You are on page 1of 4

Refleksi

Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, pihak kementerian pendidikan telah menggubal konsep Sekolah Bestari
yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar berfikiran kritis dan
kreatif di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed iaitu merupakan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Sekolah Bestari ialah satu insitusi pembelajaran
yang direka khas semula secara menyeluruh bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat di mana pelajar
berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan. Teknologi dijadikan medium utama sebagai
komponen terpenting dalam konsep Sekolah Bestari, apabila projek Sekolah Bestari ini
diwujudkan sebagai salah satu aplikasi atau “flagship” daripada Koridor Raya Multimedia
(MSC). Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang
lengkap dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan
keadaan dan perubahan era masa kini. Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh
“flagship” yang terdapat dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancar dan dilaksanakan
pada tahun 2000. Ketika tahun 1999, sebanyak 90 buah sekolah di Malaysia termasuklah
sekolah-sekolah berasrama penuh dah sekolah harian pilihan telah dipilih untuk menjayakan
projek Sekolah Bestari yang bertujuan untuk maju setapak ke hadapan dan bukan kemewahan
semata-mata. Sekolah ini diwujudkan bukan hanya untuk pelajar pintar, tetapi ianya bertujuan
bagi menbantu setiap pelajar tidak kira pintar atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi
sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut gaya dan langkah pembelajaran yang
berlainan daripada biasa. Teknologi berkomputer diperkenalkan bertujuan membolehkan
kepelbagaian jenis gaya pembelajaran dibina dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Cooliris

Pembelajaran menggunakan cooliris. Pembelajaran yang sangat menarik dengan menggunakan


software cooliris yang boleh didownload daripada internet. Pembelajaran ini sangat penting dan
amat mudah untuk digunakan. Cooliris ini menjadikan proses untuk menyampaikan maklumat
menjadi lebih menarik dan mudah jika dibandingkan dengan menggunakan power point. Tetapi,
slide yang hendak dimasukkan ke dalam perisian ini perlulah dalam bentuk gambar. Itu tidak
menjadi masalah kerana, slide yang dihasilkan daripada power point boleh ditukarkan kepada
format gambar dan dimasukkan ke dalam perisian ini. Saya suka perisian ini. Perisian ini banyak
membantu terutamanya dalam proses penyampaian maklumat. Ini doleh diaplikasikan ketika
mengajar di sekolah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan
menarik. Satu kelemahan perisian ini ialah, ia perlu mempunyai sambungan internet. Namun, itu
tudak menjadi masalah dengan terdapatnya pelbagai internet jalur lebar yang mudah dibawa
kemana-mana dan murah. Oleh itu, perisian ini sangat sesuai digunakan oleh saya ketika
mengajar nanti tidak kira di mana sahaja saya akan mengajar.

e- portfolio

Setiap pelajar dalam kursus ini diminta menghasilkan sebuah e-portfolio masing-masing. E-
portfolio ini adalah salah satu tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar kerana kursus ini tiada
pepriksaan akhir. Pelajar perlu memuatkan segala tugasan lain yang diberikan oleh pensyarah.
Berbagai perisian baru diajar untuk menghasilkan e-portfolio ini. Antaranya picasa,camstudio
dan bermacam lagi yang menyeronokkan selain dapat menambah pengetahuan pelajar dalam
dunia ict. Selain itu, melalui blog ini juga, pelajar boleh meluahkan perasaan di samping dapat
menambah kawan dan berkonsi pengetahuan melalui blog ini. Pelajar juga diajar memuat naik
dokumen untuk dipamerkan dalam blog masing-masing melalui scribd, google docs dan
bermacam lagi. Satu pengajaran yang menarik yang dapat meningkatkan minat pelajar untuk
mengikuti kursus ini selain menambah minat pelajar menceburi bidang ini. Bagi saya sendiri,
jika dahulu tidak berminat langsung untuk belajar dalam bidang ict, tetapi kini saya lebih
bersemangat untuk mengikuti bidang ini. Ini memudahkan saya untuk menyampaikan sebarang
maklumat kepada murid apabila mengajar nanti memandang dunia sekarang yang serba maju.
Kita seharusnya mengikuti peredaran zaman yang serba moden.

