You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAKAT JAYA YONG PENG, JOHOR

LAPORAN MINGGU ANTI DADAH 2013

1. Pendahuluan Penyalahgunaan dadah di dunia telah mencapai tahap amat membimbangkan. Di Malaysia juga tidak terlepas daripada kemelut tersebut. Dalam menghasilkan generasi yang bebas dadah, pelbagai cara dan kaedah yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk menanganinya. Di peringkat sekolah, pelbagai cara juga telah diadakan untuk memberi kefahaman dan seterusnya mengurangkan gejala penyalahgunaan dadah ini. Malaysia telah mensasarkan 2015 sebagai tahun bebas dadah manakala 2013 adalah tahun bebas dadah peringkat Negeri Johor. 2. Objektif: Antara objektif kempen anti dadah peringkat sekolah adalah seperti berikut: a. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid akan bahaya

penyalahgunaan dadah. b. c. d. Memberikan pengetahuan jenis-jenis dadah, bentuk fizikal dan sumbernya. Cara-cara menghindari diri daripada kancah penyalahgunaan dadah. Membina iklim keluarga yang bahagia.

3. Jawatankuasa Pengerusi: En Md. Idris b. Md. Satar T. Pengerusi En Mohd Razak b. Hamid T. Pengerusi 2 : Pn. Atiqah bt Ahmad Setiausaha : En. Mohd Shukri b. Mohamad Jani Ahli Jawatankuasa: En. Rosli b. Saman En. Talef b. Awang Cik Nurul Ain bt. Sat Pn. Rafidah bt Jalil Pn. Salmi Izura bt. Md. Sehak Pn. Shazrin bt Abu Bakar Pn. Zaharah bt Abdul Kadir Ust. Mohd Fikri b. Marzuki En. Mohd Zarizi b. Ramlan Ust. Rahimi b. Abd Talif

4. Tarikh: 11 March 15 March 2013 5. Sasaran : Semua murid Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya 6. Tempat: Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya 7. Aktiviti: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 Aktiviti Pameran poster Pertandingan mewarna Penulisan kreatif Sasaran Sekolah Pra, tahap I dan II Tahap I Perincian Pameran di sudut AADK Mewarna poster waktu psv Tulisan cantik dan kreatif waktu BM. 4 5 Penulisan sajak Lima minit anti dadah Tahap II Tahap I dan II Penulisan sajak waktu BM. Lima minit terakhir waktu rehat.

8. Majlis pelancaran Hari : Isnin Masa: 7.20 pagi Tempat : Tapak perhimpunan - Murid berhimpun di tapak perhimpunan. - Murid menyanyikan lagu sekolah dan Wawasan 2020. - Bacaan doa dan ikrar murid. - Ucapan pelancaran Minggu Anti Dadah oleh guru besar. - Bacaan ikrar anti dadah. - Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku. - Bersurai.

10. Ikrar Anti Dadah

Bahasanya kami, rakyat Malaysia berikrar, untuk menjauhkan diri dari dadah pada setiap masa dengan: memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat. Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamal cara hidup yang cergas. Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan membantu segala usaha bagi membebaskan Negara Malaysia dari ancaman dadah.

10. Lagu anti Dadah Dadah durjana, Kau penghancur bangsa Kau musuh rakyat, Kau musuh negara Kini kami teguh kini kami kuat Dadah kami gempur , Hancur dadah jaya rakyat Kami benci dadah , Kami benci padamu Sekutu kita perangi dadah, Mulia bangsa tanpamu Mari semua mari saudara, Jangan habiskan usia muda Semangat bangsa bergelora

11. Kos dan Kewangan Bil 1 2 3 Aktiviti Tulisan cantik Mewarna poster Penulisan sajak Jumlah Hadiah RM 1 X 3 X 3 RM 1 X 3 X 7 RM 1 X 3 X 3 RM 9 RM 21 RM 9 RM 39 Jumlah

Perbelanjaan menggunakan kewangan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

12. Penutup Perlaksanaan minggu Anti-Dadah ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid murid tentang bahaya dadah, cara menghindarinya dan menjalankan aktiviti-aktivi yang sihat. Program seperti ini diharapkan dapat dijalakan lebih kerap dan kerjasama yang kuat daripada guru-guru dan ibubapa adalah amat diharapkan. Diharapkan dengan program ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada sasaran Malaysia tanpa dadah menjelang 2015.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

. (MOHD SHUKRI B. MOHAMAD JANI )

13. Gambar Aktiviti

Gambar 1: Majlis pelancaran Minggu Kempen Anti Dadah SKJS 2013

Gambar 2: Pertandingan tulisan kreatif

Gambar 3: Pertandingan mewarna poster

Gambar 4: Pameran poster anti dadah.

Gambar 5: 1 Malaysia Benteras Dadah.

Gambar 6: Penyampaian hadiah kepada kemenang.

You might also like