You are on page 1of 13

Pengenalan Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki olehseseorang individu menerusi

asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan diramalkan.Kaunseling pula merupakan perhubungan menolong yang diberikan oleh individu yangterlatih dalam bidang kaunseling dalam hubungan menolong ini kaunselor tidak memberikan sebarang jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apayang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistimewaan khidmatkaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbangkankepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalammenghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberikan peluangdan ruang kepada klien bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan yang diambil.Proses kaunseling mengelakkan unsur pergantungan klien kepada kaunselor. Kaunseling juga menggalakkan peningkatan kemahiran dan kematangan diri klien. Unsur nasihattercetus dalam bentuk celikakal yang merupakan salah satu strategi yang dipilih. 1. Teori-teori Kaunseling Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, banyak yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luasOUM2 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunseling pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahanyang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasidengan berkesan. Daripada banyaknya teori, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategoriyang utama iaitu: -1. Teori Kaunseling Behaviorisme.2. Teori Pemusatan Insan.3. Teori Psikoanalisis.4. Teori Kaunseling Kognitif. 1.1 Teori Kaunseling Behaviorisme. B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan Teori KaunselingBehaviorismeatau lebih dikenali sebagai pelaziman operan. Beliau dilahirkan diPensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpuncadaripada kajian ke atas binatang, contohnya tikus. Skinner percaya pembelajaranmerupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia.Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuankepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya manusiamempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuaidengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkahlaku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yangketerlaluan.Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyaimasalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsianseksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif,keibubapaan dan interaksi sosial.Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkahlaku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari.Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling.OUM3

_____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan KaunselingKlien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula tatacara yang khususuntuk tingkah laku. 1.2Teori Pemusatan Insan. Teori kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang dibesarkandi Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan inimempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan bolehdipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai kendiriidaman (ideal self). Pada pendapat Rogers, kendiri idaman merupakan arah motivasi yangmengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusiakeseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapaikendiri idaman yang sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupayauntuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik ataukeseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan inimemberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhati-hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien.Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upayaumpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran,frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif. 1.3Teori Psikoanalisis. Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi.Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjayadalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokaiminda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian mindatidak sedar yang dipunyai.OUM4 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan KaunselingPada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personalitimanusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akanmenggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalamingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera dimana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya.Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Teori psikoanalisis berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagaikecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif,kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual. 1.4Teori Kaunseling Kognitif .

Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuankepada pemikiran manusia. Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dantingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salahsatu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yangdikenali sebagai Terapi Emotif-Rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albertmembesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat.Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalahrasional dan tidak rasional, logikal dan gila. Albert Ellis juga percaya bahawa sifat duaan(duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telahmenggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusiayang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.OUM5 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan KaunselingKaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus.Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien.Albert Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik,tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalahkecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. 2.Kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling Teori dalam kaunseling penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan halatujukepada seseorang kaunselor. Teori juga memberi fokus kepada kaunselor apa yang hendak dilakukannya terhadap kliennyaMengkaji masalahnya dan berusah mencari jalan penyelesaiannya. Teori juga boleh dijadikan panduan untuk membuat rancangan dan persediaan sebelum menjalankan proses kaunseling.Tiga fungsi teori adalah:-(i) untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapaPemerhatian.Contohnya, jika diambil satu teori yang mengatakan bahawa setiap tingkah lakuyang mendapat peneguhan akan berulang, kita boleh gunakan teori ini untuk memberi penjelasan, menguasai keadaan dan membuat ramalan. Misalnya, untuk membuat penjelasan mengapa seorang remaja itu suka membaca? Kita boleh menjelaskan bahawaremaja itu mungkin telah mendapat pujian daripada ibu bapanya atau gurunya kerana sukamembaca (penjelasan).(ii) untuk menguasai keadaan tertentu.Sekiranya kita hendak gunakan teori ini, kita akan cuba memberi sebanyak mungkin peneguhan kepada remaja yang menunjukkan keinginan membaca apa sahaja,sama ada novel, majalah atau surat khabar (menguasai atau menggalak).OUM6 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunseling(iii) untuk membuat sesuatu ramalan.Seorang guru yang selalu memberi pujian atau komen positif terhadap muridnyayang suka membaca selepas habis kerja kelas mengamalkan perlakuan yang baik. Kita boleh membuat ramalan bahawa murid yang mendapat komen peneguhan yang positif darigurunya akan meneruskan tabiat suka membaca (ramalan).(b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang

