You are on page 1of 3

Refleksi CHEAN TZE SOON 861023-40-5057 Dalam usaha menyediakan kerja khusus ini, saya ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada En.Chee Pao Kam, selaku pensyarah pembimbing kumpulan kami atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan kerja khusus ini. Beliau telah meluangkan masa membimbing kami dengan memberi cadangan dan pandangan kepada kami dalam menyiapkan kerja khusus dengan jayanya. Beliau sedia menghulurkan maklumat dan tunjuk- ajar serta mengiringi kami mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh kerja khusus ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah menyiapkan kerja khusus ini dengan sempurna. Pada semester ini, tugasan yang telah diberi adalah berkenaan dengan pengelolaan satu pertandingan dan merancang simulasi ping pong. Kami dikehendaki menyediakan satu kertas kerja untuk mengelola pertandingan. Sistem pertandingan yang kumpulan saya merancang dalam kertas kerja kali ini adalah sistem kalah mati perseorangan. Sebelum ini, saya telah mempelajari sistem pertandingan ini pada semester yang lepas. Oleh itu, kami tidak berasa susah sangat untuk melakukan kertas kerja ini. Pada tugasan ini, kami hendak membuat anggaran kewangan, peraturan , jadual pertandingan dan sebagainya. Kami telah mencari buku rujukan di pusat sumber dan berbincang untuk melaksanakan kertas kerja ini. Selepas melaksanakan kertas kerja ini, kami dikehendaki membentang kertas kerja kepada rakan-rakan. Semasa menbentang, kami telah memberitahu tentang jenis pertandingan yang akan kami anjurkan dalam pertandingan ping pong. Disamping itu, kami juga menerangkan kepada rakan bagaimana untuk mengaturkan jadual pertandingan peraturan dan syarat-syarat terhadap pengelola pertandingan. Selain itu, kami juga mendengar kumpulan lain untuk

membentang sistem pertandingan mereka seperti liga kumpulan, liga perseorangan, separuh liga dan kalah mati kumpulan. Melalui tugasan ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi gerko sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan tentang pengelola pertandingan semasa di sekolah nanti. Secara tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Setelah selesai pembentangan pengelolaan pertandingan, terdapat satu lagi tugasan menanti kami iaitu melaksanakan satu simulasi latihan kemahiran asas. Kumpulan kami telah diberikan dengan mengajar simulasi tentang pengenalan ping pong. Tujuan kami mengajar pengenalan ping pong adalah menarik minat murid-murid kepada ping pong. Oleh itu, kami telah berfikir banyak kemahiran asas dan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing kita. Beliau telah memberi idea untuk merangsang kami dalam mencipta kemahiran asas kepada murid. Akhirnya, kami memilih 3 kemahiran yang sesuai diajar dalam sekolah rendah. Semasa kami melaksanakan simulasi kami, terdapat beberapa orang pelajar tidak dapat menguasai kemahiran. Oleh itu,kami menunjukkan cara yang betul kepada mereka dan akhirnya kami berjaya melakukan simulasi pengenalan ping pong. Dalam pembentangan rakan seterusnya, mereka telah mengajar kami beberapa kemahiran asas seperti servis, menghadang, smashing dan candas. Sebelum ini, saya telah mempelajari kemahiran asas semasa di sekolah rendah, oleh itu, kemahiran yang diajar oleh rakan dapat saya lakukan dengan baik. Kesimpulannya,melalui tugasan kerja kursus pendek ini,banyak ilmu yang sayaperolehi secara formal dan secara tidak formal yang sememangnya ilmu yang sangat penting kepada saya untuk saya amalkan dan manfaatkan di masa hadapan.selain itu,kami secara tidak langsung dapat merasai kesusahan dan pengorbanan yang dilkukan sebelum kami bergelar sebagai tenaga pengajar di

sekolah nanti. Disamping itu, tugasan ini menjadikan saya seorang guru pelatih yang lebih berilmu dan lebih berpengetahuan. Sekian terima kasih.

You might also like