You are on page 1of 4

BORANG MS 2 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004 (Perenggan 8 (a))

SAMAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK DI .. NO KES : ANTARA
JAMILAH BINTI ARIFF

PLAINTIF DENGAN

NORDIN BIN ABU HASSAN

DEFENDAN

Kepada : . .

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah Perak di . pada hari pada ................ haribulan ............ 20 pada ..............pagi/petang,

untuk menjawab tuntutan terhadap anda oleh Plaintif yang dinamakan di atas, butirbutir tuntutan itu seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan di sini. Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh meneruskan untuk mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran anda. Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan di dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di Mahkamah pada tarikh itu.

Bertarikh pada ........... haribulan ........... 20 .......... ......................... Hakim/Pendaftar

(Meterai)

NEGERI PERAK DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI IPOH KES MAL BIL :____________________ ANTARA JAMILAH BINTI ARIFF DAN NORDIN BIN ABU HASSAN DEFENDAN PLAINTIF

PERNYATAAN TUNTUTAN 1. Pihak plaintif adalah JAMILAH BINTI ARIFF KP No: 6000001 yang beralamat No. 15, Persiaran Perpaduan 34, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Saya adalah seorang Guru Tadika yang mengajar di Tadika ABIM, Jalan Sultan Iskandar 30000 Ipoh Perak.

1.

Pihak defendan adalah

NORDIN BIN ABU HASSAN K.P No : 0900006

yang beralamat Blok AD3-04, Kem PGA, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. defendan bekerja sebagai Polis Bantuan di PPH, Kem PGA, 31650 Ulu Kinta Perak.

2.

Plaintif telah bernikah dengan defendan pada 1.1.2000 melalui Naib kadi Pengkalan Pegoh Perak dan sesalinan perakuan nikah dikepilkan seperti di lampiran A

3.

Hasil perkongsian hidup dengan defendan kami telah dikurniakan 2 orang anak iaitu :a. b.

NOOR ATIKA BINTI NORDIN MOHAMMAD MAHATHIR BIN NORDIN

- 6 TAHUN - 4 TAHUN

4.

Pada 1.1.2000 semasa perbicaraan Penceraian di Mahkamah, kami memperbincangkan Hak Penjagaan Anak.

tidak

5.

Plaintif mengemukakan permohonan Hak Penjagaan anak ini kerana pada masa hidup bersama-sama dengan defendan, defendan seorang yang tidak bertanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak.

6.

Defendan juga adalah seorang yang bengis dan panas baran, seringkali berlaku pertengkaran dan permasalahan antara plaintif dengan defendan, anak-anak yang akan dijadikan sandaran oleh pihak defendan.

7.

Sebagai Ibu kepada anak-anak plaintif

adalah lebih memahami kehendak

anak-anak, kerana plaintif yang selalu berdamping dan bersama-sama dengan anak-anak setiap hari.

8.

Oleh yang demikian plaintif pohon kepada Mahkamah yang mulia ini :
a.

Penjagaan kedua-dua anak diletakkan dibawah jagaan plaintif mengikut Seksyen 82(1) Enakmen Keluarga Islam Perak 2004.

b. c. d.

Suatu perintah nafkah 2 orang anak berjumlah RM 300.00 sebulan. Kos, dan Lain-lain relif yang difikirkan suai manafaat oleh Mahkamah.

Bertarikh

hb

2006 ____________________ Plaintif

Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh plaintif yang alamat penyampaian di No.

15, Persiaran Perpaduan 34, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

You might also like