You are on page 1of 22

MQA 101

TUGASAN MAY 2012 SEMESTER DUA

KOD KURSUS

MQA 101

NAMA KURSUS

BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MOHAMAD AFENDI BIN KASSIM

NO. MATRIK

E30203120350

FASILITATOR AKADEMIK : ENCIK AHMAD BIN IBRAHIM

PUSAT PEMBELAJARAN : AeU CAWANGAN KUANTAN

MQA 101

SOALAN 1

Bahasa merupakan suatu elemen penting dalam sesebuah bangsa bagi melambangkan identiti dan keunikannya yang tersendiri. Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara Malaysia yang mana semua rakyat tidak kira dari bukan bangsa melayu sekalipun harus mengetahui dan mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia juga mampu menjadi bahasa ilmu yang mana berfungsi sebagai bahasa penghantar atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, sastera mahupun agama. Pada 27 Oktober 2011, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah melancarkan pelan tindakan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu di setiap Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Ini merupakan satu usaha yang baik dari pihak kerajaan pusat untuk menjadikan Bahasa Malaysia lebih terkenal dan berdaya saing.

Terdapat beberapa modus operandi daripada pihak KPTM untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan ini lebih dinamik. Antaranya ialah mewajibkan pelajar antarabangsa yang menuntut di mana-mana IPTA/IPTS di dalam negara mengambil kursus Bahasa Malaysia Komunikasi. Selain itu, kerajaan mewajibkan semua kursus di universiti dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia seperti subjek Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain. Menerusi laman web Mynewshub.com bertarikh 10 Jun 2012, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menyuarakan cadangan beliau, di mana Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Malaysia, Akademi Pengajian Bahasa Malaysia Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menjalinkan kerjasama serta menawarkan latihan dan kursus dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa antarabangsa. Ini kerana Bahasa Malaysia berpotensi sebagai Bahasa Ilmu di Malaysia dan menjadi bahasa wahana ilmu kerana kemantapan laras bahasanya serta keunikannya yang tersendiri. Antara potensi Bahasa Malaysia menjadi bahasa Ilmiah adalah ia mudah difahami dan ditutur oleh semua lapisan masyarakat berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Apabila sesuatu bahasa itu mudah difahami dan ditutur, semua maklumat yang ingin disampaikan akan menjadi lebih sistematik dan lebih cepat diterima oleh penerima maklumat. Ciri-ciri keterbukaan Bahasa Malaysia menjadikan bahasa ini berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca di kepulauan melayu pada suatu ketika dahulu. Sejak kita merdeka, hampir 51 tahun dan sejak lebih 25 tahun Bahasa Malaysia menjadi bahasa penghantar di sekolahsekolah, negara telah dapat menghasilkan ratusan, malahan ribuan pakar,sarjana, doktor, arkitek, pakar sains dan lain-lain melalui sistem prasekolah atau pendidikan yang sedia ada,

MQA 101

yakni aliran kebangsaan. Keadaan ini dapat dijelmakan kerana Bahasa Malaysia mampu bersaing dengan bahasa lain (seperti Jepun, Korea, Jerman, China, Inggeris dan lain-lain) di dalam semua bidang dan digunakan di institusi pengajian tinggi. Ini menunjukkan Bahasa Malaysia bukan sahaja mampu menyatakan pelbagai ilmu dan mudah ditutur malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga ikut turut stabil. Ini adalah berkat Bahasa Malaysia menjadi bahasa penghantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an. Tetapi pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah telah dimulakan dengan tujuan ingin mengatasi masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan dari Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun terdapat pelbagai pihak yang menentang terhadap pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris bermula tahun 2003 itu. Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa penghantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas Bahasa Malaysia. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan Bahasa Malaysia ketandusan istilah ilmu. Pendidikan di peringkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan Bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia dilaksanakan guru yang sedia ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Malaysia terus hidup dan kekal sebagai bahasa ilmu serta bahasa penghantar utama di Malaysia, tambahan pula ia mudah ditutur dan difahami mahupun dipelajari oleh segenap

MQA 101

lapisan.masyarakat.