tersendiri.Berdasar pernyataan ini jelaskankomponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teorikaunseling behaviorisme. Pengenalan Teori kaunseling behaviorisme merupakan teori pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach.Teori ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Teori behaviorismeini terbentuk dari tiga komponen yang utama. 1.1Komponen Pertama Komponen ini dipetik dari pelaziman klasikal ia juga dikenali sebagai pelazimanresponden yang diasaskan oleh Ivan P. Pavlov (1960) dan Hull( 1943) .Pavlov

dalam percubaanya telah menemui satu proses yang dikenali sebagai pengkondisian atau pensyaratan klasik melalui percubaannya terhadap seekor anjing. Dimana peransang aslidan neutral dipasangkan dengan stimulus bersyarat secara berulang-ulang sehinggamemunculkan reaksi yang diinginkan. Eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh Pavlovsangat terpengaruh dengan pandangan behaviorisme di mana gejala-gejala kejiwaanseseorang dapat dilihat dari perilakunya . John B.Watson (1920 ) telah menggunakan prinsip pelaziman klasikal yangdiasaskan oleh Pavlov dalam eksperimennya. Dalam eksperimen tersebut Watsonmenggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng) yang digandingkan denganransangan dilazimkan (tikus putih) ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasatakut).Watson berpendapat tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur.beliau jugaOUM7 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunseling berpendapat tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsurunsur dalaman. Eksperimen ini menjadi perkara asas kefahaman teori behaviorisme eksperimenini juga menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan prinsip pembelajaran.Menurut pendekatan ini tingkah laku adalah satu gerak balas yang dipelajaridengan wujudnya ransangan. Semua perkara inilah menjadi komponen pertama yangmengembangkan pendekatan behaviorisme. 1.2Komponen kedua. Komponen kedua adalah pelaziman operan yang diasaskan oleh B.F.Skiner (1953).Menurut kajian beliau peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatutingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang.Skiner menyatakan peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhannegatif.Peneguhan positif merupakan ganjaran berbentuk wang atau pujian,manakala peneguhan negatif pula ialah seperti menghilangkan ransangan yang

negatif sebagai contohmengenakan kejutan elektrik.Menurut Skiner penggunaan prinsip pelaziman operansebagai satu teknik mengubah tingkah laku individu dinamakan teknik modifikasi tingkahlaku. Skiner menegaskan peneguhan adalah amat penting dalam proses pembelajaran.Sekiranya peneguhan bagi sesuatu tingkah laku operan tidak diberikan dalam satu jangka masa yang panjang, besar kemungkinan tingkah laku operan tidak akan berlaku.Fenomena ini disebut sebagai penghapusan. Unsur ini merupakan elemen negatif yang boleh menamatkan sesuatu tingkah laku operan. Oleh yang demikian dalam sesuatu proses pembelajaran peneguhan perlu disampai dari masa ke semasa dan secara kekal untuk menjamin berlakunya tingkah laku tersebut secara berterusan.Pendekatan ketingkahlakuanyang dinyatakan oleh Skiner ini merupakan salah satu komponen yang menyumbangkepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. 1.3Komponen ketiga. Komponen ketiga yang menyumbang kepada terbentuknya teori behaviorismeadalah dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif Cognitive behavior therapy.Terapiini merupakan gabungan dari dua aliran pemikiran berbeza, iaitu pendekatan yangOUM8 _____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunseling berasaskan tingkah laku sahaja dan satu lagi berasaskan kognitif sahaja.Istilah kognitif inimerujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,menaakul,menganalisis,membentuk konsep,menyelesaikan masalah dan sebagainya.Menurut ahli psikologi dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya.Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yangdisimpan untuk membolehkan ia menghubungkait pengalaman tersebut dengan masalahyang dihadapinya.Semua perkara-perkara yang dinyatakan oleh ahli psikologi di atasmerupakan komponen-komponen yang memungkinkan wujudnya terapi behaviorisme.(d)Berdasarkan prinsipprinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku maladatif dipelajari ? Seterusnya terangkan bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teorikaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkahlaku maladatif ini. Pengenalan Tingkah laku bermasalah atau maladatif ialah segala perbuatan yang menyekatseseorang individu menyesuaikan diri dalam masyarakatnya dan dengan itu segala pelakuannya tidak produktif bagi dirinya. Mengikut penjelasan teori kaunseling behaviorisme, semua tingkah laku yang dianggap maladaptif atau tingkah laku masalahadalah dipelajari, demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkankesakitan . Ahli kaunseling behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui pengalaman responden atau operasi. Tingkah laku maladatif ini dipelajari untuk mendapatkan pengukuhan yang positif atau untuk mengurangkan perasaan kurang selesa.Mengikut pembelajaran responden jika ransangan yang menyakitkan digabungkan denganransangan yang neutral lama kelamaaan

ransangan yang neutral ini akan menjadi maladatif.Sebagai contoh, jika seseorang itu akan mendapat saki perut apabila minum secawan miloOUM9

