You are on page 1of 21

PENGENALAN.

Raja berpelembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yangmoden biasanya menggunakan konsep trias politica , atau politik tiga serangkai. Ini bermaksudRaja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhadoleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh iad p i a n g l i m o n r a k i m u a l t k u b a o s l u e t m o n c r a h y . D e n g a n k t a n i a l , R B j a p r e l m b a g n l a i h R j a memerintah mengikut perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa mutlak.Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilandemokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranantradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri,iaitu pemimpin yangdipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat jugaRaja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang DuniaII, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator .Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisitakhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di manaYangdi-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.' Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuhadalahSeriPadukaBagindaYang di-PertuanAgong.OlehsebabMalaysiamengamalkansistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagaiistiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif , secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri,dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) kabinet atau jemaah menteriyang diketuai oleh Perdana menteri. Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja berpelembagaan.Raja Berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. ' SulaimanZakaria,AzmahCheOmar, Siri Kenegaraan:Institusi Beraja,PetalingJaya:PustakaCahayaIntelek,2004,hlm.5. Ibid,hlm.7.

6.2.2 Catatan Kaki Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh: .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik... ________________________________________________ 1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna. 6.2.3 Catatan Kaki Singkat Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka. ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya. op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain.

loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain. Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut: 1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75 2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25 3. Ibid, hal. 45 4. John Dewey, op.cit., hal 89. 5. John Dwey, loc.cit.

Ilmu Perubatan Dalam Tamadun Islam Ilmu Perubatan Dalam Tamadum Islam Definisi Perubatan Islam Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan AlQuran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Tamadun. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain, jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun. Latar belakang asal-usul ilmu perubatan dalam Tamadun Islam Kira-kira dalam lingkungan 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda umatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. Ini merupakan suatu zaman yang merupakan detik terhentinya sejarah tamadun dunia pada ketika itu. [1] Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani serta diperkembangkan pula oleh pemikiran berhaluan Iskandariah dan disistemkan oleh Galen mulai lumpuh. Dari pusat perubatan empayar Rom yang pada suatu masa dahulu begitu gemilang dan memancarkan cahaya kesemua negara-negara lingkungan lautan Mediterranean, lahir pula suatu pusat baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian. Pengasas pusat ilmiah ini ialah Nestorius, yang merupakan patriach(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M2. Beliau diusir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M. Cara pemikiran serta kepercayaan pengikut-pengikutnya memang telah menggoncangkan Pertubuhan Agama Kristian pada awal-awal lagi. Kini pengikut-pengikutnya telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah berkembang ke peringkat yang disanjung ramai menjelang akhir abad yang ke-5 M. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syiria dan Parsi mereka menemui tamadun ini yang sebenarnya telah diketahui oleh mereka. Jelasnya sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W. telah pun ada dikalangan orang Arab, doktor yang terdidik di Jundishapur. Kuasa Islam terus bertapak dari tebing sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucasus dan menyelubungi hampir ke seluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardina dan Sicily. Bargdad tertubuh sebagai ibu kota Islam pada tahun 762 M.

Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang terdapat dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam merupakan pembela utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusatpusat pengajian tersebut dan hasil usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi pusat pengajian yang begitu cemerlang. Selepas itu pula akademi-akademi mulai tumbuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademiakademi tersebut berpusat di masjid, tempat mahaguru serta siswa menginap. Di masjid pula terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Buku-buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun al-Rasyid(763-809 M) pula mula menubuhkan dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad. 3 Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep

kesihatan dari unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai4.

Ahli falsafah Aristotle merupakan karyawan Yunani yang begitu popular di kalangan orang Arab pada ketika itu. bayak karyanya diterjemah dan dipelajari dengan penuh ketekunan. Juga banyak karya tokoh Yunani seperti Hippocrates, Dioscorides, Galen, Oribasius, Allexander Tralles dan Paulus Aegina diterjemahkan dan diperlajari serta dibincang dan dianalisa dengan luasnya5. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dpadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Institusi ilmu perubatan Pakar perubatan keturunan Arab yang pertama ialah Harith Ibn Kaladah, graduan pusat pengajian perubatan Jundishapur di Parsi, yang sezaman dengan Nabi s.a.w. Dalam masa yang sama, umat Islam juga mementingkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang rawatan dan kesihatan, daripada amalan perubatan yang dianggap asing. Hospital pertama dalam tamadun Islam telah dibina oleh Khalifah al-Walid pada tahun 707 M. Pengaruh secara langsung pusat ilmiah Jundishapur di Parsi ke atas perubatan Islam bermula pada tahun 765 M. sewaktu pemerintahan Al-Mansur, Khalifah Abbasiyyah yang kedua. Selepas Khalifah berjaya dirawat ol eh Jurjis Bakhtishu, pakar perubatan dari pusat itu,maka ramailah ahli keluarga serta para siswanya dari Jundishapur yang. merantau ke Baghdad.

Pakar perubatan Khalifah Harun al-Rasyid,Masawaih(yang juga ahli farmakologi dan pakar oftalmologi) juga berpindah bersama keluarganya dari Jundishapur ke Baghdad. 6 Pengalaman perubatan dalam tamadun Islam bersifat alamiyyah atau sejagat. Pada kurun ke -10 M, Toledo yang terletak di Sepanyol atau Andalusia, merupakan pusat perubatan Arab bagi Eropah. Sebuah institusi penterjemahan telah didirikan di situ. Cedekiawan dari seluruh Eropah dan Kepulauan British berkumpul dan meraih ilmu. Antara tokoh Barat yang ternama yang telah menuntut ilmu perubatan Islam ini ialah Gerard of Cremona, Michael Scot, Adelaid of Bath, Robert of Chester dan Constantinus Africanus(seorang pakar perubatan Yahudi yang mendakwa bahawa al-Kitab al-Maliki karya Ali Ibn al-Abbas al-Majusi ialah hasil karyanya sendiri dan diberi tajuk Pentagne). 7 Walaupun kurun ke-13 M merupakan zaman gerhana bagi sebahagian besar daerah Islam kerana pemusnahan warisan tamadun Islam oleh tentera Mongol, namun kecintaan dan kegiatan ilmu masih berkembang dikalangan para pengamal perubatan Islam,hingga lahirlah empat orang tokoh terkemuka iaitu Ibn al-Qifti, Ibn Abu Usaibiyah, Ibn Khallikan dan Abu al-Faraj. Kemudian, satu lagi keanehan berlaku pada waktu itu iaitu pemerintah Mongol yang hanya beberapa tahun sebelumnya menjadi pemusnah Empayar Islam Timur di Baghdad, kemudian berubah menjadi pemerintah yang berasaskan keimanan dan aqidah tauhid, hingga mampu menjadi penaung pengalaman perubatan. Dari kalangan orang-orang istana yang mengamalkan perubatan Islam ialah tokoh-tokoh seperti Qutd al-Din al-Syirazi(yang menulis sebuah komentar bagi al-Qanun Ibn Sina) dan Rasyid al-Din Fadl Allah, yang telah menjadikan kota Tabriz penuh dengan pusat pengajian tinggi, sekolah dan hospital; dan juga menganjurkan pertandingan menulis buku di samping mengeratkan semula perhubungan antara para pewaris perubatan Islam di Andalusia, Tunis, Tripoli dan Tabriz. 8

Proses pengubatan Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan. Jiwa dan emosinya juga mungkin tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Pesakit tadi seterusnya bertawakal kepada Allah s.w.t agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan saja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga patut menpunyai satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit. Mereka perlu mempunyai keimanan dan ketakwaan agar dapat meyakinkan pesakit. 9 Disaat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana, termasuk nasihat dan bimbingan. Etika Doktor Islam Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah mereka perlu mempunyai adab serta akhlak yang mulia. Perkara-perkara yang penting berkaitan etika doktor terhadap pesakitnya seperti doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Mereka percaya kepada Allah dan rasul serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka juga perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Mereka perlu senyum selalu, bersifat sabar, pemaaf, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. Mereka sepatutnya berakhlak mulia, bercakap dengan lunak dan mempunyai tingkah laku lemah lembut dan bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. 10 Para doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan diri. Mereka perlu menunjukan tauladan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan enggan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Mereka perlulah ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan. Mereka juga perlulah mempunyai sifat tawaduk dan rendah diri, mereka tidak ujub,riak atau angkuh. Para doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan diri mereka dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.

