You are on page 1of 23

FORUM 4

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic FORUM 4 Posted By : Fong Yin Leng (D20102040565) Date posted : 20 Oct 2013 04:58:24 PM (1 read/s)

Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

Forum 4:

Posted By : Kayatari A/P Narayanasamy (D20102040589) Date posted : 01 Nov 2013 07:32:25 AM (18 read/s)

Salam sejahtera, Alam ini dikurniakan dengan lebih kurang 103 unsur yang berbeza.Pengelasan unsur-unsur secara sistematik dalam Jdual Berkala Unsur dilakukan dengan menyusunkan unsur-unsur mengikut tertib nombor proton yang menaik serta unsur-unsur dengan sifat-sifat yang serupa diletakkan dalam kumpulan yang sama.Setiap lajur unsurunsur yang menegak dalam Jadual Berkala Unsur disebut kumpulan.Setiap baris unsur-unsur yang mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur disebut kala.Unsur-unsur yang mempunyai bilangan electron valens yang sama,iaitu bilangan electron di petala paling luar yang sama,telah disusunkan dalam kumpulan yang sama.Terdapat 18 lajur unsur secara menegak dalam Jadual Berkala Unsur yang disebut Kumpulan 1,Kumpulan 2 hingga Kumpulan 18.Unsur-unsur kumpulan 1,2 dan 3 yang masing-masing mempunyai 1,2, dan 3 elekton valens merupakan logam.Unsur-unsur peralihan daripada kumpulan 3 hingga 12 juga merupakan logam.Bukan logam biasanya mempunyai 5,6 dan 7 elektron valens yang masing masing ditempatkan dalam kumpulan 15,16 dan 17. Unsur-unsur Kumpulan 18 ialah helium,neon,argon,krypton,xenon dan radon.Unsur-unsur kumpulan 18 dikenali sebagai gas adi.saiz atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan 18 daripada helium kepada radon.Semua gas adi tidak berwarna dan mempunyai takat lebur dan takat didih yang sangat rendah.Ini disebabkan gas adi terdiri daripada atom-atom tunggal(monoatom) yang ditarik bersama daya van der deals yang lemah.Di samping itu ,ketidakreaktifan gas adi meyebabkan ia wujud sebagai gas monoatom. Unsur-unsur kumpulan 17 ialah florin,klorin,bromin,iodin dan astatin.Unsur-unsur ini dikenal sebagai halogen.Semua halogen terdiri daripada molekul-molekul kovalen dwiatom.Halogen merupakan unsur bukan lgam yang reaktif maka unsur ini dijumpai dalam pelabagai garam galian di dalam kerak bumi dan air laut.Jejari atom halogen semakin bertambah apabila menuruni kumpulan 17.Warna halogen bertambah gelap apabila menuruni kumpulan17.Semua atom halogen mempunyai tujuh electron valens.Atom-atom halogen akan menerima satu electron lagi,sama ada perpindahan electron untuk mencapai susunan electron gas adi yang stabil.

Terima kasih.

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4:

01 Nov 2013 05:54:22 PM

Posted By Reply To

: Mardiana Bt M. Aznam : Kayatari A/P Narayanasamy

01 Nov 2013 07:32:25 AM

Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan fakta yang cikgu kemukakan. Pada pendapat saya, sama ada unsur logam atau unsur bukan logam, kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Berbalik kepada topik perbincangan kita, dalam fizik dan kimia, unsur monoatom adalah satu gabungan dua perkataan iaitu "mono" dan "atom" dan membawa maksud "atom tunggal" bermaksud terdiri daripada satu atom sahaja. Manakala dwiatom membawa maksud terdiri daripada lebih pada satu atom. Dalam jadual berkala didapati bahawa semua logam wujud sebagai unsur monoatom. Logam merupakan unsur-unsur yang paling elektropositif dibandingkan dengan unsur-unsur lain yang seperiode, ertinya unsur-unsur logam alkali mudah melepaskan 1 elektron valensinya untuk mencapai konfigurasi elektron gas mulia yang stabil dan membentuk ion positif. Unsur-unsur logam alkali merupakan unsur yang sangat reaktif dan mudah bereaksi dengan usur-unsur lain. Selain itu unsur-unsur logam alkali bersifat sebagai

reduktor yang kuat. Dengan itu, jelas diterangkan mengapa unsur logam dapat wujud sebagai monoatom. Manakala unsur bukan logam wujud sebagai unsur dwi-atom. Seperti dalam kumpulan VII , Halogen merupakan satu siri kimia seperti dalam jadual berkala : Fluorin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), Iodin (I), Astatin (At), Ununseptium. Semua atom halogen mempunyai tujuh elektron di petala terluar, iaitu tujuh elektron valens tetapi kereaktifannya adalah berbeza. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu dan dipanggil ion halida ; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan .

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 4:

03 Nov 2013 04:41:00 PM

Posted By Reply To

: Umi Kalsum Binti Mohd Yusop : Mardiana Bt M. Aznam

01 Nov 2013 05:54:22 PM

Attachment : No File Attach

Saya setuju pendapat cikgu. Semua atom halogen mempunyai 7 elektron valens . iaitu Fluorin ( 2.7 ) , Clorine ( 2.8.7 ) , Bromin ( 2.8.18.7 ) , Iodin ( 2.8.18.18.7). Ia wujud sebagai molekul dwiatom disebabkan kecenderungannya untuk membentuk ikatan kimia yang stabil. Dalam tindak balas kimia , atom - atom bukan logam ini cenderung untuk menerima elektron supaya ion yang terbentuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.

- Fluorin dan klorin mengandungi 7 elektron valens

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4:

02 Nov 2013 01:28:22 PM

Posted By Reply To

: Lew Mei Goh : Kayatari A/P Narayanasamy

01 Nov 2013 07:32:25 AM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4:

02 Nov 2013 02:04:28 PM

Posted By Reply To

: Shaharil Bin Saidin : Kayatari A/P Narayanasamy

01 Nov 2013 07:32:25 AM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 4:

03 Nov 2013 12:36:46 PM

Posted By Reply To

: Royahida Binti Mad Daros : Shaharil Bin Saidin

02 Nov 2013 02:04:28 PM

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

Forum 4

Posted By : Mohd Syuhada B. Zulkipli (D20102041003) Date posted : 29 Oct 2013 11:37:43 PM (16 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

30 Oct 2013 11:43:31 AM

Posted By

: Ernie Fazleen Bt Long Jaffar

29 Oct 2013 11:37:43 PM

Reply To

: Mohd Syuhada B. Zulkipli

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 4

31 Oct 2013 01:03:46 AM

Posted By Reply To

: Intan Zuriati Binti Pathi : Ernie Fazleen Bt Long Jaffar

30 Oct 2013 11:43:31 AM

Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Dengan adanya jadual berkala, kajian tentang kimia dapat dilaksanakan dengan lebih bersistematik. Ahli kimia menggunakan jadual berkala untuk mengatur fakta tentang setiap unsur dan sebatiannya. Dengan berpandukan jadual berkala juga, sifat sesuatu unsur dapat diramalkan melalui pengetahuan tentang unsur lain dalam kumpulan yang sama atau berhampiran.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Re : Forum 4

31 Oct 2013 07:23:50 PM

Posted By Reply To

: Mardiana Bt M. Aznam : Intan Zuriati Binti Pathi

31 Oct 2013 01:03:46 AM

Attachment : No File Attach

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu tentang kebaikan pengelasan unsur secara sistematik dalam Jadual Berkala. Ia membolehkan ahli kimia dan sesiapa sahaja mempelajari , memahami serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dan sebatiannya dengan lebih sistematik, teratur dan mudah.

Perhubungan antara unsur daripada kumpulan yang berlainan juga dapat diketahui dengan lebih mudah. Selain itu sifat sesuatu unsur dan sebatiannya dapat diramalkan berdasarkan kedudukan unsur itu dalam Jadual Berkala Unsur.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Re : Re : Forum 4

03 Nov 2013 12:38:22 PM

Posted By Reply To

: Royahida Binti Mad Daros : Mardiana Bt M. Aznam

31 Oct 2013 07:23:50 PM

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya setuju dengan pendapat cikgu, saya ingin menambah bahawa dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Re : Re : Forum 4

03 Nov 2013 12:38:23 PM

Posted By Reply To

: Royahida Binti Mad Daros : Mardiana Bt M. Aznam

31 Oct 2013 07:23:50 PM

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya setuju dengan pendapat cikgu, saya ingin menambah bahawa dalam Jadual

Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.
| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