_____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunselingapabila ia berlaku beberapa kali individu tersebut akan merasa takut untuk minum milo pada hal meminum milo itu hanyalah ransangan neutral. Begitu juga sebaliknya,apabilaseseorang rasa gembira apabila mencuri kerana memperolehi wang yang banyak sekiranyaianya dilakukan berulang ulang kali individu tersebut akan merasa, sekiranya dia inginmemperolehi wang yang banyak dia perlu mencuri. Keadaan-keadaan inilah yangdimaksudkan dengan tingkah laku maladatif ini dipelajari dan bukanya hasil dorongantidak sedar.Tingkah laku maladatif ini merupakan sesuatu tingkah laku yang dipelajari,apabilaia dipelajari bermakna ia juga boleh diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang sesuai dengan kehendak masyarakat.Terdapat beberapastrategi atau kaeadah-kaedah yang sesuai bagi membantu klien bagi membentuk tingkahlaku yang positif 1. Strategi main peranan atau role-play .Kaedah ini sesuai bagi menyelesaikan masalah klien yang sukar untuk meluahkkan perasaan atau klien yang pemalu.Kaunselor boleh memainkan peranan bagi orang lainmanakala klien akan meluahkan perasaan atau menyatakann sesuatu, Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolaholah berada di keadaan atau di situasi yang sebenar. Kaedahmain peranan ini merupakan satu teknik yang baik untuk meluaskan kesedaran klien danmenunjukkan bahawa ada banyak alternatif untuk melakukan tingkah laku lain yangterdapat dalm diri klien.Walaubagaimana pun untuk menjayakan kaedah main peranan ini,ia amat bergantung kepada kesungguhan kaunselor dan juga kesedian klien itu sendiri.2. Strategi latihan asertif. Ini juga boleh digunakan untuk membantu klien yang menghadapi masalah tingkahlaku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan secara aktif untuk memulakantingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga dapat mengajar klien yang lemahserta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak dengan lebih produktif. Latihan asertif inimerupakan satu teknik untuk menambah keyakinan diri berhadapan dengan orang yangdianggap sebagai ancaman kepada dirinya. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakandalam kaedah asertif ini diantaranya dengan melalui penerokaan masalah, menaarif masalah,melakonkan situasi-situasi pasif,agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien.OUM10

_____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan KaunselingBagi menjalankan latihan role-revesal iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klientidak boleh melakukan tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit.Apabilaklien sudah ada keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini,

baarulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaansebenar atau di alam dan bukan sekadar lakonan. 3.Kaedah token ekonomi atau pemberian hadiah. Hadiah yang dimaksudkan merupakan token yang akan diberi kepada seseorangsebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan bersesuaian.Token yang diberi adalahdalam bentuk benda seperti bintang,gelang,kad dan sebagainya.Semuanya ini boleh ditebusdengan hadiah atau mendapat kemudahn-kemudahan tertentu.Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu klien yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan amat sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif danmenukarkannya kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan masyarakat. Walaupun terdapat sedikit masalah turutamanya untuk memastikan perlakuan positif ini berterusan dan berkekalan,ia masih boleh diteruskandengan cara kaunselor membuat perancangan rapi dan meminta bantuan dari orangsekeliling klien untuk membuat pemerhatian seperti ibu bapa,guru,keluarga atau jiran klien. 4.Kaedah pengurusan kendiri,pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri .Tatacara kaedah ini adalah klien memberi kerjasama sepenuhnya dan aktif dalamkaunseling.Apa yang difikirkan oleh klien diambil kira oleh kaunselor dan diberi perhatian,klien berusaha sendiri untuk mencapai perubahan yang dikehendaki, klien belajar caramemberi peneguhan kendiri. Klien diminta membuat interpretasi data tingkah laku yangtelah mereka catitkan.Dalam kaedah ini kaaunselor hanya sebagai mentor atau pemudahcara dan bukan sebagai seorang pakar.Bagi memastikan kaedah kendiri ini berjalan dengan lancar dan mencapai beberapalangkah perlaksanaanynya perlu dituruti.Langkah pertama adalah mengkonsepsi danmentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk behavioral,perkara yang perludiambil berat adalah memastikan matlamat mudah difahami,mempunyai nilai kepada klien,OUM11