Kepentingan Etika Perubatan Islam Sebelum mengurangkan skop penyelidikan dan menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam analisis sekarang, ada baiknya disebutkan di sini kepentingan ini. Terdapat hampir satu billion penganut Islam di dunia. Kebanyakkan mereka tinggal di Dunia Muslim yang merentangi pantai Atlantik di barat ke pedalaman Cina dan Malaysia di Timur. 11 Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan bahawa kebanyakkan mereka menetap di Eropah, Amerika dan Kanada dan di beberapa tempat di Amerika Selatan. Jadi, orang-orang Islam tidak hidup terpisah dan menyedari perkembangan di sekeliling mereka dalam bidang sains, teknologi, perubatan dan lain-lain. Teknologi Biomedic, salah satu cabang sains moden, adalah satu realiti dan tidak boleh dipandang ringan. Banyak penyelidikan telah dan sedang dijalankan dalam lapangan ini dengan tujuan mengawal kehidupan dan kematian. Sama ada orang-orang Muslim tinggal di Dunia Muslim atau di luarnya, mereka berada dalam dilemma apabila berhadapan dengan inovasi teknologi. Berdasarkan keadaan inilah kita dapat menilai kesalahan setengah-setengah dari isu-isu Biomedic berdasarkan etika Islam seperti disebutkan terdahulu,etika tidak bebas dari Syariah dan kepentingan inovasi teknologi di sisi Syariah. Penyumbang Ilmu Perubatan Dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w 527 M yang membawa Nur Islam, suatu zaman kegemilangan atau keemasan telah berlaku sebagai zaman penerokaan bagi beberapa ilmu Algebra, Alkemi dan Astronomi. Ilmu-ilmu itu dikaji, diasingkan dan diselidiki terutamanya dalam bidang perubatan. Beberapa tokoh Islam telah memainkan peranan. Seramai 25 orang disebut oleh Donald Campbell dalam bukunya Arabian Medicine dan jumlah ini mungkin lebih banyak lagi daripada itu. Di antara tokoh terkemuka yang telah memberi banyak sumbangan dalam perubatan ialah al-Razi(al-Hawi), Ibn Sina(Al-Qanun),Ibn Rusyd(Al-Kuliyyah), Al-Zahrawi(Al-Tasrif) dan Ali Ibn Abbas Al-Majusi(Al-Maliki). 12 Hadith Dan Ilmu Perubatan Hadith-hadith perubatan daripada Rasulullah s.a.w bolelah dikategorikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah hadith yang menggalakkan rawatan perubatan apabila sakit dan memberikan prinsip-prinsip yang amat luas tentang kesihatan. Bahagian yang kedua pula merangkumi kenyataan-kenyataan yang dikenali oleh Rasulullah s.a.w tentang penyakit tertentu dan masalah-masalah kesihatan dan juga kaedah-kaedah rawatan samada secara secara spiritual atau secara perubatan. Yang ketiga ialah peranan hadith dalam hasil-hasil tulisan Perubatan Nabi-Nabi. Satu kenyataan yang menyeluruh daripada Rasulullah s.a.w. dalam tulisan hadith ialah Tuhan menurunkan rawatan

bagi setiap penyakit, atau ada ubat bagi setiap penyakit iaitu jika ubat yang betul digunakan terhadap sesuatu penyakit,dangan redha Tuhan, kesihatan akan kembali. Hadith ini mempunyai satu titik teol ogi yang mustahakiaitu ubat-ubat bertindak terhadap pelbagai penyakit melalui kehendak Tuhan. Kebanyakan hadith itu merupakan nasihat tentang makanan dan minuman serta bersifat pencegahan. Ini adalah prinsip mustahak dalam penjagaan kesihatan pada zaman praIslam Arab. Sebagai contohnya, nasihat yang melarang terlampau kenyang atau makan terlalu cepat, banyak dibincangkan dalam hadith-hadith. Kebersihan juga banyak dibincangkan, malahan, berwudhuk sebelum solat yang melibatkan pembasuhan tangan, muka, kaki, gigi sebelum solat subuh. Hadith yang menceritakan, jasad seseorang mempunyai hak keatas dirinya. Kerisauan yang terlalu menyebabkan kesakitan fizikal kepada seseorang 13, menurut satu hadith mengenai fenomena psikosomatik penyakit. Walaupun kita mendapati contoh-contoh rawatan penyakit melalui azimat dan doa-doa, ia sangat terhad. Telah dilaporkan bahawa pada mulanya Rasulullah s.a.w mengharamkan semua jenis azimat kerana takut mempunyai ayat-ayat yang dapat membawa kepada syirik dengan cara menyeru hantu-hantu dan pelesit. Kemudian, baginda membenarkan penggunaanya dengan syarat kandungan tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Baginda juga membenarkan doa menyembuh bagi gigitan binatang beracun dan terkena sampuk. Kepercayaan kepada terkena sampuk atau ilmu jahat sangat berleluasa dikalangan orang-orang Islam. Sihir, samada jahat atau baik, telah diharamkan oleh Allah, kuasa yang dihasilkannya boleh diterima tetapi hanya pada perinkat psikologikal. Ahli-ahli sihir Firaun yang menentang Nabi Allah Musa, membaling tali dan kayu hanya mengaburi mata yang memandang tanpa menukar bentuknya yang asal walaupun perkara itu juga menakutkan Nabi Musa. Dengan kata lain semua ilmu sihir merupakan ilmu yang jahat kerana ia menutup kebenaran, bertentangan dengan tanda-tanda(ayat) atau mukjizat yang benar-benar memberi kesan kepada kebenaran. Begitu juga,kesan psikologi dapat ditunjukkan dalam satu cerita tenteng dua malaikat yang turun ke bumi iaitu Harut dan Marut yang mengajar manusia ilmu sihir bagi menceraikan diantara seorang suami dan isterinya melalui manipulasi psikologi. Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan beberapa rawatan untuk orang sakit. terdapat hadith yang menyakan bahawa Rasulullah s.a.w ada mencadangkan bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai penyembuh penyakit. 14 Bagi sesetengah penyakit dalam perut, baginda sendiri menggunakan minuman yang diperbuat daripada kulit bijirin, susu dan madu. Tetapi, seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun, mungkin cara ini telah diambil oleh baginda daripada tradisi perubatan orang-orang Arab Zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu hadith yang bertentangan dengan beberapa jenis penyakit dan cara rawatannya. Sebagai contoh, terdapat suatu hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang penyelaran yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab untuk rawatan penyakit pada daging. Tetapi terdapat juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan penggunaannya malah digunakan sendiri pada pejuang-pejuang Islam yang luka dalam peperangan. Hadith yang awal tidaklah bersyarat, yang hanya disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah, walaupun ia adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang masyarakatku daripada penyelaran15. Para pengulas hadith yang percaya bahawa penyelaran adalah betul, menyatakan larangannya hanya boleh diambil sekiranya ia dianggap satu cara yang boleh menyembuhkan, seperti yang dipercayai oleh orang-orang Arab sebelum kebangkitan Islam. Ilmu Perubatan Nabi-Nabi Kita telah melihat majoriti umum berpegang bahawa rawatan perubatan mempunyai nilai rohaniah dan kebaikan agama, malahan menjadi kewajipan dalam agama. Walau bagaimanapun, terdapat segolongan kecil masih berpegang bahawa ilmu perubatan adalah bidang ilmu dalam agama yang tidak dituntut dan masih ada golongan yang lebih kecil berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan tetapi cukup sekadar berserah kepada Tuhan. Rasulullah s.a.w penah ditanya oleh seseorang samada dia patut mendapatkan rawatan, iaitu samada ubat-ubatan yang semulajadi mempunyai sekatan dalam agama dan mempunyai kemujaraban yang semulajadi dan Rasulullah s.a.w telah memberi jawapan yang positif. Ibn Taimiyah(meninggal 1328 M) seorang ulamak yang terkenal, guru bagi Ibn Qayyun al-Jauziyah telah disoal tentang penggunaan bahan-bahan yang tidak halal bagi orang Islam menggunakannya. Ibn Taimiyah menjawab bahawa penggunaannya adalah haram untuk tujuan perubatan walau penggunaannya dibenarkan sekiranya tiada terdapat makanan yang lain dan hampir mati disebabkan oleh lapar atau dahaga. Akhirnya, perbincangan juga perlu ditumpukan pada bentuk yang nyata bagi hasil penulisan Ilmu Perubatan NabiNabi. Mungkin yang paling penting ialah kecenderungan yang ditunjukkan bagi ubat-ubatan yang agak mudah(aladwiyah al-mufradah atau al-basitah) berbanding dengan ubat-ubatan sebatian(al-murakkaba). Kelin-Faranke berpendapat ubat-ubatan sebatian berkemungkinan mengandungi kandungan yang tidak halal dari segi hukum Islam bagi digunakan oleh orang-orang Islam. Ibn Qayyun al-Jauziyah menjelaskan hal ini: Atas panduan baginda sendirilah baginda mendapat rawatan dan mengarahkan keluarga dan pengikut-pengikutnya yang mengidap penyakit mendapatkan rawatan juga. Tetapi bukanlah termasuk dalam panduan baginda atau