Bahasa Malaysia mempunyai laras bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasanya yang tersendiri dan ini menjadikan ia sebagai satu bahasa ilmu. Setelah dikaji, bahasa Malaysia merupakan bahasa ilmu di mana ia dianggap sebagai superlek yang mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan elitis. Sejak zaman Melayu Melaka lagi, Bahasa Malaysia digunakan terumanya dalam persuratan Melayu dan ia disampaikan dengan laras bahasanya yang tersendiri. Ini kerana ia telah beri kepada beberapa bahagian dan mengikut situasi keadaan setempat. Contohnya, terdapat bahasa melayu istana, bahasa perdagangan dan bahasa pentadbiran mereka sendiri. Bahasa Melayu lama sangat berbeza dengan Bahasa Melayu moden dari segi tingkat bahasa dan cara penyampaian sesuatu maklumat. Jika dahulu kebanyakan info yang ingin disampaikan melalui syair, pantun dan seloka kini kesemuanya telah dikaji dan dijadikan salah satu bahan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menengah sebagai prosa tradisional. Ini bagi mengekalkan keaslian Bahasa Melayu lama dengan harapan ia tidak akan hilang di dunia. Selain itu,kursus kesusasteraan melayu juga telah diwujudkan di beberapa IPTA mahupun IPTS dengan tujuan mengkaji bahasa Malaysia itu sendiri dan tatabahasanya yang unik. Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Istilah khusus, laras bahasa ilmiah dibuktikan oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu, pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah. Wacana pemaparan dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah. Ayat majmuk pula, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi. Ciriciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa Bahasa Malaysia mempunyai ciri-ciri

MQA 101

yang baik sebagai bahasa ilmu dan mempunyai tingkat bahasa dan peraturan bahasanya yang lengkap dan perlu dikaji serta dipelajari supaya ianya akan kekal sepanjang zaman. Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang mana telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia perenggan 152 para satu seterusnya, secara tidak langsung telah diiktiraf sebagai bahasa ilmu di Malaysia. Ini merupakan salah satu potensi bahasa Malaysia menjadi bahasa yang mampu berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada abad ini, ahli kaji bahasa meramalkan hampir 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusan yang mana terdapat 6000 bahasa di dunia sejak awalnya tetapi kini hanya tinggal 600 bahasa yang tinggal. Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan di mana-mana negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Bahasa Malaysia kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan bukubuku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan negara.Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila Bahasa Malaysia akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. Di Malaysia, Bahasa Malaysia sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang

MQA 101

mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya bukti yang kukuh ini, Bahasa Malaysia mampu menjadi bahasa ilmu dan patut dikekalkan mutu dan keasliannya tidak kira dalam apa sahaja urusan di Malaysia perlu menggunakan bahasa kebangsaan ini. Natijahnya, Bahasa Malaysia telah memperkasakan anak bumiputera di dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi dan sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah di kalangan bumiputera yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara. Bahasa yang dahulunya hanya berperanan sebagai "lingua franca" dan juga bahasa "kelas kedua", akhirnya telah menjadi bahasa ilmu, bahasa penghantar, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan Negara. Bahasa Malaysia telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Malaysia mampu menjadi bahasa ilmu. Maka, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Malaysia memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.

MQA 101

SOALAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR, PEKAN RPSB BATU 8 LEPAR,PEKAN 26300 GAMBANG PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5465344 Fax : 09-5465345

___________________________________________________________________________ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Tarikh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan, Aras 1-5 Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Tuan, Cadangan Pembinaan Bangunan Tambahan : 08 Jun 2012

Dengan segala hormatnya,perkara di atas dirujuk.

2.

Untuk makluman pihak tuan, pihak kami ingin memohon bangunan tambahan yang

lengkap dengan pejabat,bilik darjah dan bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, Bilik Pendidikan Muzik, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Gerakan PKKP,Bilik Mesyuarat, Bilik Tayangan,Bilik j-Qaf dan Pusat Sumber Sekolah.

3.

