You are on page 1of 19

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu pemangkin ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih yang menuntut di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Program BIG dilaksanakan selama enam semester dan pelbagai aktiviti perlu dijalankan bagi setiap BIG yang telah dirancang. Program Bina Insan Guru (BIG) dirancang dan berasional untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001 di bawah komponen Dinamika Guru. Program ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan-insan guru yang berpaksikan kepada prinsip rukun negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara bangsa.

Objektif yang boleh didapati selepas guru-guru pelatih mengikuti program BIG adalah seperti menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Selain itu, guru pelatih dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal . Malah program ini juga memupuk kepada mewujudkan perpaduan dalam kalangan penghuni masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Di samping itu juga, para guru pelatih dapat memperkembangkan potensi diri sebagai insan dan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

RASIONAL BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) dirancang untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001 di bawah komponen Dinamika Guru. Program ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan-insan guru yang berpaksikan kepada prinsip rukunegara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara bangsa.

OBJEKTIF BINA INSAN GURU

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru pelatih akan dapat : Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat

bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Meningkatkan kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. Memperkembangkan potensi diri sebagai insan dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

LAPORAN REFLEKTIF

HARI 1 : 16 Februari 2012

Pada 16 Februari 2012, seawal jam 7 pagi, semua pelajar yang menyertai program Bina Insan Guru (BIG) siri 2 ke Pulau Pangkor, berkumpul di hadapan pondok pengawal Institut Perguruan Teknik. Dua buah bas telah digunakan untuk menampung sejumlah 81 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan kursus Reka Bentuk Teknologi dan Matematik. Semua peserta mula menaiki bas pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dari Kuala Lumpur ke Jeti Lumut, Perak.

Setibanya kami di Jeti Lumut pada pukul 2.30 petang, kami diminta berkumpul dan setiap peserta diberikan tiket pergi-balik untuk menaiki bot ke Pulau Pangkor yang dijadualkan bergerak pada pukul 3.00 petang. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa lebih kurang 1 jam. Setelah tiba di jeti, van berwarna merah jambu telah sedia menanti untuk membawa kami ke Kem Ceria Bogak di Pasir Bogak yang hanya 10 minit perjalanan dari jeti. Setelah tiba ke destinasi, kami diberi sedikit taklimat oleh Kem Komanden, Tuan Haji Muaaz bin Muhammad, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Teknik. Kami amat bertuah kerana tidak perlu mendirikan khemah, hal ini kerana khemah-khemah tersebut sudah didirikan oleh para peserta BIG siri 1. Oleh yang demikian,kami mempunyai masa yang panjang untuk berehat setelah hampir 5 jam perjalanan ke Kem Ceria Bogak.

Pada jam 5 petang kami diarahkan untuk bersiap sedia untuk menjalani aktiviti kami yang pertama iaitu water confident. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, masing-masing dibawah seliaan jurulatih yang telah dilantik. Para peserta terlebih dahulu diberikan life jacket (jaket keselamatan) untuk dipakai di dalam laut bagi tujuan keselamatan. Aktiviti tersebut sangat memberi kesan kepada semua peserta kerana terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai keberanian untuk berada di dalam air yang dalam untuk masa yang lama. Aktiviti tersebut telah

menambahkan keyakinan peserta untuk mengawal diri dengan tenang di dalam air dan kami diajar cara-cara untuk menangani situasi-situasi cemas sekiranya berlaku kemalangan di dalam air ditambah pula dengan bantuan jaket keselamatan. Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 6 petang dan peserta diberi masa untuk berehat dan mengemas diri.

