You are on page 1of 12

PRAKTIKAL 2 : TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya Teori : Biokepelbagaian ditakrifkan

sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesies di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,

organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesies baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesies organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem. Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesies biologi di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama di anggap sebagai spesies yang sama dan yang kedua ialah spesies morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesies yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang

pakar dalam mengenal pasi dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies. Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalam pengelasan prasaintifik.

Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang

sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri-ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemungkinan besar ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan individu dalam spesis itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan yang besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia. Tugasan : Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan. Anda diberi tugas membahagikan

haiwan bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza. Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesis masing-masing berdasarkan ciri-cirinya dan dicatat bilangannya. Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina. Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperolehi, dan haiwan tersebut dikelaskan mengikut ciri-ciri yang boleh dilihat (morfologi). Adakah terdapat 29 spesis ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan

bersama-sama di dalam sesuatu spesis? Prosedur : 1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis. 2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat di antara spesis jantan dan betina. Satu

Keputusan :

Kumpulan Spesis

Ciri-ciri Umum

Moonmorf

A Abdomen Bulat

Mempunyai

mata, 1, 16, 17, 24, 27

kepala, ekor, tangan

Mempunyai

mata, 1, 2, 3, 4, 5, 12, 16, 17, 18, 22, 23, 24,

Abdomen Bercorak kepala, tangan, kaki, 27 ekor

C Berbadan Panjang

Mempunyai

kepala, 19, 20, 26, 29

sesungut, bersayap, berekor

D Berekor

Mempunyai tiada bertangan,

mata, 1, 3, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 16, mata, 17, 21, 25, 28, 29 tiada

tangan, berkepala

E Kepala berbentuk leper

Mempunyai tangan, 1, 7, 8, 13, 14, 15, 16, 17, 20, 24, 25, tidak bermata, bermata, tiada bertangan, 27, 28 tidak berekor, ekor,

sesungut, sesungat

tiada

KEPUTUSAN :

KUMPULAN SPESIES A Abdomen Bulat

CIRI-CIRI UMUM Mempunyai mata, kepala, ekor, tangan

MOONMORF

KUMPULAN SPESIES B Abdomen bercorak

CIRI-CIRI UMUM Mempunyai mata, kepala, tangan, kaki, ekor

MOONMORF

KUMPULAN SPESIES C Berbadan Panjang

CIRI-CIRI UMUM Mempunyai kepala, sesungut, bersayap, berekor

MOONMORF

KUMPULAN SPESIES D Berekor

CIRI-CIRI UMUM Mempunyai mata, tiada mata, bertangan, tiada tangan, berkepala

MOONMORF

KUMPULAN SPESIES E Kepala berbentuk leper

CIRI-CIRI UMUM Mempunyai tangan, tidak bertangan, bermata, tidak bermata, berekor, tiada ekor, sesungut, tiada sesungut

MOONMORF

Perbincangan : 1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, pengelasan haiwan merujuk kepada ciri-ciri luaran fizikal kerana faktor genetik dan jantina tidak diperolehi. Ciri-ciri luaran fizikal yang dapat dikelaskan mengikut abdomen, ekor dan kepala. Bentuk

abdomen adalah ciri perbezaan yang paling nyata berbanding ciri-ciri yang lain. Bentuk abdomen memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bercorak pada kaki dan tangan, berekor dan berkepala. Sewaktu pengelasan dibuat, lima kumpulanspesies boleh dikelaskan iaitu

Kumpulan A mempunyai ciri abdomen bulat, Kumpulan B mempunyai ciri abdomen bercorak, Kumpulan C mempunyai ciri bercorak pada kaki dan tangan, Kumpulan D mempunyai ciri berekor dan akhir sekali Kumpulan E mempunyai ciri kepala berbentuk.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Sewaktu pengelasan dibuat, didapati individu di dalam sesuatu spesies mempunyai crri-ciri sepunya yang hampir sama. Ini dapat dibuktikan melalui kumpulan spesies A, haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri abdomen yang bulat manakala kumpulan spesies B, haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri abdomen bercorak. Bagi kumpulan spesies C pula, haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri bercorak, kumpulan spesies D pula mempunyai ciri-ciri berekor dan kumpulan spesies D mempunyai spesies kepala berbentuk. Ahli taksonomi mengelaskan haiwan daripada spesies yang sama tetapi berbeza sebagai subspecies.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu

yang sangat rendah?

