You are on page 1of 12

KPT 6044 :PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1: ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH : SYIRLEEN ADLYNA BINTI

OTHMAN M20111000194 2. TAJUK JURNAL :AN INVESTIGATION OF FACTORS AFFECTING E-LEARNING ACCEPTANCE AMONGSTUDENT IN UUM : AN EMPIRICAL ANALYSIS OLEH : KHAIROL ANUAR BIN ISHAK COLLEGE OF BUSINESS (COB) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA -LEARNING DAN MENENTUKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KE ARAH PERKEMBANGAN PENERIMAAN

MENGGUNAKAN MODEL TECHNOLOGY BERSIFAT KUANTITATIF

-FAKTOR PENGGALAK KE ARAH PENERIMAAN PEMB FAKTOR JANGKAAN YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN LANGSUNG KE ARAH PENERIMAAN PEMBELAJARAN ELEKTRONIK. -

LAH SERAMAI 263 YANG DIJANA DARI REKOD

PENGGUNAAN, TEKANAN SOSIAL, KECEKAPAN INTERNET ITU SENDIRI DALAM MEMPERMUDAHKAN AKSES KEPADA DATA DAN PENGUKURAN DEMOGRAFIK. 6. PENYELIDIKAN BERDASARKAN TIGA TEORI-TEORI UTAMA DALAM PENERIMAAN TEKNOLOGI :1. TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG.2. TEORI TECHNOLOGY ACCEPTANCE MODEL (TAM)3. TEORI KOGNITIF SOSIAL 7. MEMPUNYAI KESAN POSITIF DAN LANGSUNG PADA PENGGUNAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN RI DAN TEKANAN SOSIAL MENGGUNAKAN INTERNET MEMPUNYAI ANALISIS, DIDAPATI HUBUNGAN ANTAR KEGUNAANYA MUDAH DITERIMA DAN DIGUNAKAN -IMPLIKASI DARI PENYELIDIKAN PENTING UNTUK SESEBUAH ORGANISASI TERUTAMANYA PASUKAN PENGURUSAN UNTUK MEMFOKUSKAN KEPADA KANDUNGAN YANG BERGUNA SUPAYA MENARIK PENGGUNA MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN BERASAKAN ELEKTRONIK G LEBIH PENGETAHUAN BARU BERASASKAN KEPADA CARIAN MAKLUMAT . KOMUNIKASI DUA HALA DAN PENEMUAN KENDIRI. 9. SEKIANTERIMA KASIH.

Dasar Warga Emas Negara Mukadimah Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu-padu, bertoleransi, dengan masyarakatnya yang mempunyai keyakinan diri, nilai-nilai moral dan etika yang utuh, progresif dan makmur, serta mampu memainkan peranan untuk menjamin kesejahteraan semua golongan masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, perlu diwujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai penyayang dan bertimbang rasa, dengan sistem sosial yang lebih mementingkan keperluan sejagat, iaitu kebajikan rakyat berteras kepada sistem kekeluargaan yang jitu dan mantap perlu dipertingkat dan diperkukuhkan secara berterusan. Sehubungan itu, warga emas yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat dan negara, diakui mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Mereka telah banyak memberi sumbangan selama ini dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian adalah wajar mereka mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Takrifan Warga Emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Aging in 1982 Vienna. Dasar MEWUJUDKAN MASYARAKAT WARGA EMAS YANG SEJAHTERA, BERMARUAH, MEMPUNYAI MARTABAT DlRI YANG TINGGI, DENGAN MENGOPTIMUMKAN POTENSI DlRI MEREKA DAN MENENTUKAN MEREKA MENIKMATI SEMUA PELUANG DlSAMPING MENDAPAT PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN SEBAGAI AHLI KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

Objektif Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga emas dalam keluarga, masyarakat dan negara. Memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari. Menggalakkan pengwujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas ke arah kesejahteraan hidup mereka. Strategi Kehormatan dan Martabat Diri Membolehkan warga emas hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan

