You are on page 1of 1

Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Rollo (2002), membuktikan bahawa masalah utamayang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah

kehilangan minat dan mempunyai pencapaian yangrendah dalam subjek geografi kerana mereka gagal untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Selain itu, beliau juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Namun, kajian Jones et al. (1998) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasidengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Hal ini adalah keranakaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir sepertimembanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan danmenyelesaikan masalah (Dunn R and Dunn K 2001). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berkonsepkan permainan kerana teknik permainan membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir yang lebih baik dan berkesan.Dalam proses pengajaran, pelbagai strategi pengajaran telah dipraktikkan oleh guru-guru untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar.Kepel bagaian kaedah penyampaian pengajaran ini merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan serta meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Hartman 1995).Tetapi, ramai guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang berko nsepkan permainan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajaranmereka (Hartman 1995).Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliahdalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geog rafi. Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan pelajar dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek geografi

You might also like