You are on page 1of 1

Tatabahasa: Menurut Siti Hajar Hj.

Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai ucapan juga mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika. Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan. Buku ini telah membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu. Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenankompenan nahu tranformasi. Begitu juga dengan buku tulisan Lim Kiat Boey (1975) bertajuk "An Introduction to Linguistics for the Language Teacher" yang menerangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan tatabahasa tranformasi-generatif

You might also like