Pada malam itu, semua pelajar islam solat jamak bersama-sama, diikuti dengan tazkirah maghrib manakala pelajar bukan islam menghadiri ceramah moral yang disampaikan oleh pensyarah yang bertugas dan kemudiannya dijamu dengan makan malam yang disediakan oleh AJK makanan. Pada tepat pukul 9 malam, semua peserta telah berkumpul di dewan terbuka bagi aktiviti LDK (1) ICE BREAKING. Puan Jumiah binti Mustapa merupakan jurulatih LDK sepanjang program BIG berjalan. Pada LDK yang pertama, kami membentuk 3 buah kumpulan yang terdiri dalam lingkungan 20 orang dan satu kumpulan terdiri sebanyak 21 orang pelajar bagi setiap kumpulan dan setiap kumpulan diwajibkan mempunyai peserta dari kursus RBT 1, RBT 2, MT 1 dan MT 2 serta mempunyai ahli yang berbilang bangsa bagi memupuk semangat setiakawan dan perpaduan selain memberi peluang bagi pelajar RBT untuk bergaul mesra dengan pelajar jurusan MT yang sebelum ini agak asing bagi kami. Setelah 4 buah kumpulan baru dibentuk, seperti biasa kami diminta untuk mencipta nama kumpulan masing-masing, mencipta logo,misi dan visi dan moto kumpulan untuk menyemarakkan persaingan sihat antara kami. 4 buah kumpulan tersebut ialah Thunder Guru, D.B.M, Lagenda dan Infinity. Semua kumpulan mempunyai maksud nama yang tersendiri, dan saya merupakan ahli Thunder Guru yang sangat mantap. Aktiviti LDK 1 berakhir pada tepat jam 11 malam dan pelajar bersurai untuk berehat dan tidur. Kumpulan bertugas malam iaitu sentri telah dilantik oleh hasil penghulu bagi menjaga ketenteraman di kawasan perkhemahan. Mereka bergilir-gilir menjaga selama satu jam bagi setiap khemah yang telah diatur mengikut susunan yang telah diberikan.

Hari 2 : 17 Februari 2012

Pada hari kedua iaitu bersamaan 17 Februari 2012, pada pukul 5.30 pagi semua pelajar islam dikejutkan untuk bersiap bagi menunaikan Qiamulail dan solat Subuh yang telah diimamkan dan diikuti dengan kuliah subuh oleh Ustaz Haji Tumon bin Moromo. Bagi pelajar bukan Islam pula, sesi moral telah dijalankan oleh Ustaz Ilias bin Embong. Selepas selesai, para peserta dibenarkan menyiapkan diri dan pada pukul 7 pagi, semua peserta berkumpul di tanah lapang untuk senaman pagi sebelum bersarapan. Selepas selesai bersarapan, kumpulan-kumpulan bersiap sedia mengikut aktiviti

masing-masing seperti yang diarahkan. Kumpulan 1 (Thunder Guru) dan Kumpulan 2 (Lagenda) akan menjalani aktiviti Kembara (jungle trekking) manakala kumpulan 3 (D.B.M) dan Kumpulan 4 (Infinity) menjalankan aktiviti Berkayak. Dalam aktiviti kembara, semua pelajar yang pergi kembara berkumpul di hadapan tempat rehat pensyarah untuk sesi taklimat bersama pada pukul 8.00 pagi. Taklimat ini berkaitan dengan peta perjalanan kembara. Tiap kumpulan menghantar wakil untuk diajar cara menggunakan kompas dengan betul sebagai langkah berjaga-jaga jika sesat dan cara mengikat tali dengan betul turut diterangkan. Kami diperkenalkan dengan ikatan tindih kasih dan ikatan pencuri oleh En Abdul Aziz yang sangat berpengalaman dalam aktiviti ini. Aspek keselamatan sangat dititikberatkan. Disamping itu, tiap kumpulan diberi tugasan sepanjang perjalanan kembara iaitu menentukan kordinat setiap check point yang akan dilalui,melukis peta dan mencatat lima jenis serangga dan lima jenis tumbuhan yang kami jumpai semasa menjalankan aktiviti kembara. Daripada 2 kumpulan, para peserta dipecahkan lagi kepada 4 kumpulan untuk memudahkan pergerakan berkumpulan memandangkan trek yang bakal kami lalui adalah laluan berbukit dan sangat curam. Dengan memisahkan peserta kepada kumpulan yang lebih kecil dilihat sebagai tindakan yang sangat bijak daripada jurulatih. Saya bertindak

