You are on page 1of 17

PRAKTIKAL

: 1

TAJUK

: Haba Peneutralan

TEORI

Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam

tindak

balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekulmolekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-balas.

Haba

peneutralan

adalah

tindak

balas

eksotermik.

Tindak

balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga

kimia kepada tenaga haba.

Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air sahaja. Asid + alkali garam + air

Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH-daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada : Kuantiti asid dan alkali : 1. kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalah berkadar terus dengan kuantiti asid dan alkali yang digunakan. Kebesan asid dan alkali : 1. Kebesan asid menunjukkan bilangan mol ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh satu mol asid dalam larutan akueus.

2. Peneutralan asid dwibes sehingga lengkap membebaskan haba dua kali lebih tinggi daripada peneutralan asid monobes sehingga lengkap. Kekuatan asid dan alkali : 1. kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalahberkadar terus dengan kuantiti asid dan alkali yang digunakan. Kebesan asid dan alkali

TUJUAN

: Untuk menentukan haba peneutralan bagi 1. Asid hidroklorik dan natrium hidroksida 2. Asid sulfurik dan natrium hidroksida

3. Asid nitrik dan kalium hidroksida 1. EC1 is 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik 2. EC2 is 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik 3. EC3 is 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida (akuas) 4. EC4 is 1.0 mol dm-3 asid asid nitrik 5. EC5 is 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida (akuas) 1. Pipet (25 cm3) 2. Termometer, 0C - 110C ( 0.2 C) 3. Silinder Penyukat (100 cm3) 4. Cawan Plastik 5. Botol basuhan (berisi air suling) 1. 25.0 cm3 EC1 dimasukkan kedalam cawan plastik dengan menggunakan pipet. Suhu awal EC1 direkodkan ke dalam jadual yang disediakan sebagai suhu permulaan bagi campuran R. 2. 60 cm3 larutan EC3 dimasukkan kedalam cawan

BAHAN

RADAS

PROSEDUR

plastik(mengandungi EC1) dengan menggunakan silinder penyukat. 3. Campuran R dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakn termometer. Suhu tertinggi bagi campuran ini direkodkan ke dalam jadual. 4. Campuran R dituangkan ke dalam sinki untuk dibasuh. Cawan plastik tersebut dibasuh dengan menggunakan air suling. 5. Prosedur 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan i. 25 cm3 EC2 untuk menggantikan EC1 (bagi menghasilkan campuran S) ii. 25 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 (bagi menghasilkan campuran T) KEPUTUSAN :

1. Jadual 1.0 : Perubahan suhu bagi campuran R, S dan T

Campuran R

Campuran S

Campuran T EC4 + EC5

EC1 + EC3 EC2 + EC3 Suhu tertinggi /C Suhu awal /C Peningkat an suhu /C 3C 8C 27C 26C 30C 34C

29C

26C

3C

2. Haba peneutralan bagi asid hidroklorik dan natrium hidroksida (campuran R) Isi padu asid hidroklorik = 25 cm3 Kemolaran asid hidroklorik = 1.0 mol dm-3

Isipadu natrium hidroksida = 60 cm3 Kemolaran natrium hidroksida= 1.0 mol dm-3 Suhu awal asid hidroklorik, ti = 27C Suhu tertinggi larutan campuran R, tf = 30C Peningkatan suhu, = tf - ti = 30 27 = 3C

1st. Persamaan Kimia HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) +H2O (ce)

2nd.

Bilangan mol i) Bilangan molHCl = ( )( = 0.025 ) =

ii) Bilangan molNaOH

= = ( )( = 0.060 )

Menurut persamaan, 1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol air.

Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini , (ambil nilai mol terkecil) : 0.025 mol HCl bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air.

3rd.

Haba peneutralan,

I.