sahabat-sahabat baginda untuk menggunakan ubat-ubatan sebatian yang dikenali sebagai aqrabadhin. Ubat-ubatan jenis ini ialah ubat daripada orang yang berbeza-beza yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik-Arab, Turki dan penduduk-penduduk gurun. Bagi mereka yang selalu memakan makanan yang mudah atau ringkas tidaklah mengidap penyakit yang banyak dan rawatannya juga adalah ubat-ubatan yang ringkas. 16 Rumusan Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan walaupun banyak lagi isu-isu tenteng punca penyakit dan kaedah rawatan belum dapat diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahliahli sains perubatan Islam, negara-negara Islam, hartawan dan ahli-ahli korporat Islam untuk mengambleng tenaga untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggemblengan tenaga pakar yang disokong dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan.

Rujukan 1. Ismail Saad, Prof(1985), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan, jilid 1, Kuala Lumpur : DBP. 2. S. M. Hatta(1995), Perubatan Psikologi Islam, Kuala Lumpur : DBP. 3. Abu Bakar Majeed(1999), Konsep Dan Operasi Perubatan Islam, Kuala Lumpur : Ikim. 4. Wan Mohd. Nor Daud(1992), Kesihatan Dan Perubatan Dalam Tradisi Islam, Kuala Lumpur : DBP. 5. Abul Fadl Mohsin Ebrahim(1980), Isu-Isu Bio Perubatan Menurut Islam, Kuala Lumpur : A. S. Noordeen.

DATA 1. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. 2. Pengasas Pusat Islamiah ini ialah Nestorius yang merupakan Patriach(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M. 3. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun Al-Rasyid(763-809 M) pula mula menubuhkan dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad. 4. Orang Arab dalam zaman permulaan Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap pusaka yang amat dihargai. 5. Banyak karya tokoh Yunani seperti Hippocrates, Dioscorides, Galen, Oribasius, Allexander Tralles dan Paulus Aegina diterjemah dan dianalisa. 6. Pakar perubatan Khalifah Harun Al-Rasyid, Masawaih(yang juga ahli farmakologi dan pakar oftalmologi) juga telah berpindah bersama keuarganya dari Jundishapur ke Baghdad. 7. Tokoh barat ternama yang telah menuntut perubatan Islam ialah Gerard Of Cremona, Michael Scot, Adelaid Of Chaster dan Constatinus Africanus. 8. Kalangan orang istana yang mengamalkan perubatan Islam ialah tokoh-tokoh seperti Qutd al-Din, al-Syirazi dan Rasyid al-Din Fadl Allah yang telah membangunkan kota Tabriz dan menganjurka pelbagai pertandingan untuk

mengeratkan semula perhubungan antara pewaris perubatan di Andalusia, Tunis, Tripoli dan Tabriz. 9. Mereka(doktor) perlu mempunyai keimanan dan ketaqwaan agar dapat meyakinkan pesakit. 10. Doktor dan para pelawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. 11. Kebayakan mereka(umat Islam) tinggal di Dunia Muslim yang merentasi pantai Atlantik di barat ke pedalaman China dan Malaysia di timur. 12. Diantara tokoh terkemuka yang telah memberi banyak sumbangan ialah al-Razi(al-Hawi), Ibn Sina(al-Qanun), Ibn Rusyd(al-Kuliyyah), al-Zahrawi(al-Tasrif) dan Ali Ibn Abbas Al-Majusi(al-Maliki). 13. Kerisauan yang terlalu menyebabkan kesakitan fizikal kepada seseorang. 14. Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai penyembuh penyakit. 15. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang umatku daripada penyelaran. 16. Atas panduan baginda Rasulullah sendirilah,baginda mendapat rawatan dan mengarahkan keluarga dan pengikut-pengikutnya yang mengidap penyakit mendapat rawatan juga. Tetapi bukanlah termasuk dalam panduan baginda dan sahabat-sahabat baginda untuk menggunakan ubat-ubatan sebatian yang dikenali sebagai aqrabadhin. Ubat-ubatan jenis ini ialah ubat daripada orang yang berbeza-beza yang terdiri daripada pelbagai jenis etniArab,Turki dan penduduk gurun. Bagi mereka yang selalu memakan makanan yang mudah dan ringkas, tidaklah mengidap penyakit yang banyak dan rawatannya juga adalan ubat-ubatan yang ringkas [1] Abu Bakar Majeed (1999), Konsep Dan Operasi Perubatan Islam, KL:IKIM, halaman 65. 2 Prof Dr Ismail Saad (1985), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan, KL:DBP, halaman 5. 3 Ibid, halaman 7. 4 Ibid, halaman 9. 5 Ibid, halaman 9. 6 S.M. Hatta (1995), Perubatan Psikologi Islam, KL:DBP, halaman 114. 7 Ibid, halaman 115. 8 Ibid, halaman 115. 9 Ibid, halaman 115. 10 Op.cit, Abu Bakar Majeed, halaman 65. 11 Ibid, halaman 66. 12 Abul Fadl Mohsin Ebrahim (1980), Isu-Isu Bio Perubatan Menurut Islam, KL:A.S.NOORDEEN, hal 13. 13 Wan Mohd.Nor Daud (1992), Kesihatan Dan Perubatan Dalam Tradisi Islam, KL:DBP, halaman 51. 14 Ibid, halaman 56. 15 Ibid, halaman 59. 16 Ibid, halaman 99.

