You are on page 1of 13

TUGASAN 1 : ESEI KUMPULAN

PENGENALAN

ESEI

Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah tadi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di luar bilik darjah juga boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid sekolah kebangsaan agama ini. Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk konteksual. Perkara ini selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillars of Education : Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be. Bagi memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. Menurut Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Aktiviti ini juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Aktiviti ini juga merupakan antara kaedah yang efektif untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada murid-murid kerana pembelajran luar bilik darjah memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang boleh memupuk semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak murid ialah program anak angkat. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Program ini berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain, menuju ke arah perpaduan. Pihak sekolah boleh menjalankan program anak angkat ini misalnya di kampung-kampung terdekat atau di mana-mana tempat yang sesuai agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan masyarakat sesuatu tempat tersebut. Dengan ini akan wujud persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat tersebut. Aktiviti ini juga akan membantu

menjurus kepada tercapainya integrasi nasional dan memupuk semangat perpaduan dalam jiwa murid-murid sekolah. Guru boleh memilih mana-mana tempat yang sesuai bagi murid-murid untuk menjalankan program anak angkat ini. Misalnya di kampung-kampung yang terdekat ataupun felda tetapi faktor yang penting untuk memilih tempat ialah tempat tersebut mesti mempunyai penduduk yang berlatar belakangkan pelbagai kaum. Guru juga boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk diserahkan kepada setiap keluarga angkat mengikut jumlah keluarga angkat yang sudi menyertai program tersebut. Jika terdapat ramai keluarga angkat yang sudi menawarkan diri untuk menyertai program anak angkat, guru boleh menyerahkan satu murid ke setiap keluarga angkat. Pemilihan keluarga angkat perlu dilakukan secara teliti dan terperinci agar murid-murid mendapat keluarga angkat yang berlainan kaum. Hal ini akan membantu murid-murid mengenali lebih mendalam tentang adat resam, budaya, pantang larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh keluarga dan kaum tersebut. Misalnya, dalam sekolah agama, murid-muridnya terdiri daripada satu kaum, iaitu kaum Melayu. Jadi, bagi mendedahkan kepada mereka lebih tentang kaum lain serta memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka, murid-murid tersebut perlu ditempatkan dalam keluarga angkat yang berlainan kaum. Sebagai contoh, muridmurid Melayu yang dibahagikan kepada dua atau tiga dalam satu kumpulan kecil, boleh bertinggal sama-sama dengan keluarga kaum Cina ataupun keluarga kaum India. Murid-murid ini akan bergaul dengan anak-anak dan ahli dalam keluarga angkat dan secara tidak langsung akan mejadi rapat. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan lebih memahami tentang bagaimana keluarga tersebut atau kaum tersebut menjalankan kehidupan seharian dan perkara-perkara yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Misalnya, cara pemakanan kaum lain. Kaum India akan menggunakan tangan semasa makan, sama seperti kaum Melayu manakala kaum Cina pula akan menggunakan menyepit untuk makan. Selain itu, murid-murid juga boleh mengenali tradisi pemakanan yang diamalkan oleh kaum lain seperti jenis makanan yang dimakan atau dimasak dan pantang larang dalam pemakanan.

Sebagai contoh, kaum India tidak dibenarkan makan daging dan kaum Melayu tidak dibenarkan makan daging babi tetapi boleh makan daging manakala kaum Cina pula akan makan daging babi. Apabila kaum-kaum lain ini tinggal bersama, mereka akan mengamalkan perkara-perkara yang umum tanpa mengabaikan pantang larang kaum masing-masing. Jadi, apabila ketiga-tiga kaum bertinggal di bawah satu bumbung yang sama mereka akan saling memahami antara satu sama lain. Hal ini akan membentukkan satu semangat kejiranan dan akan meningkatkan lagi semangat perpaduan. Selain aspek pemakanan, cara pemakaian kaum lain juga boleh diketahui. Sebagai contoh, kanak-kanak yang tinggal bersama ini boleh berkongsi pakaian tradisional kaum masing-masing. Kaum Melayu boleh berkongsi baju kurung, baju kebaya dan baju melayu manakala kaum Cina boleh berkongsi cheongsam dan samfoo dan kaum India pula boleh berkongsi saree, dhoti dan pavadai. Cara ini juga membantu mewujudkan silaturahim antara ketiga-tiga kaum ini. Program ini juga membuka ruang untuk mengenali perayaan-perayaan yang disambutkan oleh kaum-kaum utama di Malaysia. Misalnya, kanak-kanak ini boleh menyambut Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Raya menjelang perayaan masing-masing dengan kawan-kawan kaum lain. Murid-murid ini juga boleh mengunjungi keluarga-keluarga angkat menjelang perayaan tersebut. Keluarga angkat juga boleh mengunjungi anak angkat mereka menjelang perayaan. Menurut kata pemimpin Barisan Nasional (Bernama, 24 Disember 2009), perayaan di negara ini telah menjadi alat berkesan dalam memupuk perpaduan, persefahaman dan perasaan hormat menghormati dalam kalangan rakyat di bawah gagasan 1Malaysia. Beliau juga bertambah bahawa keunikannya dalam perayaan adalah rakyat akan mengenepikan sebarang perbezaan dan tinggal bersama sebagai 1Malaysia. Selain itu, Datuk Rohani Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sarawak berkata bahawa dengan berkunjung ke rumah terbuka kaum lain kita dapat memahami, menghormati agama, kebudayaan serta adat resam kaum terbabit dan sekali gus hubungan sesame kaum dapat diperkukuhkan (Utusan Borneo, 12 Februari 2013). Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan amat menggalakkan budaya ini diteruskan dan