Sekolah Kebangsaan Lepar merupakan sekolah Gred A luar bandar dalam daerah

Pekan.Secara perbandinganya jumlah murid pada tahun 2011 adalah seramai 356 orang, manakala jumlah murid telah bertambah kepada 489 orang pada tahun 2012.Pertambahan sebanyak 133 orang berbanding tahun sebelumnya.Hal pertambahan pelajar sekolah ini begitu mendadak berikutan pembukaan Kompleks Perumahan untuk kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang iaitu Kompleks Perumahan LKPP Lepar dan Kompleks Perumahan LKPP Seri Meranti serta Program e-Kasih di bawah pengurusan Felda juga telah

MQA 101

membuka Taman Agropolitan Batu 8 Lepar.Kakitangan atau peserta yang terpilih akan berpindah di sini dan anak-anak mereka akan bersekolah di sekolah kami.Selain itu juga,pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak dari Kampung Batu 8 Lepar,Kampung Menchupu,Kampung Sri Gemuruh dan Kampung Batu 5 Pulau Manis.Pertambahan pelajar ini menyebabkan kelas baharu perlu dibuka bagi mengelakkan bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas terlalu ramai supaya pembelajaran lebih kondusif.Bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan mereka ini.

4.

Oleh yang demikian,banyak bilik-bilik khas terpaksa diubahsuai bagi mengatasi

masalah tersebut.Ketiadaan bilik-bilik khas tersebut telah menyebabkan pihak sekolah menghadapi masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan khususnya aktiviti yang melibat kerja-kerja amali. Ilmu pengetahuan atau pengalaman yang sepatutnya diperolehi oleh pelajar secara praktikal tetapi hanya dipelajari secara teori sahaja.Hal ini begitu memberi kesan kepada pelajar sekolah ini.

5.

Kekurangan bilik-bilik khas ini juga telah menyebabkan banyak barang-barang dan

peralatan-peralatan khususnya alat-alat Muzik dan alat-alat pertukangan Kemahiran Hidup telah hilang dan rosak.Tambahan pula,peralatan tersebut juga berbahaya kepada keselamatan para pelajar jika tidak disimpan di tempat yang sepatutnya.Sekiranya ada bilik-bilik khas tersebut besar kemungkinan perkara ini tidak akan berlaku.

6.

Untuk pengetahuan pihak tuan,pada tahun 2011,pihak Astro telah melancarkan

Program Kampus Astro.Semua sekolah di seluruh Negara akan dibekalkan dengan sebuah televisyen dan sebuah pemancar Astro secara percuma.Sekolah ini turut menerima peralatan tersebut.Oleh kerana ketiadaan bilik tayangan,pihak kami terpaksa menempatkan peralatan tersebut di perpustakaan sekolah.Penggunaan peralatan tersebut agak mengganggu pelajarpelajar yang membuat tugasan atau ulangkaji di perpustakaan ini.Sekiranya sekolah ini mempunyai bilik tayangan,Program Kampus Astro akan memberi manfaat yang amat berguna kepada pelajar khususnya pelajar luar bandar seperti pelajar sekolah ini.

7.

Banyak program-program sekolah terpaksa pihak kami laksanakan di Dewan Orang

Ramai,Kampung Batu 8 Lepar berikutan ketiadaan ruang khas yang mampu menampung

MQA 101

bilangan kehadiran para ibu bapa atau penjaga yang ramai seperti Mesyuarat Agung PIBG,Permuafakatan Penjaga Pelajar Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan.Pelbagai usaha untuk mendapatkan bangunan tambahan ini telah pihak kami laksanakan khususnya dengan sokongan Persatuan Ibubapa Dan Guru sekolah ini.Namun,sehingga sekarang masih lagi tidak ada jalan penyelesaiannya.

8.

Besarlah harapan pihak kami agar pihak tuan dapat turun padang melihat sendiri

keadaan sekolah kami dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah tersebut supaya kami dapat melaksanakan tugas mendidik dan membimbing anak bangsa dengan lebih kondusif demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Segala perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan ,kami dahalui dengan penghargaan terima kasih.

Sekian.Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah, ( MOHAMAD AFENDI BIN KASSIM ) Guru Besar, SK.Lepar, Pekan.