Jisim larutan campuran, = isipadu larutan x ketumpatan larutan

= (25+60) x 1.0 gcm-3 = 85 cm3 x 1.0 gcm-3 = 85g

II. Haba peneutralan,, = = ( = ( )( ) )( )

= 42840 J = 42.84 kJ

Semua tindak balas peneutralan adalah eksotermik, maka peneutralan asid hidroklorik dan natrium hidroksida kJ

haba adalah - 42.84

3. Haba peneutralan bagi asid sulfurik dan natrium hidroksida (campuran S) Isi padu asid sulfurik = 25 cm3 Kemolaran asid sulfurik = 1.0 mol dm-3

Isipadu natrium hidroksida = 60 cm3 Kemolaran natrium hidroksida= 1.0 mol dm-3 Suhu awal asid sulfurik, ti = 26C Suhu tertinggi larutan campuran R, tf = 34C Peningkatan suhu, = tf - ti = 34 26 = 8C

1st. Persamaan Kimia 1) H2SO4 (ak) + NaOH (ak) 2) H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) 2nd. Bilangan mol i) Bilangan mol = = ( )( = 0.025 ) Na2SO4 (ak) + H2O (ce) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

ii) Bilangan molNaOH

= = ( )( = 0.060 )

Menurut persamaan, 1 mol H2SO4 bertindak balas dengan 2 mol NaOH untuk membentuk 2 mol air.

Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini , (ambil nilai mol terkecil) :

0.025 mol H2SO4 bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH untuk membentuk 0.025 mol air.

3rd.

Haba peneutralan,

I.

Jisim larutan campuran, = isipadu larutan x ketumpatan larutan = (25+60) x 1.0 gcm-3 = 85 cm3 x 1.0 gcm-3 = 85g

II. Haba peneutralan, = ( = ( ( = = = ( )( )( ) )( )( ) ) )

114,240 J 114.24 kJ

Semua tindak balas peneutralan adalah eksotermik, maka peneutralan asid sulfurik dan natrium hidroksida kJ

haba adalah - 114.24

4. Haba peneutralan bagi asid nitrik dan kalium hidroksida (campuran T) Isi padu asid nitrik = 25 cm3 Kemolaran asid nitrik = 1.0 mol dm-3 Isipadu kalium hidroksida = 60 cm3

Kemolaran kalium hidroksida= 1.0 mol dm-3 Suhu awal asid sulfurik, ti = 26C Suhu tertinggi larutan campuran R, tf = 34C Peningkatan suhu, = tf - ti = 34 26 = 8C

1st. Persamaan i. Persamaan Kimia HNO3 (ak) + KOH (ak) ii. Persamaan ion H+ + OHH2O KNO3 (ak) + H2O (ce)

2nd.

Bilangan mol Bilangan mol


HNO3

= = ( )( = 0.025 )

Bilangan molKOH

= = ( )( = 0.060 )

Menurut persamaan, 1 mol HNO3 bertindak balas dengan 1 mol KOH untuk membentuk 1 mol air.

Jadi bagi tindak balas yang lengkap bagi eksperimen ini, (ambil nilai mol terkecil) :

0.025 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.025mol KOH untuk membentuk 0.025 mol air.

3rd.

Haba peneutralan,

1. Jisim larutan campuran, = isipadu larutan x ketumpatan larutan = (25+60) x 1.0 gcm-3 = 85 cm3 x 1.0 gcm-3 = 85g

2. Haba peneutralan, = ( = ( ( = ( )( ( )( ) )( ) )( ) ) )

= 42840 J = 42.84 kJ

Semua tindak balas peneutralan adalah eksotermik, maka haba peneutralan asid nitrik dan kalium hidroksida adalah - 42.84 kJ

PERBINCANGAN

1. Jika ingin membandingkan haba peneutralan, kita hendaklah mengabaikan tanda negatif. Ini kerana, tanda negatif tersebut hanyalah mewakili simbol tenaga dibebaskan ke persekitaran.

