You are on page 1of 7

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 12
SINOPSIS

ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk ini membincang dan mengkaji isu-isu dan trenda terbaru dalam teknologi pendidikan, merangkumi teknologi yang digunakan dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah yang membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, diperbincangkan juga trenda terkini teknologi yang mendokong perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.

HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Menerangkan konsep Hak cipta Terpelihara (Copyright), Keselamatan, Kerahsiaan dan Kawalan Kendiri; ii. Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan Hak cipta Terpelihara, Keselamatan, Kerahsiaan dan Kawalan Kendiri; iii. Menjelaskan trenda terkini teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

Hak Cipta Terpelihara

Kerahsiaan

Isu-isu dan Trenda dalam Teknologi Pendidikan

Keselamatan

Kawalan Kendiri

Fikirkan

Apakah yang dimaksudkan dengan Hak cipta Terpelihara. Bagaimana Hak cipta Terpelihara boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.? Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi membina bahan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN tanpa melanggar Akta Hak cipta?

12.1 Hak Cipta Terpelihara Hak cipta Terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh. Hak cipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai hak kepunyaan terhadap ciptaan mereka. Undangundang hak cipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

terhadap ciptaan mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu; i. ii. iii. Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang; Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan; Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan mereka; iv. Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Antara yang dikawal di bawah undang-undang hak cipta ialah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan. Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol atau perkataan Copyright atau Hak cipta Terpelihara, tahun pertama penerbitan, dan nama pemilik hak cipta tersebut.

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia tanpa melanggar undang-undang hak cipta temasuk: i. ii. Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai hak cipta; Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hak cipta yang tepat atau public domain material; iii. iv.
Fikirkan

Membina atau mencipta bahan itu sendiri; Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal.

Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi murid di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

12.2 Dalam

Keselamatan bidang pendidikan, aspek keselamatan amat dititikberatkan. Adalah menjadi

tanggungjawab pentadbir sekolah menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat. Peranan guru penting dalam mendokong aspek kebajikan dan keselamatan murid, kerana pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku di makmal komputer dan bilik teknologi. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan keselamatan ketika berada di makmal dan bilik teknologi perlulah diamal dan dipatuhi oleh setiap pengguna.

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Memandangkan setiap makmal komputer dan bilik teknologi sedia dilengkapi dengan perkakasan dan peralatan elektrik dan elektronik, aspek keselamatan diri serta keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik perlu dipelihara. Perkakasan komputer, seperti monitor, papan kekunci, tetikus, unit sistem audio, pencetak, projektor overhead dan lain-lain perlu dijaga dengan baik. Begitu juga dengan perkakasan teknologi seperti televisyen, sistem audio, perakam video tidak ketinggalan perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. Penggunaan komputer dan alatan teknologi dihubungkan dengan kuasa elektrik yang tinggi voltannya. