You are on page 1of 5

3.1.

4 Faedah Persaingan Syarikat Amazon menghadapi persaingan daripada kedai buku lain dalam talian yang menggunakan jenama terkenal seperti Internet Bookshop, Barnes & Noble, Waterstone. Amazon tidak mengenakan banyak sekatan kepada penerbit dan penjual buku dalam talian untuk menyatupadukan katalog ataupun mengakses katalog milik Amazon. Manakala, Internet Bookshop menawarkan pendaftaran dalam talian kepada anggota gabungan atau sekutu tetapi tidak kepada penerbit. Manakala Syarikat Barnes & Noble pula hanya mempunyai alamat hubungan bagi anggota gabungan dan penerbit. Syarikat Waterstone pula tidak menawarkan mana-mana perkhidmatan tersebut. Penerbit atau pengedar syarikat dalam talian seperti Internet Bookshop, Barnes & Noble dan Waterstone adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyimpan serta mengawal katalog dan logistik mereka dan melakukan urusan dalam talian sama ada secara langsung ataupun melalui kedai buku dalam talian yang lain. Manakala, Amazon tidak mengamalkan seperti ketigatiga syarikat tersebut. Pusat pengedaran di negara lain yang menggunakan peluanguntuk menawarkan kos penghantaran yang lebih rendah. Mana-mana pengedar yang mampu menguruskan penghantaran dan bayaran yang lebih baik daripada Amazon contohnya, yang pindahan bank secara elektronik. Tapak popular yang memberikan lebih daripada nilai buku yang dibeli daripada penerbit kecil, yang menggunakan piawaian yang datang untuk mendapatkan sambungan berkos rendah bagi pengurusan logistik dan khidmat bayaran.

Syarikat

pernigaan

dalam

talian

Amazon.com

dilaporkan

memperoleh

keuntungan bersih $82 juta pada $16.1 bilion dalam jualan suku pertama dan ia berkemungkinan akan menyebabkan kehilangan lebih daripada satu pertiga daripada $ bilion pada suku semasa pada 26 April 2013.Prestasi Amazon adalah tidak seberapa dari aspek kewangan dan ia merupakan amaran kerugian yang besar, namun ia tidak mendatangkan kekecewaan daripada pemegang saham Amazon.com kerana jumlah kejatuhan saham hanya 3 peratus selepas beberapa jam perdagangan. Amazon mengambil langkah untuk mengatasi pesaing besar seperti Apple, HBP dengan perkhidmatan terkenal seperti Netflix dan menentang vendor-vendor perkomputeran awam dan lain-lain. Ia mempunyai kelebihan daya saing para pemegang sahamnya. Mereka tidak membuang stok walaupun keuntungan adalah kurang dan prospek kehilangan adalah sangat besar. Pelabur membenarkan Amazon untuk mengambil jangka masa panjang untuk membantah secara langsung mengenai perancangan yang telah dijalankan oleh Amazon. Ini telah dilakukan untuk Amazon untuk terus membenarkan syarikat untuk membelanjakan wang, berinovasi dan merebut bahagian pasaran dengan cara yang jarang sekiranya pernah diberikan kepada syarikat lain. Malah tidak dapat dibayangkan sebuah syarikat yang lain mempunyai peluang yang lama untuk kekal menembusi pasaran. Ia adalah lebih daripada kelebihan daya saing dan mustahil untuk bersaing sama sekali. Penganalisis ke atas Amazon berpendapat bahawa mereka perlu bekerja keras untuk melihat potensi yang memberi kesan terhadap saham. Amazon menguruskan Target.com yang dan sering terdapat ancaman bahawa perkongsian akan berakhir. Amazon turut menghadapi masalah seperti isu-isu cukai jualan di kebanyakan negeri di seluruh Amerika akan tetapi syarikat itu masih boleh dilayari tanpa kesan yang ketara kepada jualan. Terdapat juga tekanan terhadap Kindle seperti mana Amazon mengurangkan