2. Kebesan asid mempengaruhi haba peneutralan yang dibebaskan : a) Haba peneutralan asid monobes (asid

hidroklorik,HCl & asid nitrik, HNO3) adalah 57.3 kJ mol-1. Ini kerana penceraian 1 mol asid ini akan menghasilkan 1 mol ion hidrogen, H+. Ini bermakna 1 mol asid monobes akan bertindakbalas dengan 1 mol ion OH- (daripada alkali) untuk menghasilkan 1 mol air.

b) Haba peneutralan bagi asid dwibes ( Asid sulfurik, H2SO4) adalah 2 kali ganda daripada asid mono bes (114.6 kJ mol-1). Ini kerana, 1 mol asid sulfurik, H2SO4 dalam larutan Ini H2SO4 akuesnya mengandungi 2 mol ion H+. bermakna 1 mol asid sulfurik,

dineutralkan dengan lengkap oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air seperti yang diwakili oleh persamaan berikut :

H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

3. Keputusan eksperimen ini menunjukkan bahawa a) peneutralan asid monobes menghasilkan haba peneutralan sebanyak 42.84 kJ b) peneutralan asid dwibes menghasilkan haba

peneutralan sebanyak 114.24 kJ c) Ini terjadi kerana kami menjalankan eksperimen ini di dalam keadaan yang tidak optimum iaitu bukan berada didalam suhu bilik (kipas terpasang). d) Sebahagian haba juga hilang ke persekitaran dan ada haba yang diserap oleh cawan polisterina telah diabaikan.

KESIMPULAN

1. Haba peneutralan, bagi i. Asid hidroklorik(asid kuat,monobes) dan natrium hidroksida (alkalikuat) = - 42.84 kJ

ii. Asid

sulfurik(asid

kuat,

dwibes)

dan

natrium

hidroksida(alkali kuat) = - 114.24 kJ

iii. Asid

nitrik(asid

kuat,monobes)

dan

kalium

hidroksida(alkali kuat) = - 42.84 kJ

2. Didalam eksperimen ini, dapat dirumuskan bahawa haba peneutralan bagi asid dwibes (asid sulfurik) adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada haba peneutralan asid monobes (asid hidroklorik & asid nitrik).

SOALAN

1. Tuliskan persamaan ionik bagi tindak balas yang berlaku di dalam campuran R, S dan T Persamaan lengkap Campuran R
HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) +H2O (ce)

Persamaan ionik Na+ + Cl -

NaCl

H+ + OHCampuran S
H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) (ce) Na2SO4 (ak) + 2H2O

H2O

2Na+ + SO4-2 2H+ + 2OH-

Na2SO4

2H2O

Campuran T
HNO3 (ak) + KOH (ak) KNO3 (ak) + H2O(ce)

K+ + NO3H+ + OH-

KNO3

H2O

2. Bandingkan nilai bagi haba peneutralan dan yang diperolehi dan nyatakan sebab untuk setiap perbezaan atau persamaan bagi

i.

Campuran R dan S Campuran Bahan tindak balas Haba Peneutralan R


HCl (ak) + NaOH (ak)

S
H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

- 42.84 kJ

- 114.24 kJ

Haba peneutralan campuran S adalah lebih tinggi. Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dgn alkali kuat. H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

Apabila asid sulfurik , H2SO4 dineutralkan oleh natrium hidroksida, NaOH, nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda. Ini disebabkan oleh sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+. H2SO4
-

2 mol ion hydrogen,

menghasilkan 2 mol air apabila bertindak balas 2H+ + 2OH-

dengan alkali seperti tindak balas dibawah : 2H2O

ii.

Campuran R dan T Campuran Bahan tindak balas Haba Peneutralan R


HCl (ak) + NaOH (ak)

T
HNO3 (ak) + KOH (ak)

- 42.84 kJ

- 42.84 kJ

Haba peneutralan campuran R adalah sama dengan haba peneutralan T. Ini disebabkan kedua-dua campuran R dan T adalah hasil campuran asid monobes dengan alkali kuat.

iii.

Campuran S dan T Campuran Bahan tindak balas Haba Peneutralan S


H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

T
HNO3 (ak) + KOH (ak)

- 54.4 kJ

- 42.84 kJ

Haba peneutralan campuran S adalah lebih tinggi. Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dan alkali kuat.

