You are on page 1of 8

LAPORAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Oleh: Mohd Nurhafizi Talang Hidayah Abu Kassim PENDAHULUAN Perkembangan merupakan perubahan kualitatif

yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan kualitatif ini walaupun tidak dapat diukur tetapi jelas menunjukkan ciri yang berbeza daripada peringkat perkembangan yang lebih awal. Karl Garrison berpendapat bahawa perkembangan itu adalah hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi. Secara ringkasnya, perkembangan bolehlah disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kuantitatif dan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Secara keseluruhannya, perkembangan dapat dirumuskan sebagai satu proses di mana individu itu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan telah berlaku dengan mekihat kepada sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Ia berbeza dengan pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawakan sesuatu organisma itu ke peringkat matang, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan. Asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dipengaruhi oleh aspek perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusi. ( Woolfolk dan Margetts, 2007). Kenyataan ini telah disokong oleh Hurlock (1987) yang mengatakan bahawa tingkah laku kanak-kanak dipengaruhi secara langsung semasa perubahan-perubahan fizikal berlaku. Perkembangan ini boleh dikaitkan dengan kebolehan kank-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti seharian. Kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibantkan diri dalam ketinggian fizikal yang lebih komplek semasa proses pembesaan berlaku.

Perkembangan fizikal adalah berperaturan dan dapat diramal, baik di dalam peringkat sebelum lahir mahupun pada peringkat sesudah dilahirkan. Terdapat empat prinsip asas perkembangan fizikal iaitu perkembangan kanak-kanak bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Prinsip kedua ialah arah perkembangan kanak-kanak berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Prinsip seterusnya ialah kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Prinsip yang terakhir pula ialah aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. Setiap prinsip asas tersebut berkembang mengikut peringkat-peringkat perkembangan fizikal iaitu dari peringkat prenatal sehingga peringkat dewasa.

PENGENALAN Kajian perkembangan fizikal dijalankan adalah untuk melihat sama ada perkembangan tersebut selari atau tidak dengan teori perkembangan awal kanak-kanak yang telah dipelajari. Oleh itu, kami sekumpulan telah menjalankan kajian ini terhadap seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari Tadika Halimatus Saadiah, IPG Kampus Pendidikan Islam. Kanak kanak yang dipilih sebagai responden pertama ialah pelajar lelaki dan responden kedua ialah pelajar perempuan. Kedua mereka berusia 6 tahun. Pemilihan kedua-dua responden ini dibuat setelah pemerhatian dan pengenalpastian latar belakang murid dan persekitaran sekolah dilakukan secara keseluruhan. Kajian utama kumpulan kami adalah tentang perkembangan fizikal dari dua aspek iaitu perkembangan motor kasar dan perkembangan motor halus. Data-data seperti umur, berat dan ketinggian bagi dua orang pelajar ini telah diambil sebagai analisis. Perkembangan motor kasar dan halus merangkumi kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi pergerakan kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan (Hopkins & Butterworth, 1997; Thelen & Smith, 1998). Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Contohnya, berjalan, berdiri, merangkak dan sebagainya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan. Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Contohnya, menggunting, menggentel, memicit, memegang dan lain-lain pergerakan yang melibatkan jari. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir. Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami

masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka. ANALISIS DATA

RESPONDEN 1 Nama : Muhammad Adib Bin Abdul Wahab Umur : 6 tahun Nama Umur

RESPONDEN 2 : Azwa Safrina Binti Nur Fathi : 6 tahun

Ukuran Fizikal : Berat Ketinggian : 28 kg : 119 cm

Ukuran Fizikal : Berat : 15 kg Ketinggian : 107 cm

Berdasarkan maklumat data diatas dapatlah dirumuskan bahawa kedua-dua reponden mempunyai ukuran fizikal iaitu berat dan ketinggian yang berbeza diantara satu sama lain. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor umur dan jantina yang berbeza. Walaupun responden 1 dan responden 2 berumur 6 tahun, berat dan ketinggiannya melebihi responden 2. Selain itu, faktor pemakanan mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Penekankan kepada gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang baik dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang serta gaya hidup sihat dapat membantu membentuk fizikal yang sihat dan cerdas. Berdasarkan temubual yang yang dijalankan keatas kedua-dua responden,kami mendapati perbezaan budaya keluarga diantara responden 1 dan 2. Perbezaan tersebut ialah ibu bapa responden 1 akan menyediakan hidangan sepinggan lengkap untuk sarapan pagi, makan tengahhari dan makan malam manakala ibu bapa responden 2 hanya menyediakan hidangan sepinggan lengkap untuk makan tengahhari dan makan malam sahaja. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan berat badan bagi kedua-dua responden.

Faktor baka juga mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Menurut Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2008), naka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperuntukan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Faktor genetik ini dapat dilihat semasa menjalankan kajian iaitu terdapat perbezaan bentuk badan antara responden pertama dan kedua. Responden 1 mempunyai bentuk badan endomorf manakala responden 2 mempunyai bentuk badan mesomorf. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR BIL 1. UJIAN Berlari dengan laju tanpa jatuh 2. Membaling dan melantunkan bola. RESPONDEN 1 Dapat menangkap bola yang pelbagai saiz dengan baik. Dapat membaling bola menepati sasaran. 3. Melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki Dapat melompat pada jarak yang betul. 4. Berlari sejauh 100 meter. Berlari dengan kepantasan sederhana. 5. Berjalan dengan membawa pundi kacang di atas kepala. Boleh menyeimbangkan badan ketika berjalan. 6. Skipping Boleh bermain dengan baik 7. Bermain gelung rotan Dapat menahan selama 15 saat. Boleh bermain dengan laju dan lama. Dapat menahan selama 30 saat. Boleh berjalan dengan baik. Boleh berlari dengan laju. RESPONDEN 2 Dapat menangkap bola yang pelbagai saiz dengan baik. Dapat membaling bola menepati sasaran. Boleh melompat melebihi jarak 3 kaki.