Al Quran sebagai teras tamadun AL-QURAN SEBAGAI ASAS TAMADUN ISLAM DEFINISI TAMADUN ISLAM Sesungguhnya pembicaraan definisi sesuatu perkataan atau istilah biasanya menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik-tolak tentang wujudnya berbagai-bagai pendapat yang dikemukakan oleh sarjana dalam bidang yang berkaitan. Kelainanini merupakan fitrah semula jadi manusia yang sentiasa berbeza dalam cara berfikir di antara satu sama lain, yang timbul akibat daripada perbezaan latar belakang pendidikan, alam persekitaran, minat, sikap dan sebagainya. Demikian juga halnya dalam memberikan definisi tentang tamadun. Untuk memudahkan perbincangan dan kefahaman, mari kita lihat definisi tamadun dari aspek bahasa Malaysia dan bahasa Arab. Bahasa Malaysia. Tengku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.[1] Mahmood Mohd Taib al-Najmi di dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.[2] Daripada huraian yang tersebut di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa dua istilah pernah digunakan untuk menghuraikan tamadun iaitu kata-kata kebudayaan, peradaban dan tamadun. Walaupun kata-kata ini berbeza dari segi sebutannya tetapi ianya membawa satu maksud yang sama iaitu pencapai manusia di dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek pemikiran, kerohanian, abstrak atau kebendaan. Bahasa Arab. Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi di dalam Qamus al-Marbawi, menjelaskan bahawa perkataan tamadun berasal daripada perkataan madana yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Kamus tersebut juga menjelaskan bahawa kata tamadun membawa maksud kehalusan adat atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.[3] Ali Md. Isa menjelaskan bahawa perkataan tamadun berasal daripada perkataan mudun yang membawa kota-kota. Kata tamadun di dalam bahasa Arab bermaksud kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi.[4] Kesimpulan daripada huraian yang tersebut di atas jelas menunjukkan bahawa maksud sebenarnya istilah tamadun serupa sahaja sama ada dalam bahasa Malaysia mahupun bahasa Arab. Tamadun Islam dalam erti kata yang paling ringkas ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

AL-QURAN Al-Quran adalah kalamullah yang diwahyukan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib, sistem moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Pembacaannya adalah suatu ibadah. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran juga menjadi sumber rujukan dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu, adalah wajar dikatakan bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dan asas dalam membina Tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam ialah al-Quran.

AL-SUNNAH Al-Sunnah didefinisikan sebagai apa yang datang daripada Rasulullah S.A.W. selain daripada al-Quran, meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum. Peranan al-Sunnah ialah menjelaskan perkaraperkara yang tidak jelas dalam al-Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam al-Quran.

ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM Tamadun Islam merupakan satu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi dan dibentuk serta dibangunkan di atas asas-asasnya yang utuh dan padu bagi menjamin kesejahteraan masyarakatnya. Asas-asas tersebut ialah Akidah, Syariah dan Akhlak. Ketiga-tiga asas tamadun Islam ini saling bergantung dengan al-Quran kerana ia (al-Quran) menjadi sumber rujukan utama untuk Akidah, Syariah dan Akhlak di dalam Islam.

AKIDAH Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami (Allah) anugerahkan kepada mereka.[5] Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun Islam. Apabila seseorang individu itu beriman kepada Allah S.W.T. dia wajib mematuhi segala yang terkandung dalam tuntutan syahadatain yang diucapkannya. Seseorang yang berakidah Islam harus faham bahawa dengan menyebut ucapan dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah S.W.T. Bukan sekadar ketaatan yang mutlak kepada Allah S.W.T. sahaja bahkan seseorang yang mengaku berakidah Islam mesti menjadikan seluruh jiwa raganya serta hidup dan matinya untuk Allah S.W.T. semata-mata, serta menjauhi sebarang bentuk unsur-unsur syirik dan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam pelbagai bentuk dan corak. Konsep tauhid inilah yang telah melahirkan satu motivasi yang tiada taranya terhadap umat Islam di zaman awal untuk mempertahankan Islam. Penanaman akidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan akidah serta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadatku dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[6] Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu sekalin berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.[7] Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki mahupun perempuan serta ia beriman. Maka sesungguhnya akan Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan akan Kami sempurnakan mereka dengan balasan yang lebih baik daripada apa-apa yang mereka kerjakan.[8] Berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah (bersatu padu) dan jangan berpecah belah.[9] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia ! Telah dating kepada kamu kebenaran (al-Quran) dari tuhan kamu. Oleh itu ssesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (berimanlah kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.[10] Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa beroleh pahala yang

besar.[11]

Demikianlah antara contoh-contoh terjemahan ayat-ayat suci al-Quran yang menunjukkan bahawa betapa berapa rapatnya dan saling kaitannya dengan akidah Islam.

SYARIAH Syariah merupakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Ia bersifat muktamad. Manusia tidak berhak meminda apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan Al-Sunnah kecuali melalui jalan-jalan yang dibenarkan oleh Islam seperti melalui kaedah ijtihad yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa terhadap perkara-perkata cabang dalam menyelesaikan persoalan-persoalan semasa yang berlaku dalam masyarakat manusia. Syariat Allah ini berjalanke atas manusia tanpa pengecualian. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya. Sesungguhnya telah binasalah umat-umat sebelum kamu di mana apabila orang-orang bangsawan mereka mencuri, mereka tidak bertindak tetapi apabila orang-orang yang lemah mencuri mereka pun menjalankan hukuman ke atasnya.

Ini berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang sering terpengaruh oleh perasaan atau sentimen menyebabkan nilainya menjadi goyang dan sentiasa berubah-ubah. Undang-undang Allah mencakupi segenap bidang kegiatan manusia dari gerak harian seseorang individu hinggalah kepada soal-soal kenegaraan. Dari sini proses pembangunan manusia adalah terkawal supaya dapat melahirkan tamadun yang sempurna dan seimbang sesuai sekali dengan fitrah manusia. Dalam hal ini Islam menolak sebarang pembinaan tamadun dan perancangan yang di luar batasan syariat. Dalam Al-Quran menjelaskan persoalan ini supaya kita sebagai manusia berfikir. Apakah hukum (peraturan) jahiliah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.[12]

AKHLAK Akhlak menurut perspektif Islam meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini bererti setiap perlakuan dan tindakan manusia mestilah berteraskan keimanan serta akidah tauhid yang mutlak. Aspek keimanan tadi mesti dijelmakan dalam bentuk amalan soleh. Islam tidak mengukur kegemilangan sesuatu bangsa berdasarkan ketinggian percapaian dalam aspek kebendaaan semata-mata kerana ia bukan merupakan matlamat kepada tamadunnya. Apabila pembinaan sesebuah tamadun mengkesampingkan soal-soal akhlak, ia akan mengakibatkan berlakunya kepincangan kepada tamadun tersebut. Oleh itu Islam amat mementingkan akhlak dalam pembinaan tamadun supaya dapat mengimbangi potensi dan kecenderungan individu dan masyarakat ke arah kebaikkan dan sesuai dengan matlamat pencipta manusia serta matlamat risalah Nabi Muhammad S.A.W. Manusia dijadikan oleh Allah bukan sekadar untuk memenuhi keperluan material semata-mata tetapi untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam hal ini jelas sekali ahklah merupakan kayu pengukur

kepada nilai dan kualiti sesuatu tamadun yang dibina oleh manusia. Ia tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tidak berpegang teguh kepada akidah serta mempraktikkan segala syariat Islam dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadanya ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati kamu, lalu menjadilah kamu dengan nikamt Allah orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepada kamu, agar kamu mendapat petunjuk.[13] Jika ada dua golongan daripada orang mukmin berperang, maka damai kan antara keduanya. Dan jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap golongan satu lagi, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali kepada perintah Allah, maka damaikanlah keduanya dengan saksama dan berlaku adillah kerana sesungguhnya Allah menyukai kepada orang yang berlaku adil.[14] Amat jelas ketegasan Al-Quran dalam usaha pemupukan permaufakatan dan perpaduan umat Islam seperti yang tercatat di dalam terjemahan ayat di atas.