menjadi ketua arah untuk kumpulan saya, bertindak sebagai orang hadapan dalam barisan dan bertanggungjawab untuk membantu dan menjaga keselamatan rakan di belakang. Selepas selesai bacaan doa daripada Mohd Hazwan bin Zulkifle, pengembaraan bermula. Setiap kumpulan diiringi oleh jurulatih atau fasilitator masing-

masing. Sepanjang perjalanan, para pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar, mengambil gambar flora dan fauna sambil mengenali alam.

Di akhir pengembaraan, para peserta berkumpul di sebuah kawasan lapang dan para jurulatih mula memberikan sedikit taklimat. Sesi refleksi juga dijalankan untuk berkongsi pengalaman masing-masing memandangkan itu adalah kali pertama bagi sesetengah peserta menjalani aktiviti jungle trekking. Selepas itu, kami diminta untuk mengumpulkan bahan-bahan semula jadi yang dijumpai di sepanjang jalan untuk dijadikan kraftangan. Kreativiti para guru pelatih sangat terserlah kerana masing-masing berjaya menghasilkan pelbagai jenis kraftangan pelbagai bentuk dan fungsi. Tepat jam 12.30 pagi, sesi di tamatkan dan para peserta kembara memulakan perjalanan pulang kembali ke tapak perkhemahan untuk berehat. Bagi peserta kayak, mereka berjaya sampai ke pantai pada jam 1 petang, lewat satu jam daripada jadual yang ditetapkan. Namun masing-masing berfikiran positif dan semuanya menghayati aktiviti yang dilakukan pada hari itu.

Sesi LDK 2 bermula, pengisian aktiviti tersebut adalah forum yang bertajuk Martabat Guru. Sesi ini sangat membuka mata peserta mengenai martabat guru dan betapa mulianya profesion sebagai seorang guru yang membanting tulang mendidik anak bangsa. Pada pukul 5 petang, semua pelajar dibenarkan rehat, ada yang membuat latihan persembahan, rehat, membersihkan diri dan juga menyediakan makan malam. Seperti biasa pada waktu solat maghrib tiba semua pelajar islam melaksanakan solat jamak dan tazkirah ringkas diadakan oleh Ustaz Haji Tumon manakala Ustaz Ilias menyampaikan ceramah Moral kepada para pelajar bukan islam. Pada pukul 9 malam semua peserta sudah bersedia untuk mengikuti sesi LDK 3 dijalankan dan dikendalikan oleh Puan Jumiah. Aktiviti LDK 3 pula mengenai dengan ujian personaliti. Semua

pelajar diberi soalan dan pada akhir sesi diberi jawapan berkaitan dengan jawapan dalam ujian itu. Aktiviti selesai lebih kurang pukul 11 malam. Selepas itu, ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk membuat latihan persembahan dan ada juga ditugaskan membersihkan tempat makan. Semua pelajar dijangka tidur pada pukul 1 pagi dan aktiviti berjaga malam masih berjalan seperti biasa.

Hari 3 : 18 Februari 2012.

Pada hari ketiga pula, Solat subuh dijalankan seperti biasa, sarapan dan juga senaman pagi. Selepas itu, semua pelajar bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya, bagi Kumpulan 3 (D.B.M) dan Kumpulan 4 (Infinity) akan pergi ke aktiviti kembara manakala kumpulan 1 (Thunder Guru) dan Kumpulan 2 (Lagenda) pula pergi berkayak. Untuk aktiviti kayak, Taklimat ringkas telah dijalankan oleh En. Faizal bin Karim mengenai pengenalan kepada komponen-komponen penting kayak, pedal dan juga cara-cara berkayak dengan betul. Pelantikan Leader dan Angker juga disertakan iaitu Abdul Hakim bin Yusuf sebagai Leader ketua kumpulan kayak yang akan menjadi panduan arah oleh semua pelajar dan juga Angker ataupun dikenali sebagai Sweaper iaitu saudara Fazirul Surioki yang akan memastikan semua pelajar berada dihadapan dan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar. Rafting juga telah diajar kepada semua pelajar iaitu menggabungkan semua kayak untuk tujuan pertahanan dan medan untuk berkumpul di tengah lautan. Peserta juga diberi masa untuk menjalankan aktiviti demo sebelum aktiviti sebenar dijalankan, untuk membiasakan diri berkayak di lautan yang berombak.