dikekalkan demi memperkukuhkan integrasi nasional kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Jadi, boleh dikatakan bahawa program anak angkat adalah salah satu aktiviti luar bilik darjah yang mampu boleh memupuk perpaduan antara kaum-kaum dalam negara ini. Banyak kebaikan boleh diperolehi daripada program sebegini. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk Surady Kayong juga berpendapat bahawa program anak angkat akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka dengan manstarakat setempat. Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga telah menganjurkan satu program integrasi budaya martabat bahasa 1 Malaysia dengan kerjasama IPG Kampus Keningau, Sabah, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Jabatan Penerangan Daerah Bera dan KRT Dato Sri Hamzah, Kemayan, Bera, Pahang. Salah satu aktiviti yang t elah diadakan dalam program tersebut adalah program keluarga angkat. Tujuan utama program ini telah diadakan adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelajar dan warga KRT yang terlibat, memupuk jati diri warga Malaysia berasaskan budaya dan norma hidup masyarakat timur yang sopan dan bertatasusila, memperkukuhkan integrasi nasional dan mempertingkatkan lagi persefahaman serta semangat perpaduan antara masyarakat Malaysia tanpa batasan atau sempadan geografi dan budaya. Jadi, terbuktinya program anak angkat ini juga boleh meningkatkan hubungan perpaduan yang menjadi nadi kelangsungan serta asas kepada pembentukan sebuah negara maju sekali gus berdaya saing dalam pelbagai bidang dalam jiwa generasi muda ini yang akan menjadi bakal pemimpin.

RUMUSAN

Kesimpulannya,

perpaduan

merupakan

komponen

utama

dalam

pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi, politik dan sosial negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu padu dan berdaya saing. Kepelbagaian budaya seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman atau jurang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Sehubungan dengan itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia diperlukan. Dalam konteks sekolah, guru-guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk semangat perpaduan dalam jiwa anakanak murid. Guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti hormatmenghormati, bertoleransi, tolong-menolong dalam pengajaran serta boleh

menjadikannya sebagai rutin supaya murid-murid dapat mempraktikkan. Selain itu, guru juga boleh memberi pendedahan melalui pengajaran tentang kaum-kaum di Malaysia supaya murid-murid dapat mengenali mereka. Disebabkan murid-murid meluangkan lebih banyak masa di sekolah, guru-guru perlu menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak muridnya dengan mengamalkan perpaduan. Sementelahan itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan program-program atau aktiviti yang akan melibatkan pelbagai kaum. Hal ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kesatuan dalam jiwa murid-murid. Masyarakat setempat dan ibu bapa pula perlu memberi sokongan dan dorongan kepada program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan boleh menyertai bersama-sama anak-anak mereka. Hal ini akan memudahkan lagi usaha untuk membentukkan generasi muda yang berjiwa bangsa 1Malaysia. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka supaya mereka dapat mengamalkan perpaduan. Hal ini demikian, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
10

Sebagai intihanya, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020. Tuntasnya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan dalam negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Bersatu teguh, bercerai roboh.

11

RUJUKAN KUMPULAN

12

___________. (2009, Disember 24). Perayaan Dapat Pupuk Perpaduan Dan Toleransi Pemimpin BN. Bernama. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=464275

Ahmad Shahrul Nizam Muhammad. (2013, Februari 14). Perayaan Pupuk Perpaduan. My Metro. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perayaanpupukperpaduan/Article /index_html

___________. (2013, Februari 12). Amalan Kunjung-mengunjung Memupuk Semangat Perpaduan. Borneo Post Online. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.theborneopost.com/2013/02/12/amalan-kunjungmengunjung-memupuk-semangat-perpaduan/

Rozzalin Hashim. (n.d.). Pembangunan Pesat Negara Bergantung Kepada Tahap Perpaduan Rakyat : Surady. New Sabah Times. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/63516

__________. (2013). Program Integrasi Budaya Martabat Bahasa 1Malaysia. Portal Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.jpnin.gov.my/arkib_bp_2013//asset_publisher/ue0Z/content/program-integrasi-budaya-martabat-bahasa-1malaysia;jsessionid=0FD2F0617F8E8BFF1BAD861C9117ECF9?redirect=htt p%3A%2F%2Fwww.jpnin.gov.my%2Farkib_bp_2013%3Bjsessionid%3D0FD 2F0617F8E8BFF1BAD861C9117ECF9%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ue0 Z%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview% 26p_p_col_id%3Dcolumn-5%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2

13

You might also like