Edu 3106 Budaya Dan Pembelajaran Utk Mengeratkan Perpaduan

You might also like

You are on page 1of 20

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

CINDY MINA AJUN DIVYAHSHNI A/P MIGARAJ NOR AIN MAT DIN

PENGENALA N
Perpaduan rakyat merupakan teras pembangunan serta kemajuan sesuatu Negara. Perpaduan adalah penyatuan rakyat yang berbilang bangsa, agama, kaum dan kepercayaan dalam sesebuah komuniti, masyarakat atau Negara. Menurut Tan Sri Lee Lam Thyee dalam petikan surat bertajuk Rukun Negara Teras Perpaduan yang diutuskan kepada Berita Harian bertarikh 1 September 2010, Perpaduan perlu bermula dari setiap individu. Jika ada perpaduan dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perilaku terhadap orang lain.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN

SENAM 1 MALAYSIA
murid-murid membuat pergerakan asas tarian sesuatu kaum. Aktiviti ini bukan saja dapat membantu murid-murid untuk kekal cergas, malahan membantu murid berasa seronok dan gembira semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di samping menarik minat murid untuk belajar dan menumpukan perhatian terhadap guru. Murid-murid juga dapat mempelajari pergerakan asas tarian sesebuah kaum lain di samping mengenalpasti jenis muzik kebudayaan. Guru juga boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru memberikan arahan kepada murid untuk membuat pergerakan asas tarian kaum lain yang pernah mereka lihat atau tonton di televisyen.

Aktiviti seperti ini dapat memupuk perasaan ingin tahu yang mendalam serta perasaan hormat mereka terhadap budaya kaum lain di samping membina semangat kerjasama dan sikap tolong-menolong. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa murid berbangsa India di sesebuah sekolah yang majoritinya murid berbangsa Melayu membantu rakan-rakan mereka mempelajari pergerakan asas tarian India semasa melakukan senaman 1Malaysia.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Lawatan sambil belajar merupakan satu kaedah pembelajaran dan proses pengajaran yang sangat baik untuk para pelajar mengenali budaya, adat resam, dan beberapa proses pembelajaran yang tidak dapat dijalankan secara teori di dalam kelas sahaja. Guru sebaik-baiknya memberikan pendedahan kepada mereka. justeru tepat sekali saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,(Berita harian) supaya sekolah dan guru lebih kreatif dalam menyusun kegiatan di dalam mahupun di luar bilik darjah yang mampu memupuk perpaduan pada peringkat awal. memainkan peranan ke arah memupuk perpaduan dengan syarat pelaksanaannya dipantau guru berkelayakan bagi menyokong pembabitan tenaga pengajar atau pemudah cara yang mewakili persatuan induk dari luar. Lawatan luar daerah, perkhemahan, ekspedisi dan kegiatan berteraskan kebajikan juga boleh dijadikan rutin merapatkan hubungan setia kawan mahupun kerja sepasukan dalam kalangan pelajar. Semua kesan dan pengalaman ini akan meningkatkan kesuburan semangat perpaduan sehingga mereka komited untuk terus menikmati keakraban hubungan itu apabila meninggalkan alam persekolahan.

Dengan tempoh persekolahan peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun, masa yang sebegini lama sewajarnya sudah memadai melahirkan anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan matang terhadap kepentingan perpaduan. Lawatan luar bertujuan untuk mengeratkan silahturahim antara murid-murid dengan rakan sekelasnya dan di samping itu, mereka dapat mengenali cara hidup kaum lain.

JAMUAN MAKAN BESAR


Program ini lebih kurang sama dengan majlis rumah terbuka yang dianjurkan di pelbagai tempat untuk pelbagai perayaan masing-masing. Makan Besar sebenarnya diraikan oleh kaum cina. Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. boleh dijadikan sebagai satu program yang dapat digunakan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat.( Antara Guru, ibu bapa, dan juga murid-murid di sekolah) . Program ini boleh dilaksanakan semasa perayaan dan majlis-majlis kebesaran. Majlis ini boleh dilaksanakan oleh masyarakat secara berkerjasama. Agenda yang boleh dilaksanakan ialah persembahan tradisional, drama perpaduan, peragaan pakaian tradisional, permainan tradisional, makanan yang disediakan juga perlu daripada makanan tradisional pelbagai kaum dan sebagainya. Semua persembahan yang dilakukan haruslah digabungkan dengan semua kaum supaya perpaduan dapat dilihat dengan lebih jelas. Murid juga akan mengenali budaya kaum lain dengan lebih mendalam lagi. Ini secara tidak langsung akan menjurus kepada perpaduan dalam kalangan komuniti sekolah. faedah: membuat makan besar adalah dapat mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan bersungguh-sungguh. Akibat pembangunan di negara kita masyarakat kurang berkomunikasi antara satu sama lain dalam kesibukkan mencari kewangan. Tetapi majlis makan besar seperti ini menyumbang masyarakat makan juadah mereka bersama-sama dan majlis seperti dapat membantu komuniti untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Semasa waktu menikmati juadah komuniti tidak harus duduk dalam kolompok masing-masing dan tidak harus juga bergaul dengan orang yang sama taraf dengan orang tersebut.