Ekspedisi bermula dari persisiran pantai Pasir Bogak menuju lebih kurang 500meter ke hadapan kemudian membuat Rafting, selepas itu semua pelaj ar diarahkan pergi ke persisiran pantai yang tidak didiami untuk berhenti rehat. Ekspedisi tersebut sangat mencabar kerana kami terpaksa berhadapan dengan ombak kuat yang menyebabkan kayak sukar dikayuh dan kemungkinan besar kayak akan terbalik adalah besar. Ekspedisi ke pantai yang tidak dikenali itu mengambil masa lebih satu jam. Semasa di berehat, sesi refleksi dilakukan yang diketuai Puan Noreha binti Sarkawi yang sangat petah berkata-kata dan memberikan kami semua semangat untuk berjuang. Beliau menyedarkan kami bahawa sekiranya kita berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan, kejayaan pasti akan tiba dengan syarat jangan sesekali menyerah kalah. Selepas sesi berehat dan refleksi tamat, kami kembali merentas lautan dan

berkayak di tengah-tengah lautan di bawah terik sinar mentari yang membakar kulit. Namun semangat kami tidak pernah luntur, kami meneruskan aktiviti dengan penuh bertenaga. Setelah beberapa jam membelah samudera, kami kembali ke pantai Kem Ceria Pasir Bogak dengan penuh kelegeaan. Selesai semua penyusunan kayak dan cooling down, sekali lagi sesi refleksi dilakukan. Tepat jam 3 petang, semua peserta dibenarkan balik ke tapak perkhemahan. Peserta yang terlibat dengan aktiviti Kembara juga kelihatan baru sampai ke tapak perkhemahan dengan kelesuan.

Aktiviti seterusnya ialah sesi LDK (4) , yang merupakan sesi perbahasan yang membawa tajuk Profesian Guru. Isu ini menjadi topik hangat dengan penyertaan wakil daripada setiap ahli kumpulan yang masing-masing merupakan jagoan perbahasan yang sangat handal berbicara berserta fakta-fakta kukuh yang sangat menarik. Kami semua amat kagum dengan kepetahan mereka, berserta penyusunan kata yang gramatis, amat mengujakan para pendengar. Yang mengantuk terus terjaga yang letih terus bertenaga. Aktiviti tamat pada pukul 5 petang untuk membuat persiapan malam persembahan. Semua kumpulan mengambil peranan masing-masing. Ada yang menyediakan makan malam, menyediakan pentas persembahan dan ada yang membuat latihan persembahan.

Selepas solat jamak bersama-sama disertai tazkirah seperti malam sebelumnya, pada pukul 8 malam, semua bersama-sama menjamu makan malam seperti biasa. Selepas makan, pelajar-pelajar dikehendaki bersiap sedia untuk membuat

persembahan. Kami berkumpul lebih awal untuk menyiapkan dewan dan memastikan aturcara berjalan dengan prestasi yang terbaik walaupun masa yang diberikan amat singkat. Keheningan malam persembahan tersebut dipecahkan dengan gelak tawa, suara-suara merdu dan kata-kata motivasi. Setiap kumpulan memberikan persembahan yang sangat mantap. Kumpulan D.B.M merupakan kumpulan yang paling menyerlah, melakonkan drama martabat guru yang merupakan kesinambungan daripada tajuk forum yang dibincangkan pada hari kedua. Selepas persembahan tamat, sesi

