You are on page 1of 2

LAPORAN MINIT MESYUARAT KALI KE 3 MINIT MESYUARAT BAGI AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR SEMESTER 3 ( 2013)

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 31 . 1. 2013 : 7.45 pagi hingga 8.15 pagi : Bilik Kuliah : 20 orang

UCAPAN KATA-KATA ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan ahli unit yang hadir. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas . Muhammad Zaheed mencadangkan isu berbangkit untuk mesyuarat kali ke 2 dan Cindy menyokong . PERKARA BERBANGKIT 1. Mengenai pembahagian kumpulan untuk membuat laporan aktiviti yang telah dijalankan. Mesyuarat telah memutuskan untuk membahagikan kumpulan mengikut jadual kawalan malam. Laporan aktiviti dibahagikan kepada laporan aktiviti pagi, petang dan malam. Oleh itu, kumpulan yang akan menjadi sentri akan membuat laporan mengikut kumpulan masing-masing. Kawalan malam pada jam 12.00 hingga 2 pagi akan membuat laporan aktivit pagi, sentri pada jam 2.00 pagi hingga 4.00 pagi akan membuat laporan aktiviti petang manakala 4.00 pagi hingga 6.00 pagi akan membuat laporan aktiviti malam. Untuk Makluman 2. AJK Keselamatan, Muhammad Zaheeed telah mencadangkan untuk membuat Pelan Khemah bagi memudahkan pengurusan khemah dan ampaian ketika berada di sana nanti. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut Tindakan: AJK Keselamatan

3. Perbincangan mengenai patner kayak masing-masing untuk berkayak ke Pulau Perhentian. Untuk Makluman

4. Penyelaras bagi setiap subjek yang selain daripada subjek Pendidikan Jasmani iaitu subjek EDU , Hubungan Etnik dan Unit Beruniform diminta dengan pensyarah tersebut untuk mengantikan kelas sepanjang satu minggu program berlangsung. Tindakan penyelaras subjek yang terlibat HAL-HAL LAIN 1. Pengerusi meminta Louis untuk membuat perbandingan harga wisel dan tali bersama pembekal. 2. Pengerusi meminta Jai Seng untuk berjumpa bersama Encik Ishak serta Pihak JPA Bukit Kluang untuk meminta kebenaran meletakkan kayak di sana bagi menjalani sesi latihan berkayak.

PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK dan ahli Unit yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 8.15 pagi.

Laporan disediakan oleh :

Disemak oleh :

Nur Syahiirah Bte Ahmad Setiausaha, Program Pendidikan Luar, Semester 3, 2013.

Mohd Shah Bin Jemain Pengerusi , Program Pendidikan Luar, Semester 3, 2013.

You might also like