You are on page 1of 5

Kes : KECEMERLANGAN YANG MEROSOT

Shila ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang anak perempuan tunggal kepada sebuah keluarga yang agak berada. Mereka sekeluaraga tinggal di salah sebuah kawasan perumahan yang berdekatan dengan Bandar raya. Sejak kecil lagi, beliau mendapat didikan penuh kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya. Shila adalah seorang yang agak pendiam dan sangat berdikari. Walaupun bagaimanapun, sikap pendiam membuatkan beliau kurang bersosial dan berkawan. Beliau kurang tertarik untuk menyertai sebarang aktiviti di sekolah kerana tidak mendapat galakan dan izin daripada ibu bapa. Kebanyakan waktu seharian beliau hanya dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran. Hasil daripada itu, pencapaian akademik beliau sangat baik, iaitu pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Sejak akhir-akhir ini, Shila didapati selalu ponteng sekolah. Dalam seminggu, beliau kadangkala hanya hadir dua atau tiga hari sahaja ke sekolah. Guru disiplin pernah berulang kali terjumpa beliau sedang barada di kedai permainan video pada waktu persekolahan. Prestasi beliau mula menurun. Setelah beberapa kali didenda dan dihukum, barulah klien menceritakan masalahnya kepada guru disiplin. Kes ini kemudiannya dijadikan sebagai suatu kes yang perlu dirujuk kepada kaunselor sekolah.

PROSES KAUNSELING Sesi permulaan dalam membina hubungan dan penstrukturan dijalankan menggunakan Teori Pemusatan klian. Kaunselor : Selamat datang ke bilik bimbingan dan Kaunseling. Selamat pagi Shila. Silakan duduk Shila. Ada apa yang boleh cikgu bantu Shila. Klien Kaunselor Klien Kaunselor Kaunselor : Selamat pagi cikgu. : apa khabar? : ( tidak menjawab dan hanya menunduk kepada ke bawah ) : Sekarang shila cuba dengar muzik. : Shila....! Sekarang Shila berasa ok..Boleh kita memulakan sesi Kaunseling? Klien Kaunselor Kaunselor : Boleh cikgu. : Shila tunggu. Biar cikgu berhentikan muzik. : Kenapa Shila kelihatan sangat sedih. Boleh saya tahu apa yang mengganggu fikiran anda? cuba ceritakan apa yang telah berlaku pada diri anda. Shila ingat sesi kaunseling individu ini adalah rahsiah antara cikgu dengan Shila. Jadi, Shila boleh berkongsi apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Shila. Klien : ( Mendiamkan diri, tidak memandang dan tidak menjawab soalan kaunselor. ( Tidak memandang kaunselor) Usah ambil tahu dan penduli. Tidak ada orang yang mengambil berat tentang saya.Shila keseorangan cikgu, Shila benci kawan-kawan Shila. Shila tak nak datang ke sekolah. ( Klien nangis)

Kaunselor

: ( Kaunselor memberi kertas tisu kepada klien) Shila jangan nangis. Cuba tenangkan fikiran dulu,Shila makan gula-gula.

Klien Kaunselor

: Terima kasih cikgu. : Kenapa Shila kelihatan sangat sedih. Boleh saya tahu apa yang mengganggu fikiran anda? cuba ceritakan apa yang telah berlaku pada diri anda. Shila ingat sesi kaunseling individu ini adalah rahsiah antara cikgu dengan Shila. Jadi, Shika boleh berkongsi apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Shila.

Klien

: ( Mendiamkan diri, tidak tidak memandang dan tidak menjawab soalan kaunselor. Hanya mengangkat bahu)

Kaunselor

: Saya ingin tahu apa maksud Shila. Kenapa Shila mengangkat bahu tanpa berkata-kata.?

Klien

: ( Mendiamkan diri, tidak memandang dan tidak menjawab soalan kaunselor. Usah ambil berat tentang Shila. Shila tahu tidak ada orang yang mengambil berat tentang saya.