Google docs dan scribd

Google docs dan scribd diguanakan untuk memuat turun sebarang dokumen ke dalam e-
portfolio. Setelah membuat id, kita boleh memuat naik dokumen ke dalam e-portfolio melalui
bebrapa langkah. Penggunaan yang sangat mudah. Tidak terlalu sukar dan dapat difahami hasil
tunjuk ajar pensyarah dan pembantu tutorial.

Picasa

Picasa merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting gambar. Penggunaan
perisian ini adalah ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan meggunakan adobe photoshop
tetapi tidak kurang hebatnya selain mudah difahami cara penggunaannya. Melalui picasa kita
juga dapat menghasilkan slideshow bagi membuat pembentangan untuk hasil yang lebih menarik
di samping dapat menarik perhatian orang lain untuk mengikuti pembentangan kita. Ia jauh lebih
menarik berbanding power point dan penggunaannya juga lebih mudah jika dibandingkan
dengan moviemaker atau power director. Namun, kesannya tidak kurang hebatnya jika
dibandingkan dengan dua perisian tersebut. bagi penggunaannya dalam e-portfolio, kita boleh
memuat naik gambar dalam bentuk slideshow. Jumlah gambar yang boleh dimuatkan tidak
terhad dan menjimatkan ruang di dalam e-portfolio bagi menempatkan jumlah gambar yang
banyak. Bagi saya, perisian picasa ini adalah satu perisian yang sangat menarik dan boleh juga
dipraktikkan ketika saya mengajar nanti. Selain itu, perisian ini juga boleh dimuat turun secara
percuma di dalam internet dan sesuai lagi mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Cam studio

Camstudio digunakan untuk merakan sebarang aktiviti yang terdapat di dalam skrin pada laptop.
Software ini juga tidak kurang menariknya jika dibandingkan dengan software yang lain.
Penggunaanya juga sangat mudah. Ianya boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Melalui software ini, pelajar boleh menjadikan proses penyampaian maklumat melalui sesuatu
cara yang baru. Pelajar tidak perlu untuk menggunakan sebarang pergerakan dan suara ketika
proses penyampaian maklumat dan hanya perlu memainkan kembali video yang dihasilkan
melalui software ini. Mungkin pelajar akan bosan jika menggunakan cara tradisional inaitu
melalu papan putih sahaja. Dengan menggunakan software ini, ia sedikit sebanyak dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran. Saya juga boleh mempraktikkan pengajaran
melalui software ini apabila saya mengajar nanti. Ia sedikit sebanayak dapat membantu saya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Smart Board

Pembelajaran melalui papan putih interaktif adalah sejenis proses pembelajaran yang baru
selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu dalam bidang ICT.
Papan putih interaktif dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui papan putih ini proses pnp mnejadi lebih menarik dan pelajar dapat
melibatkan diri kerana papan putih ini dapat disentuh. Namun, kelemahan papan putih ini ialah
harganya yang terlalu mahal.

Refleksi keseluruhan

Kesimpulannya, pembelajaran subjek ini banyak membantu saya dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan sedia ada saya terutamanya dalam bidang ICT. Jika sebelum ini pengetahuan saya
dalam bidang ini terlalu cetek, kini saya boleh berbangg dengan diri saya kerana telah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya walaupun sedikit. Pengetahuan yang saya dapat ini
diharapkan dapat membantu saya apabila saya mengajar di sekolah nanti. Kerjasama yang
diberikan oleh pensyarah iaitu Pn. Asmayati Yahaya dan En. Junaidi banyak membantu saya
dalam subjek ini. Tanapa mereka, tentu sukar untuk saya memahami dan menguasai sesuatu
yang dipelajari dalam subjek ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa kepada rakan-
rakan seperjuangan yang juga telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan di samping membantu saya dalam memahami sesuatu. Akhir kata, jutaan terima kasih
dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan my e-portfolio ini
secara langsung atau tidak langsung. Budi baik anda semua tidak akan saya lupakan. SELAMAT
MAJU JAYA.

You might also like