Sekiranya variasi individu spesies Moon Morph adalah sangat tinggi maka spesies tersebut boleh dibahagikan kepada sub spesies. variasi individu Namun sekiranya

spesies Moon Morph sangat rendah maka spesise tersebut

boleh dipecahkan kepada beberapa subspesies sahaja.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesis yang baru? Ahli taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan mengumpul spesies. Taksonomis amat penting bagi pemuliharaan biodoversiti untuk membezakan antara spesies atau kekeliruan antara spesies. Taksonomi dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu? Para saintis dapat membezakan individu dalam spesies yang sama berdasarkan variasi sesuatu individu. Variasi pada sesuatu individu membolehkan

sesetengah individu mengeksplotasikan sumber yang ada di habitat yang baru. Perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental berlaku pada variasi sesuatu individu. Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu spesies ialah persekitaran dan faktor genetik. Faktor persekitaran tidak boleh dikawal manakala faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang baru.

Persekitaran : Suhu persekitaran yang panas dan kering menyebabkan manusia yang tinggal di tempat tersebut mempunyai warna kulit yang gelap. Keadaan ini berbeza bagi manusia yang tinggal di suhu persekitaran yang sejuk akan mempunyai warna kulit yang cerah.

Genetik : Individu yang berbeza memiliki set gen yang berbeza. Perbezaan yang nyata dari segi warna kulit, warna mata atau bilangan jari adalah ciri-ciri genetic manusia yang berbeza. Bagi haiwan pula, terdapat perbezaan variasi dari segi corak, warna sayap, bentuk abdomen dan bentuk sayap yang dapat dilihat pada rama-rama di mana setiap gen adalah berbeza.

Kumpulan Umur : Sesuatu populasi mempunyai perbezaan kumpulan umur yang dihasilkan oleh kehadiran individu yang mempunyai umur yang berbeza. Keadaan ini dapat

dilihat orang dewasa di Pahang berbeza dari segi ketinggian tetapi kanak-kanak yang berumur 6 tahun di Pahang dan Perlis tidak banyak berbeza secara keseluruhannya. Perbezaan kumpulan umur ini juga dapat diaplikasikan kepada spesies haiwan.

Mutasi : Perubahan yang berlaku di dalam struktur genetik pada DNA menyebabkan variasi di dalam spesies berbeza 6. Mengapakah spesies Moonmorf ini di panggil morfospesies? Moonmorf dikategorikan sebgai morfospesies kerana spesies ini adalah mengikut ciri-ciri fizikal yang sama yang terdapat pada Moonmorf tersebut. Ciriciri fizikal yang sama menyebabkan Moonmorf dikategorikan sebagai satu spesies namun terdapat variasi dalam spesies tersebut. Morfospesies

merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu apabila mengelaskan sesuatu spesies. Namun kaedah morfospesies ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesies adalah sedikit dan memerlukan perbezaan yang jelas dari spesies yang lain. Pada kebiasaannya, variasi

geografi tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan morfospesies ini.

7. Jelaskan mengapa spesies tersebut bukan spesis biologikal. Moonmorf bukan terdiri daripada spesies pembiakan/biologikal kerana tiada maklumat berkaitan pembiakan Moonmorf. Oleh itu jika tiada maklumat tentang pembiakan Moonmorf maka tidak boleh dikategorikan sebagai spesies. Ini

adalah biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies kerana apabila sesuatu hidupan berjaya membiak secara semulajadi maka spesies tersebut akan terus membiak lalu menghasilkan individu yang subur maka hidupan itu dikenali sebagai satu spesies.

You might also like