You are on page 1of 3

Syukur kepada Tuhan kerana kami berjaya menyelesaikan amanah yang telah diberikan kepada kami iaitu melaksanankan

program latihan kejurulatihan bagi acara lari berpagar. Pelbagai kekuatan dan kelemahan telah saya kenal pasti sepanjang proses untuk menyelesaikan tugasan kejurulatihan ini. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya dapat terutamanya dalam acara lari berpagar ini. Input yang saya dapat ini amat berguna kepada saya untuk digunakan semasa berada di sekolah kelak. Menerusi program ini, saya mendapat banyak ilmu yang lebih mendalam tentang acara lari berpagar ini. Dari mula saya berpendapat bahawa sukan ini adalah satu sukan yang amat sukar berbanding dengan acara lain kerana sukan ini mempunyai pelbagai ilmu yang perlu didalami bagi melatih atlet dalam acara lari berpagar ini. Terbukti menjalani latihan dengan memberi latihan adalah suatu perkara yang mempunyai banyak perbezaan. Saya sedar bahawa tidak mudah untuk menjadi seorang jurulatih. Seorang jurulatih perlu mendalami program latihan yang lengkap dan sempurna bagi melahirkan atlet yang berkualiti. Sebelum melaksanakan program kejurulatihan ini, kami telah berbincang sesama ahli kumpulan tentang aktiviti-aktiviti yang harus dijalankan semasa program kejurulatihan nanti. Oleh yang demikian, kami telah membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan untuk mencari maklumat yang berkaitan supaya kami dapat berkongsi idea. Kami juga telah mengadakan rujukan daripada beberapa sumber sama ada melalui bahan ilmiah dan bahan dari laman web berkaitan untuk memastikan bahawa maklumat yang digunakan adalah tepat. Setelah menyiapkan manual pengajaran bagi program kejurulatihan ini, kami telah berkolaboratif dengan pensyarah pembimbing iaitu Puan Norashikin binti Ismail bagi memastikan aktiviti-aktiviti latihan yang kami pilih itu bersesuaian dengan latihan bagi acara lari berpagar ini. Setelah mendapat sedikit komen dan nasihat daripada beliau, kami membuat beberapa penambahbaikkan dalam latihan acara ini agar lebih mantap.. Setelah menjalankan kajian bagi menganjurkan program kejurulatihan ini, saya dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang jurulatih bagi melahirkan atlet lari berpagar yang berkualiti. Ternyata terdapat pelbagai aktiviti yang khusus bagi menjalankan program latihan bagi sukan ini. Bagi acara lari berpagar ini, terdapat perbezaan dari segi aktiviti pemanasan badan yang berbeza dengan sukan- sukan yang lain. Ia hanya memerlukan aktiviti pemanasan yang agak berat sahaja yang tertumpu pada bahagian kaki dan aktiviti ini adalah bertujuan mengelakkan kecederaan pada atlet.

Dari segi aktiviti ansur maju pula, terdapat latihan-latihan penting yang perlu dilakukan oleh atlet bagi memastikan atlet dapat melakukan pergerakan dengan cara dan teknik yang betul. Bukan mudah untuk merancang satu program kejurulatihan untuk dibentangkan kepada semua. Tambahan pula, setiap penerangan perlu disertakan dengan pelakuan atau demonstrasi bagi memantapkan lagi kefahaman peserta yang menyertai latihan program ini. Merancang program ini memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Namun, melalui program kejurulatihan ini saya dapat membina tahap keyakinan diri saya. Keyakinan dalam diri wujud apabila saya dikehendaki bercakap dan menerangkan fasa latihan bagi fasa penujuan dalam acara lari berpagar. Kekuatan seterusnya ialah dari segi komitmen dari peserta program latihan ini. Semua peserta memberi komitmen yang sangat memuaskan dan tidak malu untuk mencuba setiap aktiviti yang disediakan oleh jurulatih. Terdapat segelintir peserta yang pada mulanya agak malu untuk melibatkan diri atas faktor-faktor tertentu tetapi pada akhirnya mereka cuba secara perlahan-lahan melakukan aktiviti yang diminta oleh jurulatih. Dalam hal ini, bukan kesempurnaan pelakuan yang saya dan rakan-rakan jurulatih yang lain tekankan, cukuplah sekadar mereka melakukan dengan menggunakan teknik yang betul.

Setelah selesai melakukan program latihan ini, kami dapati bahawa terdapat banyak perkara yang harus kami teliti dahulu sebelum mula mengajar. Antaranya adalah rancangan pengajaran yang disediakan haruslah tepat dan lengkap. Ini bermakna kita haruslah menyemak sama ada aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. Selain itu, perancangan masa juga haruslah dititikberatkan. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan memerlukan masa yang banyak,. Jadi sekiranya masa tidak diurus dengan betul, mungkin kita akan melebihi masa yang ditetapkan. Aktiviti yang dijalankan juga haruslah menarik supaya murid tidak merasa bosan dan sentiasa bersemangat untuk belajar teknik tersebut. Sebagai contoh, kami telah membuat aktiviti latih tubi yang menarik contohnya melepasi halangan dengan menggantikan pagar kepada kotak. Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan program latihan menjadi menarik tetapi juga menitikberatkan aspek keselamatan. Sebagai jurulatih, kami sedar bahawa para atlet yang dilatih bukanlah terdiri daripada golongan atlet professional yang mahir dalam bidang ini maka aspek keselamatan perlu ditekankan.

Dari aspek kelemahan pula, dapat saya ringkaskan di sini bahawa terdapat beberapa kelemahan yang saya dan rakan-rakan jurulatih lakukan sepanjang mengendalikan program kejurulatihan ini. Antara kelemahan yang sangat ketara ialah para jurulatih sendiri kurang kemahiran dalam mengajar dan menerangkan acara lari berpagar kerana para jurulatih terdiri daripada golongan bukan atlet bagi acara lari berpagar. Selain itu, masalah lain yang kami hadapi ialah kekurangan peralatan menyebabkan beberapa fasa latihan itu terpaksa dibatalkan kerana peralatan untuk latihan tidak mencukupi.

Kami juga menghadapi kekangan masa dalam mengadakan perjumpaan antara semua jurulatih bagi menjalani latihan sebelum program kejurulatihan ini berlangsung kerana masingmasing mempunyai tugasan yang lain yang perlu disiapkan. Namun berkat usaha gigih kami, beberapa siri perjumpaan berjaya diadakan.

Kesimpulannya, saya berharap pada masa akan datang saya dan rakan-rakan yang lain dapat mengendalikan program kejurulatihan dengan lebih baik dan efisien berbanding program sebelum ini. program latihan kejurulatihan ini juga banyak melatih diri saya dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perguruan Segala pengalaman yang diperolehi dan teguran daripada pensyarah akan saya jadikan panduan dan motivasi dalam mengendalikan program seperti ini lagi.

You might also like