You are on page 1of 3

( LAPORAN REFLEKSI INDIVIDU )

NAMA NO K/P

: TENGKU ALIF MUKHLIS BIN TENGKU EZANI : 920921-03-5665

KUMPULAN : PISMP TES (C)

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Tanggal 13 Februari 2014, guru pelatih daripada kelas TESL C telah mengadakan satu Program Bina Insan Guru buat kali ke-5 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Indra, Kangar, Perlis. Program ini telah banyak memberi kesan terhadap saya dalam meningkatkan diri ke arah yang lebih baik dalam profesion keguruan mahupun dari aspek jasmani, emosi dan rohani. Saya telah diamanahkan untuk menjadi bendahari sepanjang program dijalankan. Ini telah membina keyakinan dalam diri saya untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan perbelanjaan sepanjang program ini berjaya dijalankan dengan lancar. Untuk itu, saya telah membuat persediaan awal agar tidak berlaku sebarang kekalutan dalam pengurusan. Antaranya ialah sebelum program dijalankan, saya memastikan segala jumlah penggunaan wang yang diperlukan untuk program ini dapat disediakan oleh biro masing-masing bagi mengawal perbelanjaan agar tidak terlalu tinggi. Sebelum program BIG berlangsung juga, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat termasuklah mesyuarat bersama wakil daripada guru sekolah tersebut bagi memastikan segala pengurusan dan aktiviti BIG ini berlangsung dengan baik dan jayanya. Walaupun terdapat kesilapan yang dilakukan oleh biro-biro dalam pengurusan, namun dengan

hasil bimbingan guru dan pensyarah pembimbing kami iaitu Pn Rozita Bt Rashid, semuanya berjaya dikawal agar program berlangsung tanpa sebarang masalah. Projek ini merupakan Program Lawatan Penanda Aras - Bina Insan Guru (BIG) Fasa V. Ia berfokus untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada mahasiswa pendidik terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam profesional perguruan. Kami diagihkan tugas untuk mengkaji sedikit sebanyak berkenaan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Indra ini. Antara tugas yang kami perlu laksanakan termasuklah mengkaji pengurusan sekolah tersebut, ciri-ciri kepimpinan yang disemai dalam kalangan pelajar sekolah, misi dan visi sekolah, pengurusan fail, iklim dan budaya sekolah, infraskruktur/ infosktruktur kurikulum. Selain itu, antara tujuan lain kami merancang program ini adalah untuk berinteraksi dengan pihak sekolah bagi berkongsi pengalaman dan idea yang mana ia bermembantu kami untuk melihat pendidikan dari pelbagai perspektif agar mampu membuat persediaan awal sebelum memasuki bidang pendidikan di sekolah. Justeru, program seperti ini adalah sangat bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketerampilan tinggi. Di samping itu, Pelaksanaan Bina Insan Guru ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya Bina Insan Guru

seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

You might also like