You are on page 1of 3

MINGGU 1

Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian. 1. Pentaksiran Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail (1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

Maklumat

Pdoduk

Konsep Pentaksiran

Proses

Penghakiman

Rajah 1; Konsep Pentaksiran

Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi Aspek penghakiman pula merupakan

pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk

MINGGU 1
yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Tuntasnya, boleh disimpuulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu dalam

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

2. Pengujian Konsep Pengujian Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi

mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan cara

mengadakan pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula menjelaskan bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku. Ujian sebagai alat pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.

MINGGU 1
3. Penilaian Konsep penilaian Penilaian didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971) menyatakan bahawa, accessment is the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judgements decision alternatives. Kenyataan beliau bermaksud penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini

membantuguru supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti yang terdapat pada rajah di bawah:

interpretasi dan tindakan susulan

persediaan ujian

analisis ujian

pentadbiran ujian

pemeriksaan pengukuran

You might also like