Menentukan warga emas mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka Membolehkan warga emas menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka Memudahkan warga emas mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat. Keupayaan Berdikari Memastikan warga emas dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri Memudahkan warga emas mendapat peluang untuk terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara Memastikan warga emas dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah Membolehkan warga emas terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin Memberi persediaan awal kepada warga emas untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara. Penyataan Membolehkan warga emas memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda Memberi peluang kepada warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka Menggalakkan warga emas menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka Penjagaan dan Perlindungan Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini Memudahkan warga emas mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit Membolehkan warga emas memanfaatkan perkhidmatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa Memudahkan warga emas mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka

Menjamin warga emas menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga emas. Penyelidikan dan Pembangunan Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga emas bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga emas. Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga emas. Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga emas oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Emas Negara. Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Emas Negara maka usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya :Pendidikan Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk membolehkan warga emas untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi ke tahap optimum. Kurikulum sekolah perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami warga emas. Pekerjaan Warga emas digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup. Penyertaan dalam Masyarakat Warga emas digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan pertubuhanpertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat disamping dapat berinteraksi di antara mereka. Riadah

Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga emas menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan perumahan, taman rekreasi dan pusat-pusat sukan. Pengangkutan Sistem pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan warga emas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa. Perumahan Rumah-rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk warga emas, supaya membolehkan mereka dapat hidup dengan lebih selesa. SistemSokongan Bagi Keluarga Untuk menentukan warga emas dapat hidup terus bersama keluarga maka sistem sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam penjagaan warga emas. Insentif-insentif yang tertentu perlu diperkenalkan bagi menyokong ahli-ahli keluarga yang menjaga warga emas meneruskan peranan mereka. Kesihatan Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga emas perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang sempurna. Keselamatan Sosial Satu skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk menjamin masa depan warga emas perlu disediakan. Media Untuk meningkatkan kesederan berkaitan dengan warga emas dikalangan masyarakat, maka media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Penyelidikan dan Pembangunan -

Kajian-kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat agar perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan warga emas. Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikenalpasti sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan.

Program KAR1SMA Warga EmasMei 28th, 2012 by Najib Razak Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan berkat kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini sempena Program KAR1SMA Warga Emas.Program ini telah memberi saya peluang untuk berdampingan bersama tuan-tuan dan puan-puan warga emas yang diraikan. Saya gembira kerana berpeluang hadir di Rumah Sejahtera Seri Kembangan ini yang mana saya difahamkan telah ditubuhkan sejak tahun 1950an lagi. Rumah Sejahtera ini telah banyak berjasa dalam memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang tidak berwaris. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha mengajar, mengasuh dan mendidik generasi muda tidak ternilai. Tanggungjawab kita sebagai individu kepada emak, bapak yang bergelar warga emas tidak boleh dikompromi. Generasi muda harus berterima kasih kepada warga emas yang semakin meningkat di negara ini. Para hadirin sekalian,

Bilangan warga emas di Malaysia atau mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun adalah seramai 2.2 juta orang atau 7.7 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia. Bilangan ini akan meningkat sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan penduduk, dan Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk merupakan warga emas. Sehaluan dengan senario demografi ini, Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggantikan Dasar Warga Tua Negara 1995 dengan Dasar Warga Emas Negara pada 5 Januari 2011. Penggubalan Dasar Warga Emas yang baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan dan sebagai persediaan negara menghadapi cabaranpenuaan masa kini dan yang mendatang bagi memastikan warga emas dapat terus hidup aktif dan bermaruah serta dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara secara inklusif. Seiring itu, Pelan Tindakan Warga Emas Negara turut digubal sebagai landasan kerjasama multisektoral ke arah usaha penambahbaikan sistem penyampaian demi kepentingan dan kesejahteraan warga emas. Berlandaskan kepada semangat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Kerajaan telah melancarkan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) pada bulan Ogos 2011 sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada kelompok rakyat, termasuk warga emas, tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara. Justeru, bagi meneruskan agenda kebajikan rakyat, Kerajaan turut memberikan bantuan kebajikan masyarakat kepada warga emas yang miskin. Ini terbukti di mana KAR1SMA Warga Emas atau Bantuan Orang Tua merupakan skim bantuan kebajikan yang terbesar pada tahun 2011, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM478 juta bagi membantu sejumlah 135,217 orang warga emas di seluruh negara. Ini merupakan 35.3 peratus daripada keseluruhan bantuan kebajikan masyarakat berbanding dengan 28.4 peratus pada tahun 2010. Bagi tahun 2012, peruntukan kewangan sebanyak RM496 juta disediakan bagi memberi manfaat kepada 150,000 orang warga emas miskin. Para hadirin sekalian,

Kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. Sehubungan itu, adalah menjadi obligasi sosial dan komitmen Kerajaan dalam menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas kita menua secara aktif, produktif dan sihat. Bajet tahun 2012 turut membawa harapan kepada golongan warga emas di mana Kerajaan telah memberikan pelbagai insentif dan kemudahan untuk manfaat golongan warga emas khususnya. Antaranya, golongan warga emas dapat menikmati pengecualian caj pendaftaran pesakit luar (sebanyak RM1) di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan mulai 1 Januari 2012. Bukan setakat ini sahaja, malahan warga emas juga dikecualikan caj pendaftaran rawatan pakar (sebanyak RM5) dan pengurangan caj pesakit kelas 3 sebanyak 50 peratus dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan berkuat kuasa 1 Mei 2012. Para hadirin sekalian,

Warga emas merupakan golongan yang berpengalaman, berpengetahuan serta kaya dengan petua, kemahiran dan buah fikiran. Seperti kata pepatah, orang tua lebih dulu makan garam. Bagi mengiktiraf kepakaran dan pengalaman warga emas, Kerajaan juga telah meningkatkan umur persaraan dalam kalangan penjawat awam daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa tahun 2012. Selain itu, bagi mengoptimumkan kepakaran golongan warga emas agar mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara, Kerajaan telah meluluskan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja-Pekerja Separa Masa) dan diwartakan pada 1 Oktober 2010. Peraturan ini memberi jaminan kepada warga emas, orang kurang upaya serta wanita sebagai tenaga kerja untuk melindungi mereka dari segi terma-terma perburuhan sebagai pekerja separa masa. Agenda pembangunan dan kesejahteraan sosial negara pasti tidak akan lengkap tanpa penglibatan secara inklusif dan menyeluruh antara Kerajaan dengan masyarakat. Dalam hal ini, penjagaan golongan warga emas adalah tanggungjawab bersama. Sebagai tanda penghargaan dan bagi meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, Kerajaan memberikan pelepasan cukai sehingga RM5,000, yang meliputi bayaran rawatan perubatan, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus untuk menjaga ibu bapa serta keperluan harian. Golongan warga emas juga diberi pelbagai keistimewaan bagi menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contoh, mereka diberikan potongan harga antara 25 peratus hingga 50 peratus ke atas kos tambang meliputi ketiga-tiga mod pengangkutan darat, air dan udara. Antaranya, diskaun sebanyak 50 peratus ke atas tambang KTM Komuter, kereta api, Rapid KL dan Penang, tidak ketinggalan juga tambang kapal terbang Penerbangan Malaysia (MAS) bagi penerbangan dalam negara. Sebagai tambahan, mulai tahun 2012, potongan 50 peratus ini dipanjangkan kepada golongan warga emas yang menggunakan Monorel dan LRT.

Kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memenuhi keperluan warga emas serta meringankan beban mereka dalam beberapa bidang termasuk kesihatan. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah menyediakan perkhidmatan untuk warga emas di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara. Saya difahamkan bahawa sepanjang tahun 2011, jumlah kedatangan baru warga emas ke klinik kesihatan telah mencecah sebanyak 491,859 orang dan kedatangan ulangan adalah 1.4 juta lawatan. Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan bukan sahaja akan merawat warga emas yang hadir ke klinik kesihatan tetapi juga akan melawat kesemua 48 buah Pusat Jagaan Warga Emas di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat. Anggota kesihatan akan melawat sebulan sekali untuk menjalankan saringan kesihatan dan melakukan tindakan susulan kepada warga-emas yang memerlukan rawatan atau jagaan lanjut. Kita sedia maklum bahawa lima penyakit utama yang dialami oleh warga emas adalah penyakit hipertensi, diabetes, masalah sendi, masalah mata dan paru-paru. Pemeriksaan oleh anggota kesihatan ini akan memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi warga emas menikmati kesihatan dengan lebih terpelihara. Dalam pada itu, warga emas juga memerlukan beberapa aktiviti untuk mengisi masa dan mendapat maklumat terkini. Untuk itu, pihak ASTRO sedang melengkapkan perkhidmatan satelit ASTRO percuma di setiap Pusat Jagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Dengan produk dan perkhidmatan 1Malaysia ini warga emas dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan mendapat informasi terkini, hiburan dan sukan melalui rancangan TV dan radio. Para hadirin sekalian,