KESIMPULAN Al- Quran sahajalah yang dapt menberikan ubat yang paling serasi dan mujarab bagi mengekalkan dan mengabadikan perpaduan (tamadun Islam) yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan keturunan tanpa ada alternatif lain. Paling utama dan paling digalakkan oleh Al-Quran ialah agar semua manusia di dunia ini menjadi Islam. Al-Quran secara langsung dan tepat menberikan penerang kepda pembacanya tentang cara-cara kehidupan dan ke arah pengujudan suatu tamadun yang unggul (tamadun Islam). Apakah mereka masih mencari agama lain selain agama Allah. Pada hal kepada Allah telah menjadi Islam (menyerah) diri segala apa yang di langit dan bumi, baik dengan sukar mahu pun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan.[15] [1] M/s 521,Tengku Iskandar,Kamus Dewan,Kuala Lumpur. [2] M/s 194,Mahmood Mohd Taib al-Najmi,Sejarah Tamadun Islam. [3] Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi,Qamus al-Marbawi. [4] M/s131,Ali Md. Isa,The Renaissance of Islam,Kuala Lumpur. [5] Terjemahan ayat 2, surah al-Baqarah. [6] Terjemahan Surah al-Anam,ayat 162. [7] Terjemahan Surah an-Najm,ayat 39. [8] Terjemahan Surah an-Nahl,ayat 97. [9] Terjemahan Surah Ali Imran,ayat 103. [10] Terjemahan Surah Yunus, ayat 108. [11] Terjemahan Surah al-Isra,ayat 9. [12] Terjemahan surah Al-Maidah, ayat 50. [13] Terjemahan surah Asy-Syams ayat 7. [14] Terjemahan surah Ar-Rum ayat 20. [15] Terjemahan surah Al-Kahfi ayat 30

Pengenalan Kepada Tamadun Islam PENGENALAN Al Quran datang sepenuhnya wahyu dari Allah s. w.t, maka As Sunnah itu adalah dari nabi Muhammad s.a.w. Sunnah biasa juga disebut Hadits. Sunnah juga bererti adat istiadat, termasuk adat istiadat masyarakat Arab dalam pra islam. baik tentang persoalan agama, sosial mahupun hukum.menurut definisi: sesuatu yang merupakan perkataan, perbuatan dan taqrir Rasulullah s.a.w. disebut Sunnah[1] Peranan Sunnah ialah menjelaskan perkaraperkara yang tidak dijelaskan dalm Al-Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al-Quran. Keduadua sumber ini merupakan sumber inspirasi umat islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.dari sinilah datang dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam kemajuan disegenap bidang.segala kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikut lunas-lunas yang telah ditentuka oleh keduadua sumber ini.[2]

PENGERTIAN SUNNAH Dari segi bahasa ialah jalan yang ditempuh, baik terpuji mahupun tidak.Dari segi istilah,para ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian tentang sunnah: 1. Ulama hadits Sunnah meliputi biografi nabi, sifat sifat baik nabi dan akhlak nabi dalam keadan sehari harian baik sebulum dan sesudah diangkat menjadi nabi.1

2. Ulama ushul fiqh Segala yang dinukil dari nabi Muhammad s.a.w. baik berupa perkataan perbuatan mahupun taqrirnya yang ada sangkut pautnya dengan hukum.2 3. Ulama fiqh Segala perbuatan yang dilakukan dalam agama,tetapi darjatnya tidak sampai kepada wajib atau fardhu.Atau dengan kata lain,Sunnah ialah satu amalan yang diberi pahala apabila dikerjakan, dan tidak dituntut apabila tibdak dikerjakan3 4. Ulama dakwah Mereka mengertikan Sunnah sebagaikebalikan dari Bid`ah.4 Dengan ini dapat didifinasikan Sunnah sebagai apa yang datang dari rasulullah s.a.w. selain daripada Alquran meliputi perkataan perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum. Kedudukan hadits berdasarkan perundangan Sunnah merangkumi seluruh bidang perundangan Contohcontoh Sunnah yang mendalami segala perkara mujmal didalam Al-Quran, mencakupi seluruh bidang termasuk ibadah muamalah, halal, .dan haram. Nabi Muhammad s.a.w. akan menerangkan kesemua perkara ini dengan terperincinya, menerusi berbagai cara, seperti Qias membandingkan dua hukum yang bertentangan.secara Qias rasulullah s.a.w.mengkategorikan setiap muamalatyang disertai dengan sebarang tambahan yang sama, sebagai perbuatan riba. Al- Quran menharamkan perbuatan zina danmengharuskan perbuatan kahwih, menerusi ayat yang makruf tanpa menerangkan hukum perbuatan kahwin yang menyalahi syarak, seperti seorang wanita yang berkahwin tanpa jeizinan walinya.baginda membatalkan sebarang perkahwinan yang tidak memelihara syarat syarat dalam akad nikah.1 Al- Quran telah menharamkan bangkai.berdasarkan inilah maka rasullah s.a.w.telah mempertimbangkan antara buruan laut yang dihalalkan secara mutlak dengan bangkai bunatang yang diharamkan secara mutlak.rasulullah s.a.w. menghalalkan bangkai laut secara khusus dengan mengeluarkannya secara umum.

Dan baginda bersabda berkaitan dengan buruan laut dengan kata yang bermaksud: Airnya boleh dibuat bersuci dan halal bangkainya1 Pengkhususan ini disokong dengan kata katanya yang lain yang bermaksud: dihalalkan kepada kita dua bangkai dan darah.keduadua bangkai itu ialah bangkai belalang dan ikan, manakala kedua-dua darah itu ialah hati dan limpa. 2 Kesan Sunnah dalam memberi penerangan terhadap AlQuran baik apa cara sekalipun begitu dirasakan oleh para ulama silam.berdasar daripada inilah terdapat diantara mereka yang membuat kenyataan bahawa sunnah adalah pemutus terhadap kitab Allah s.w.t, sehinggakan al-AwzaI pernah berkata: Al-quran lebih berhajat kepada sunnh berbanding sunnah kepada Al-Quran. Kenyataan itu bertujuan untuk mengingatkan orang alim tengtang maksud ayat-ayat Al-Quran iaitu Rasullulah seorang yang amanah dan tidak pernah bercakap mengikut hawa nafsu.baginda hanya bercakap apa yang diwahyukan kepadanya. Mutarrif bin Abdullah bin al-syikhkhir pernah diberitahu: jangan kamu bercakap kepada kami melainkan Al -Quran.lalu beliua menjawab denga katanya: demi Allah kami tidak bermaksud untuk mencari sesutu untuk menggantikan Al -Quran, sebaliknya kami bermaksud siapakah dikalangan kita yang paling alim berhubung dengan Al-Quran.

