You are on page 1of 1

Jangkaan Kursus Pengurusan Jenazah Hambar Meleset.

DUBLIN Program kursus pengurusan jenazah anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)mendapat sambutan hangat daripada para pelajar apabila kehadiran mencatatkan sehingga angka enam puluh hingga ke tujuh puluh lebih orang biarpun program berlangsung pada hujung minggu yang dingin. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 1.00 petang itu dipengerusikan sendiri oleh presiden baharu PPIMI, saudara Noor Helmi Ibrahim. Hal ini mengukuhkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau merupakan seorang berjiwa rakyat apabila sanggup turun ke padang menjayakan program. Sepanjang kursus tersebut yang diketuai oleh Ustaz Ammar, para peserta rata-rata memberikan sokongan padu dan fokus akan apa disampaikan. Hal ini jelas apabila Ustaz Ammar dihunjam pelbagai soalan yang kadangkala aneh dan pelik sehingga soalan tersebut disambut dengan gelak tawa beberapa peserta lain. Walau bagaimanapun, umum bersetuju yang mereka banyak mempelajari sesuatu yang baharu apabila menghadiri program ini. Bukan sahaja untuk mengkafankan, malah perkara sunat bermulanya mati sehingga selepas dikebumikan. Seorang peserta muslimin, Ahmad Zafrullah Afham daripada RCSI berpendapat ustaz berpengalaman yang dijemput serta penutup daripada presiden yang menggentarkan jiwa berjaya membuat diri berasa insaf dan mengingati mati.

You might also like