MQA 101

10

SOALAN 3 Cuti persekolahan kini tiba kembali,aku telah bercadang untuk menjadikan percutian pada kali ini sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga.Aku akan membawa keluarga tersayang pergi bercuti 3 hari 2 malam ke negeri Sang Penyu iaitu negeri Terengganu Darul Iman.Inilah kali pertama aku mengunjungi ke sini bersama keluarga.Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri di sebelah timur Semenanjung Malaysia yang banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Tamadun Islam,Pantai Batu Burok,Muzium Negeri,Pulau Kapas,Pulau Perhentian,Pulau Redang,Pulau Bidong,Pusat Penetasan Penyu,Pusat Tenunan Kenyir,Hutan Lipur Sekayu dan lain-lain lagi. Sutera dan Songket,Kilang Batik,Tasik

Hari yang ditunggu telah pun tiba. .Aku memeriksaan keadaan kereta sebelum bertolak supaya perjalanan kami nanti lancar dan selamat.Anak sulungku membantu mengisi barang keperluan yang hendak dibawa ke dalam kereta.Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami sekeluarga mula bertolak menuju ke destinasi. Di wajah anak-anakku tergambar perasaan teruja kerana hendak pergi bercuti.Awal-awal lagi mereka sudah bangun dan bersiap sedia.Kami melalui jalan pinggir pantai supaya perjalanan kami nanti tidak membosankan . Banyak permandangan yang sangat menarik dapat kami nikmati sepanjang perjalanan.Kami juga dapat melihat Pusat Carigali Petroleum Dan Gas,Petronas di Kerteh.Kami amat bangga dengan bangunan Petroleum milik negara Malaysia yang tersergam megah.Pusat Carigali ini merupakan pengeluar utama petroleum dan gas negara.Setelah itu,kami sempat singgah di Pusat Penetasan Penyu di Rantau Abang.Di sini kami sekeluarga diberi penerangan tentang riwayat hidup Sang Penyu yang semakin pupus.Hampir lima puluh minit kami berada di situ,kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Setibanya di Marang,kami dapat melihat salah sebuah pulau yang cantik di negeri Sang Penyu iaitu Pulau Kapas.Aku sempat bercerita kepada anak-anakku tentang pulaupulau yang terkenal di Terengganu seperti Pulau Redang,Pulau Perhentian dan Pulau Bidong.InsyaAllah,jika ada rezeki nanti, aku akan membawa mereka pergi melancong ke pulau-pulau tersebut.Sepanjang perjalanan kami terus bercerita mengenai keistimewaan negeri Terengganu.Kira-kira enam jam perjalanan,kami pun tiba ke destinasi.Aku terus ke sebuah hotel yang terkenal di Kuala Terengganu iaitu Hotel Primula.Hotel ini terletak berhampiran dengan sebuah pantai yang cantik iaitu Pantai Batu Burok.Di sinilah kami

MQA 101

11

sekeluarga akan menginap sepanjang percutian 3 hari 2 malam di negeri Terengganu ini.Setelah memasuki bilik hotel,kami berehat untuk menghilangkan kepenatan. Kami juga dapat melihat keindahan laut yang memikat hati dari bilik hotel.

Jam 6.00 petang, kami sekeluarga pergi bersiar-siar di Pantai Batu Burok yang letaknya berhampiran dengan tempat penginapan kami.Deruan angin dan ombak laut membuatkan kami sekeluarga berasa sangat nyaman dan bersyukur dengan keagungan ciptaan Ilahi.Di sini kami sempat menaiki kereta kuda yang dihias dengan cantik,bermain layang-layang dan menunggang motor pasir.Selepas itu kami turut menikmati makanan yang cukup istimewa iaitu Aiskrim Goreng.Kami juga sempat merakam beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.

Pada sebelah malam pula,aku membawa keluarga menikmati makan malam di sebuah restoran yang terkenal di negeri Terengganu iaitu Restoran Selera Timur.Di sini kami makan Sata,Keropok Lekor,Laksa Terengganu dan Otak-Otak.Setelah kekenyangan,kami pun pulang ke hotel untuk beristirehat.Aku juga sempat melihat permandangan neon yang menerangi sekitar Bandar Kuala Terengganu.Isteri dan anak-anakku sangat gembira walaupun keletihan.

