You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TUGASAN PENGAJIAN PROFESIONAL

NAMA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT AMBILAN

: NADIAH BINTI LAMRI : 910208-12-5690 : 1 PISMP SAINS : PISMP AMBILAN JANUARI 2012

KOD DAN MATA PELAJARAN : EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN TUGAS : DR JENNIFER WEE : 6 APRIL 2012

Isi Kandungan
KANDUNGAN Biodata Pelajar 1.0 Pendahuluan 2.0 Penghargaan 3.0 Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Narawang 3.1 Sejarah Penubuhan Sekolah 3.2 Pelan Sekolah 3.3 Organisasi Sekolah 4.0 Laporan Kajian 4.1 Peranan pihak pengurusan sekolah 4.2 Peranan guru dalam pelaksanaan 4.3 Peranan ibu bapa 4.4 Peranan komuniti tempatan HALAMAN i

3.0 Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Narawang


3.1 Sejarah Penubuhan Sekolah 3.2 Pelan Sekolah 3.3 Organisasi Sekolah

4.0 Laporan Kajian


4.1 Peranan Pihak Pengurusan Sekolah 4.1.1 Dasar Sekolah Visi sekolah: Sekolah Kebangsaan Narawang Ranau menjadi sebuah sekolah gemilang di Malaysia menjelang tahun 2015. Misi sekolah: Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan luas dan berkemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Menerusi temu bual yang telah dijalankan atas guru besar Sekolah Kebangsaan Narawang, kami mengetahui bahawa visi sekolah telah diubah pada awal tahun 2012 sebagai tujuan untuk mengemaskini visi dan misi yang lama. Perancangan sekolah adalah untuk menjuarai sebarang bentuk pertandingan yang disertai oleh pelajar untuk mengharumkan lagi nama Sekolah Kebangsaan Narawang dan memberikan saingan yang sihat kepada sekolah-sekolah yang lain. Walaubagaimana pun, sekiranya pelajar yang mewakili sekolah tidak memenangi pertandingan, pihak sekolah akan akur terhadap keputusan tersebut dan akan melatih pelajar dengan lebih giat lagi pada masa akan datang. Guru besar Sekolah Kebangsaan Narawang turut menyatakan bahawa perancangan yang telah dilaksanakan sebenarnya mula membuahkan hasil dan hala tuju sekolah kini kelihatan semakin jelas berkat usaha serta komitmen yang diberikan oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Narawang. 4.1.2 Peranan Pihak Pengurusan dan Guru Pihak pengurusan sekolah iaitu guru besar, guru penolong kanan dan juga ketua panitia memainkan peranan yang cukup penting dalam melancarkan pentadbiran sekolah dan menggerakkan setiap rancangan yang ingin dijalankan oleh pihak sekolah. Guru besar, tugas utamanya adalah untuk mentadbir sekolah dan memastikan s 4.1.3 Prasarana Sekolah

Melalui kaedah pemerhatian, adalah didapati bahawa sekolah ini telah membekalkan prasarana yang agak memuaskan untuk kegunaan murid-murid walaupun sekolah ini terletak di luar bandar. Walaupun terdapat beberapa kelemahan seperti saiz dewan dan kantin yang agak kecil, tetapi ia tetap mampu menampung jumlah pelajar Sekolah Kebangsaan Narawang. Prasarana lain seperti tandas, pusat sumber, makmal Sains dan makmal komputer membekalkan kemudahan yang memuaskan kepada pelajar. Sekolah Kebangsaan Narawang juga memiliki padang sekolah sendiri walaupun padang tersebut ditumbuhi rumput yang agak panjang. Padang permainan juga disediakan walaupun ia dikongsi bersamasama pelajar prasekolah dan Klinik Desa Narawang. 4.1.4 Bilik Darjah Hasil pemerhatian terhadap kesemua enam kelas yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Narawang menunjukkan bahawa bilik darjah lengkap dengan ruang pembelajaran yang dibahagikan mengikut mata pelajaran. Selain itu, setiap kelas juga memaparkan jadual waktu, jadual tugas dan juga peraturan sekolah. Setiap kelas dihias dengan cantik dan kemas. Hal ini membantu dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Makmal komputer dan makmal Sains pula turut memaparkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di dalam makmal. 4.1.5 Keselamatan Hasil temu bual dengan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Narawang membuahkan beberapa hasil dapatan. Bilangan pengawal keselamatan yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Narawang adalah seramai empat orang. Kesemua pengawal tersebut bekerja mengikut syif dan akan sentiasa bertugas untuk memantau keadaan sekolah dan memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat walaupun pada hari cuti. Pengawal keselamatan yang ditemu bual, Puan Nuin Kahintai turut menyatakan bahawa infrastruktur sekolah seperti struktur bangunan berada dalam keadaan yang baik dan kukuh. Bekalan elektrik juga turut dibekalkan di keseluruhan kawasan sekolah. Alat pemadam api yang dibekalkan juga mencukupi dan terdapat di dalam setiap kelas dan di ruangan pejabat. Selain itu, prosedur keluar dan masuk sekolah juga diawasi dengan ketat oleh pengawal

keselamatan yang bertugas. Pelawat dikehendaki untuk melapor diri di pondok pengawal sebelum memasuki kawasan sekolah. Pengaruh Peranan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Perkembangan Kanak-kanak Dasar sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta perancangan sekolah menyumbang kepada penghasilan murid yang lebih berkeyakinan, kaya dengan nilai murni dan proaktif selaras dengan dasar sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang menghayati nilai-nilai murni di samping perancangan sekolah yang ingin menjuarai kesemua pertandingan yang disertai. Dasar sedemikian mampu mendorong pelajar untuk lebih menonjolkan diri agar terpilih untuk mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan untuk mengharumkan nama sekolah. 4.2 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum 4.2.1 Sukatan Pelajaran 4.2.2 Buku Rekod Pengajaran Guru 4.2.3 Sumber Pengajaran-Pembelajaran 4.2.4 Aktiviti Kurikulum 4.2.5 Kokurikulum 4.2.6 Program Pemulihan Pengaruh Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum Terhadap Perkembangan Kanak-kanak

4.3 Peranan Ibu Bapa 4.3.1 Jawatankuasa PIBG 4.3.2 Perancangan PIBG 4.3.3 Aktiviti PIBG

Pengaruh Peranan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kanak-kanak

4.4 Peranan Komuniti Tempatan 4.4.1 Penglibatan Komuniti Tempatan 4.4.2 Sumbangan Komuniti Tempatan Pengaruh Peranan Komuniti Tempatan Terhadap Perkembangan Kanak-kanak

You might also like