You are on page 1of 7

MAJLIS AMANAH RAKYAT

PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA PERINGKAT PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2014
Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai salah sebuah organisasi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa calon yang mempunyai visi untuk menjadi Modal Insan Terbilang dan seterusnya menyumbang kepakaran kepada pembangunan ekonomi Malaysia untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti terkemuka luar negara dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan Negara. Usaha berterusan dalam membangunkan modal insan yang berupaya merealisasikan hasrat ke arah Negara Maju menjelang 2020 adalah selaras dengan Program Transformasi Ekonomi Negara dengan keutamaan diberikan kepada calon yang berhasrat menyumbang kepakaran dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan Tenaga Pemborongan dan Peruncitan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan Pendidikan Penjagaan Kesihatan

Minyak Sawit dan Getah Perkhidmatan Kewangan Elektrikal dan Elektronik Kandungan Infrastruktur dan Komunikasi Pertanian Greater KL & Klang Valley

Page 1 of 7

1.0

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 1.1 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia. Had umur pemohon (sehingga 31 Disember 2014): Peringkat Pengajian Had Umur Sarjana dan Profesional Tidak melebihi 35 tahun Doktor Falsafah Tidak melebihi 40 tahun Telah menamatkan pengajian terdahulu (Ijazah Pertama / Sarjana) atau sekurangkurangnya berada di semester akhir pengajian. Pengajian adalah pada tahap yang lebih tinggi daripada kelayakan sedia ada. Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian Tinggi terkemuka luar negara yang disenaraikan sebagaimana Lampiran A. Tawaran selain daripada universiti yang disenaraikan akan diberi pertimbangan kepada pemohon bagi peringkat pengajian Doktor Falsafah sahaja.) Bagi pengajian peringkat Profesional, pertimbangan akan diberikan kepada calon yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf Badan Profesional / Badan Ikhtisas berkaitan sahaja. Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan melalui kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / peletakan jawatan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan. Anggota kerja MARA tidak dibenarkan membuat permohonan di bawah program ini dan permohonan perlu dibuat melalui Bahagian Sumber Manusia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang diguna pakai pada masa tersebut. Mendapat pelepasan / penangguhan bayaran balik pinjaman daripada badan penaja yang menaja pengajian sebelum ini (terkecuali kepada peminjam MARA). Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
Page 2 of 7

1.2

1.3

1.4 1.5

1.6

1.7

1.8

1.9

1.10

1.11

1.12

Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.

2.0 BIDANG PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK PERINGKAT PENGAJIAN Sarjana / Doktor Falsafah i. KURSUS / BIDANG PENGAJIAN Bidang Teknikal KELAYAKAN AKADEMIK

Bidang Teknikal memiliki Ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian a. Aero Angkasa (Helikopter / Kapal peringkat Sarjana) atau Ijazah Terbang / Satelit) Sarjana (untuk pengajian peringkat Avionik, Aero Komposit, Reka Doktor Falsafah) yang diiktiraf Bentuk Pesawat, Teknologi Satelit dengan memperoleh sekurangkurangnya b. Perkapalan CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf Rekabentuk, Enjin, Navigasi, Sains dengannya.* Samudera c. Minyak, Gas dan Tenaga Kejuruteraan Kimpalan / Mekanikal / Kimia / Petroleum, Aviation (Helikopter), Teknologi Hijau, Geosains d. Pengangkutan Kejuruteraan Keretapi Laju, Propulsion Engineering, Kejuruteraan Kuasa, Supply-Chain Management e. Pemakanan Dietetik & Nutrisi, Analisa Pemakanan (Persijilan Halal), Bioteknologi, Hortikultur, Akuakultur dan Minyak Sawit f. Permotoran Kejuruteraan Automotif, Reka bentuk, Industri Sukan Permotoran

Page 3 of 7

PERINGKAT PENGAJIAN

KURSUS / BIDANG PENGAJIAN g. Pertahanan Sains Ketenteraan, Forensik, Teknologi Persenjataan h. Kandungan Infrastruktur dan Komunikasi Keselamatan Rangkaian, Teknologi Telekomunikasi, Kejuruteraan Komputer (Perkakasan / Perisian) i. Sains Sains Tulen dan Sains Gunaan, Metereologi, Sains Persekitaran, Pengajian Sains Atmosfera, Pemuliharaan Alam Sekitar, Sains Fizik, Astronomi, Kimia, Geologi, Meteorologi dan Oceanography. j. Sains Perubatan / Life Sciences Kepakaran dalam bidang Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar, Farmasi, Fisioterapi, Radiografi, Bio Perubatan, Biologi Gunaan, dan Bioteknologi k. Kejuruteraan Semua kursus dalam bidang Kejuruteraan l. Teknologi Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur Bahan Sains Komputer, Robotik dan Artificial Intelligence

KELAYAKAN AKADEMIK

Bidang Teknikal memiliki Ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian peringkat Sarjana) atau Ijazah Sarjana (untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah) yang diiktiraf dengan memperoleh sekurangkurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.*

Page 4 of 7

PERINGKAT PENGAJIAN ii.

KURSUS / BIDANG PENGAJIAN Bidang Bukan Teknikal a. Sains Sosial Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan Islam, Perakaunan, Undang-Undang, Pembangunan Usahawan, Pengangkutan, Bahasa Antarabangsa, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengajian Islam (Pelbagai bidang) b. Kreatif Rekabentuk industri, Animasi 3D, Multimedia, Computer-Generated Imaginery Technology (CGI), Sinematografi, Muzik, Kewartawanan

KELAYAKAN AKADEMIK

Bidang bukan Teknikal - memiliki Ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian peringkat Sarjana) atau Ijazah Sarjana (untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah) yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.*

Profesional i. yang diiktiraf ii.

Perakaunan ACCA (5 kertas terakhir sahaja) / CIMA (6 kertas terakhir sahaja) / CFA / CA Senibina RIBA Part II, RIBA Part III

Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.*

iii. Undang-undang LLM iv. Lain-lain bidang Profesional yang diiktiraf oleh Badan Profesional yang berkaitan dengan persetujuan MARA. Nota* Calon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan di atas akan dipertimbangkan sekiranya memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan yang dipohon.

Page 5 of 7

3.0 KELAYAKAN DAN TEMPOH PENAJAAN 3.1 Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional yang berkaitan. Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa. Hanya pemohon yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang yang dinyatakan, di Universiti yang disenaraikan sahaja akan diberi keutamaan (lihat Lampiran A). Permohonan ini adalah terbuka bagi kemasukan sesi pengajian yang bermula antara Julai 2014 hingga April 2015. Tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut: PERINGKAT PENGAJIAN Sarjana dan Profesional TEMPOH PENAJAAN 1 hingga 2 tahun

3.2

3.3

3.4

3.5

Doktor Falsafah

3 hingga 4 tahun

4.0 PERMOHONAN 4.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 3 Februari 2014 sehingga 16 Februari 2014. Semakan keputusan panggilan ke temuduga adalah dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan ditutup. Sebarang maklumat terkini mengenai status permohonan akan diberikan dari semasa ke semasa melalui laman web MARA dan facebook pascamara2014. Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 30 April 2014 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

4.2

4.3

Page 6 of 7

5.0 PERTANYAAN 5.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah : Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur Telefon Waktu urusan Email Facebook : 03-2613 2043 / 2060 / 2049 / 2086 / 2037 / 2032 / 2063 / 2120 : 9.00 pagi hingga 5.00 petang : infoBPP@mara.gov.my : www.facebook.com/pascamara2014

Page 7 of 7

You might also like