You are on page 1of 16

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pengenalan
LATAR BELAKANG Pengajaran 13 Mei 1969

KEPENTINGAN

PENGENALAN
Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk dan komuniti etnik yang terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Rakyat Negara ini dikatakan mempunyai 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama, budaya dan bahasa atau dialek.

Malaysia telah mengadakan pelbagai agenda untuk menyatupadukan agar rantaian manusia Malaysia ini tidak berpecah. Di sinilah masyarakat Malaysia diperkenalkan dengan konsep perpaduan dan integrasi.

Menurut Tun Abdul Razak,


Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan untuk memajukan Negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut (Sumber:http://hubunganetnikipgkpi.blogspot.com/2012/07/latarbelakang-hubungan-etnik.html)

Perpaduan

Integrasi

Perpaduan
Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biological.

Integrasi
Integrasi pula ialah melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biological.

PENGAJARAN PERISTIWA 13 Mei 1969


1. Pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa 2. Semua terpaksa menanggung kerugian kerana kehilangan harta dan nyawa 3. Keharmonian kaum perlu diberi penekanan serius

4. Perpaduan nasional perlu dipertingkatkan 5. Rakyat Malaysia perlu menghormati kaum-kaum lain 6. Sikap toleran dan menghormati adat resam kaum lain sangat penting dijadikan amalan rakyat Malaysia

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

KESTABILAN POLITIK

MEMBENTUK MASYARAKAT MAJMUK

KEKUKUHAN EKONOMI

Kepentingan Hubungan Etnik


Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.
Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Kesimpulannya,
Hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan.

Memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

SOALAN

Apakah Faktor berlakunya 13 Mei 1969??


JAWAPAN

JAWAPAN :
a) Pemisahan tempat tinggal atau penempatan b) Perbezaan tumpuan sektor ekonomi c) Pengasingan sistem pendidikan d) Fahaman politik yang berbeza e) Masalah ekonomi f) Perbezaan kepercayaan dan agama g) Penggunaan akhbar yang berbeza h) Kesan pemerintahan Jepun * Jawapan yang munasabah

R U J U K A N

http://hubunganetnikipgkpi.blogspot.com/2012/07/latar-belakang hubunganetnik.htmlhttp://gigitanilmu.blogspot.com/20 12/07/kepentingan-hubungan-etnikkesan.html http://www.scribd.com/doc/28085297/KEPEN TINGAN-HUBUNGAN-ETNIK Shamsul Amri Baharudin. 2007. Modul Hubungan Etnik. MASKHA Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

You might also like