You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan
Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan bahawa sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara,bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Peruntukan mengenai hal inidisebutkan pada Perkara 152 iaitu:Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperintahkan denganundang-undang oleh Parlimen.(Perlembagaan Persekutuan, 1992:221)

1.1 Pemartabatan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Justeru, martabat dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya di institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan status apabila Akta Pendidikan 1996 diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan

seksyen berkenaan dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain. Peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan. Malah, kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undangundang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi. Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kecualian, iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

1.2 Peranan Guru dalam Penguasaan Morfologi


Guru seharunya memainkan peranan penting dalam penguasaan morfologi untuk memudah kan proses membimbing pelajar dalam pelajarannya. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran agar mampu menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru-guru seharusnya memiliki teori,pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang terkini. Pada tahap umur 7-12 tahun, iaitu masih pada peringkat kanak-kanak, murid-murid

ini cepat merasa bosan, terutamanya bagi murid yang kebanyakkannya mempunyai tanggapan tersendiri tentang bahasa Melayu. Ratarata mereka menganggap bahasa Melayumudah kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut. Murid-murid yang berbangsa Melayu biasanya tidak menganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yangpenting memandangkan mereka merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor ini ditambah dengan cara pengajaran guru yang mendatar, mengurangkan lagi minat dan sekaligus merendahkan peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu dalam kalangan mereka.

2.0 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu


Proses pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu adalah melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

2.1 Definisi Morfologi


Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa melayu.

2.2 Bentuk-bentuk Morfologi


Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.

2.2.1 Pengimbuhan
Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Di dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu: Awalan. Adalah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti {ber-}

dalam berjalan, berkasut, berkeras; {me-} dalam melihat, merawat,mewarna; {ter-} dalam tercatat, tercantik, terkarang dan { pe-} dalam pesakit, perawat, pesara. Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti {-

kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan:{-i } dalam warnai, tandai akhiri. Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kata

dasar. Anataranya seperti {-in-} dalam sinambung; {-el-} dalam; dan {-em-} dalam pemeluk. Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain. Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an}

dalam permainan, pelepasan, pewajaran; dan {ke-....-an} dalam keadaan , kesetian ,kecantikan. Pengimbuhan boleh berlaku dalam beberapa lapis. Pengimbuhan selapis berlaku apabila pada dasarnya bukan hasil terbitan, seperti seorang ( se + orang). Pengimbuhan dua lapis berlaku apabila dasarnya sudah mengalami selapis pengimbuhan seperti keseorangan ( seorang+ ke...an). Pengimbuhan tiga lapis berlaku apabila pada dasarnya sudah mengalami dua kali pengimbuhan, seperti berkeseorangan ( ber+keseorangan). Lazimnya tidak ada pengimbuhan yang berlaku lebih daripada tiga lapis.

Imbuhan-imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu imbuhan imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhanimbuhan yang dipinjam dari bahasa asing. Imbuhan-imbuhan asli bahasa Melayu Imbuhan imbuhan yang ada di dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu :a. Awalan iaitu imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dalam pemakaiannya, contohnya me-, ter- b. Akhiran, iaitu imbuha yang diletakkan di akhir perkataan di dalam pemakaiannya contohnya i, -an c. sisipan , iaitu imbuhan yang disisipkan ditengah-tengah perkataan. Ada tiga sisipan di dalam bahasa Melayu iaitu em, -el dan er d. Imbuhan serentak, iaitu imbuhan di awal dan diakhir yang dipakai secara serentak dalam proses membentuk perkataan. Contohnya , ke-an, pe-anme i dan sebagainya. Imbuhan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. a. Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya -wan, -wati, -eka- dan lain-lain lagi b. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya, ah, (contoh perkataan ustazah), iah(contoh perkataan batiniah) c. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan pro, pra, is dan sebagainya. Imbuhan-imbuhan bahasa Melayu dapat digolongkan dalam empat golongan berdasarkan kepada fungsinya. Keempat-empat golongan itu ialah imbuhan kata nama, kata kerja , kata sifat dan kata keterangan. Dalam proses membentuk perkataan, imbuhan-imbuhan itu mempunyai dua sifat iaitu inflektif dan derivatif. Imbuhan imbuhan yang bersifat inflektif adalah imbuhan yang mengekalkan golongan perkataan manakala imbuhan derivatif merupakan imbuhan yang menukarkan golongan perkataan.