_____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan Kaunselingrealistik dan boleh dicapai. Matlamat atau sasaran yang hendak dicapai itu harus ditulistarikh-tarikhnya supaya ia menjadi satu target atau mengukur tahap pencapaian sesuatu perubahan tingkah laku.Langkah seterusnya adalah mengurus dan memantau tingkah laku sasaran. Langkahini klien perlu mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku.Klien bebasmenggunakan sebarang alat yang sesuai sebagai contoh klien boleh menggunakan pitarakaman,jam,kertas,komputer dan sebagainya. Klien perlu elakkan persekitaran dan situasiyang pasti akan melakukan respon yang tidak dikehendaki atau perlakuan maladatf. Klien juga perlu menjana peneguhan yang sesuai dan menentukan kesan yang bermakna serta berkesan kepada klien. Perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh klien adalah meneruskankejayaan dan mengira apa yang telah dicapai. Kesimpulan Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai kesempurnaankendiri. Untuk mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan beberapa teori ataukaedah yang bersesuaian

dengan klien .Walaubagaimanapun, semua itu bergantung kepadakesungguhan dan kesanggupan klien untuk melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.RujukanOUM12

_____________________________________________________________HBEF2203Bimbingan dan KaunselingZainal Abidin Ahmad (2009) Bimbingan dan Kaunseling , Meteor Doc : Kuala Lumpur http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%203%203G.dochttp://www.csub.edu/extensi on/Theory_and_Practice_of_Coun.pdf http://www.minddisorders.com/Py-Z/Rational-emotivetherapy.htmlhttp://www.answers.com/topic/behavioraltherapyhttp://webspace.ship.edu/tosato/therapy.htmOUM13

Activity (67) Filters Add to collectionReviewAdd noteLikeEmbed Showing AllMost RecentReviewsAll NotesLikes You've already reviewed this. Edit your review.
read

Rating 0/5

Post notePost reviewPost replyPost note and like 1 hundred reads 1 thousand reads

Ibnu Abdullah AlUtubis liked this

Yangmoh Kamal liked this

hayden liked this

Aina Shuhada liked this

Priya Mokana liked this

Priya Mokana liked this

mizzzaza liked this

mizzzaza liked this Load more Recommended

teori behavioris

Nor Anisa Musa

Bimbingan Dan Kaunseling Assign (1)

Jamunarani Rajandran

assignment teori kaunseling psikoterapi

Nur Iman Khalid

Teori-teori Kaunseling

Mohd Amin bin Ahmad

KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dala...

ajiji

Kemahiran Asas kaunseling

saporasipon

PERBANDINGAN TEORI

datin2be

Teori TingkahLaku Dalam Kaunseling

hazizi

Perbezaan Antara Teori Kaunseling

Mary Tan

Bimbingan Dan Kaunseling 2

nasir135lc

Teori Psikologi Individu Alfred Adler

aman ipoh

pcc

conan87

CIRI

murrthy

Carl Rogers

yeo_1987

03 Eq & Tekanan Kerja Serta Hubungan Dengan Komitmen Kerj...

kasih

Teori Pemusatan Insan

mazrie

Alfred Adler 1

eddliestaniselie

More From This User

$R1WVT7F

mohd zulkepli zakaria

ekosistem-tanah

mohd zulkepli zakaria

RPT_PSK_TH_6

mohd zulkepli zakaria

Surat Perjumpaan

mohd zulkepli zakaria

bengkel

mohd zulkepli zakaria

PSV THN 6

mohd zulkepli zakaria

respiration.doc

mohd zulkepli zakaria

Kemahiran-Proses-Sains

mohd zulkepli zakaria

Fenomena Alam

mohd zulkepli zakaria

pencemaran air

mohd zulkepli zakaria

Bab 5 Pembukaan Kota Makkah

mohd zulkepli zakaria

Bab 5 Hijrah

mohd zulkepli zakaria

Bab 5 Pembukaan Kota Makkah

mohd zulkepli zakaria

RPT abm

mohd zulkepli zakaria

Borang Markah Calon 1

mohd zulkepli zakaria

SIJIL PENILAIAN Kerja Kursus Sejarah_0

mohd zulkepli zakaria

Kertas Cadangan Hari Keluarga

mohd zulkepli zakaria

Contoh RPH (Math) 2010

mohd zulkepli zakaria

refleksi

mohd zulkepli zakaria

fail panitia

mohd zulkepli zakaria

$RI1LMIM.doc

mohd zulkepli zakaria

$R9RMD0O.pdf

mohd zulkepli zakaria

$R9RMD0O.pdf

mohd zulkepli zakaria

lensa

mohd zulkepli zakaria

lensa

mohd zulkepli zakaria

You might also like