H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

Apabila asid sulfurik , H2SO4 dineutralkan oleh natrium hidroksida, NaOH, nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda. Ini disebabkan oleh sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+. H2SO4
-

2 mol ion hydrogen,

menghasilkan 2 mol air apabila bertindak balas 2H+ + 2OH-

dengan alkali seperti tindak balas dibawah : 2H2O

3. Haba peneutralan bagi asid kuat dan alkali kuat adalah -57.3kJ mol-1. Nyatakan 2 cara yang untuk menambah baik prosedur yang diberi agar haba peneutralan yang

diperolehi bagi eksperimen ini adalah -57.3kJ mol-1.

a) Suhu awal larutan asid hidroklorik, asid nitrik dan asid sulfurik hanya diambil selepas beberapa minit untuk memastikan suhu sekata diperolehi. b) Asid hidroklorik, asid nitrik dan asid sulfurik hendakalah dituang dengan secepat dan secermat yang boleh agar haba tidak terbebas ke persekitaran. c) Bacaan thermometer hendaklah diperhatikan sepanjang masa agar kenaikan suhu tertinggi dapat dikesan.

4. Adakah haba peneutralan bagi campuran asid kuat dan asid lemah akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada -57.3kJ mol-1. Nyatakan penerangan. 1. Haba peneutralan asid kuat Asid kuat mengion secara lengkap didalam air. Semua ioh hidrogen terion dan dapat dineutralkan oleh ioh hidroksoda OH+ tanpa menggunakan haba yang terhasil daripada tindak balas peneutralan. Maka haba peneutralan bagi asid kuat adalah - 57.3kJ mol-1

2. Haba peneutralan asid lemah Asid lemah hanya mengion secara separa di dalam air. Hanya sebilangan kevil ion hidrogen, H+ terhasil. (kebanyakan molekul asid lemah masih wujud sebagai molekul tak terion) Tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan molekul tersebut supaya pengionan lengkap berlaku. Jadi sebahagian daripada haba peneutralan yang terhasil digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah tersebut. Maka haba peneutralan bagi asid lemah akan lebih rendah daripada mol-1 - 57.3kJ

RUJUKAN A. BUKU 1. Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Kimia Tingkatan Lima (2002), Runz creative Sdn. Bhd. 2. Lim Eng Wah, Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng nguan Hong, Umi Kalthom Binti Ahmad, Chemiatry Form 5, (2006) Runz creative Sdn. Bhd. 3. Lee Soon Ching, Kimia SPM(1998), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Ramli Ibrahim, Asas Kimia(2001), Uni-Ed Publications Sdn. Bhd.

B. INTERNET

1. __________, Peneutralan asid Sulfurik dan Natrium Hidroksida, http://books. google. com.my/books?id=XjJpTeq8j1gC&pg= PA458&lpg= PA458&dq=3.+Haba+peneutralan+bagi+asid+sulfurik+dan+natrium+hidroksida &source=bl&ots=YTyo_B9GaA&sig=GrECSqFOR8LRgjJPELB9exaKJB8&hl= en&ei=XMgyTfa7N8TsrQftteD_CA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum =6&ved=0CD8Q6AEwBQ#v=onepage&q=3.%20Haba%20peneutralan%20bagi %20asid%20sulfurik%20dan%20natrium%20hidroksida&f=false. Diakses pada 14 Januari 2010, 8.30 malam

2. ___________, Kimia, http://www.scribd.com/doc/40671183/KIMIA Diakses pada 14 Januari 2010, 8.45 malam

3. ___________, Nota Kimia SPM, http://k.1asphost.com/ smkchonline/ edu%20kim/ KimFull%20istilah.htm Diakses pada 15 Januari 2010, 9.00 malam

4. ___________, Termokimia, http://wapedia.mobi/ms/Termokimia Diakses pada 15 Januari 2010, 9.25 malam

5. ___________, Termochemistry, http://chemistry-discussion.2689615.n2. nabble.com/ thermochemistry-tt5673904.html#a5679052 Diakses pada 15 Januari 2010, 9.45 malam

You might also like