You are on page 1of 8

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119

LATIHAN 1 1. Apakah yang dimaksudkan a) Perniagaan Ia boleh didefinisikan sebagai perniagaan yang telah lama dijalankan oleh

manusia bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan. Ia merupakan sebuah organisasi yang menggembelingkan semua faktor pengeluar (buruh, bahan mentah, modal dan usahawan) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sama ada barang atau perkhidmatan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan. Perniagaan meliputi empat aspek iaitu barang dan perkhidmatan, pertukaran nilai, keuntungan perniagaan dan kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna.

b) Usahawan Ia berasal dari bahasa Perancis iaitu entreprendre yang bermaksud seseorang yang mengambil tanggungjawab akan risiko perniagaan atau pelaburan yang dilakukan. Usahawan bermaksud orang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan dan membangunkan perniagaan tersebut dan mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya. Ia juga merupakan proses menggembelingkan sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


2. Terangkan perbezaan antara keushawanan dan perniagaan. Perniagaan Kegiatan jual beli untuk untung dan tiada sumbangan kepada masyarakat. Keusahawan Kegiatan jual beli untuk untung dan sumbang bakti kepada masyarakat. Ia menjalankan perniagaan mengikut undang-undang dan peraturan serta halal disisi undang-undang. Menjual barangan sedia ada. Keuntungan jangka pendek. Tidak sanggup menghadapi risiko. Berusaha mencipta sesuatu yang baru. Keuntungan jangka panjang. Sanggup menghadapi risiko.

3. Terangkan kompetensi yang sepatutnya ada pada diri seseorang usahawan. Kompetensi usahawan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan. Berikut ini disenaraikan kompetensi keushawanan diri terhadap usahawanusahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan.

a) Komitmen dan nekad Sikap ini merupakan satu bentuk personality yang mat penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka seseorang usahawan dan ianya memerlukan usahawan itu melibatkan diri mereka sepenuhnya dalam perniagaan.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


b) Berinisaitif Mempunyai inisiatif yang tinggi, mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku.

c) Berkeinginan kepada tanggungjawab Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha teroka mereka adalah berkait rapat dengan keinginan usahawan untuk mengekalkan lokus kawalan.

d) Sentiasa melihat dan merebut peluang] Memikirkan pencapaian matlamat dan matlamat yang ditetapkan dating dari keupayaan melihat dan mengambil peluang yang terdapat di luar sana.

e) Bertolak ansur terhadap risiko kekaburan dan ketidakpastian Mereka hidup dalam dunia yang dicirikan sebagai dunia yang mempunyai kadar perubahan risiko dan kekaburan yang tinggi.

f)

Berkeyakinan diri Mempunyai keyakinan diri terhadap keupayaan diri. Percaya apa yang mereka capai adalah keupayaan mereka sendiri. Memandangkan dunia ini penuh dengan cabaran dan halangan maka mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah keupayaan mereka sendiri.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


g) Berfikiran kreatif dan anjal. Usahawan mestilah menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa keanjalan usahawan agak sukar untukterus mempertahankan perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia hari ini yang mengalami perubahan dalam ekonomi.

h) Keinginan kepada maklumbalas. Sesorang usaha yang Berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan yang mereka ada bagi memperbaiki prestasi mereka.

i)

Tahap tenaga yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran menjadi factor yang kritikal untuk melancarkan usaha teroka yang dilakukan memandangkan usahawan perlu bekerja keras dan jangka waktu kerja yang panjang. Ianya diperlukan bagi menangani masalah yang bakal dihadapi dengan lebih matang dan tidak berputus asa.

j)

Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang Sentiasa menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa memastikan standard penghasilan barangan atau perkhidmatan mencapai tahap cemerlang.

k) Berorentasikan masa depan Mempamerkan keprihatinan terhadap masa depan jika dibandingkan dengan usahawan yang memegang teraju usaha teroka yang pertumbuhannya rendah dan sederhana.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


l) Kesanggupan untuk belajar dari kesilapan. Menumpukan seluruh tenaga kea rah usaha kejayaan,membezakan kegagalan dalam perniagaan dan kegagalan seseorang usahawan.

m) Berkeupayaan memimpin Merupakan seorang yang memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana di beroperasi.

n) Berwawasan Pembentukan matlamat dan wawasan memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta pemikiran yang cemerlang.

o) Membuat perancangan yang sistematik Ia perlu merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagibahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yang dijangkakan.

p) Menggunakan strategi pengaruh Ia mesti mempunyai kecenderungan untuk memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


q) Mencari maklumat Usahawan yang sensitive kepad maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar dari apa jua bentuk maklum balas yang diperolehi sama ada dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.

4. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan dan sumbangannya kepada masyarakat. Peranan seseorang usahawan menjadi model ikutan adalah dari segi i. Kejayaannya dalam hidup dan sumbangannya dapat membuka minda masyarakat Masyarakat sekeliling akan terbuka minda melihat kejayaan hidup dan seterusnya sumbangan yang disalurkan kepada masyarakat ini akan membuka minat dan semangat untuk mereka mencontohi usahawan tersebut.

ii. Alternatif kerjaya khusus kepada remaja yang baru tamat pengajian tinggi Masyarakat remaja terutamanya yang baru menamatkan pengajian dan sukar mencari pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta akan melihat kejayaan usahawan tersebut sebagai ikutan dan menjadikan usahawan sebagai satu alternatif kerjaya

iii. Menjadi ikutan kepada prinsip hidup dan ciri-ciri Prinsip hidup dan ciri-ciri yang ada pada seseorang usahawan yang berjaya akan menjadi ikutan kepada masyarakat dan ini boleh melahirkan para usahawan baru.

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


Selain daripada itu seseorang usahawan juga mempunyai sumbangan yang besar kepada masayarakat seperti 1. Peluang pekerjaan Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja

2. Penggunaan sumber tempatan Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk

3. Penggerak ekonomi yang sihat Memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada

4. Menjadi sumber inspirasi / model kepada masyarakat Memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru

5. Membangunkan industri sokongan Mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan

6. Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab social seperti derma kebajikan, social dan pembinaan prasarana

[DISEDIAKAN OLEH: NORNALA BINTI LI] RBT 3119


7. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan demi keselesaan hidup.

You might also like