penyampaian hadiah dilangsungkan. Disebabkan kesemua kumpulan sama kuat dan sama hebat, masing-masing membawa menjuarai setiap satu pertandingan yang dianjurkan. Majlis tamat pada pukul 11 malam, dan peserta bersurai. Memandangkan malam tersebut merupakan malam terakhir di Pulau Pangkor, kelihatan ramai yang tidak tidur, mungkin disebabkan terlalu sayang untuk meninggalkan pulau itu pada keesokan harinya. Pada malam terakhir itu juga, hujan turun dan peserta terpaksa tidur dalam keadaan khemah yang basah dan baju-baju di ampaian terbang ditiup angin.

Hari 4 : 16 Februari 2012

Pada seawal jam 5.00 pagi, pelajar Islam dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh. Diketuai oleh Mohd Hazwan daripada MT 1, kami menunaikan solat Subuh diikuti dengan tazkirah selepas menunaikan solat Subuh.

Pada pukul 7 pagi, aktiviti senaman pagi dijalankan seperti biasa, dan diikuti dengan sarapan pagi. Para peserta ditugaskan untuk bersiap dan mengemaskan semua barang-barang untuk dibawa pulang ke kampus. Sesi penutup diisi dengan sesi refleksi secara keseluruhan yang dijalankan pada pukul 9.00 pagi bersama semua fasilitator dan mentor sebelum majlis dimulakan. Peserta diminta menilai kembali nilainilai yang didapati di sepanjang perjalan kem BIG berlangsung. Selesai sahaja majlis penutupan, maka berakhirlah program BIG siri 2. Semua pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan berada di Pulau pangkor.

Pelajar-pelajar diberi tugasan terakhir mengikut kumpulan iaitu gotong-royong. Kumpulan 2 membersihkan kawasan khemah, kumpulan 1 mengemas dan

menyediakan dewan serbaguna untuk majlis penutupan, kumpulan 3 membersihkan surau dan juga kumpulan 4 membersihkan tempat makan. Selesai gotong-royong, para peserta mula mendapatkan beg masing-masing untuk menunggu van untuk ke Jeti Lumut. Semua pelajar menaiki van sewa seperti biasa pergi ke Jeti Pulau Pangkor. Tiba di Jeti Lumut, kami diberi masa lebih kurang 1 jam untuk makan dan membeli-belah sebagai kenang-kenangan selama berada di Pulau Pangkor. Tepat jam 2.20 petang, bas tiba dan kami semua mula bergerak meninggalkan Lumut menuju ke Kuala Lumpur. Walaupun keletihan, keceriaan keceriaan jelas terpampang di wajah di setiap peserta hasil daripada kenangan yang dibawa dari Pulau Pangkor. Dalam perjalanan pulang, kami pulang dengan gembira dengan berbual-bual dan juga menyanyi. Kami semua tiba di IPGM Kampus Pendidikan Teknik pada jam 7 malam.

Laporan Kendiri
Rasa syukur saya panjatkan ke atas yang Maha Mencipta, dengan izin kudrat yang dianugerahi, Berjaya saya Mohd Syafiq bin Che Mansor menjalani program Bina Insan Guru (BIG) dengan sempurna. Pulau Pangkor merupakan destinasi buat kali pertama saya sebagai pelajar Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Perjalanan kali ini sungguh bermakna dan sangat berbeza kerana buat pertama kali kami daripda jurusan RBT berganding bahu bersama pelajar dari jurusan Matematik yang sebelum ini sangat jarang bersua muka. Peluang yang diberikan ini tidak saya sia-siakan untuk mengenali antara satu sama lain.