HADITH SAHIH SEBAGAI HUJAH DALAM PERUNDANGAN Tidak ada sebarang perbezaan antara sunnh dan kitab dari segi halal dan haram Hadith berikut menggambarkan seolah-olah Rasllulah s.a.w. telah dibuka hijabnya dan melihat bagaimana generasi selepas baginda membezakan antara kitab Allah dengan Sunnah Baginda. Mereka hanya beramal dengan hukumhukum yang dinaskan oleh Al-Quran. Rasullalah juba menggambarkan kepada kita bertapa bahayanya kesilapan

mereka dan telah menyimpang jauh dari jalan kebenaran, melalui sabdanya yang bermaksud: ketahuilah bahawa diberikan kepadaku Al-Quran dan pperkara yang sama. Al-Imam al-syfie berkata penggabungan antara Sunnah dengan kitab Allah s.w.t bukan sahaja dalam bidang halal dan haram tetapi juga pada setiap urusan perundangan, yang penting Rasullah s.a.w. tidak akan menghalalkan sesuatu melainkan perkara yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabnya dan tidak akan menharamkan sesuatu melainkan perkara yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabnya. Al-syfie telah menguatkan kata-katanya dengan nada yang penuh keyakinan baha wa semua perkara yang dikatakan oleh ulama adalah syrah kepada sunnah dan kesemua sunnah adalah syarahkepada AlQuran.berkemungkinanorang lain melakukan sesuatu yang keterlaluan dalam mentafsirkan persoalan ini dengan menyatakan Sunnah sebagai wahyu yang diturunkan oleh jibril keatas Nabi s.a.w. seperti mana ia menurunkan AlQuran keatasnya dan jibril mengajar sunnah kepada Rasullah sepertimana ia mengajar Al-Quran kepadanya.Tafsiran seperti ini telah dikatakan oleh Abu al -Baqa dengan jelas tanpa sebarang sindiran di dalam kitab kulliatnya.

HADITH SAHIH SEBAGAI HUJJAH DALAM PERUNDANGAN Tidak ada sebarang perbezaan antara Sunnah dan kitab dari segi halal dan haram Hadith berikut menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w. telah dibuka hijabnya dan melihat bagaimana generasi selepas baginda membezakan antara kitab Allah dan Sunnah baginda. Mereka hanya beramal dengan hukum-hukum yang dinaskan oleh Al-Quran.Rasulullah s.a.w. cuba menggambarkan kepada kita bertapa bahayanya kesilapan mereka dan telah menyimpang jauh dari kebenaran, melalui sabdanya yang bermaksud: ketahuilah bahawa diberi kepadaku Al-Quran dan perkara yang sama. Ketahuilah sebenarnya apa yang diharamkan ole Rasulullah s.a.w. adalah sama seperti yang diharamkan oleh Allah s.w.t. (Abu Daud, al-Darimi dan Ibnu Majah) Al- Imam syafie berkata pergabungan antara kitab Allah dan Sunnah bukan sahaja dalam bidang halal dan haram tetapi juga dalam setiap urusan perundangan, yang penting Rasulullah s.a.w. tidak akan menhalalkan sesuatu melainkan perkara yang dilalakan oleh Allah dalam kitabnya dan tidak akan mengharamkan sesuatu melainkan perkara yang diharamkan oleh Allah didalam kitabnya. Kesimpulannya Al-Quran dan Hadith adalah sama kerana jedua-duanya adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Kedua-duanya ada perbezaan iaitu Al-Quran diturunkan untuk melemahkan manusia dan mencabar mereka berlainan dengan Hadith. Rasulullah s.a.w. sendiri membezakan antara wahyu yang diturunkan kepadanya denagn hadith-hadith yang dinyatakan sebagai ilham daripada Allah s.w.t. Beberapa sebab yang mengatakan hujah Ini menunjukkan bagaimana ulama muhaqqiqun tidak hanya berhujah dengan khabar Ahad yang sah sanadnya, malahan juga dengan khabar yang dikuat atau disokong oleh berbagai sebab dan keadaan. Mereka menganggap hadith seperti ini adalah hadith yang mendatangkan ilmu yang yakin.malahan mereka cenderung mengatakannya lebih kuat daripada sudut ilmu yang memberi keyakinan berbandingdengan turuq yang banyak tetapi tidak sampai kepada peringkat mutawatir.namun demikian mereka lebih mengutamakan hadith-hadith yang tidak dikritik oleh huffaz dan tidak mengandungi makna yang bertentangan yang tidak membolehkannya ditarjihkan antara satu sama lain. Ini kerana mustahil dua hadith yang bertentangan dikira sebagai benar tanpa ditarjihkan antara satu sama lain. Hadith diperkuatkan oleh faktor-faktor tertentu tanda yang boleh kita katakan asalnya daripada hadith hasan. Ini kerana ia hampir sama dengan hadith sahih dan hampir diketegerikan sebagai hadith sahih.tetapi hadith yang tidak boleh diguna untuk berhujah ialah hadith daif kerana semua hadith daif mendatangkan kesangsian samaada pada matan atau sanadnya.hadith daif tidak boleh menjadi sumberhukum syarakdan sumberbagi sifat akhlah yang mulia walau apapun yang terjadi.

