You are on page 1of 17

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 4 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK


SINOPSIS Strategi dalam pengajaran pemulihan matemtik memerlukan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik yang disesuaikan dengan keperluan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Pemilihan dan aplikasi strategi yang sesuai dapat membantu murid-murid mengikut mata pelajaran matematik dengan berkesan. Prinsip am pengajaran matematik ialah daripada senang, konkrit

kepada abstrak, umum kepada yang spesifik dan spesifik kepada umum. Pengajaran matematik pemulihan dengan menggunakan pendekatan pemulihan, intervensi untuk mengesan masalah dalam matematik dan mencari cara penyelesaiannya akan membantu murid pemulihan untuk menguasai kemahirankemahiran asas matematik.
HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan beberapa kaedah am P & P yang sesuai diamalkan dalam pengajaran matematik. 2. Menjelaskan teknik-teknik khas yang sesuai digunakan dan bentuk pengubahsuaian yang boleh dilakukan dalam P & P matematik 3. Menerangkan kaedah khas dicadangkan oleh pakar dalam bidang matematik dan pemulihan.

51

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


KERANGKA TAJUK

Strategi dalam Pengajaran Pemulihan Matematik Intervensi untuk mengesan masalah dalam Matematik Intervensi kepada penyelesaian masalah

Prinsip Am Pengajaran Matematik

Pengajaran Matematik Pemulihan

Intervensi dalam matematik sosial

Rajah 4.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan KANDUNGAN ISI 4.1 Prinsip Am Pengajaran Matematik

4.1.1 Senang Kepada Susah

Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu selari dengan perkembangan kognitif pelajar. Sebaliknya, pengajaran akan dianggap membosankan dan sukar. Pelajar sekolah rendah belum bersedia menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Setiap tajuk perlu disusun dan diperingkatkan.

Oleh itu penyampaian tajuk pelajaran menjadi lebih mudah. Secara tidak langsung motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik akan tercapai bahkan memupuk kesedaran murid untuk belajar atas inisiatif sendiri.

52

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 4.1.2 Konkrit Kepada Abstrak

Murid pemulihan amat perlu didedahkan dengan benda maujud semasa sesi pengajaran konsep atau tajuk baru dalam matematik bagi memudahkan kefahaman mereka. Semua konsep matematik yang baru bagi mereka haruslah menggunakan contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid tersebut.

4.1.3 Umum Kepada Spesifik

Pengajaran

deduktif

boleh

ditakrifkan

sebagai

kaedah

yang

menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru. Ia lebih

kompleks kerana memerlukan murid-murid yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.

4.1.4

Spesifik Kepada Umum

Pengajaran ini sesuai untuk mendapatkan rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus. Kaedah

pengajaran ini memerlukan murid-murid mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisisan sehingga mendapat rumusannya. Dalam proses pengajaran, murid-murid dikehendaki mengunakan pengetahuan sedia ada untuk mencungkil ciri-ciri yang sama daripada contoh-contoh matematik yang diberikan.

53

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 4.2 Pengajaran Matematik Pemulihan

4.2.1 Prinsip Pengajaran

Prinsip Pertama 1. Kesediaan belajar matematik keadaan dalaman seseorang murid mestilah bersedia. 2. Tahap kematangan seseorang termasuk fizikal, kognitif, sosial dan emosi. 3. Perkembangan diri mengikut umur murid tersebut. 4. Pedagogi yang diamalkan oleh guru di sekolah. 5. Pengetahuan sedia ada murid lebih cepat menguasai kemahiran.

Prinsip Kedua 1. Pengetahuan konkrit ke abstrak pelajar didedahkan objek atau benda maujud ketika diajar konsep baru. 2. Pengajaran matematik harus dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid. 3. Hubung-kaitkan kemahiran asas yang telah dikuasai murid dengan kemahiran yang baru dipelajari murid 4. Kemahiran asas yang dikukuhkan dapat digunakan semula sebagai kesediaan belajar untuk mempelajari kemahiran baru yang lebih kompleks.