2.2.2 Pemajmukan
Pemajmukan merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan dan perkataan baru yang terbabit daripadanya membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal perkataan-perkataan asal yang membentuknya. Perkataan perkataan majmuk yang menerima imbuhan disebut kata majmuk kompleks, contohnya, persuratkhabaran, ketidakpuashati, bertanggungjawab, diperanaktirikan dan lain-lain. Kata Majmuk terbahagi kepada dua iaitu kata majmuk endosentrik dan kata majmuk eksosentrik. Kata endosentrik adalah kata majmuk yang salah satu daripadanya perkataanperkataan yang membentuknya dapat menggantikan fungsi kata majmuk di dalam ayat. Contoh: Rumah sakit itu sedang diperbaiki.. Beg tangannya besar. Air batu ini terlalu manis. Kata majmuk di dalam ayat di atas ialah rumah sakit, beg tangan dan air batu campur. Kata majmuk itu berfungsi sebagai subjek di dalam ayat dan salah satu daripada perkataan yang membentuknya boleh menggantikan fungsi kata majmuk itu. Misalnya, ayatayat di atas boleh menjadi: Rumah itu sedang diperbaiki. Tangannya besar atau beg besar Air ini terlalu panas Dalam keadaan ini kata majmuk rumah sakit, beg tangan, dan air batu campur adalah kata majmuk endosentrik. Kata majmuk eksosentrik pula ialah kata majmuk yang tidak ada daripada perkataan-perkataan yang membentuknya yang boleh menggantikan fungsi seluruh kata majmuk itu di dalam ayat. Contoh: Tanggungjawab saya berat. Setiausaha mesyuarat tidak hadir Ayat di atas tidak boleh berubah menjadi tanggung saya berat atau jawab saya berat. Setia mesyuarat tidak hadir atau usaha mesyuarat tidak hadir. Kata majmuk juga terbahagi kepada empat golongan iaitu kata majmuk namaan , iaitu kata majmuk yang berfungsi sebagai nama di dalam ayat dan ia dibentuk daripada gabungan

kata nama, kata kerja dan kata sifat. Kata majmuk karyaan pula ialah kata majmuk yang berfungsi sebagai kata kerja di dalam ayat. Biasanya kata majmuk ini menerima imbuhan misalnya bertanggungjawab, mengemaskinikan, memberitahu dan sebagainya. Kata majmuk sifat pula bermaksud kata majmuk yang berfungsi sebagi sifat misalnya biru muda, hitam manis, kuning langsat , segitiga dan sebagainya. Akhir sekali ialah kata majmuk keterangan yang berfungsi sebagai keterangan di dalam ayat misalnya acapkali, seringkali dan sebagainya.

2.2.3 Penggandaan
Penggandaan adalah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengulang atau menggandakan perkataan itu seluruhnya atau sebahagian daripadanya dan dengan demikian timbullah satu perkataan baru yang membawa makna atau konsep yang baru. Biasanya , proses penggandaan digunakan untuk menjamakkan sesuatu kata nama atau menunjukkan perkara berterusan pada kata kerja. Contohnya, dalam bahasa Melayu penggandaan dibuat terhadap kata nama untuk menjamakkan bilangannya seperti dalam contoh berikut: Kereta-kereta, pelajar-pelajar, adik adik, saudara-saudara Proses penggandaan dipecahkan kepada lima bahagian. 1. Penggandaan penuh - penggandaan seluruh perkataan tanpa sebarang perubahan. Contoh:-buku buku-buku

2. Penggandaan dengan menerima imbuhan. Bagi penggandaan jenis ini, yang diulang atau digandakan hanyalah kata dasar, imbuhan yang diberikan kepadanya tidak diulang Contoh:a. Penggandaan yang menerima awalan. bermain-main, teringat-ingat, b. Penggandaan yang menerima akhiran. sayur-sayuran, renung-renungkan, c. Penggandaan yang menerima imbuhan serentak. berdua-dua, kemerah-merahan,

d. Penggandaan yang menerima sisipan turun-temurun, gilang-gemilang 3. Penggandaan pada sebahagian perkataan. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada suku kata awal perkataan berkenaan. Bahagian-bahagian lain di dalam perkataan itu adalah kekal. Contoh:-Pejal pepejal