JADUAL 1 : Keputusan Ujian Perkembangan Motor Kasar Responden 1 dan 2

Berdasarkan maklumat di dalam jadual 1, perkembangan fizikal motor kasar bagi keduadua responden adalah berbeza. Perbezaan dapat dilihat melalui beberapa aktiviti yang dilakukan kepada responden. Contohnya, reponden 1 hanya dapat melompat pada jarak yang ditetapkan manakala reponden 2 boleh melompat melebihi jarak yang ditetapkan. Selain itu, responden 1 hanya boleh berlari dengan kepantasan yang sederhana manakala responden 2 boleh berlari dengan laju dalam jarak 100 meter. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor berat, dan kecergasan fizikal badan bagi keduadua responden. Memandangkan responden 1 mempunyai berat badan melebihi responden 2 maka responden 1 tidak mampu melakukan aktiviti dengan baik berbanding responden 2. Perbezaan perkembangan fizikal motor kasar juga dapat dilihat ketika aktiviti bermain gelung rotan dijalankan. Dalam aktiviti tersebut, ternyata kemampuan responden 1 adalah kurang berbanding responden 2 dimana responden 1 hanya dapat menahan selama 15 saat sahaja manakala responden 2 mampu menahan selama 30 saat. PERKEMBANGAN MOTOR HALUS BIL 1. UJIAN Melukis / meniru lukisan. RESPONDEN 1 Boleh melukis dan meniru lukisan yang asal. RESPONDEN 2 Dapat melukis dan dengan baik dan jelas tanpa meniru. 2. Menggunting mengikut garisan putus-putus bentuk bintang. Boleh menggunting bentuk Boleh menggunting bentuk mengikut garisan selama 1 minit 19 saat. 3. Membina objek mengikut model menggunakan lego. Mengambil masa selama 1 minit untuk menghasilkan objek. 4. Merenyok kertas dengan sebelah tangan. Boleh merenyok kertas membentuk bulat dalam masa 20 saat. 5. Memindahkan air ke dalam bekas lain mengikut isipadu yang ditetapkan. Dapat mengisi air ke mengikut isipadu dengan cubaan 2 kali. Dapat mengisi air mengikut isipadu dengan cubaan 2 kali. Boleh merenyok kertas dalam masa 10 saat. mengikut garisan selama 58 saat. Mengambil masa 35 saat untuk menghasilkan objek.

JADUAL 2 : Keputusan Ujian Perkembangan Motor Kasar Responden 1 dan 2 Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis, melukis dan mewarna. Berdasarkan jadual 2 diatas, terdapat lima aktiviti yang telah dijalankan bagi menguji tahap perkembangan motor halus kedua-dua responden. Dalam aktiviti pertama didapati bahawa responden 1 boleh hanya boleh melukis dan meniru lukisan asal manakala responden 2 dapat melukis dengan baik dan jelas tanpa meniru lukisan asal. Aktiviti kedua pula berkaitan dengan menggunting mengikut garisan putus-putus. Dalam aktiviti ini, responden 1 mempunyai kelebihan dimana beliau dapat menggunting bentuk mengikut garisan dengan pantas iaitu selama 19 saat berbanding responden 2 yang mencatat masa selama 58 saat. Selain itu, perbezaan diantara kedua responden dilihat berdasarkan aktiviti membina objek mengikut model lego dan aktiviti merenyok kertas dengan sebelah tangan. Kedua-dua aktiviti, kami dapati bahawa responden 2 masih mendahului responden 1 seperti yang dicatatkan di dalam jadual 2 diatas. RUMUSAN Secara keseluruhan, dapatlah kami simpulkan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Antaranya ialah faktor baka dan pemakanan. Perkembangan tulisan kanak-kanak juga berkembang mengikut peringkat umur. Sudut pandangan pendidikan, tidak ada masa yang lebih penting dalam kehidupan seseorang selain zaman kanak-kanak. Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada peringkat ini haruslah memahami kanak-kanak akan keperluan asas mereka, masalah mereka serta kuasa yang mengubah dan menghasilkan perubahan tingkah laku. Pernyataan yang menyatakan bahawa kanak-kanak ialah bapa kepada manusia mempunyai keesahan psikologi. Corak pertumbuhan, pembelajaran dan penyesuaian yang ditetapkan pada masa kanak-kanak menjangkau ke masa hadapan dan mempengaruhi aliran hidup.Oleh itu, cara pengajaran guru di dalam kelas amat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak khususnya aspek tulisan. Selain itu penggunaan teknik menulis yang diajar haruslah berkesan .

Tambahan lagi, untuk memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berada dalam keadaan baik, guru haruslah memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat kepada murid terutamanya dari segi pemakanan, senaman dan mengelakkan diri daripada gerjala negatif. Di samping itu, guru juga digalakkan menyediakan kursus ceramah tentang aktiviti seksusal agar kanak-kanak mengetahi perubahan fisiologi yang berlaku terhadap diri mereka seperti apabila mencapai akil baligh. Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita haruslah peka dan sensitif terhadap perkembangan kanak-kanak kerana perkembangan yang berlaku mempengarui keupayaan dan minat kanak-kanak di dalam pembelajaran.

You might also like