You are on page 1of 7

TUGAS-TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas: Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas 1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. 2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti muridmurid yang memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.

Peranan GPK Dalam Program LINUS Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik. Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan). Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010. Punca dan Bidang Kuasa

Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan) Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK 1) Instrumen/Ujian yang dijalankan


1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu

bapa) Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor 8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana 9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid 10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa
7.

2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas 1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013 2. Fail Guru 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus) 3. Fail Maklumat Program 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas) 4. Fail Surat Menyurat 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM) 5. Fail Minit Mesyuarat 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat) 6. Fail Murid 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan) 7. Fail Diagnostik BM&MT 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BMLisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT 8. Fail Pelepasan BM&MT 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain) 9. Fail Analisa Ujian 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana) 10. Fail Lembaran Kerja 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)

11. 12. 13.

Fail Kertas kerja 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program) Fail LINUS 06/04/013/11(Maklumat LINUS/ Fail Individu murid

3) Pengurusan Program LINUS


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011 Menjadi AJK program LINUS di sekolah Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2 Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2 Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid

Peranan atau Tugas Guru LINUS dan Guru Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS
Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru LINUS & guru pemulihan berperanan seperti berikut:

Peranan Guru LINUS 1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru setiap kali berkursus. 2. 3. 4. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan. Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS tegar, LINUS dan arus perdana. Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid.

5. Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan program LINUS. 6. Mengisi data selepas setiap kali saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 7. 8. 9. Mencetak dan menfailkan data yang telah diisi di portal NKRA. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.

Peranan Guru Pemulihan 1. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersamasama guru LINUS. 2. 3. 4. 5. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan murid pemulihan. Mengajar murid LINUS tegar. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.

Peranan Pentadbir Sekolah

1.

Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.

2. Membentuk dan melantik jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan dipaparkan di papan kenyataan. 3. 4. 5. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS. Membuat perancangan tahunan. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan. 8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru pemulihan. 9. Memastikan guru LINUS dan guru pemulihan menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh KPM. 10. Bekerjasama dengan ibubapa/PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan program LINUS. 11. Mencerap pelaksanaan PdP guru LINUS dan guru pemulihan.

Terdapat 8 senarai peranan Guru Pemulihan/Guru Pemulihan Khas iaitu:


1. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT). 3. Menjalankan IPMBDP dan ISD kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciri-ciri bekeperluan khas. 4. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu mengikuti program pemulihan khas. 5. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 6. Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 7. Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program Pemulihan Khas di peringkat sekolah. 8. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD.

Antara isi kandungan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 bertarikh 3 Julai 2012 (Guru Pemulihan Di Bawah NKRA Pendidikan LINUS)
1) Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di setiap sekolah kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan.

2) Murid tahap 1 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang tidak melepasi konstruk 12 bagi literasi dan numerasi.

3) Murid tahap 2 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira berdasarkan ketetapan yang diguna pakai sebelum LINUS dilaksanakan.

4) Penempatan guru pemulihan di semua sekolah adalah menggunakan nisbah seorang guru pemulihan kepada 15 orang murid yang masih tidak menguasai literasi atau numerasi termasuk murid tahap 2 (sekiranya ada).

5) Sekiranya sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi kurang daripada 15 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan sahaja.

6) Jika sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi melebihi 15 orang tetapi kurang 30 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan. Namun sekiranyagenap 30 orang murid, maka sekolah tersebut layak menerima 2 orang guru pemulihan.

7) Semua JPN, PPD dan sekolah hendaklah memastikan bahawa semua guru yang dilantik sebagai guru pemulihan mempunyai opsyen pemulihan atau sekurang-kurangnya telah mengikuti latihan untuk mengajar kelas pemulihan.

8) Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran KPM.BPKHAS.300-2/212 bertarikh 4 Ogos 2010, Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS adalah terbatal.

You might also like