdot perlu diteruskan agar segala peristiwa yang tidak baik berlaku direkod agar pihak sekolah mempunyai bukti bertulis terhadap perilaku murid yang dianggap menggangu itu. Tindakan: Guru disiplin,Guru Pendidikan jasmani

4.2. Unit kaunseling. 4.2.1 Unit ini akan meneruskan program Penawar yang dijalankan pada hari khamis masa pertama. Program ini akan dimulakan dengan sembahyang sunat dhuha diikuti bacaan yasin, zikir-zikir munajat yang mudah dihafal oleh murid dan murid akan diberi minum air zam-zam serta beberapa biji kismis. Tindakan: En. Nik Abdul Rahman,guru masa pertama dan Pembantu Pengurusan Murid

4.3. Kesihatan/Pergigian 4.3.1 Aktiviti memberus gigi akan diteruskan dimana murid akan memberus gigi mereka selepas waktu rehat dengan kawalan guru waktu tersebut. Pembelian berus dan ubat gigi akan diuruskan oleh ustazah Shuhaila.

4.3.2

Pihak Klinik Kesihatan akan datang ke sekolah untuk melakukan

pemeriksaan gigi. Murid PPKI juga tidak dikecualikan dan akan diuruskan oleh guru serta Pembantu pengurusan murid nanti. Tindakan: AJK Kesihatan dan PPM

4.4 Kebajikan. 4.4.1 Unit kebajikan akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap murid yang memerlukan perhatian dari segi kewangan, kesihatan dan perkara-perkara yang berkaitan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

4.4.2 Sambutan hari ulang tahun juga akan diteruskan seperti yang telah dilakukan pada masa yang lalu. Sambutannya akan dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sambutan untuk bulan mei untuk mereka yang lahir pada bulan januari hingga mei. Sambutan kali kedua pada bulan oktober untuk mereka yang lahir pada jun hingga disember. Program ini masih dinamakan dengan program sayang d sayang. Peruntukan akan dipohon melalui kertas kerja. Tindakan: AJK kebajikan

4.5 Sistem maklumat murid. 4.5.1 sedang dikemaskinikan oleh cikgu data Tindakan: AJK SSM dan EMS

4.6 Kantin 4.6.1 Murid akan makan di kantin tepat jam 9.15 pagi diurus sepenuhnya oeh PPM. Guru bertugas selaku pemantau akan memastikan perjalanan waktu rehat tersebut berlaku dalam keadaan yang baik.

4.6.2 Dua meja dibelakang kantin akan digunakan oleh murid PPKI ini untuk mengelakkan murid tumpahkan makanan dimerata tempat.

4.6.3 RMT juga terlibat waktu tersebut . Murid yang menerima RMTS akan makan makanan yang telah disediakan dan murid lain membeli makan yang dijual. Tindakan: AJK Kantin dan PPM 4.7 Lawatan. 4.7.1 Lawatan pada kali ini akan dijalankan pada bulan mei sekiranya

mendapat sambutan dari ibubapa. Destinasi yang dicadangkan ialah menaiki keretapi dari wakaf bharu ke kuala lumpur dan melaka. Pihak pengurusan lawatan ini menggunakan pakej yang telah disediakan oleh keretapi tanah melayu. ` 4.8 I-hadir 4.8.1 Guru kelas akan menanda kedatangan dan meletakkan di bilik pengurusan PPKI. Tindakan seterusnya dilakukan oleh guru I-hadir. Tindakan: AJK Lawatan

4.8.2

Guru perlu semak kedatangan murid seminggu sekali untuk

mengambil tindakan terhadap mereka yang selalu tidak hadir. Tindakan: AJK iHadir 4.10 RMTS 4.10.1 Guru RMTS pastikan borang untuk menimbang berat dan ketinggian murid dilengkapkan juga rekod kedatangan RMTS. Tindakan: AJk RMT 4.12 Pendaftaran 4.12.1 Untuk setakat bulan januari ini bilangan murid seramai 57 orang. Kebiasaannya jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.

4.12.2 Buku kedatangan boleh dikemaskinikan mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Tindakan: AJK Pendaftaran dan guru kelas

4.13 Musalla. 4.13.1 Penggunaan musalla lama akan diguna untuk program Penawar

memandangkan ianya lebih dekat dan tertutup memudahkan kawalan terhadap murid yang hiperaktif. Tindakan: Semua guru dan PPM

Agenda 5. Perancangan Khas Untuk meningkatkan kedatangan 5.1 Ibubapa akan datang ke sekolah untuk menanda surat aku janji. Disini pihak pengurusan PPKI boleh menerangkan kepada ibubapa kepentingan kehadiran penuh ke sekolah.

5.2 Unit HEM juga akan mengadakan lawatan kerumah murid yang selalu tidak hadir.

5.3 Murid yang tidak hadir akan mengisi borang menyatakan sebab tidak hadir yang akan disediakan oleh guru dimana ibubapa mereka akan menandatangani borang tersebut. Tindakan: Guru Kelas dan Pengurusan PPKI

Agenda 6. Peruntukan kewangan 6.1 Setiap unit boleh memohon peruntukan untuk membuat pembelian dimana mereka perlu mengisi nota minta terlebih dahulu. Tindakan: Makluman

Agenda 7. Hal-hal lain 7.1 Ustazah Shuhaila memperingatkan bahawa program tasmik akan dijalankan jam 12. 45 hingga 1.15 petang pada setiap hari

7.2 Pn. Siti Ramlah meminta guru pastikan kelas bersih sebelum mereka keluar. Pastikan lembaran yang diberikan kepada murid dipungut dan di simpan.

Agenda 8. Penutup Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Dicatat oleh,

.............................................. (PN. SITI RAMLAH BT. DAUD)


Setiausaha Hal Ehwal Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

Ruj. Kami: Tarikh:

SKSWB600-3/4/2(04) 16 Januari 2013

Ke Majlis: .......................................................

Tuan, EDARAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Bil. 1 TAHUN 2013 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Bersama-sama ini adalah Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi Bil 1 Tahun 2013 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

2.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan adalah sangat dihargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Saya yang menjalankan tugas,

..................................................... (PN. SITI RAMLAH BT. DAUD) Setiausaha Hal Ehwal Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

You might also like