Perubahan sosial yang melanda negara berikutan modernisasi dan globalisasi sentiasa mengugut nilai-nilai ketimuran yang menjadi asas pegangan kita. Justeru, hubungan antara generasi perlu dipupuk agar golongan muda sentiasa menghormati golongan warga emas. Pepatah Melayu juga menyebut bahawa orang muda dikasihi, orang tua dihormati, yang membawa maksud generasi yang lebih muda perlu sentiasa menghayati erti kehidupan warga emas dan sentiasa menghormati mereka. Justeru, bersempena Sambutan Hari Ibu pada bulan Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun, saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Bapa kepada warga emas yang telah banyak berjasa dalam melahir dan membesarkan generasi cemerlang yang diwarisi kita pada hari ini. Akhir kata, perjuangan murni oleh Kerajaan untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan warga emas akan terus diberi penekanan agar golongan warga emas dapat menjalani kehidupan yang berdikari, berintegriti dan bermaruah sebagai sebahagian daripada anggota penting dalam keluarga, komuniti dan masyarakat.Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA merupakan satu penanda kepada komitmen dan kesungguhan Kerajaan dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia. http://www.1malaysia.com.my/speeches/program-kar1sma-warga-emas/

Pengenalan Jurnal tulisan Muhammed Sharif Mustaffa dan Nur Diyana Abd Rahim menerangkan tentang Kesan Psikologi Dan Bentuk Sokongan Anak Deraan Seksual. Objektif kajian adalah mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh anak deraan seksual, cara penyesuaian diri yang dilakukan oleh anak deraan seksual dan bentuk sokongan yang diperolehi oleh anak deraan seksual. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah menjalankan kaedah temu bual ke atas lima orang responden yang terdiri daripada anak-anak deraan seksual yang berada di Taman Sinar Harapan Jubli Johor Bharu. Kajian ini dianggap penting kerana penderaan seksual di kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan ia menjadi salah satu masalah sosial yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Justeru itu, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada individu yang terlibat dalam kes penderaan seksual ini. Oleh yang demikian, insiden penderaan seksual kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang serius dari pelbagai pihak. Pengalaman penderaan seksual memberi kesan terhadap fungsi utama manusia iaitu kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku. Gangguan pemikiran dan pembentukan persepsi negatif seperti kritik diri, rasa tidak berdaya, rasa tiada harapan dan menyalahkan diri adalah antara kesan pemikiran yang dialami oleh mangsa. Kesankesan psikologi yang dialami pula meliputi tekanan atau stres, kemurungan dan juga trauma. kesankesan psikologi, cara penyesuaian dan juga bentuk-bentuk sokongan merupakan elemen penting yang perlu dilihat dan juga dikaji terhadap mangsa yang mengalami kejadian ini. Tambahan pula di Malaysia kurang kajian yang dijalankan yang menjurus ke arah isu penderaan seksual kanak-kanak maka dengan itu pengkaji berasa terdorong untuk menjalankan kajian ke atas isu ini dan pengkaji berpendapat bahawa adalah wajar jika permasalahan ini dapat diketengahkan agar semua pihak dapat memberikan perhatian dan secara tidak langsung memperoleh pengajaran daripada apa yang telah berlaku. 1 2. Perbincangan Jurnal ini mengkaji kesan psikologi, cara penyesuaian diri dan bentuk sokongan yang dilakukan oleh anak deraan seksual. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Hubungan mangsa dan pendera adalah dalam pelbagai hubungan. Namun majoriti mangsa dan pendera mempunyai hubungan kekeluargaan. Dua orang mangsa didera secara seksual oleh ayah kandung, seorang oleh ayah tiri, seorang oleh abang kandung dan seorang bapa saudara. Turutan kedudukan mangsa dalam keluarga pula menunjukkan majoriti mangsa adalah anak sulung, seorang anak kedua dan seorang anak bongsu. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item tekanan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual di atas menunjukkan kelima-lima subjek (responden) berhadapan dengan situasi yang tertekan semasa berhadapan dengan situasi tersebut. Manakala dari item kemurungan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual di atas menunjukkan kelima-lima responden berhadapan dengan situasi kemurungan sewaktu peristiwa itu berlaku ke atas diri mereka. Hal tersebut dibuktikan melalui penjelasan yang diberi bahawa mereka mengalami gangguan emosi dan sering terjaga semasa tidur. Selain itu responden turut menyatakan rasa bersalah terhadap diri sendiri dan menyatakan rasa malu apabila kehidupannya telah musnah dalam sekelip mata. Berdasarkan kepada dapatan kajian berkenaan item trauma yang dialami oleh mangsa penderaan seksual, responden menyatakan tidak mahu bergaul dengan orang lain dan ingin mengasingkan terus dirinya daripada masyarakat sekeliling. Manakala sebahagian dari mereka merasakan dirinya akan terancam jika memberitahu perkara sebenar kepada orang lain. Mereka juga kerap mengingati peristiwa itu berulang-ulang kali sehinggakan membawa kepada mimpi yang boleh mengganggu kehidupan mereka. Daripada pemerhatian pengkaji mendapati trauma yang dialami oleh subjek (responden) boleh diklasifikasikan berada di tahap yang agak kritikal kerana ada di antara mangsa yang berasa

