You are on page 1of 3

Thailand Tidak dijajah oleh kuasa Barat kerana: faktor kedudukan geografinya kemampuan diplomasi Dasar pemodenan- Raja

aja Mongkut & Chulalongkorn(pemodenan yang agak ketara dan bersifat radikal daripada raja-raja sebelumnya.)

1910-selepas kemangkatan Raja Mongkut Pemodenan politik daan pentadbiran makin kuat berpusat kepada kuasa autokratik raja dan kerabat diraja. Para cendekiawan berusaha memodenkan politik dan penradbiran. Golongan ini adalah kelas pertengahan yang pertama kali wujud di Thailand. Bertindak sebagai pejuang kebangsaan yang mahu memeperkenalkan sistem kerajaan berperlembagaan mengantikan autokrasi raja. Mencetuskan revolusi pada 1932 iaitu antikuasa mutlak raja. Berjaya membawa perubahan politik dan hierarki pentadbiran Thailand Revolusi 1932 berlaku kerana perubahan struktur politik dan birokrasi pentadbiran mengikut corak Barat tidak diimbangi oleh perubahan kuasa yang kekal menjadi hak mutlak raja.

Mongkut (1851-1868) Modenkan infrasruktur fizikal Thailand, sistem pendidikan, kesihatan dan kebajiakan awam. Penasihat asing digunakan dalam usaha-usaha pemodenan tersebut kerana orang Thai belum berupaya sepenuhnya mempelopori semua pemodenan tersebut. Baginda melakukan pemodenan secara progresif tetapi tidak secara menyeluruh. Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah mengimbangi antara: ciri-ciri tradisional dan moden. Kemutlakan kuasa dan liberalisme. Kedudukan istimewa golongan feudal susunan baru.

Oleh itu, penyesuaian tersebut membantu Thailand menghadapi kemaraan Imperialisme Barat, tetapi ia juga membantu menyemai ideologi politik Barat yang menolak kuasa mutlak raja.

Chulalongkorn (1866-1910) Proses pemodenan dimulakan oleh bapanya dipertingkatkan lagi. 1874, bentuk jentera pentadbiran baru dengan menubuhkan dua majlis penasihat: Majlis Tertinggi Kerajaan- mempunyai 12 anggota daripada golongan bangsawan yang bergelar Phya. Majlis Privy- mencontohi majlis yang sama di England yang dianggotai oleh 13 orang Putera raja dan 36 pegawai tinggi. Bagaimanapun, kedua-dua majlis tersebut tidak dapat memenuhi harapan Chulalongkorn kerana ahli tidak begitu arif mengenai prosedur sebenar badan-badan tersebut. Maka kedua-dua majlis tidak berfungsi sebaik-baiknya sebagai badan penasihat. Sruktur penradbiran yang lemah diatasi dengan pembentukan 12 kementerian pada bulan April 1892. Pertahanan Hal ehwal luar Hal ehwal dalam negeri Kerajaan tempatan Urusan istana Kewangan Pertanian Keadilan Pendidikan Kerja raya Peperangan tentera darat dan laut Peringkat wilayah monthon(lingkungan) wilayah , daerah dan kelompok kampung (diuruskan oleh kementerian dalam negeri Putera Damwag Rajanubhab saudara tidak seibu Chulalongkorn jawat jawatan tersebut sejak 1915) Setiap kementerian diketahui oleh seorang menteri yang bertanggungjawab terus kepada raja (sebagai Perdana Menteri) Kementerian-kementerian lain dan jabatan-jabatan lain dikemaskini dari semasa ke semasa. Pada 1908, sistem keadilan diperbaharui dengan adanya undang-undang diluluskan telah mewujudkan beberapa mahkamah. Mahkamah agung Mahkamah rayuan Mahkamah awam Mahkamah jenayah Mahkanah polis

Kementerian keadilan ini dipertanggungjawabkan kepada Putera Rabi Pada 1905, pembaharuan angkatan tentera darat dan lakukan dibawah Kementerian Peperangan. Undang-undang kerahan tenaga bagi keperluan ketenteraan diluluskan Pembaharuan tersebut bertujuan untuk membentuk angkatan tentera yang benar-benar bersifat kebangsaan dan memperkuatkan wilayah pertahanan kuasa pusat dan mengelakkan pergsntungan kepada tentera wilayah.

Segala perubahan yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn membawa pentadbiran dan masyarakat Thailand kepada bentuk yang lebih rasional dan kebaratan.

Kemerosotan peranan golongan bangsawan berpunca daripada: Pembentukan satu kelas baru pegawai penradbiran yang mendapat status mereka berdasarkan kelayakan akademik dan kedudukan peranan dalam hierarki birokrasi Pengenalan sistem pentadbirna wilayah yang baru ( kedudukan dan kuasa bangsawan diperingkat wilayah berkurangan) Ketua-ketua pentadbiran wilayah didatangkan daripada pentadbiran pusat. Kestabilan dan keberkesanan pengurusan kerajaan bergantung kuat kepada pengawalan raja.

Vajiravudh (1910-1925) Mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pemerintahannya yang berkaitan dengan hal ehwal luar negari. Baginda dan penasihatnya Putera Devawongse mahir dalam soal diplomatik yang banyak membawa keuntungan kepada Thailand apabila baginda mengisjtiharkan perang terhadap Jerman pada PD1. Harta Jerman di Thailand jatuh ke tangannya Thailand satu-satunya negara Asia Tenggara yang mendapat peluang menganggotai Liga Bangsa-Bangsa yang dibentuk selepas tamat PD1 . 1922, hak keistimewaan negara yang diberi kepada Amerika Syarikat ditarik balik oleh Thailand.

You might also like