4. Penggandaan semua, iaitu penggandaan yang telah sebati dengan perkataan itu. Dalam keadaan ini, sekiranya perkataan itu tidak digandakan maka maknanya adalah tidak jelas. Contoh:-Labi-labi Pura-pura

5. Penggandaan rentak, iaitu penggandaan yang mengalami perubahan sama ada pada suku kata ataupun pada bunyi yang ada pada perkataan itu. Penggandaan rentak pada suku kata Dalam penggandaan jenis ini, perubahan berlaku pada suku kata sama ada suku kata awal mahupun suku kata akhir perkataan Contohnya lalu ----- lalu lalang

bukit ----- bukit-bukau

Penggandaan rentak pada bunyi Dalam penggandaan jeis ini pula, perubahan yang menimbulkan rentak itu berlaku pada bunyi ( atau fonem) yang terdapat di dalam perkataan. Contoh: gunung ------gunung-ganang kuih -------- kuih muih

2.2.4 Akronim
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta

dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya: Bernama - Berita Nasional Malaysia Gapena - Gabungan Penulis Nasional Mara - Majlis Manah Rakyat ubahsuai - ubah sesuai kugiran - kumpulan gitar rancak

Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara. 1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya: LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya: tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata jentolak - jentera tolak

3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya: Pernas - Perbadanan Nasional Intan - Institut Tadbiran Awam Negara

Petronas - Petroleum Nasional Proton - Perusahaan Otomobil Nasional Walau bagaimanapun, sebutan bagi akronim dan kependekan adalah berbeza. Akronim disebut seperti kata biasa. Singkatan pula disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N]. Selain itu, ada juga akronim yang dibentuk oleh gabungan suku kata daripada dua perkataan atau lebih. Sebagaimana akronim, kependekan juga digunakan dengan meluas dalam media cetak dan elektronik. Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris.

3.0

Contoh Aplikasi Morfologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu

3.1 Rancngan Pengajaran Harian (RPH)

3.2 Huraian Penggunaan RPH dalam PdP Bahasa Melayu 3.2.1 Set Induksi
Set induksi (5 minit) Klip Video Kereta kecil warna merah i) a) Guru menggunakan quiet signal untuk memastikan semua murid senyap dan memberi tumpuan terhadap pengajaran. b) Murid senyap dan membri tumpuan BBM: LCD, Komputer riba Speaker KB: Memerhati TKP : Muzik, Interpersonal

kepada guru. ii) a) Guru menayangkan klip video lagu kereta kecil warna merah dan meminta murid untuk menyanyikan nya mengikut lirik lagu yang di paparkan. b) Murid menyanyikan lagu Kereta kecil warna merah iii) a) Guru menyoal murid tentang pendapat mereka mengenai klip video lagu tersebut. b) Murid menyatakan pendapat mereka mengenai klip video Kereta kecil warna merahyang ditayangkan oleh guru.

iv) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

3.2.2 Langkah 1
Petikan Teks Sekolah Kerja a) Guru mengedarkan petikan teks Kerja Sekolah kepada murid. b) Kosa Kata: cemas, menyiapkan, masalah, kerja, rujukan ii) Murid membuat bacaan secara senyap.

Langkah 1 (10 minit)

i)

Pendekatan : Deduktif KP: Muzik, Kinestetik KB: Membaca, maklumat

a) Guru membimbing murid membaca petikan teks Kerja Sekolah secara beramai-ramai dan individu. b) Murid membaca petikan teks Kerja secara beramai-ramai; individu Sekolah

mentafsir

BBM: Petikan Teks Kerja Sekolah. Nilai Murni: Berani, Berdikari Fokus Sampingan SK 2.2 SP 2.2.3

dengan bimbingan guru. iii) a) Guru meminta murid menjelaskan maksud setiap perenggan berdasarkan petikan teks Kerja Sekolah. b) Murid menjelaskan maksud setiap

perenggan berdasarkan pemahaman mereka. iv) Guru merumuskan isi pelajaran.