PENGARUH ATAU KESAN HADITH DALAM ILMU KESUSASTERAAN

Keseluruhan ilmu Islam lahir dibawah naunga hadith Ada ulama yang berkata: Terdapat tiga jenis ilmu iaitu: ilmu yang telah matang dan tidak akan habis iaitu ilmu nahu dan usul; ilmu yang tidakakan matang dan tidak akan habis iaitu bayan dan tafsir;dan ilmu yang matang dan telah sampai kemuncaknyaiaitu ilmu fiqh dan hadith. Kata kata diatas, telah menjadikan fiqh dan hadith sebagai satu ilmu. Ini merupakan keputusan yang baik dan tepat kerana segala cabang fiqh, telah terpisah sejak peningalan tasyri dan rasullulah s.a.w. Ini meliputi kesemua bidang termasuk hadith yang menjelaskan mujmal Al-Quran atau sumber tasyri (perundangan) yang bersaingan sesudah kitab Allah.1 Tidak syak lagi penyatuan antara fiqh dan hadith, telah mendekatkan oerjalanan dari sudut perkembangan dan seiringan dari sudut kesuburannya. Ilmu usul fiqh akan lahir selepas pembinaan Ulum al - Hadith. Kedua duanya mempunyai persamaan dari sudut kelahiran dan perkembangannya serta seiring ketika memberi khidmat dalam perundangan untuk menyediakan jalan bagi penyelidikan serta mendalami. Ini bermakna ilmu yang telah matang dan telah sampai kekemuncaknya dikenali sebagai ilmu hadith atau fiqh alHadith. Ilmu fiqh yang telah berada dibawah naungan ilmu hadith berkembang menjadi satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan dengan induknya begitulah juga dengan ilmu Tafsir yang berada dalam ilmu hadith Para mufassir terpaksa merujuknya kepada hadith nabawi untuk mentakwilkan mana-mana ayat yang terdapat dalam kitab Al-Quran. Ini bermakna ilmu tafsir seperti juga ilmu fiqh yang merupakan sebahagian daripada ilmu hadith. Walaupun ilmu tafsir boleh berdiri sediri dan mempunyai metodologi serta kaedahnya sendiri, tetapi ia tidak boleh dipisahka dengan hadith rasullah s.a.w. kerana ikatannya yang kuat. Para mufassirintelah menggunakan ilmu yang telah matang dan sampai kemuncaknya iaitu hadith untuk menyokong ilmu yang belum matang dan belum sampai kekemuncaknya iaitu ilmu tafsir. Apabila mereka berhujjah keatas ilmu fiqh dengan hadith, maka para fuqaha al-Mufassirun telah mendekatkan diri mereka dengan metodologi para muhaddithin. Ilmu fiqh dan tafsir banyak yang terpengaruh dengan ilmu hadith. Pengaruh hadith dalam kaedah ilmu nahu Timbul persoalan bagaimana ilmu nahu yang matang tidak sampai ke kemuncaknya,boleh terpengaruh dengan ilmu hadith? Apakah ilmu dunia yang dicipta oleh manusia berhajat kepada ilmu yang menjadi sumber agama dan asa perundangan? Maksud nahu yang mana akan disebut dalam fasal ini dari segi usul-usul penting yang mencakupi masalah bahasa dan semua bahagian ilmu nahu. Dalam kaedah nahu setiap istilah umum dipengaruhi oleh hadith dan telah mencapai beberapa metodologinya. Pengaruh terhadap kaeadah nahu dapat dibahagikan kepada dua sudut: pertama dari sudut kelahirannya yang seiring dengan hadith sebelum kematangan.kedua ilmu nahu yang mengalami kemuncaknya bersama dengan ilmu hadith. Kelahiran pemikiran sanad hadith yang diterokai pada zaman khulafa al -Rasyidin diikuti kelahiran pemikiran yang berkaitan dengan masalah nahu dan bahasa Arab pada zaman Ali. Dalam masalah nahu atau hadith, mereka begitu menekan perkara dabt iaitu menhafal atau mencatit seperti mana mereka mengambil berat tenteng riwayat hadith. Abu al-Aswad al-Duali masyhur sebagai orang yang mula mencipta kaedah dalam bahasa Arab, telah menunjukkan perkara ini kepada Ali. Beliua barpegang pada sanad yang dapat menerangkan cara menerima danmeriwayatkannya. Walaupun periwayatan berkenaan tidak berkaitan dengan keagamaan dan perundangan. Abu al-Aswad telah memindahkan riwayat berkenaan berkenaan daripada Ali. Masalah menentukan zaman bermulanya pemakaian sanad dalam meriwayatkan hadith, tidak timbul sekiranya dirujuk kepada semua hadith. Ini kerana warisan-warisan yang masyhur dengan jelas telah menunjukkan bahawa sebahagian sahabat telah mengambil sesuatu daripada sahabat yang lain. Ada juga g menyandarkan kata-kata berkenaankepada kawan yang lain disokong pula oleh sahabat yang sopan santun lagi barkat itu. Bagi pembaca yang telah melihat tajuk kehujahan hadith dalam perundangan (al -ihtijat Bi al-hadith Fi al- TasyriI) sudah tertu dapat melihat bagaimana para sahabat bergilir pergi ke majlis Naaaaaaabi s.a.w.dangan tujuan mendengar, menerima ilmu dan seterusnya meriwayatkannya kepada orang lain. Keseluruhan ilmu kesusteraan dipengaruhi oleh sanad seperti yang digunakan oleh para muhaddithin. Sacara terperinci ilmu Nahu, Saraf dan masalah yang berkaitan dengannya merupakan cabang ilmu adab (kesusasteraan). Maka segala dalil dalam bidang tersebut hendaklah diambil daripada bahasa Arab yang asli Para ulama telah berijmak bahawa dalam bidang bahasa Arab ini, hujah para mualladin (orang bukn Arab yang dilahirkan dalam masyarakat Arab) dan muhdathin (orang bukan Arab yang mempelajari bahasa Arab) tidak boleh diterima. Bagi menguatkan ijmak tersebut mereka telah membawa banyak dalam semua bidang ilmu bahasa Arab ini. Riwayat berkenaan mengandungi syair-syair yang dihasilkan oleh orang Arab jahiliah. Terdapat juga

diriwayatkan kumpulan syair Islam yang mana penyairnya tidak pernah hidup pada zaman jahiliah. Tedapat sebahagian pengkaji yang cuba menunjukkan kajian mereka untuk menyeru: bahawa riwayat hidith ini dipengaruhi oleh riwayat syair dan cerita-cerita yang idsampaikan oleh penyair pada zaman jahilliah. Ini kerana ada sahabat yang mengambil dan menerima syair daripada penyair sebelum kedatangan Islam Sebelum menyatakannya sebagai dalil orang-orang jahiliah menggunakan sanad dalam meriwayatkan cerita-cerita daripada para penyair mereka. Ini kerana syair tersebut mengandungi sifat jahilliah. Apabila Ulum al-Hadith berkembang kaeadh utama mustalah al -Hadith istilah-istilahnya telah digariskan dan seterusnya tersebar kepada orang ramai. Selepas itu para perawi berlumba-lumba meriwayatkan hadith, sejarah dan syair yang mempunyai sanad bersambung dengan tujuan untuk belajar atau mengajar. Berdasarkan kepada keterangan diatas dapat disimpulkan bahawa orang ramai mewajibkan sanad yang bersambung dalam meriwayatkan hadithdan mewajibkan persambungan halaqah dalam meriwayatkan perkara-perkara keagamaan. Ini bermakna bahawa kita berhak dan wajib mengatakan bahawa mereka (para perawi hadith) sebagai perawi kepada contoh pemakaian bahasa dan nahu yang terdiri daripada syair dan sebagainya. Walaupun dalam bidang ini mereka diberi kelonggaran berbanding dengan riwayat keagamaan, tetapi kelonggaran ini tidak pernah berlaku dalam zaman jahilliah. Ini kerana pengaruh yang begitu mendalam yang ditinggalkanoleh para pengkritik hadith kedalam jiwa para perawi. Pengaruh berkenaan sukar dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.

HADIHT SEBAGAI HUJAH DALAM BIDANG BAHASA DAN NAHU Para ulama mengelak daripada meriwayatkan hadith Terdapat imam seperti al-asmai yang menjauhkan diri daripada meriwayat kan hadith sehingga tiada hadith yang dapat kepada beliau kecuali beberapa hadith sahaja.tindakannay itu dapat difahamkan kerana takut berdusta keatas Rasulullah s.a.w. sepertimana yang berlaku kepada generasi perawi yang pertama dahulu. Mereka memilih jalan tersebut disebabkan kerana kewarakan dan sikap wapada yang ada dalam diri mereka. Tidak syak lagi mereka merasakan periwayatan selamat syair selamat daripada hadith. Namun begitu sekap warak tersebut tidak pernah menghalang dan menyekat mereka daripada meriwayatkan [erkara lain selaun daripada hadith. Contohnya Syubah bin al-Hajjaj iaitu ulama hadith yang agung meriwayatkan Sunnah Rasulullah s.a.w. kepada orang ramai. Tetapi adakalanya beliau cenderung meluang masa meriwayatkan syair. Bahkan beliau pernah bersyair dengan Abi Zaid bin Aus. Peristiwa ini telah menakjubkan sebahagian ulama hadith sehinggakan mereka berkata kepada Syubah: Hai Aba Bustam! Kami berkuda datang kesini semata -mata untuk mendengar hadith Rasulullah s.a.w. daripada anda, tetapi anda tidak mempedulikan kami dan hanya mengutamakan syair!1Dalam keadaan marah Syubah menjawab kata-kata mereka: hai kamu semua! Aku lebih tahu apa yang lebih baik untuk aku. Demi Allah ia (syair) lebih selamat untuk aku daripada (hadith) Para perawi berasa lebih selamat berdepan dengan syair daripada bergelut dengan hadith. Ini kerana ketika hendak meriwayatkan hadith mereka mestilah memiliki sifat tahdith (sebagai perawi hadith) yang begitu tinggi iaitu begitu meneliti dan mengkaji hadith yang hendak diriwayatkan.mereka juga mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap matan-matan hadith daripada salasilah sanad. Dalam meriwayatkan syair pula mereka begitu meneliti dan memberi perhatian kerana terpengaruh dengan sifat tahdith. Tetapi mereka tidak memiliki sifat-sifattahdith secara mutlak, kerana semasa meriwayatkan syair mereka bebas daripada pendusta.seseorang sahabat iaitu Umran bin Hussain pernah mengunjungi al Basrah yang ketika itu riwayat syair lebih banyak daripada hadith. Beliau berkata dengan nada bersumpah: Sekiranya ia mahu meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w. sudah pasti ia akan melakukannya selama dua hari berturut-turut. Hadith sebagai hujjah dalam bahasa nahu Para perawi hadith silam, mereka berusaha sedapat mungkin dan begitu berwaspada terhadap semua apa yang diriwayatkan itu. Namun demikian kekukuhan dan kematangan ulama hadith tidak terjamin sekiranya mereka meriwayatkan nadith musnad seacra mursal, hadith mursal secara musnad, hadith nausul secara maqtu atau memasukkan satu riwayat kedalam riwayat yang lain.tetapi mereka diberi kelomggaran disebabkan kebanyakkan mereka mengambil khabar-khabar kesusasteraan,contoh nahu dan bahasa dripada perawi yang tidak hidup pada zaman jahiliah. Tidak juga menjadi kesalahan sekiranya tergugur sebahagian halaqah-halaqah ini gugur untuk sebarang lubang,memenuhi tempat-tempat kosong dan melakukan perbuatantadlisal-taswiyah,untuk menggantikan seseorang dengan seseorang yang lain seazaman dengannya serta membaiki salasilah sanad sehingga terselamat daripada inqita (sanad yang terputus). Namun demikian kami tidak pernah mendakwa bahawa para perawi syair sebagai pencipta, mutasahhilin (orang

