You are on page 1of 3

Nama ahli kumpulan: Chng Kai Yi, Chan Loo Chia, Low Yee Hung, Tiong Yoke Nee

(K7) ISL 2: Buat tinjauan pusat sumber dan menemu ramal dengan kawan pelbagai kaum. Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Orang Asli terbahagi kepada tiga suku kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Pantang Semasa Kelahiran Dan Melahirkan 1. Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu oleh hantu. 2. Ibu yang baru bersalin dilarang memakan binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh menyebabkan anaknya terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut. 3. Bagi bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan kecantikan. 4. Dilarang meminta untuk dipelihara oleh orang lain. Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang lain, supaya semangat bayi tersebut tidak hilang. 5. Dibawah rumah sentiasa dihidupkan unggun api di mana tempat ibu bersalin.Ini mengelakkan hantu akan mengacau tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah. Ini akan mengakibatkan bayi tersebut disampuk hantu dan sakit.

Pantang Semasa Kematian 1. Simati disimpan sehari di rumah. 2. Atas mayat diletakkan seketul bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya kembung. 3. Hari seterusnya, unggun api dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam lain. 4. Hari keenam dipanggil alik palok (alih kayu yang bakar) yang mana roh simati tidak lagi berkeliaran. 5. Hari ketujuh keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan membuat kenduri. 6. Tempat di mana simati meninggal dunia, diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja makanan kegemarannya sehingga hari keenam.

Pantang Larang Dalam Pemakanan 1. Kebanyakan binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air, seperti ikan dengan daging kerbau. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, kayap dan kudis. 2. Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang, semut tidak boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Sebaliknya hendaklah dikumpul dan dibakar. Jika tidak, boleh mendapat penyakit dan kembung perut(busung). 3. Semua air yang bertakung dalam tin, botol atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati, jika dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung. 4. Buah-buahan yang mana pokoknya tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta dahan atau batang bertakung air, tidak boleh dimakan.Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit. 5. Mengeji dan mengata kepada benda makanan seperti ikan dikatakan babi dan lain-lain. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit seperti ciritbirit atau kembung perut(busung) yang berpanjangan.

Larangan Semasa Membina Rumah Baru 1. Kedudukan rumah dilarang menghala laluan matahari. Jika tidak, penghuni rumah berkenaaan kelak akan selalu demam dan sakit. 2. Dilarang membuat kerja-kerja memasang kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang dianggap tidak baik iaitu bulan 15, 16 dan 17, dipercayai penghuni rumah berkenaan tidak tenteram dan aman. 3. Kayu alang dan gelegar serta lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah tersebut supaya tidak tertinggal lebihan kayu tersebut. 4. Tiap-tiap pemasangan perabot atap, penutup gendang hendaklah dipasang pada hari yang sama. 5. Sebelum rumah tersebut didiami, rumah tersebut ditepung tawar dahulu. 6. Tetamu pertama yang datang secara bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki bermalam di rumah tersebut, jika tidak ianya akan didenda.

Sumber: 1. edy_1808. (2011, Ogos 16). Kaum Orang Asli Malaysia. Retrieved from http://edika93.blogspot.com/2011/08/kaum-semai.html 16 2011.

You might also like