Forum 4

Posted By : Ezwan Shah Bin Ahmad (D20102041477) Date posted : 29 Oct 2013 09:24:18 PM (13 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jadual unsur berkala merupakan satu jadual yang mengelaskan unsur-unsur yang mempunyai sifat-sifat yang sama dalam kumpulan yang berlainan. Terdapat 18 kumpulan serta unsur-unsur peralihan dalam jadual unsur berkala. Bagi unsur yang berada dalam kumpulan yang sama, unsur-unsur tersebut menunjukkan sifat kimia yang sama dan bilangan elektron valens yang sama. Unsur-unsur logam dalam jadual berkala wujud dalam bentuk monoatom manakala unsurunsur bukan logam wujud dalam bentuk dwiatom. Unsur logam berada dalam kumpulan 1, 2, 13 dan unsur-unsur peralihan. Unsur logam yang berada dalam bentuk monoatom ini mempunyai sifat aktif di mana unsur logam ini dapat bertindakbalas dengan unsur bukan logam dan membentuk sebatian ionik. Unsur logam yang bersifat aktif ini merupakan konduksi haba dan elektrik. Kumpulan 15 hingga 18 merupakan kumpulan unsur bukan logam. Unsur bukan logam ini wujud dalam keadaan dwi-atom kecuali unsur kumpulan 18 kerana unsur bukan logam mempunyai molekul kovalens. Molekul kovalen terhasil melalui pembentukan ikatan kovalens melalui pengongsian elektron. Unsur bukan logam ini tidak bersifat konduksi haba dan elektik. Berbanding dengan unsur logam, takat lebur dan takat didih bagi unsur bukan

logam adalalah lebih rendah.


Unsur-unsur kumpulan 18 sangat berguna dalam kehidupan harian kita. Unsur-unsur kumpulan 18 terdiri daripada helium,neon, argon, kripton, xenon dan radon. Unsur-unsur ini dinamakan gas adi. Gas adi adalah gas monoatom. Sifat fizik gas adi adalah: 1. Tidak larut di dalam air 2. Tidak mengalirkan arus elektrik 3. Konduktor haba yang lemah 4. Tidak reaktif secara kimia (lengai) Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

29 Oct 2013 11:55:37 PM

Posted By Reply To

: Mohd Syuhada B. Zulkipli : Ezwan Shah Bin Ahmad

29 Oct 2013 09:24:18 PM

Attachment : No File Attach

Salam 1 Malaysia Ingin saya berkongsi sedikit maklumat. Jadual berikut menunjukkan perbezaan diantara sifat fizik unsur logam dan bukan logam.

BUKAN LOGAM Pepejal, cecair, gas Pudar Tidak boleh ditempa Tidak boleh dimulur Rendah Rendah Rendah Lemah Lemah Lemah

SIFAT FIZIK Keadaan fizikal Keadaan permukaan Ketertempaan Kemuluran Takat lebur Takat didih ketumpatan Kekonduksian haba Kekonduksian elektrik Kekuatan regangan Pepejal Berkilau

LOGAM

Boleh ditempa Boleh dimulur Tinggi Tinggi Tinggi Baik Baik Sangat kuat

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

30 Oct 2013 09:20:23 AM

Posted By Reply To

: Rozita Binti Mat Zain : Ezwan Shah Bin Ahmad

29 Oct 2013 09:24:18 PM

Attachment : No File Attach

Terima kasih atas maklumat yang cikgu berikan tentang unsur-unsur kumpulan 18. Saya ingin berkongsi sedikit lagi maklumat tentang unsurunsur kumpulan 18. Unsur-unsur kumpulan 18 juga dikenali sebagai gas adi. Gas adi wujud sebagai gas monoatom ( wujud sebagai atom tunggal ). Gas adi mempunyai saiz atom yang sangat kecil. Takat lebur dan takat didih yang rendah kerana atom-atom gas adi ditarik bersama oleh daya tarikan van der waals yang lemah. Hanya sedikit haba yang diperlukan untuk mengatasi daya tarikan van der waals yang lemah itu. Gas adi juga

mempunyai ketumpatan yang rendah. Apabila menuruni kumpulan 18, saiz atom bertambah kerana bilangan petala berisi elektron dalam atom bertambah dari helium ke radon. takat lebur dan takat didih memingkat kerana saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan dan daya tarikan di antara atom-atom menjadi lebih kuat. ketumpatan juga meningkat kerana pertambahan jisim atom relatif lebih banyak dibandingkan dengan pertambahan saiz atom. Jadi nisbah bagi jisim atom relatif kepada saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan itu.
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

31 Oct 2013 07:29:16 PM

Posted By Reply To

: Mardiana Bt M. Aznam : Ezwan Shah Bin Ahmad

29 Oct 2013 09:24:18 PM

Attachment : No File Attach

Memang benar cikgu. Logam memiliki sedikit elektron valensi dan cenderung melepaskan elektron terluarnya sehingga membentuk ion-ion positif logam yang lebih stabil. Elektron yang dilepaskan tersebut bukan sahaja dimiliki oleh satu ion logam sahaja tetapi akan dimiliki bersama ion-ion logam yang terkandung dalam kekisi atom logam yang besar. Kejadian ini menyebabkan satu daya tarikan yang kuat telah wujud antara awan elektron dan semua ionion logam. Oleh sebab itu, atom-atom tersebut dikatakan telah mencapai konfigurasi elektron yang stabil seperti mana yang terdapat dalam kumpulan gas adi. Dengan itu, jelas diterangkan mengapa unsur logam dapat wujud sebagai monoatom. Bagi unsur bukan logam adalah wujud dalam keadaan dwiatom kerana ia merupakan unsur kimia yang bersifat elektronegatif. Ini kerana unsur bukan logam mempunyai sifat kimia dengan kecenderungan untuk menerima elektron daripada unsur lain.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