yang tidak mengenakan syarat ketat dalam periwayatan), dan sebagai orang yang sengaja melakukan perbuatan tamwih (mengarut) dan tadlis (tidak benar). para perawi syair terpengaruh denagn ulama hadith.mereka cuba menghindarkan diri daripada neriwayatkan hadith. Mereka cuba menghindar diri daripada meriwayatkan hadith dan perbuatannya itu secara jelas menunjukan bahawa mereka terpengaruh dengan istilah para muhaddithin. Mereka juga takut disifatkan sebagai sasterawan yang telah melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan, mereka yang memiliki peribadi yang tinggi dan terlalu berwaspada untuk mendapatkan sesuatu yang bersikap benar (siddiq) terbuka secara ikhlas pada sebarang riwayat, baik yang berkaitan dengan agama mahupun dunia. KEDUDUKAN SUNNAH DAN TINGKATNYA DALAM SYARIAT ISLAM Kedudukan Sunnah Sunnah adalah salah satu wahyu tuhan yang disampaikan Allah kepada nabinya. Sunnah itu merupakan salah satu sendi atau pokok dari syariat Islam. Banyak ayat-ayat Al-quran yang menunjukkan yang menunjukkan bahawa Sunnah ini merupakan salah satu pokok dari syariat Islam. Oleh kerananya Sunnah itu wajib diikuti sebagaimana mengikuti Al-quran. Demikian pula Allah telah memerintah kita mentaati Rasulullah sebagaimana mentaati Allah sendiri, baik terhadap perintah-perintah mahupun larangan-laranganya. Sepertimana dalam firmannya dalam surah Al-Hasyr ayat 7,yang bermaksud: Apa-apa yang telah diperintahkan Rasulullah s.a.w. jalankanlah, dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulullah s.a.w. cegahkanlah.1 Dan dalam surah Al-Imran ayt 31, Allah berfirman, yang bermaksud: Katakanlah olehmu Muhammad s.a.w: kalau kamu sekelian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu.2 Dari ayat\ayat yang tersebut diatas, jelas bahawa hadith-hadith Nabi itu kedudukannya dalam syriat Islam sama dengan Al-Quran, ertinya wajib diikuti dan diamalkan sebagaimana Al-Quran. PENUTUP Selain Al-Quran, Sunnah juga merupakan pemangkin dalam membentuk perkembangan tamadun Islam dan memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya dalam dunia Islam. Sunnah merupakan sumber rujukan kedua selain Al-Quran dan juga merupakan penghubung atau penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan lebih terperinci dan jelas. Sunnah meliputi segenap bidang, mahupun keduniaan yang merangkumi agama, politik, sosial dan juga ekonomi

AGAMA Sumbangan yang paling besar kerana

agama Islam membawa akidah,iaitu kepercayaanterhadap Allah Yang Maha Esa. Implikasi utama agama dan tamadun Islamberkembang di seluruh dunia.

Undang-undang Syariat Undang-undang dan peraturan hidupmanusia. Dilaksanakan setiap masa dan tempat. Bersangkutan dengan akidah.

Falsafah dan Pemikiran Tidak lagi dibelenggu oleh pemikiranpasif. Tokoh-tokoh falsafah Islam dijadikansebagai panduan oleh orang Eropah .

Kemasyarakatan Konsep Keadilan Islam menyarankan hak individu serta penyertaanrakyat memberi pendapat, memberi layanan baikterhadap tawanan perang, etika peperangan sepertimelindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaumwanita. Nilai sivik tokoh-tokoh Islam dicontohi oleh barat.

Ekonomi Teknologi dan kemahiran Islamdicontohi seperti perdagangan,perindustrian, teknologi pertanian,serta sistem perairan.

Perubatan Teknik perubatan dijadikan contoh dan rujukan di eropah dalam bidang kimia

Matematik

Tokoh-tokoh Islam dijadikan sebagairujukan menimba ilmu dalam bidangmatematik. Orang eropah yang menimba ilmumatematik telah menjadi pakar dalambidang masing-masing.

Astronomi Buku-buku hasil karya tokoh Islamdijadikan rujukan orang eropah.

Bahasa Banyak karya bahasa dan sastera bahasaditerjemahkan ke bahasa-bahasa eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyaklagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah.

SENIBINA Masjid dan istana merupakan pusat kepadasemua aktiviti, maka ia dibina dengansenibina yang istimewa dan indah. Pada masjid dan istana dibinakan menaradan pintu gerbang serta ukiran yang sangattinggi nilai senibinanya.

Kesimpulan Islam adalah agama yang bersifat sejagat, untuk seluruhmanusia. Kemunculannya telah memberi sinar baru kepada dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah, kepada dunia petunjuk danrahmat. Islam telah membawa perubahan kepada tamadun manusiadengan bertunjangkan akidah, berpaksikan perlaksanaan syariatdan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia.Kemunculan Islam sebagai way of life telah membentuktamadun besar dunia serta memberi sumbangan kepadakebangkitan Eropah dan dunia keseluruhannya. Tamadun Islambermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini mempunyai duamatlamat utama, iaitu menjana tamadun kemanusiaan danmembangunkan tamadun fizikal. Segala perlakuan manusia sebagaipenggerak tamadun mestilah berteraskan al-Quran dan al-Sunnahserta sumbangan intelektual muslim dalam membangunkan duniasejagat

RUJUKAN Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, (2002), Pustaka Ilmi, Sejarah dan Tamadun Islam .Proffesor Dr Shaharir Mohamad Zain, (1985), DewanBahasa dan Pustaka,

Pengenalan Tamadun Islamdalam Sains dan Teknologi. Mahayudin Hj Yahaya, (1998), Penerbit Fajar BaktiSDN BHD, Tamadun Islam.

You might also like