Kaunselor

: Shila...! Shila tidak patut cakap seperti ini. Di rumah Shila ada ibu bapa Shila. Di sekolah ada guru-guru dan juga saya sebagai guru kaunseling. Jika Shila menghadapi apa-apa masalah, Shila boleh rujuk saya.

Klien

: ( Memandang kaunselor seketika namun kembali menundukkkan kepala selepas itu). bukan kehendak saya untuk datang kesini. Shila tidak suka datang ke sini. Kenapa tidak membiarkan saya seorang diri sahaja? (Klien menjawab dengan nada suara yang rendah dan menunjukkan perasaan tidak suka ditanya atau diambil berat)

Kaunselor

: Saya tahu Shila tidak mahu datang ke sini. Shila mahu semua orang membiarkan kes ini dan lupakan Shila, Shila jangan fikir seperti itu. Shila adalah murid sekolah ini dan anak kepada kami semua. Jadi kami akan mengambil berat tentang Shila. Saya tahu, Shila keseorangan. Shila tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan semua.Memang bukan semua orang baik hati dan boleh menunjukkan cara ambil berat yang betul.

Klien

: Tidak gunanya cikgu mengambil berat tentang saya. Tidak ada orang yang mengambil berat tentang saya pun.

Kaunselor

: Shila rasa tersisih kerana tidak ada orang yang mengambil berat tentang Shila? Shila percaya keadaan akan kembali sempurna jika ada seseorang di dunia ini yang mengambil berat tentang Shila?

Klien

: ( Mula mengangkat kepala dan memandang kaunselor ) Saya tidak mempunyai kawan. Semua orang benci pada saya. Mereka tidak mahu berkawan dengan Shila.

Kaunselor

: Shila merasa sunyi dan terharap mempunyai kawan di sa mping Shila. Sebenarnya Shila mempunyai pemikiran yang tidak rasional. Sebelum Shila datang ke sini, saya telah mengumpul tentang Shila. Shila selalu keseorangan dalam bilik darjah dan tidak bergaul dengan rakan sekelas Shila. Jika Shila tidak bercakap dan bergaul dengan kawan, adakah Shila akan dapat kawan baik?

Klien

: ( Air mata mula mengalir keluar daripada mata klien, keadaan menjadi sunyi seketika )

Kaunselor

: Keseorang memang merupakan perasaan yang tidak selesa.

Klien

: ( Memandang kaunselor) Semua orang hanya tahu ketawakan dan mengumpat saya dari belakang.

Kaunselor

: Sebab itulah Shila membuat anggapan negatif terhadap diri sendiri. Apa yang Shila inginkan adalah seorang yang dapat memahami, membantu dan menerima diri Shila tanpa menilai atau menghampakan bukan?

Klien

: (Memandang kaunselor) Mereka hanya tahu mengetawakan saya, membuli saya yang saya ni ulat buku, sombong, tidak bergaul dengan mereka dan membuatkan saya sakit hati. Saya tidak suka datang ke sekolah kerana saya benci duduk dalam kelas.

Kaunselor

: Jadi, boleh dikatakan Shila marah disebabkan selalu dibuli dan di permainkan oleh rakan-rakan sekelas. Shila juga tidak berpuas hati dengan tindakan mereka. Sebenarnya, cikgu juga berasa sangat marah apabila mengetahui Shilia dilayan dan dipermainkan sedemikian rupa. Kalau begitu, mari kita sama-sama mencari alternatif. Kita cari langkah untuk mengatasi masalah ini dan mengubah anggapan orang lain supaya dapat berkomunikasi serta dapat berbaik-baik semula dengan Shila.

Klien Kaunselor

: Shila balik kelas dulu cikgu. Terima kasih Cikgu. : Baik Shila. Shila tenangkan fikiran Shila.Kita akan jumpa pada sesi akan datang.

You might also like