You are on page 1of 2

PERATURAN PERTANDINGAN 1. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta sahaja. 2. Keputusan hakim adalah muktamad. 3.

Pemakaian seragam dan kemas bagi setiap kumpulan. 4. Pemain tidak boleh menyentuh bahagian-bahagian sensitif pemain yang lain. 5. Kedua-dua pasukan tidak boleh melebihi kawasan gelanggang permainan. 6. Pasukan pertahanan tidak boleh memutuskan barisan pertahanan, jika terputus, salah seorang ahli akan dikira mati. 7. Pasukan penyerang akan menyerang secara bergilir-gilir. 8. Penyerang perlu melaungkan kabaddi sepanjang tempoh menyerang di zon serangan. Jika tidak berbuat demikian, pemain dikira batal. 9. Kumpulan pertahanan dikira mati jika ke luar dari kawasan serangan.

CARA BERMAIN 1. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi secara lambung syiling bagi menentukan siapa yang akan bertindak sebagai kumpulan

pertahanan dan siapa yang bertindak sebagai kumpulan penyerang. 2. Selepas penentuan, kumpulan pertahanan akan berada di zon serangan (kawasan yang bertanda merah) dan membentuk satu benteng

pertahanan dengan berpegangan antara satu sama lain. 3. Kumpulan penyerang akan berkumpul di zon persediaan (kawasan yang bertanda hijau). 4. Kumpulan penyerang akan menyerang secara bergilir-gilir. 5. Penyerang perlu menyentuh salah seorang pemain pertahanan sebelum berpatah balik ke zon persediaan bagi mendapatkan mata. 6. Pasukan pertahanan perlu menangkap penyerang bagi mendapatkan mata. 7. Penyerang perlu melaungkan kabaddi sepanjang tempoh menyerang di zon serangan. Jika tidak berbuat demikian, pemain dikira batal. 8. Penyerang yang berjaya ditangkap oleh kumpulan pertahanan, akan dikira mati manakala ahli kumpulan pertahanan yang berjaya disentuh oleh penyerang akan dikira mati. ( ahli penyerang ni nak dikira mati atau nak dikira dy automatik jd geng pertahanan? ) 9. Permainan diteruskan dengan menukar posisi kumpulan. Kumpulan pertahanan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan sebaliknya. 10. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit. 5 minit pertama dan 5 minit kedua. Rehat selama 3 minit sebelum pertukaran posisi kumpulan.

You might also like