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN

TAYANGAN VIDEO BERSEJARAH


aktiviti tayangan video sejarah kemerdekaan Negara. Melalui aktiviti ini, guru sangat memainkan peranan penting sebagai pelakon dan pencerita yang benar-benar menghayati watak mereka. Dengan cara ini barulah murid-murid dapat merasai keperitan dan kepayahan pejuang-pejuang Negara kita demi menjulang kemerdekaan. Melalui video tersebut, murid-murid akan dapat melihat bahawa betapa pentingnya semangat kerjasama dan perpaduan dalam mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya akan timbul satu kesedaran dalam diri murid-murid untuk mengekalkan keamanan Negara melalui semangat cintakan Negara dan cintakan perpaduan antara kaum di Malaysia.

PERMAINAN BAHASA

Malaysia terkenal sebagai negara yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk dan mempunyai pelbagai loghat, bahasa dan etnik. Untuk sekolah rendah, amat penting untuk kita mengeratkan perpaduan di kalangan murid Permainan bahasa dalam sebuah karya sastera adalah suatu elemen yang mempunyai peranan penting dalam menghidupkan cerita yang terkandung dalam sebuah karya sastera .Di dalam novel karya Donny Dhirgantoro yang berjudul 5 ' Dengan membaca kau boleh berkeliling dunia ' . Seperti yang kita sedia maklum, ilmu boleh ditambah berdasarkan apa yang kita baca dan dengan cara permainan bahasa, kita juga boleh mempratikkan ilmu tersebut terbentuk menjadi pengalaman. Di samping itu, guru boleh mengetahui tahap kecerdasan dan minat membaca murid-muridnya. Untuk perkembangan kanak-kanak, ianya amat bersesuaian kerana dalam masa umur mereka, kerana mereka masih senang untuk menerima dan belajar tentang sesuatu yang baru. Pendapat ini disokong pula oleh Teori Behaviorisme yang beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.

KAEDAH SIMULASI
kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Contohnya, dalam matapelajaran Pendidikan Moral guru dapat menggunakan aktiviti simulasi. Iaitu sekiranya guru ingin mengajar tentang nilai kebenaran, guru boleh meminta murid untuk melakonkan sesuatu adegen yang menunjukkan nilai kebenaran tersebut. Dengan ini, kaedah simulasi menggalakkan interaksi di antara murid-murid dan melalui interaksi tersebut, maka wujudlah perpaduan dan kerjasama antara murid pelbagai etnik. Selain itu, kaedah simulasi juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.

PERMASALAHAN YANG BAKAL TIMBUL JIKA PERPADUAN TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK
kemerosotan dalam industri pelancongan. Sekiranya keharmonian negara terjejas, pelancong berasa takut untuk melancong di Malaysia akibat keselamatan mereka mungkin terancam.

Rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama.
Ianya akan menggangu sistem perpaduan di Negara kita. Kita tidak mahu keadaan seperti peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 berlaku semula di dalam Malaysia. Komunikasi adalah suatu proses ketika seseorang atau kelompok masyarakat menggunakan informasi agar terhubung dengan lingkungannya. Sekiranya isu perpaduan tidak ditangani dengan baik, maka akan timbul masalah seperti masalah komunikasi. Masalah ini akan timbul sekiranya setiap kaum tidak bersatu padu dan mengambil kata sepakat untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kebangsaan Negara yang dituturkan oleh setiap kaum tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

PELAN KELAS

PELAN KELAS NOR AIN BINTI MAT DIN

PELAN KELAS CINDY MINA AJUN

PELAN KELAS DIVYAHSHNI MIGARAJ

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like