You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh,penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan.Justeru, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini.

Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua, Matematik bukan sekadar alat untuk

berfikir malah ia merupakan alat untuk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian.

2.0 Bahan Bantu Mengajar Menurut Mok Soon Sang (1991), BBM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan BBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR BBM yang akan dibina adalah untuk pengajaran dalam topic masa kepada murid-murid tahun 4, berikut merupakan langkah-langkah membina bahan tersebut.

1. Pilih samada menggunakan kad manila atau polistrin untuk menyediakan satu bulatan besar yang akan dijadikan jam, jam ini merupakan bahan bantu mengajar untuk mengajar pelajar mengenai cara pengiraan masa menggunakan jam dalam sistem 12 jam. 2. Setelah dipotong dalam bentuk bulat, letakkan satu lapisan kertas diatasnya untuk ruang menulis angka-angka.

1. Setelah selesai memotong kertas, lekatkan kertas yang dipotong tadi diatas bulatan (kad manila/polistrin) kemudia rapikan agar kelihatan kemas. Ukur bulatan dan kertas yang dilkatkan agar ia tepat dari segi ukuran jejarinya.

1. Tulis angka dalam jam pada kertas yang dipotong mengikut saiz jam tadi 2. Lekatkan menggunaka glu dan pastikan ia dilekatkan dengan rapi.

1. Setelah kelihatan rapi, mula untuk memotong jarum pada jam yang akan dibina. 2. Pastikan ia mempunyai dua jarum iaitu jarum panjang dan jarum pendek 3. Dan sesuaikan saiz jarum mengikut jam yang dibina

Panduan asal untuk membina bahan bantu mengajar masa

1. Bahan asas membina jam buatan sendiri

1. Penghasilan pelbagai jenis jam oleh murid.


7

4.0 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar Matematik Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama-sama dengan aktiviti pelajaran di dalam matapelajaran matematik. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran mereka. Bahan bantu mengajar tersebut terbahagi kepada dua, iaitu bahan elektronik dan bukan elektronik. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam pengajaran matematik adalah komputer, LCD projector, powerpoint, OHP transparensi, kertas majung, model model 3D, manila kad, hand out dan bahan bahan terbuang. Guru juga lebih cenderung untuk membuat dan membina sendiri bahan bantu mengajar ini berbanding menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah. Kajian Gayeski (1986), menunjukkan bahawa walaupun penggunaan komputer untuk pengajaran menggunakan kaedah graf, carta dan kerja lukisan kini kian mudah dan canggih, namun kaedah tradisional seperti sliad, OHP, dan handout masih lagi digunakan dengan meluas dalam pengajaran matematik. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dan dapat menarik minat dan perhatian murid untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar matematik juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini adalah penting kerana dengan penggunaan bahan bantu mengajar, guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan mudah dan
9

menarik perhatian pelajar. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga secara tidak langsung akan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian.

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran.

Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

10

Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru.

Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.

Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan oleh guru.

Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah.

11

Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah talk and chalk.

Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan.

12

Refleksi Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman serta ilmu pengetahuan yang baru berkaitan dengan tajuk tugasan kali ini iaitu pembinaan bahan bantu mengajar Sebelum saya pergi kepada pengalaman baru tersebut, saya sedikit kesulitan dalam menyelesaikan tugasan ini. Antaranya ialah kesukaran untuk memahami kehendak sebenar soalan sama ada menghuraikan sebahagian daripada penjelmaan tersebut ataupun secara keseluruhannya. Namun, setelah beberapa kali berkolaborasi bersama pensyarah matapelajaran dan rakan-rakan. Seterusnya kesukaran juga dalam memikirkan idea-idea baharu untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bagi tugasan ini untuk digunakan dalam pembentangan nanti dalam mengajar muridmurid berkaitan tajuk transformasi ini. Tetapi, setelah berbincang bersama rakan sekumpulan, akhirnya saya berjaya mencipta bahan bantu mengajar yang saya hasilkan sendiri menggunakan kreativiti kami masing-masing. Maka hasilnya, selesailah tugasan ini dengan sempurna.

Dalam menjalankan tugasan kali ini, saya mendapat pengalaman dan ilmu baharu berkaitan pembinaan bahan bantu mengajar antaranya ialah mendalami cabang-cabang untuk membina bahan bantu yang menepati dan sebagainya. Selain itu, kami juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan melalui perbincangan dan kerjasama yang wujud antara kami bertiga. Di samping itu, penghasilan bahan bantu mengajar banyak memberi kami inspirasi bagi kami untuk menjadikan bahan bantu mengajar ini sebagai suatu di mana suatu hari nanti kami akan menggunakannya bagi tujuan mengajar murid di sekolah yang lain pula. Kerana ini merupakan dunia kita sebagai seorang guru yang sentiasa mencari inisiatif dan pendekatan baru bagi meningkatkan kefahaman murid-murid kita. Dari segi kelemahan yang saya lihat adalah kekukuhan bahan ini sendiri, kerana dihasilkan daripada bahan yang tidak kukuh, maka bahan bantu mengajar ini mudah rosak sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Inisiatif untuk mengubah kelemahan ini adalah dengan menggantikan bahan sedia ada kepada bahan yang lebih kukuh seperti papan.

13

14

You might also like