Keesokan paginya,aku sekeluarga menikmati Nasi Dagang yang popular di Kampung Ladang.Kampung Ladang ini terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami.Ramai sungguh pelanggan singgah menikmati Nasi Dagang di situ.Benarlah cerita seorang sahabatku bahawa kalau berkunjung ke Kuala Terengganu,kamu mesti makan Nasi Dagang.Setelah bersarapan pagi,aku membawa keluargaku ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man.Perjalanan ke sana memakan masa hampir empat puluh lima minit sahaja.Setibanya di sana,aku melihat bangunan-bangunan masjid yang terkenal di serata dunia seperti Taj Mahal,Masjid Kristal ,Masjid Sultan dan banyak lagi. Taman Tamadun Islam ini merupakan sebuah pusat pelancongan yang baharu.Taman Tamadun Islam ini dibangunkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.Ianya merupakan satu usaha bagi menarik lebih ramai pengunjung yang datang melawat ke Terengganu.Keunikan rekabentuk bangunannya amat mengkagumkan.Kami juga sempat merakam beberapa foto sebagai kenang-kenangan.

MQA 101

12

Setelah hampir dua jam kami di Taman Tamadun Islam,aku sekeluarga pula pergi ke Pulau Duyung.Pulau Duyung merupakan sebuah perkampungan nelayan.Di sini terdapat sebuah bengkel pembikinan bot-bot kayu atau bot nelayan yang terkenal di rantau Asia mahupun dunia.Kami dapat melihat sendiri bagaimana bot kayu dibuat.Keunikan dan keistimewaan hasil kerja tangan membuat bot kayu amat mengkagumkan kami dan para pelancong yang datang melihat.

Dari Pulau Duyung kami singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari.Di sini kami dapat menikmati udang,sotong dan ikan goreng yang dicelop tepung.Inilah keunikan makanan di negeri Terengganu yang segar dan enak.Perut sudah diisi,mata pun mula mengantuk.Oleh itu kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel untuk

beristirehat.Setelah beristirehat,lebih kurang jam empat petang,aku sekeluarga pergi melawat Bukit Puteri yang terletak berhampiran Istana Maziah di Bandar Kuala Terengganu..Bukit Puteri merupakan salah sebuah kubu pertahanan di zaman penjajahan dahulu.Untuk naik ke atas Bukit Puteri,kami terpaksa melangkah 98 anak tangga.Kami terpaksa berehat beberapa kali untuk sampai ke puncak bukit ini.Kami dapat melihat beberapa kesan tinggalan sejarah seperti loceng besar,meriam besi,rumah api dan sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampung Seberang Takir.Menurut sumber ,di sinilah tempat orang Melayu dahulu menerima dan memulang barang-barang atau peralatan-peralatan untuk kenduri-kendara yang dipinjamkan dari orang Bunian.Hampir satu jam kami di Bukit Puteri,kamipun turun untuk pulang ke hotel dan beristirehat kerana esok kami akan pulang ke bumi Tok Gajah.

Kalau tidak singgah di Pasar Payang maka kunjungan ke Terengganu tidak bermakna.Keesokan paginya kami ke sana.Pasar Payang merupakan pusat jualan hasil batik,tembaga dan kraf tangan warga Terengganu.Di sini kami sempat membeli gebok laksa,kain batik,telur penyu,kain sutera dan songket.Ramai orang yang mengunjungi Pasar Payang ini.Macam-macam barangan yang dibeli untuk dibawa pulang.Kata orang,kalau hendak membeli dengan harga yang murah,kenalah bercakap dialek Terengganu.Apa yang aku perhatikan,harga akan lebih mahal apabila cuti persekolahan.Walau bagaimanapun , terpulanglah kepada kemampuan masing-masing.Setelah puas meronda di Pasar Payang, kamipun balik ke Hotel Primula untuk beristirehat dan berkemas sebelum bertolak pulang ke bumi Darul Makmur.

MQA 101

13

Pada sebelah petangnya,kami sekeluarga mula bergerak pulang.Kami sekeluarga singgah di Masjid Terapung di Chendering.Destinasi terakhir yang kami singgah ialah Pantai Kelulut di daerah Marang.Keropok lekor merupakan produk yang popular di sini.Kami membeli keropok lekor untuk diberikan kepada jiran-jiran sebagai buah tangan dari Terengganu.Selesai membeli keropok lekor,kami meneruskan perjalanan.Hati aku sangat gembira kerana dapat bercuti bersama keluarga ke negeri Terengganu Darul Iman.Rasanya tidak puas kerana hanya 3 hari 2 malam sahaja kami berada di sini.Kami selamat tiba di rumah tepat jam 9.30 malam.