02 Nov 2013 02:17:11 PM

Posted By Reply To

: Shaharil Bin Saidin : Ezwan Shah Bin Ahmad

29 Oct 2013 09:24:18 PM

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum Dalam jadual berkala, kebanyakan unsur logam adalah dalam keadaan monoatom. Sebagai contohnya Helium. Helium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol He dan nombor atom 2. Ia adalah gas monoatom tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, tidak beracun dan lengai yang menjadi kepala kepada kumpulan gas adi di dalam jadual berkala. Helium mempunyai takat didih dan lebur yang terendah antara semua unsur dan ia wujud dalam bentuk gas kecuali dalam keadaan-keadaan ekstrem. Helium adalah unsur kedua paling ringan dan yang kedua terbanyak di dalam alam semesta boleh cerap. Ia membentuk 24% jisim unsur keseluruhan, iaitu 12 kali ganda jisim kesemua unsur lain yang lebih berat digabungkan. Unsur Bukan logam adalah siri unsur kimia yang bersifat elektronegatif, iaitu lebih cenderung untuk menarik elektron valens dari atom lain daripada melepaskannya. Yang termasuk dalam unsur bukan logam ialah halogen, gas adi, dan 7 unsur berikut: hidrogen (H), karbon (C), nitrogen (N), oksigen (O), fosforus (P), sulfur (S), dan selenium (Se). Sebagian besar unsur bukan logam ditemui pada bahagian atas jadual berkala, kecuali hidrogen yang terletak pada bahagian kiri atas bersama logam alkali. Tidak seperti logam yang merupakan pengalir elektrik, unsur bukan logam biasanya bersifat penebat atau separa pengalir. Unsur bukan logam dapat

membentuk ikatan ion dengan menarik elektron dari logam, atau membuat ikatan kovalen dengan atom bukan logam yang lain. Satu lagi ciri ialah unsur bukan logam yang teroksida adalah asid.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4

03 Nov 2013 12:28:02 AM

Posted By Reply To

: Mohd Izwan Bin Normee : Ezwan Shah Bin Ahmad

29 Oct 2013 09:24:18 PM

Attachment : No File Attach

Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan ciri kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.

| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

Forum 5

Posted By : Noor Zurianey Bt. Md Radzi (D20102040477) Date posted : 03 Nov 2013 06:56:20 PM (0 read/s)

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

forum 5

Posted By : Lim Vooi Kuan (D20102041301) Date posted : 03 Nov 2013 05:53:42 PM (2 read/s)

Kesan Rumah Hijau

Maksud Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat

pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.

Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau 1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga.

2. Secara buatan manusia-. Misalnya: Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara) Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin. Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia
Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang pencemaran sekitar serta membentuk kesan rumah hijau. alam

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : forum 5

03 Nov 2013 06:20:51 PM

Posted By Reply To

: Noor Zurianey Bt. Md Radzi : Lim Vooi Kuan

03 Nov 2013 05:53:42 PM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

forum 5

Posted By : Looi Ah Cheong (D20102040620) Date posted : 03 Nov 2013 01:12:43 PM (15 read/s)

Kesan rumah hijau pada zaman kini semakin serius, kesan ini disebabkan berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba dan akan memerangkap haba dari matahari tetapi semasa pembebasan haba telah melambatkan. Dengan ini,terjadikan kesan rumah hijau global terbentuk. Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan

dan menyebabkan peningkatan aras laut. keadaan ini dapat menenggelamkan kawasan rendah seperti pulau-pulau kecil. Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa dan penyembur aresol juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Selain itu penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian, pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkan elektrik, negara barat yang menjalankan ujian senjata nuclear juga menyebabkan kesan rumah hijau berlaku. Penerokaan kawasan hutan yang berleluasa. Manusia sering melakukan aktiviti pembalakan untuk tujuan pembinaan rumahan atau membina kilang-kilang industri . Perbuatan ini juga akan menyumbang kepada kejadian pemanasan global. Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : forum 5