terancam jika berhadapan dengan individu yang berlainan jantina dan jika mangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi ke atas dirinya kepada orang lain. 2 3. Kritikan dan Penambahbaikan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penulis dalam kajiannya, dapat kita lihat bahawa fenomena penderaan seksual ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan. Penderaan seksual kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa. Isu penderaan seksual ini juga sering dianggap sebagai persoalan yang hangat dan menimbulkan pelbagai cabaran kritikal dalam masyarakat moden hari ini. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanakkanak terutama dalam bidang pendidikan yang secukupnya berserta wawasan demi agama, bangsa dan negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran kanak-kanak di negara ini, masih lagi terdapat kes-kes penderaan seksual kanak-kanak. Di bawah Akta 611, penderaan telah didefinisikan oleh seksyen 17(2) seperti berikut: seorang kanak-kanakdicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasan atau agen yang bukan tidak sengaja kepada tubuh kanakkanak itu. teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud apa-apa bahan sama ada fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Oleh yang demikian, peranan masyarakat amat diperlukan bagi membendung masalah ini. Bagi masyarakat setempat, sungguhpun mereka tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk melaporkan perlakuan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku di persekitaran mereka, tidak salah jika dikatakan mereka ini mempunyai tanggung jawab moral untuk berbuat demikian. Bagi profesion perubatan tanggung jawab yang dikenakan adalah tanggung jawab undang-undang. Ini bermakna setiap pegawai perubatan mempunyai obligasi untuk memaklumkan kes-kes penderaan sama ada penderaan secara seksual atau tidak kepada pihak yang berkenaan (seksyen 27, 28, 29 Akta 611). Kegagalan mereka untuk berbuat sedemikian akan membolehkan mereka didakwa dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta 3 4. 611 bahagian 45 Seksyen 27. Selain pegawai atau pengamal perubatan, anggota keluarga juga dikenakan tugas dari segi undang-undang untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak itu telah didera. Kesimpulan Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak bukanlah masalah yang boleh dianggap mudah. Ia merupakan satu masalah sosial yang perlu diambil tindakan segera dan proaktif. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting dan mereka harus dijaga dan dididik agar mampu menjadi pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam usaha memupuk generasi muda yang berhemah tinggi, berketerampilan dan berdaya saing. Justeru itu, adalah perlu untuk kita semua menyedari betapa pentingnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya masalah penderaan yang dilakukan kebanyakannya oleh golongan dewasa yang telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak. Anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk mereka mengikut acuan yang mereka kehendaki.

You might also like