Daripada program ini, beribu manfaat yang saya dapat terutamanya dalam memupuk minat dalam profesion perguruan, yang telah membuka minda saya dan rakan-rakan mengenai kehebatan seorang guru. Berdasarkan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan, saya dapat mengenalpasti bakat-bakat terpendam daripada individu-individu yang langsung tidak disangkakan. Seperti contoh, dalam aktiviti perbahasan dan forum, saya sangat kagum melihat kepetahan rakan-rakan mengeluarkan hujah-hujah yang sangat matang dan kebolehan mereka berbahasa di hadapan orang ramai. Aktiviti ini sedikit sebanyak menambah keyakinan saya untuk berani menampilkan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai, selaras dengan kehendak seorang guru cemerlang.

Di samping itu, kerjasama dan semangat berpasukan adalah nilai yang dilihat dengan jelas sepanjang kem tersebut berlangsung. Melalui aktiviti kayak, saya diajar untuk berjaya, kita seharusnya menetapkan matlamat dan sekiranya usaha yang berterusan dapat dikekalkan, kejayaan pasti akan menjadi milik kita. Bagi saya, aktiviti berkayak menjadi aktiviti yang paling mencabar yang tidak akan saya lupakan. Walaupun mengalami kesukaran disebabkan masalah fizikal yang dialami, saya tetap meneruskan perjalanan hingga ke garisan penamat, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan Bagi saya, aktiviti berkayak menjadi aktiviti yang paling mencabar yang tidak akan saya lupakan. Walaupun mengalami kesukaran disebabkan masalah fizikal yang dialami,

saya tetap meneruskan perjalanan hingga ke garisan penamat, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Kem Bina Insan Guru ini juga memberi saya peluang untuk mendekatkan diri dengan Pencipta kita, dengan melakukan solat berjemaah pada setiap waktu, dan sesi tazkirah yang sangat menginsafkan. Sebelum ini saya jarang menghadirkan diri untuk menunaikan ibadah secara beramai-ramai, menghadiri majlis ilmu disebabkan kelalaian sendiri dan terlalu sibuk pada kerja dan urusan harian. Program ini sedikit sebanyak memberikan saya kesedaran spiritual dan rohani saya. Selain itu, terdapat peningkatan dalam diri saya dari segi pengurusan masa kerana di kem tersebut, ketepatan masa sangat dititikberatkan.

Apa yang saya harapkan adalah program seperti ini terus dianjurkan untuk melahirkan guru yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa tercinta. Semoga BIG terus memberi impak kepada guru pelatih selaras dengan visi dan misi BIG itu sendiri.

ANALISIS SWOT & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

AKTIVITI
1. Latihan Dalam Kumpulan Aktiviti ini berjaya mengembangkan potensi para peserta terutama dalam

menyediakan idea-idea yang kreatif. Ini terbukti apabila peserta mampu menyiapkan logo,lagu serta moto kumpulan dalam masa yang telah ditetapkan dengan baik. Aktiviti ini juga mampu membuka minda para peserta terutama apabila mendengar nasihat dan taklimat daripada para fasilitator.

Kekuatan

Aktiviti LDK ini dapat membina minda dan perkembangan pemikiran para pelajar dengan melahirkan idea-idea, cadangan dan pendapat dan bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Banyak bakat yang selama ini tersembunyi terserlah sewaktu aktiviti LDK dijalankan.

Kelemahan

Terdapat segelintir peserta yang tidak dapat menumpukan perhatian terutama ketika sesi petang akibat kepenatan dan keletihan kesan daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu pagi iaitu kayak ataupun kembara. Kelemahannya adalah aktiviti tersebut dilakukan pada waktu petang selepas aktiviti-aktiviti berat dilakukan. Walaupun masa rehat telah diberikan, masih ada segelintir pelajar yang kelihatan letih ketika aktiviti dijalankan. Ruang untuk pelajar berkumpul juga adalah agak sempit dan menyebabkan rasa tidak selesa untuk memberikan tumpuan.