03 Nov 2013 05:03:24 PM

Posted By

: Fong Yin Leng

03 Nov 2013 01:12:43 PM

Reply To

: Looi Ah Cheong

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : forum 5

03 Nov 2013 05:21:42 PM

Posted By Reply To

: Teoh Hoon Shin : Fong Yin Leng

03 Nov 2013 05:03:24 PM

Attachment : No File Attach

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Fenomena kesan rumah hijau banyak memberi impak kepada hidupan di bumi ini. Justeru itu, sebagai langkah untuk mengurangkan berlakunya kesan rumah hijau ini adalah penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan kenderaan bermotor. Kita boleh menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta.Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka dan pengeluaran asap yang berlebihan dari kilang haruslah sentiasa dipantau oleh pihak yang berkenaan.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Re : forum 5

03 Nov 2013 06:22:35 PM

Posted By Reply To

: Lim Vooi Kuan : Teoh Hoon Shin

03 Nov 2013 05:21:42 PM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI01(A131PJJ)

View Message : Current Topic

Forum 5

Posted By : Royahida Binti Mad Daros (D20102041457) Date posted : 03 Nov 2013 01:10:17 PM (14 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh Lapisan selimut karbon dioksida yang terbentuk di ruang atmosfera.Diantara kesan rumah hijau ialah: a)Berlakunya pemanasan global. Ia berlaku kerana adanya proses pemerangkapan bahang matahariyang dipantulkan semula olehpermukaan bumi. b)Kawasan yang tercemar akan bertambah panas.

Ini disebabkan banyak karbon dioksida yangterbebas ke atmosfera yangmenyumbang kepadaberlakunya kesan rumah hijau c)Menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu. Pencemaran yang dilakukan oleh manusia membawa kesan terhadap iklim dunia dimana gas seperti CFC terperangkap diatmosfera.hal inimenyebabkan haba duniatidak menentu. d) Kepupusan flora dan fauna. Kewujudan kesan rumah hijau menyebabkan bnyakflora dan fauna pupus.kesandari itu, generasi barukemungkinan tidak akanmengenali nya lagi. e)Kenaikan aras laut. Kenaikan paras air laut iniadalah akibat daripadapencairan ais diartik.keadaan ini dapatmenenggelamkan kawasanrendah seperti pulau-pulau kecil.
Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 5

03 Nov 2013 05:41:28 PM

Posted By Reply To

: Fong Yin Leng : Royahida Binti Mad Daros

03 Nov 2013 01:10:17 PM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 5

03 Nov 2013 05:55:25 PM

Posted By Reply To

: Teoh Hoon Shin : Fong Yin Leng

03 Nov 2013 05:41:28 PM

Attachment : No File Attach

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 5

03 Nov 2013 05:55:52 PM

Posted By Reply To

: Noor Zurianey Bt. Md Radzi : Royahida Binti Mad Daros

03 Nov 2013 01:10:17 PM

Attachment : No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Memang tidak dinafikan banyak kesan rumah hijau sama ada secara semulajadi mahupun angkara penduduk muka bumi ini. Punca kesan rumah hijau secara semulajadi adalah berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan karbon. Selain itu, pembakaran hutan yang berpunca darpipada petir juga memberi kesan. Selain dari secara semula jadi, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia juga menyumbang berlakunya fenomena kesan rumah hujan. Antaranya adalah membebaskan gas yang merbahaya daripada asap kilang mahupun kenderaan, menggunakan alat yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin, penggunaan racun serangga serta baja kimia dan lain-lain lagi.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 5

03 Nov 2013 06:30:56 PM

Posted By

: Lim Vooi Kuan

03 Nov 2013 05:55:52 PM

Reply To

: Noor Zurianey Bt. Md Radzi

Attachment : No File Attach

Pada pendapat saya, punca utama berlakunya kesan rumah hijau ialah pencemaran udara. Pembebasan pelbagai gas membentuk lapisan yang menjadi penghalang kepada pembalikan haba secara semulajadi ke atas bumi. Selain dari pembebasan gas berleluasa dari kilang-kilang industri, pencemaran udara juga disumbang oleh asap kenderaan, penggunaan aerosol, alat penghawa dingin, pembakaran hutan dan sebagainya. Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti kloroflorokarbon dan sebagainya yang menjadi agen utama menghakis dan menipiskan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Enjin kenderaan mengeluarkan karbon monoksida. Tambahan pula, kawasan kutub selatan khususnya di benua antartika, lapisan ozon bukan sahaja menipis malahan terdapat kebocoran disebabkan tindakan manusia menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru berpandu untuk ujian nuklear.

| Reply to This Message | Print Message |

You might also like