MQA 101

14

SOALAN 4 Mohamad Afendi Bin Kassim, Lot 110 KampungBatu 8 Lepar, 26300 Gambang, PAHANG DARUL MAKMUR. __________________________________________________________________________ Ketua Balai, Balai Polis Bandar Diraja Pekan, 26600 Pekan, PAHANG DARUL MAKMUR............... ........................................ 14 JUN 2012

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin

Berhubung dengan perkara di atas,saya selaku Setiausaha,Rukun Tetangga ,Kampung Batu 8 Lepar ingin membuat aduan mengenai masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai menetap di kawasan kami. Kami mendapati kehadiran mereka mendatangkan beberapa masalah dan mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.

Untuk makluman pihak tuan, pendatang tanpa izin mula bertapak di kawasan kami

semenjak beberapa projek pembukaan ladang kelapa sawit oleh Lembaga Pertanian Negeri Pahang Corpration Sendirian Berhad. Oleh yang demikian, semakin ramai pendatang tanpa izin mula menduduki rumah-rumah kongsi yang disediakan oleh pihak pemaju di sekitar tapak peladangan.Pendatang tanpa izin ini terdiri daripada warga Indonesia yang berketurunan Jawa,Sembawa,Lombok dan Flores.Mereka ini mempunyai fahaman,budaya dan kepercayaan yang berbeza walaupun mereka datang dari negara yang sama.Kami khuatir jika rumah-rumah kongsi tersebut menjadi sarang kegiatan tidak bermoral seperti perjudian.

3.

Sebelum kedatangan mereka, kehidupan kami amat aman dan selesa. Namun begitu,

kehadiran mereka sejak beberapa bulan lalu telah merubah kehidupan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami merasa bimbang untuk membenarkan anak-anak kami terutamanya anak-anak gadis pergi ke pasar malam di tempat kami kerana kehadiran pendatang tanpa izin yang terlalu

MQA 101

15

ramai dan tidak menghormati kami di sini.Mereka sering duduk berkumpul dan mengganggu anak-anak gadis yang mengunjungi ke pasar malam. Sebagai ibu bapa, kami amat bimbang jika anak-anak gadis kami tewas dengan pujukan pendatang tanpa izin dan mula menjalinkan hubungan dengan mereka.Banyak kes anak gadis lari mengikut kekasih sering memenuhi dada-dada akhbar dan televisyen.

4.

Selain itu,kami juga banyak mendengar aduan penduduk mengenai ragut dan pecah

rumah. Kami mengesyaki bahawa kejadian tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian pecah rumah yang dilaporkan. Pakaian dan kasut yang berada di luar rumah turut hilang sejak kebelakangan ini.

4.

Sikap dan moral yang ditunjukkan oleh pendatang tanpa izin amat membimbangkan

kami. Mereka seringkali dilihat menjalankan kegiatan minum arak dan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan sambil bermesra tanpa segan dan silu terhadap penduduk tempatan. Botol-botol dan tin-tin arak sering bergelimpangan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Kami khuatir tindak-tanduk mereka mempengaruhi kanak-kanak tempatan yang sedang membesar di kawasan kami.

5.

Bukan itu sahaja, pendatang tanpa izin di sekitar kawasan ini juga pernah bergaduh di

kalangan mereka sendiri dan melibatkan senjata tajam, besi dan kayu. Kami khuatir jika perkara ini dibiarkan berlarutan akan melibatkan kecederaan dan korban nyawa samada di kalangan pendatang tanpa izin mahupun penduduk tempatan.

6.

Oleh itu,kami berharap agar pihak tuan sentiasa membuat rondaan dan pemeriksaan

supaya masalah pendatang tanpa izin ini tidak berleluasa dan berpanjangan.Semoga masalah kebanjiran warga asing tanpa izin ini dapat ditangani. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat membuat tindakan segera bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sedang kami hadapi kini. Segala tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai .

Sekian,terima.kasih.

MQA 101

16

Yang benar, . ( MOHAMAD AFENDI BIN KASSIM ) Setiausaha , Rukun Tetangga, Kampung Batu 8 Lepar.

MQA 101

17

SOALAN 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR,PEKAN, 26300 GAMBANG

Minit Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah Kali Pertama 2012

Tarikh Masa Tempat

: 19 Januari 2012 : 2:00 petang : Perpustakaan

Kehadiran

: En.A Razak B Jaapar ( Pengerusi ) Pn.Zaiton Bt Ab Rashid ( Naib Pengerusi ) En.Mohd Halim B Mawi ( Timbalan Pengerusi 1 ) En.Jamaludin B Ayob ( Timbalan Pengerusi 2 ) En.Mohamad Afendi b. Kassim ( Setiausaha ) En.Mohd Kamarulhuda b. Taib ( Bilik Tayangan ) Cik Noor Rafida Bt Baharudin ( Bank Soalan ) Pn Norhafiza bt. Ramli ( Guru NILAM ) En.Haniff B Ahmad ( ICT ) En.Mohd Daud B Idris ( Media ) En.Khairudin B Jusoh ( Siaraya ) Pn.Junaidah Bt Yatim ( Perpustakaan ) En.Mohd Nuriman B Mohd Rudzuan ( ABM ) En.Samsul Kamal b.Karim ( KP Bahasa Melayu ) Pn.Fazlinda Bt Basri ( KP Bahasa Inggeris ) Pn.Norshiha Bt Ahmad ( KP Sains ) En.Mohd Rizal B Mohd @ Anan ( KP Matematik ) En.Shafaruddin b. Ishak ( KP Muzik )

Ust.Wan Mohd Jazlan B Wan Jazmin ( KP Pendidikan Islam )

Agenda Mesyuarat

MQA 101

18

Bil 1 Ucapan Pengerusi

Perkara

Tindakan

1.1 Encik A.Razak mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke mesyuarat Pusat Sumber Sekolah pada kali ini. 1.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini penting bagi menentukan halatuju PSS dan semua individu mempunyai bidang dan tugas-tugas masing-masing untuk mempertingkatkan organisasinya.

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat ~ Tiada ~

Perkara-perkara berbangkit ~ Tiada ~

Perkara yang dibincangkan 4.1 PERPUSTAKAAN

4.1.1 Pengerusi menjelaskan bahawa kaunter , rak buku dan kerusi perlu dibuat permohonan baharu.Beliau juga mencadangkan agar perpustakaan dan bilik sumber dibuka atau disatukan bagi mewujudkan PSS berkonsepkan PSS Terbuka. 4.1.2 Perpustakaan akan dipertingkatkan keceriaannya dengan langsir,mutiara kata ataupun poster-poster. 4.1.3 Pengkelasan dan pemerosesan buku-buku baru akan dilakukan.Setiausaha mencadangkan supaya satu gotongroyong diadakan bagi menyelesaikan tugasan tersebut. 4.1.4 Pengawas Perpustakaan telah dilantik bagi membantu perlaksanaan dan penggunaan PSS sebaik mungkin. 4.1.5 Setiausaha mengharap supaya setiap aktiviti yang melibatkan PSS hendaklah dicatat penggunaannya pada Rekod yang telah disediakan. 4.1.6 NILAM akan bermula pada bulan Mac.Semua guru Semua Guru Guru Media

MQA 101

19 Semua Guru

bahasa diharap dapat menguruskan proses peminjaman dan pemulangan dengan baik dan teratur.Setiap pelajar mestilah mempunyai 2 kad pinjaman.Buku yang rosak atau hilang hendaklah diganti atau dibayar oleh peminjam.Bagi pelajar yang lambat memulang buku dari tarikh sepatutnya,ia akan didenda RM 0.10 sehari. 4.1.7 Pengerusi meminta agar guru bahasa memastikan para pelajar meminjam dan membaca buku tersebut kerana program NILAM merupakan program kementerian. 4.1.8 Penyelaras mencadangkan agar diwujudkan carta rekod pinjaman dalam setiap kelas. 4.2 MEDIA 4.2.1 En.Mohd Daud selaku Ketua menerangkan bahawa peralatan yang ada dan boleh digunakan iaitu radio 2 unit,televisyen 5 unit,DVD Player 1 unit,dan kamera 2 unit.Beliau juga meminta supaya guru-guru dapat mencatat rekod penggunaan. 4.2.2 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menggunakan alatan TEKNOPEN dan meminta setiap penggunaan itu hendaklah direkodkan serta dikemaskini.