Prinsip Ketiga 1. Penggunaan bahan manipulatif: Memanipulasi alatan untuk mengira Menyenggara alatan mengikut situasi masalah dalam matematik. Menggalakkan murid untuk lebih kreatif Memudahkan matematik 54 murid menyelesaikan permasalahan dalam

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Merangsang pengetahuan sedia ada murid

Prinsip Keempat 1. Bahan multi-media Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Merangsang keinginan murid Memberi pendedahan kepada murid tentang ICT Meningkatkan daya pemikiran murid Mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif Melahirkan murid yang celik ICT

4.2.2 Pendekatan Pemulihan

Dalam konteks sekolah rendah, Program

Pendidikan Pemulihan

merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan

penting yang

harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut. Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri. Ia juga

merupakan satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. 55

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahirankemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, guru perlu menarik minat murid dalam bidang bahasa dengan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi demi mengukuhkan lagi pengetahuan mereka tentang matematik. Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid perlu mempunyai persediaan yang mencukupi

sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam 3 fasa :-

i) Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji. ii) Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan dengan

pengalaman yang baru. Proses ini melibatkan

sesuatu kesimpulan

yang telah dibuat yakni generalisasi yang diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses pembelajaran. Di sini murid-murid untuk perlu menghasilkan bahawa sesuatu sesuatu contoh idea dan atau

mengkajinya

menunjukkan

pengetahuan itu telah diperolehi. iii) Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuan ialah murid melanjutkan kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali

56

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK dan mengulanginya supaya pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

Dalam mata pelajaran Matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran Matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan Matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaran Matematik ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :

Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari Matematik.

Membetulkan konsep dan kemahiran Matematik yang salah dikuasai oleh murid-murid. Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Matematik.

57

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 4.3 Intervensi Untuk Mengesan Masalah dalam Matematik

4.3.1 Kaedah Newman

Model berasaskan Teori Newman (1977) membantu untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan dalam penyelesaian masalah. Ia mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah Matematik: Membaca (decoding), Pemahaman, Transformasi, Kemahiran

Proses dan Encoding. Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

Pelaksanaan Temuduga The Newman

1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam Matematik. 2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. 3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara

menyelesaikan masalah.Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan. 4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di bawah) atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apaapa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang sangat revealing. 5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temuduga). 6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya. 58

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Lima Soalan/Arahan Newman

1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu. 2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan. 3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan? 4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan bercakap kuat semasa membuatnya suapaya cikgu faham

bagaimana awak berfikir. 5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap dan pastikan guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat latihan. Justeru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang murid lakukan.

Prosedur Analisis Kesilapan/Ralat Newman 1. Mengenal pasti ralat Bacaan: Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak faham beritahu saya. 2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: Beritahu saya, apa kehendak soalan itu. 3. Mengenal pasti ralat Transformasi: Sekarang beritahu saya apa kaedah yang awak gunakan untuk dapatkan jawapan. 4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: sekarang semak setiap langkah dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak fikirkan. 5. Mengenal pasti ralat encoding - keidakupayaan untuk menzahirkan jawapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai: Beritahu saya, apa jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan jawapan awak.

59

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 4.4 Intervensi Kepada Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah idea-idea atau konsep-konsep matematik yang disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa Matematik. Cerita atau karangan ini sebenarnya adalah tafsiran daripada kehidupan sebenar pelajar. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi pembelajaran Matematik. Elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai digunakan sebagai tindakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam menyelesaikan masalah guru perlu tunjuk bagaimana menyelesaikan masalah bukan tunjuk penyelesaiannya.

Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli pendidikan Matematik terdapat 5 kategori kesilapan murid. Di antaranya yang paling ketara ialah pelajar tidak boleh menterjemah terutama dalam masalah rajah, masalah cerita dan masalah kreatif.

4.4.1 Kaedah Polya

Langkah-langkah

umum

yang

guru

gunakan

dalam

mengajar

penyelesaian masalah sering bersandarkan Model Polya. Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian,

melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut model Polya adalah seperti berikut :

Langkah 1 - Fahami Masalah

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah pelajar perlu memahami apakah yang disoal (tugasan). Teknik-teknik dan strategi-strategi yang boleh membantu pelajar untuk memahami masalah adalah membaca masalah dengan teliti, jika perlu baca beberapa kali, menyenaraikan maklumat atau fakta-fakta yang diberi, 60

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK mengenal pasti frasa-frasa penting, mengenal pasti maklumat atau fakta yang tersirat dan mengenal pasti syarat-syarat tertentu atau kekangan-kekangan terhadap masalah. Langkah 2 Rancang

Apabila masalah telah difahami sepenuhnya langkah seterusnya ialah menentukan pendekatan atau kaedah yang boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah. Antara strategi yang sesuai ialah menggunakan pengetahuan lampau untuk merangka sesuatu teknik, mencari pola,

menggunakan penaakulan induktif, melukis rajah, membuat jadual atau carta, mencuba jaya, bekerja ke belakang dan menyatakan semula masalah jika perlu. Langkah 3 Laksana

Di peringkat ini teknik yang telah ditentukan pada peringkat merancang (Langkah 2) dilaksanakan. Pelajar memerlukan dua kemahiran iaitu,

menterjemah dan memproses. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling sukar kerana pelajar perlu menterjemah dan melakukan proses dengan menggabungkan maklumat, konsep dan fakta menggunakan prosedur dan operasi pemikiran.

