You are on page 1of 2

Definisi & Sejarah Baju Kemeja

Kemeja dari bahasa Portugis, camisa , adalah sebuah baju atau pakaian atas, terutama bagi lelaki.Pakaian ini menutupi tangan, bahu, dada sampai ke perut. Pada umumnya berkerah dan berkancing depan, terbuat dr kapas, linen, dan sebagainya (ada yg berlengan panjang, ada yg berlengan pendek); Nama lain adalah, kamisa , yang masih dekat dengan bentuk asalnya, blus , dari bahasa Perancis, terutama bagi wanita dan hem dari bahasa Belanda.

Kemeja atau baju berkerah yang yang saat ini banyak digunakan konsep dasarnya adalah berasal dari ruff atau bulu -bulu yang sering digunakan di leher.
Ruff berfungsi untuk melindungi bahagian tepi busana di daerah leher dari haus.Mengganti ruff juga lebih ekonomi daripada menukar baju atau kemeja. Seperti kenyataan mode paling popular, orang -orang mulai bersaing satu sama lain menggunakan versi paling ekstrim dari ruff. Ruff pun berkembang menjadi semakin besar dan diperbuat dari bahan yang kaku, sehingga menyukarkan pemakainya untuk bergerak.

Sejarah Kemeja
Pada awal 1800-an kerah besar dan kaku semakin melampau sehingga menimbulkan bahaya kerana tajam d an mencederakan telinga. Bahkan hingga akhir 1902, HG Wells mengeluh bahawa kolar yang dibuat dari kain yang kaku membuat sakit leher dan meninggalkan bekas merah di bawah telinga. Konsep baju berkerah seperti polo shirt, sebenarnya bentuk kolar yang terbalik Sejak zaman dulu, baju kemeja putih dikenali sebagai busana para bangsawan. Dalam buku, Men 's Wardrobe seri Chic Simple , disebutkan, para bangsawan Eropah abad ke-17 biasa mengenakan kemeja putih yang dihiasi renda pada bahagian dada dan lengan. Mereka juga biasa tampil dengan kemeja putih pada saat mengenakan busana tuxedo, busana yang berasal dari kalangan bangsawan Inggeris. Sampai akhir abad ke-19 kemeja putih dianggap paling elegan. Dulu lelaki yang memakai kemeja putih dianggap kaya kerana mempunyai wang untuk s ering menukar kemejanya dengan yang putih bersih. Kemeja putih dianggap sebagai busana lelaki yang bekerja di tempat bersih. Dari bahan apa pun kemeja putih tampak bersih, bergaya dan mewah.

Jenis kemeja

Camp shirt - kemeja lengan pendek atau blus seder hana dengan saku depan dan kerah kamping Dress shirt - kemeja dengan kerah formal (agak kaku), umumnya dengan bukaan penuh dari bawah hingga kerah dan menngunakan kancing dan lengan dengan manset
o o o

Dinner shirt - kemeja khusus dibuat untuk dikenakan dengan pakaian malam laki-laki, misalnya tali leher hitam atau tali leher putih Winchester Shirt - sebuah baju kemeja berjalur atau berwarna tetapi dengan kolar putih dan manset Guayabera - sebuah kemeja bersulam (bordir) dengan empat saku

Poet shirt - kemeja longgar atau blus dengan lengan uskup penuh, biasanya dengan embel-embel besar di depan dan di manset. T-shirt - lihat definisi & sejarah kaos di laman lain dacostume.com Polo SHIRT - lihat definisi & sejarah kaos di laman lain dacostume.com Baseball shirt - biasanya dibezakan oleh tiga suku lengan, lencana pasukan, dan jahitan pinggang rata Tunic - nama ini berasal dari bahasa Latin, tunika , umumnya dikenakan oleh lakilaki dan perempuan di Rom Kuno, dibezakan oleh -sepotong pembinaan dua. Blus wanita bertangan dan berkelepai - istilah umum untuk korset dari gaun atau untuk blus atau kemeja wanita dari awal abad ke -19 melalui tempoh Edwardian Night shirt - Pakaian ringan untuk tidur. Sleeveless Shirt - Sebuah kemeja tanpa lengan. Disebut juga sebagai tank top Halter top - yang tanpa lengan, produk konveksi tanpa lengan bagi perempuan.Biasanya menggunakan tali di bahagian belakang leher dan di punggung bawah, seprti mengenakan apron

Perbezaan kemeja lelaki dan wanita


Menurut Metali Goswami, Kolej St. Benilde De La Salle, penetapan fesyen baju berbutang telah bermula pada era Victoria. Pada zaman itu, butang baju amat mahal dan hanya digunakan oleh golongan kaya. Wanita kaya pun memerlukan pembantu khas untuk memakaikan baju untuk mereka. Memandangkan rata- rata orang adalah bertangan kanan dan cuma sedikit yang kidal,butang baju dijahit di sebelah kanan pembantu iaitu sebelah kiri si pemakai.

Manakala, baju lelaki pula memakai baju sendiri, jadi butang bajunya dijahit di sebelah kanan. Orang ramai yang tidak mampu mengupah pembantu pula hanya mengikut ketetapan orang kaya, iaitu butang sebelah kiri bagi baju wanita dan butang sebelah kanan bagi baju lelaki.

You might also like