Penambahbaikan

Disarankan agar aktiviti ini dilakukan pada di tempat yng lebih terbuka untuk memberikn keselesaan kepada peserta untuk tumpuan penuh lantas mencapai objektif utama BIG. Ini kerana para pelajar mendapat tenaga yang banyak untuk menjalankan aktiviti ini. Aktiviti seperti membuat tugasan dan membentangkan suatu perkara yang selalu dilakukan oleh para pelajar, jika terdapatnya permainan dalam aktiviti ini, mungkin lagi menarik dan berkesan kepada pelajar-pelajar.

2. Aktiviti kayak Aktiviti ini dikatakan aktiviti yang paling mencabar kerana ia bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, namun kekuatan mental juga diperlukan dalam menyudahkan kayuhan untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, para peserta mampu menamatkan aktiviti ini dengan jayanya walaupun terpaksa menongkah arus untuk sampai kembali ke daratan.

Kelemahan Pada mulanya, terdapat sedikit kesilapan teknikal yang melibatkan kekurangan peralatan untuk berkayak. Paddle untuk berkayak yang dibawa dari institut tidak mencukupi disebabkan kesilapan AJK peralatan yang menjalankan pemeriksaan peralatan semasa proses memindahkan barang ke dalam trak institut. Namun masalah dapat diatasi dengan mudah kerana pihak penganjur mempunyai banyak lebihan paddle untuk dipinjamkan kepada para peserta. Selain itu, cuaca yang tidak menentu menyebabkan ombak terlalu besar dan kuat dan menyebabkan peserta terpksa menghadapi bahaya dan ada kumpulan yang terpaksa berada di laut lebih lama daripada masa yang ditetapkan. Sehubungn itu, menyebabkn kekeliruan pada jadual yang telah ditetapkan dan terpaksa memotong waktu rehat yang ada.

3. Aktiviti kembara

Aktiviti ini tidak mempunyai banyak masalah kerana aktiviti kembara pada kali ini tidak terlalu mencabar disebabkan treknya yang agak pendek dan para peserta mampu menghabiskan aktiviti ini dalam waktu yang singkat sahaja. Namun begitu aktiviti ini sangat menarik kerana walaupun treknya singkat, laluannya yang berbukit dan curam sangat menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Sifat-sifat mulia dapat dipupuk di sini melalui kerjasama dan semangat berpasukan. Di samping itu, para peserta dapat mengenali kawasan lain selain daripada tempat perkhemah kerana aktiviti kembara ini membawa peserta meninjau kawasan hutan dan mengenal flora dan fauna yang wujud di kawasan tersebut. Kebanyakan flora yang terdapat di dalam hutan itu merupakan hidupan liar yang sama sekali tidak dapat didapati di tempattempat lain secara tidak langsung membuatkan peserta mengagumi keindahan dan kebesaran Tuhan.

Kelemahan

Jarak masa antara satu kumpulan dan satu kumpulan lain dilepaskan adalah singkat dan menyebkan pertembungan antara satu sama lain dan peserta terpaksa menunggu giliran untuk menuruni curam dan memakan masa yang panjang untuk menghabiskan perjalanan bagi sesebuah kumpulan. Peserta juga tidak berpeluang untuk mengenali dengan lebih menyeluruh mengenai hidupan yang terdapat di sana kerana masa berhenti di check point telah dipendekkan.

TAPAK PERKHEMAHAN
Kekuatan

Kawasan tapak perkhemahan memuaskan hati. Terdapatnya jarak diantara khemah perempuan dan lelaki. Khemah perempuan pula berhampiran dengan rumah penginapan fasilitator-fasilitator ini penting untuk keselamatan. Tapak perkhemahan juga bersih dan selesa.

Kelemahan

Kelemahan tapak perkhemahan ini pula ialah tidak mempunyai pagar. Ini menggalakkan binatang-binatang seperti anjing liar berkeliaran di pantai pada waktu malam dan juga terdedah kepada orang luar tanpa dikawal. Tapak khemah perempuan pula mempunyai tapak yang tidak rata kerana terdapat akar-akar pokok yang boleh membuatkan pelajar-pelajar tidak selesa tidur dan juga ia mungkin merbahayakan para pelajar.

