You are on page 1of 3

REFLEKSI KENDIRI FORUM KPF 3012 Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kumpulan

untuk subjek Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar (KPF 3012) di bawah bimbingan Dr. Abdul Jalil Bin Ali sebagai pensyarah bimbingan sepanjang tugasan ini dilaksanakan.Saya bersama-sama ahli kumpulan saya yang lain yang telah bertungkus-lumus dalam mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan tugasan kami iaitu forum yang bertajuk Sejauh manakah Kurikulum Standard Sekolah Rendah dapat merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semasa saya menerima tugasan ini,pelbagai perkara atau persoalan yang bermain difikiran saya.Perkara utama yang sentiasa saya fikirkan ialah adakah saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaiknya.Ini kerana terdapat beberapa tugasan lain yang turut saya perolehi dan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan tugasan ini.Tambahan pula saya memang belum pernah terlibat dengan aktiviti forum sebelum ini dan tajuk KSSR ini merupakan perkara yang masih baru atau samar-samar bagi saya berbanding KBSR.Saya juga terpaksa membuat beberapa rujukan dari beberapa sumber bagi mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan dengan tajuk ini.Oleh hal yang demikian ,saya terpaksa mencari maklumat di perpustakaan dan internet serta berbincang dengan rakan-rakan dari kumpulan yang sama dan juga rakan-rakan dari kumpulan yang lain serta pensyarah penasihat yang kami sayangi. Perkara yang paling saya suka apabila membicarakan topik forum ini ialah saya rasa saya mendapat banyak malumat berkaitan KSSR.Sebenarnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR ) adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21,Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know),belajar untuk bertindak(learning to do),belajar untuk hidup

bersama(learning to live together)dan belajar untuk membentuk peribadi(learning to be).Tujuannya ialah untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan dan dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan ,beberapa elemen merentas kurikulum yang baru diperkenalkan dalam KSSR,iaitu Kreativiti dan Inovasi,Keusahawanan,serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi .Semua ini dikenalpasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Oleh itu,guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum ini diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Antara enam tunjang yang ditekankan dalam KSSR ini ialah komunikasi,perkembangan fizikal dan estetika,kemanusiaan,ketrampilan diri,sains dan teknologi,kerohanian,sikap dan nilai.Oleh yang demikian KSSR akan dapat mencapai matlamat FPK sekiranya dijalankan dengan cara yang betul oleh guru-guru di Malaysia.

Perkara yang paling saya tidak dapat lupakan dalam menyiapkan tugasan ini adalah kerana saya memperolehi pengalaman baru bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program seperti forum.Tambahan pula program forum ini perlu dibuat dalam bentuk video.Banyak pengalaman pahit dan manis serta mencuit hati yang saya dan rakanrakan.Contohnya kami terpaksa belajar bagaimana menggunakan kamera untuk membuat rakaman video untuk forum ini.Kami juga terpaksa membuat rakaman video untuk beberapa kali kerana ada diantara kawan-kawan yang ketawa.Semua ini memang meletihkan tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.Namun begitu saya bersyukur kerana dua daripada ahli dalam kumpulan saya adalah dari sekolah yang sama.Cuma seorang sahaja dari sekolah berdekatan. Pada pendapat saya tugasan seperti ini memang memberi banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan.Ini kerana melalui tugasan yang diberikan itu kita bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu topik yang dibincangkan,malah kita juga menambahkan sesuatu kemahiran dan teknik baru yang mana sebelum ini kita tidak tahu.Contohnya belajar menggunakan peralatan seperti kamera video,LCD

projektor,menyunting video dan seumpamanya.Selain itu,saya dan rakan-rakan juga boleh belajar bagaimana menjadi pengacara majlis,ahli panel dan seterusnya mengendalikan sesuatu program forum.Semua pengalaman yang berharga ini boleh diaplikasikan dalam P&P di sekolah yang saya dan rakan-rakan ajar. Semoga segala tugasan yang dilakukan ini akan dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi di masa hadapan.Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah bimbingan iaitu Dr. Abdul Jalil Bin Ali yang telah memberikan garis panduan dan idea,kepada suami,ibu bapa dan anak-anak tersayang yang banyak memberikan semangat untuk menyiapkan tugasan ini dan juga kepada rakan-rakan yang membantu sama ada secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapakan kerja kursus ini Sekian,terima kasih.

You might also like