harga dan ada juga perlaburan berat Amazon yang sedang dalam kitaran dua ke semasa, kemungkinan akan melancarkan tablet dan telnologi seperti Kindle baru. Namun begitu, ramai penganalisis melihat bahawa kekuatan Amazon akan membuatkan keuntungan akan terus meningkat walaupun pelaburan yang besar. Faktor kekuatan lain yang mendahului termasuklah potensi luar negara untuk pertumbuhan jualan Kindle dan pengembangan potensi video dan isi kandungan berkaitan dengan jualan sekiranya Amazon tidak berjaya melancarkan tablet (Magee, 2011). Cadangan Pembayaran Cukai Syarikat Amazon sememang memiliki kekuatan mereka tersendiri untuk bersaingan dengan syarikat perniagaan elektonik yang lain sehingga membolehkan mereka mengautkan keuntungan yang lebih tinggi. Namun begitu, syarikat Amazon juga perlu menitikberatkan perkembangan ekonomi dunia. Memandangkan keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada masa kini, termasuk juga melibatkan Malaysia yang perlu bersedia lebih awal bagi menghadapi semua cabaran ekonomi yang di masa boleh hadapan. digunakan Untuk dan melindungi dapat pertumbuhan dalam keadaan sukar seperti ini, negara perlu menggunakan sumber kewangan tidak menanggung sebarang pembaziran atau kebocoran. Oleh yang demikian lewat tahun lau terdapat bantahan awam yang besar di United Kingdom selepas didedahkan bahawa syarikat gergasi multinasional seperti Starbucks, Google dan Amazon membayar sedikit hingga tidak membayar cukai di negara itu beberapa tahun walaupun mengaut hasil berbilion paun (SM Mohamed Idris, 2013). Permasalahan mengelak daripada pembayaran cukai untuk syarikat Amazon adalah sesuatu yang boleh memberi kesan pada ekonomi dunia. Oleh yang demikian ketelusan perniagaan oleh syarikat multinasional ini terutama dalam pembayaran cukai perlulah mematuhi sistem

cukai yang telah disediakan bagi memastikan sektor korporat ini membayar bahagian cukai mereka dengan adil agar tidak menjejaskan operasi syarikat pada masa hadapan. Keselamatan Pangkalan data Berkenaan isu keselamatan penggunaan pangkalan data yang dimiliki oleh Amazon, seperti yang dilakukan oleh syarikat ini yang tidak mempunyai banyak sekatan penggunaan terhadapn akses data mereka, berbanding dengan syarikat lain, yang hanya memberi maklumat tertentu sahaja untuk pengguna. Jika dilihat syarikat Amazon juga turut menyimpan maklumat kerajaan dalam pangkalan data mereka. Persoalan yang sering timbul dalam kalangan ahli kongres Amerika, mereka menyuarakan tentang sama ada selamat atau tidak meletakkan maklumat berkaitan kerajaan Amerika di dalam pelayan pusat data milik syarikat gergasi milikan swasta. Risiko kehilangan data terutamanya apabila terdapat bencana alam yang berlaku akan menyebabkan gangguan bekalan kuasa dan seterusnya memberi impak pada pangkalan data yang diuruskan. Oleh yang demikian, syarikat amazon perlu mengunakan sistem perkomputeran yang lebih terjamin bagi keselamatan data pengguna yang terdapat dalam akses mereka. Sebagai contoh, kini Amazon menggunakan perkomputeran awan dalam untuk pengaksesan data, amazon telah memberi pelaburan tinggi untuk polisi keselamatan bagi sistem pengurusan data mereka untuk mengelakkan sebarang gangguan bekalan kuasa. Selain itu, amazon juga sentiasa berwaspada dengan penggondam maklumat untuk mengelakkan butir peribadi atau maklumat sulit pengguna diketahui. Oleh itu, Amazon perlu bersedia dari segi pengaksesan maklumat mereka dan memilih sistem perkomputeran yang lebih selamat, walaupun mereka tidak memberi sekatan yang lebih ketat berbanding syarikat lain.

Penjualan produk yang memenuhi pasaran perniagaan Sebelum ini Amazon memulakan perniagaan mereka dengan menjadi kedai buku atas talian yang menjual pelbagai jenis buku. Sehubungan dengan itu, Amazon melebarkan agi sayap perniagaan mereka menerusi pelbagai jualan barangan secara elektronik kepada pengguna, Amazon menyediakan sistem maklumat penjualan barang mereka secara lebih meluas dan pelbagai. Pengguna juga mudah mengakses maklumat jualan atau barang yang ingin dibeli melalui pangkalan data Amazon. Untuk mendapat terus mendapat kepercayaan daripada pelabur dan pemegang saham, Amazon terus berkembang dengan menawarkan pelbagai jenis barangan seperti CD, DVD, Video, permainan video, barangan dapur dan sebagainya yang merangkumi keperluan dan kehendak pengguna masa kini. Kepelbagaian produk yang ditawarkan akan menarik minat pengguna untuk terus menggunakan khidmat syarikat Amazon dalam pembelian barang yang diingini. Kemudahan akses yang lebih tersusun dalam laman Amazon.com juga lebih menyenangkan pengguna mencari barangan tersebut. Tindakan amzon dalam pengurangan harga produk juga membolehkan Amazon menjadi pilihan pengguna sebagai pusat pembelian barangan. Oleh itu, Amazon perlu sentiasa melakukan inovasi dan menawarkan produk yang pelbagai untuk memenuhi pasaran perniagaan.

SM Mohamed Idris Harakah Daily. Kelemahan undang-undang cukai perlu diperbaiki. ( 16 jan.2013) http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15997-kelemahan-undang-undangcukai-perlu-diperbaiki

You might also like