Cadangan Penambahbaikan

Oleh kerana para peserta adalah terdiri daripada golongan dewasa, maka pihak penganjur perlu menitikberatkan aspek sosial dalam kalangan peserta. Untuk mengekang masalah ini. Adalah wajar sekiranya pihak penganjur menyediakan tapak perkhemahan yang berlainan kawasan di antara peserta perempuan dan peserta lelaki bagi mengelakkan masalah sosial sekaligus mengurangkan masalah kepada para fasilitator.

KEMUDAHAN
Secara umumnya, tapak perkhemahan yang telah dipilih oleh penganjur sekurangkurangnya mempunyai kemudahan fizikal asas yang diperlukan oleh para peserta. Antaranya ialah :

1. Tandas dan bilik air Kemudahan tandas yang disediakan agak baik. Tempat mndi terbuka ataupun open shower disediakan untuk peserta lelaki. Bilangn pelajar yang ramai tidak menjadi masalah kerana paip yang disedikan sangat mencukupi. Kelemahan: Kelemahan tandas dan bilik air ini ialah, ia terletak agk jauh dari tapak perkhemahan. Peserta terpaksaberjalan jauh lebih-lebih lagi bagi pelajar perempuan. Selain itu, tandas lelaki dan wanita yang bersebelahan

menyebabkan rasa kurang selesa antra kami.

2. Surau

Terdapat sebuah surau yang disediakan untuk para pelajar Islam beribadat.

Kelemahan:

Surau terlalu kecil untuk menampung kesemua bilangan pelajar islam untuk menunaikn solat berjemaah dan menyebabkan peserta terpaksa menunggu giliran untuk solat dan ada yang terpaksa solat di tepi khemah sahaja disebabkan ruang yang tidak mencukupi. Selain itu, kipas yang disediakan hanyalah kipas berdiri yang kecil dan tidak lagi boleh berpusing, menyebabkan rasa panas dan tidak selesa untuk menunaikan solat dalam keadaan sesak.

3. Dewan makan

Terdapat sebuah dewan makan telah disediakan oleh pihak kem. Dewan makan ini lengkap dengan tempat memasak, serta tempat mencuci tangan dan pingganmangkuk.

Kelemahan : Terdapat paip air yang tidak boleh digunakan serta terdapat singki yang tersumbat. Selain itu hanya terdapat dua paip di bahagian luar tempat memasak yang digunakan untuk membasuh pinggan dan gelas dan juga mencuci tangan selepas makan, jadi ia agak menyulitkan para peserta untuk membasuh tangan dan juga membasuh pinggan dan gelas yang telah digunakan.

4. Bekalan air bersih

Kami

bersyukur

kerana

kawasan

perkhemahan

mampu

menyediakan

kemudahan yang paling penting iaitu bekalan air yang bersih. Bekalan air tidak menjadi masalah kerana kemudahan air tapisan disediakan di dewan utama.Bekalan air yang disediakan ini kami gunakan dengan sebaiknya seperti mandi, membasuh memasak dan sebagainya.

PERALATAN
Kekuatan

Kebanyakan peralatan yang digunakan terutamanya ketika menjalankan aktiviti luar atau outdoor adalah mencukupi. Antara peralatan penting yang diperlukan di dalam aktiviti BIG ini ialah: ii. iii. iv. v. vi. vii. kayak jaket keselamat tali (untuk kembara) peralatan memasak khemah PA system dll.

Kebanyakkan peralatan adalah dibawa sendiri oleh pihak institut dan ia mampu menampung jumlah peserta.

Cadangan Penambahbaikan

Pihak pengurusan program atau pihak pengurusan tempat perkhemahan perlulah membuat pemerikasaan kemudahan yang ada di tapak perkhemahan sebelum para peserta tiba supaya tiada masalah yang akan timbul sepanjang program tersebut dijalankan. Namun begitu, saya berpuas hati dengan segala peralatan yang dibekalkan kerana ia mencukupi bagi setiap peserta.

You might also like