Guru NILAM

Guru bahasa

J/K Media

Semua Guru

MQA 101

20 Perkara Tindakan

Bil 4.3 ABM

4.3.1 En.Mohd Nuriman menerangkan bahawa jawatankuasanya akan bekerja lebih gigih lagi bagi menyusun atur carta agar Bilik Sumber kelihatan lebih kemas dan rapi. 4.3.2 Rekod penggunaan carta dan ABM hendaklah dicatat penggunaannya.Ini bertujuan bagi memudahkan laporan khususnya jika ada pemantauan dari pegawai tertentu. 4.3.3 Pengerusi meminta agar rekod stok sentiasa disemak dan dikemaskini.

JK ABM

Semua Guru

4.4 ICT 4.4.1 En.Haniff menjelaskan bahawa komputer dalam keadaan baik.Beliau juga mengharapkan agar semua guru dapat merekod setiap kali penggunaan makmal komputer dan alatan. 4.4.2 Beliau menjelaskan bahawa banyak maklumat perlu diisi secara online.Banyak masalah yang dihadapi. Makluman

4.5 PERALATAN SENI 4.5.1 En.Mohd Halim menjelaskan bahawa peralatan seni telah disimpan di bilik gerakan dalam Kabinet 2.Beliau berharap peralatan tersebut digunakan dengan baik dan terpelihara.Namun begitu,beliau menyaran agar guru pendidikan seni dapat menyenarai barang-barang yang diperlukan. 4.5.2 Tuan Guru Besar berharap segala alatan tersebut adalah tanggungjawab semua.Setiap kali menempah peralatan perlu disertakan Nota Minta kepada En.Aminuddin. JK Seni Semua Guru

MQA 101

21

Bil

Perkara

Tindakan

Perancangan Program Tahunan PSS bagi Sesi 2012 5.1 Panatia Matematik akan mengadakan Fakta Asas pada setiap hari Khamis. 5.2 Panatia Bahasa Melayu mencadang agar PSS mengadakan Pertandingan Bercerita,Bersajak dan Berpantun Peringkat sekolah dan Bacaan Senyap pada setiap Selasa. 5.3 Panatia Bahasa Inggeris akan menjalankan aktiviti Bacaan setiap hari Rabu.Aktiviti lain akan dibincangkan dalam mesyuarat Panatia. 5.4 Program Bina Insan pada setiap Jumaat akan dianjurkan oleh Panatia Pendidikan Islam. 5.5 Penyelaras PSS mencadangkan Projek Peningkatan Keceriaan PSS memandang PSS kita telah dianugerahkan 3 bintang dalam Pertandingan PERPUSPA pada tahun 2011.Projek ini diharapkan mendapat kerjasama dari PIBG sekolah. 5.4 En.Mohd Afendi mencadangkan agar satu gotong-royong diadakan bagi memproses buku-buku baru dan meningkatkan kekemasan PSS. 5.5 Pengerusi meminta panatia-panatia dapat berbincang dan Panatia matapelajaran JK Pusat Sumber Sekolah Guru Perpustakaan KP P.Islam KP B Inggeris KP B.Melayu KP Matematik

merancang program dalam mesyuarat panatia masing-masing. Hal-hal Lain 6.1 En.Mohamad Afendi mengharap agar kerjasama setiap jawatan kuasa PSS dipertingkatkan bagi memelihara dan mengemaskini PSS. 6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah sama-sama memberi pendapat dan buah fikiran dalam mesyuarat ini. PSS KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Semua Guru

MQA 101

22

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:30 petang.

Disediakan oleh ,

Disahkan oleh ,

.............................................. (Mohamad Afendi Bin Kassim) Setiausaha, Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Lepar.

................................. (A Razak Bin Jaapar) Pengerusi, Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Lepar.

You might also like