Langkah 4 - Semak

Pada langkah akhir ini pelajar perlu menyemak semula penyelesaian terhadap masalah. Ini termasuklah menyemak ketepatan dan kemunasabahan keputusan dan menentukan syarat-syarat telah dipenuhi. Selain itu strategi alternatif untuk menyelesaikan masalah dilaksanakan. Masalah serta kaedah penyelesaian yang telah ditemui ini boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah serupa kemudiannya. Keempat-empat langkah ini perlu dilakukan

61

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK dengan teliti dan terancang supaya pelajar dapat memperkembangkan proses menaakul, berkomunikasi dan membuat keputusan.

4.4.2 Model Pengajaran

Model pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti: Kaedah Pembelajaran Mastery, Direct Learning dan Direct Instruction. Kaedah Pembelajaran Mastery merupakan suatu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Ia memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru.

Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.

Direct Learning merupakan pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu. Ia terbahagi kepada tiga kategori:

62

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa yang disasarkan) Strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana untuk memahaminya) Strategi Imbuhan (compensation) - (strategi bagi penggunaan bahasa akibat ruang lompang dalam pengetahuan)

Direct Instruction merupakan pengajaran guru dikuti struktur dan langkah spesifik yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Prinsip Direct Instruction adalah seperti berikut:

Pengenalan/Semakan Perkembangan Latihan Berpandu Penutup Latihan Bebas Penilaian

4.4.3 Penyiasatan dan Eksplorasi

Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan Disposisi penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi kejayaan dan kegagalan dan perbincangan (Mayer, 2003). Dalam persekitaran itu, murid membentuk keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan untuk membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah. Murid yang kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan dan meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui kaedah penerokaan ini. Terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan (Glencoe/McGraw-Hill, 2001): 63

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 1. Penerokaan

Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat relevan atau tidak bagi penyelesaian masalah.

2.

Perancangan

Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi bagi mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membntuk persamaan. Murid juga hendaklah digalakkan untuk satu andaian atau jangkaan bagi penyelesaiannya. Jangkaan ini boleh membantu sama ada jawapan akhir yang dihasilkan bertepatan.

3.

Penyelesaian

Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid akan melaksanakan pengiraan Matematik yang perlu bagi menentukan jawapan. Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima pada percubaan pertama. Oleh itu, murid perlu sedar mereka mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati kaedah pengiraan tersebut tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kaedah alternatif perlu dipilih.

4.

Pemeriksaan

Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia relevan dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi. Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk dalam langkah perancangan 64

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK sama ada ianya menepati pengiraan sebenar yang dibuat. Justeru, murid hendaklah membaca masalah berulang kali bagi memastikan ianya diinterpretasi dengan tepat. Jika jawapan tidak menepati masalah yang diberi, murid hendaklah mengulang semula langkah perancangan dan penyelesaian masalah.

Melalui pendekatan ini, guru memberi murid masalah Matematik berdasarkan konteks persekitaran dan membenarlkan murid membina strategi mereka sendiri bagi menyelesaiakan masalah menggunakan sumber yang sedia ada. Mereka boleh menggunakan gambar, perwakilan simbolik atau secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan sekelas. Proses untuk mendapatkan jawapan.

4.5

Intervensi Dalam Matematik Sosial

4.5.1 Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

4.5.2 Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Ia juga 65

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK merupakan dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

4.5.3 Lain-lain (Others)

Intervensi dalam Matematik Sosial yang lain adalah seperti kaedah eksperimen / kerja praktik, analogi ( analogy ) dan lain-lain.

Kaedah eksperimen atau kerja praktik merupakan suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya dan suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Ia juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah Matematik. Contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen adalah seperti menyukat air dengan menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair.

Analogi ( Analogy ) pula ialah satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak diajar.

66

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Latihan

1.

Tunjukkan bagaimana anda mengesan masalah murid berikut dengan

menggunakan kaedah Newman. 207 17 214

Perbincangan ( 1 jam)

Dengan merujuk pada buku teks yang sama pada minggu 3, kenalpasti soalansoalan berbentuk penyelesaian masalah untuk komponen asas dan komponen matematik sosial. Adakah masalah maetmatik yang diutarakan sesuai untuk murid pemulihan?

Dengan merujuk kepada internet / sumber lain dari contoh penggunaan kaedah Newman untuk mengesan masalah dalam Matematik.

67

You might also like