3.2.3 Langkah 2
Petikan Teks Sekolah Kerja

Langkah 2 (15 minit)

i)

a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. b) Murid menulis dan menjawab soalan bertumpu berdasarkan petikan teks Kerja Sekolah

BBM: Lembaran Kerja TKP: Intrapersonal dan Interpersonal KB: Kemahiran Membaca, Kemahiran Memerhati. Ilmu: Pendidikan Moral Nilai Murni: Kerajinan, Keberanian Fokus Utama SK 3.3 SP 3.3.3

Kosa Kata: cemas, menyiapkan, masalah, kerja, rujukan ii) Soalan: 1) Mengapa Jasni kelihatan cemas? 2) Mengapa Jasni belum menyiapkan kerja sekolahnya? 3) Siapa yang meminjamkan buku rujukan kepada Jasni? 4) Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Jasni?

Guru menyemak jawapan murid bersamasama.

iii)

Guru merumuskan isi pelajaran.

3.2.4 Langkah 3
Langkah 3 (25 minit ) Sistem Bahasa: Tayangan Slide imbuhan Awalan beR- dan meNDefinisi: Imbuhan yang ditambahkan di hadapan kata dasar. Contohnya: Berlari, bersukan, berlakon, berkawan, melukis, membaca, menggaris, mengelap. i) a) Guru menayangkan slaid imbuhan awalan beR- dan meN- kepada murid dan murid dibahagikan kepada 6 kumpulan (1,2,3,4,5,6). b) Murid melihat tayangan slaid imbuhan awalan beR- dan meN dalam kumpulan. ii) a) Guru meminta setiap kumpulan untuk mencari imbuhan awalan beR- dan meN dan melekatkannya di atas kertas mahjung. b) Murid dalam kumpulan mencari imbuhan awalan beR- dan meN- dan melekatkannya di atas kertas mahjung yang disediakan oleh guru.. iii) a) Guru memilih kumpulan murid secara rawak untuk membentangkan hasil kerja. b) Kumpulan murid yang terpilih membentangkan hasil kerja mereka. iv) Guru menyemak jawapan bersama murid. v) Guru merumuskan isi pelajaran.

BBM: Kad Perkataan, Kertas Sebak. KP: Intrapersonal, Interpersonal. KB: Kemahiran Carian, Kemahiran Memerhati. Nilai Murni: Bekerjasama Fokus Sampingan SK 5.1 SP 5.1.2

3.2.5 Penutup

Penutup (5 minit)

1. 2.

Penutup Kognitif Penutup Sosial

1. 2.

Murid menyanyikan lagu Kereta Kecil Warna Merah Guru merumuskan isi pelajaran.

Refleksi

Penggayaan Mengisi tempat kosong Pemulihan Menggaris perkataan

Penggayaan Murid mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan imbuhan awalan beR- dan meN-

Pemulihan Murid menggariskan perkataan berimbuhan yang betul.

4.0 Penutup dan Kesimpulan (Refleksi)


Nama : Pengajian KhairulAizat Bin Saini : PISMP BM ambilanJanuari 2012

Saya telah menerima tugasan ini pada 15 Januari 2014 oleh pensyarah pembimbing bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu dan berkumpulan. Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek morfologi. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester PPISMP yang lalu. Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang paling penting perlu dilakukan. Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta proses pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang belum saya kuasai sebelum ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi

saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari. Oleh hal yang demikian, sebagai guru bahasa Melayu kelak, saya sangat menyesal atas kesilapan ini. Saya akan berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya dalam bidang tatabahasa kerana sangat memalukan jika seorang bakal guru bahasa tidak mahir tentang bahasa khususnya berkaitan morfologi. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya mulai sedar masih banyak kelemahan diri saya dalam bidang morfologi. Pada masa akan datang, saya akan mendapatkan bimbingan yang lebih daripada pensyarah Pengajian Melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa Melayu. Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang tatabahasa dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

5.0 Lampiran Rujukan


. Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh. (2007). Modul Morfologi danSintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2004). Tatabahasa Dewan EdisiBaharu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap Mohamad.(2004). Perbincangan Bahasa. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Abdul Hamid Mahmood 1996. Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik di Universiti dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 40:8 Ogos. Abdul Ghani Awang 1997. Kewibawaan Bahasa Kebangsaan Berterusan dalam Akta Pendidikan 1996 dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41: 2 Feb. .http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

http://jepri7.blogspot.com/2010/03/morfo-sintaksis-bahagian-morfologi-1.html

You might also like