You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN

36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2011
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 13 Januari 2010
: Khamis
: 1.30 petang
: Bilik Gerakan SK Sungai Durian

Kehadiran :
1. En. Dawam Bin Arshad
2. En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak
3. En. Azli Bin Abdul Kadir
4. En. Mohamad Munazir Bin Muhamad
5. En. Mohamad Khairuddin Bin Ahmad Shuhaili
6. En. Mohd Khairul sukri Bin Che Omar
Turut Hadir :
1. Pn. Nor Asiah Bt Hj. Ahmad

Penasihat
Pengerusi
Setiausaha

Guru Besar

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1.
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan memulakan bacaan ummul kitab
Al-Fatihah.
1.2.
Pengerusi juga merakamkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada guru
besar yang baharu.
1.2.
Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.

AGENDA 2 : UCAPAN TUAN PENASIHAT


2.1.
Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih dan mengucapkan tahniah di atas
kejayaan 100% UPSR 2010 dalam Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu
Penulisan.

2.2.
Penasihat berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran
ini dan mengekalkan prestasi lulus tersebut.
2.3.
Penasihat berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata putus
yang sewajarnya.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
PANITIA KALI KEEMPAT 2010
3.1.

Pengerusi menjemput setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


Cadangan
Sokongan

: Muhamad Munazir Bin Mohamad


: Mohamad Khairuddin Bin Ahmad Shuhaili

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


Tiada
AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM
5.1.
Pengerusi menjelaskan pada tahun 2011, dasar Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Pengerusi
meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua
dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk.
5.2.
Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti
PROTIM, LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.
AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN
6.1.
Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada.
6.2.
Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
6.3.
Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1.
Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun ini
disediakan dalam bentuk fail. Semua guru telah dibekalkan dengan fail dan beberapa isi
kandung fail telah dikepilkan.
7.2.
Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
7.3.
Pengerusi menjelaskan bahawa penulisan BPM hendaklah ditulis dengan
menggunakan format yang sedia ada.
AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK
8.1.
Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
8.2.
Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan
mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
8.3.

Semua urusan tempahan akan diuruskan oleh pihak pembantu tadbir.

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID


9.1.
Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap
minggu.
9.2.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
9.3.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi kekerapan latihan murid seperti
yang berikut : Pemahaman (5 kali), penulisan (3 kali), tatabahasa (3kali), PKJR (2kali).
Pengerusi juga menjelaskan lagi bahawa kekerapan latihan yang disenaraikan hanyalah
cadangan dan kekerapan tersebut diserahkan kepada guru berkenaan.

AGENDA 10 : PEPERIKSAAN DALAMAN DAN AWAM

10.1. Pengerusi menjelaskan bahawa semua peperiksaan akan diuruskan oleh pihak
Majlis Guru Besar (MGB) termasuk ujian bulanan.
10.2.

Semua soalan dan skema jawapan akan disediakan oleh pihak MGB.

AGENDA 11 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


11.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut tahap murid.
11.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan
disediakan untuk tujuan P&P.
11.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi
menarik minat murid.
AGENDA 12 : HAL-HAL LAIN
12.1. Pengerusi memberitahu bahawa panitia bahasa Melayu telah mempunyai laman
blognya sendiri iaitu http://pbmsksd.blogspot.com.
12.2. Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan sedikit sumbang saran untuk
dimuatkan dalam laman blog tersebut.
12.3. Semua sumbang saran boleh diberikan kepada pengerusi sendiri untuk di muat
naik dalam laman blog tersebut.

AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN

9.1.
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa
Melayu.
9.2.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

AZLI BIN ABD KADIR


Setiausaha

DAWAM BIN ARSHAD


Penasihat

You might also like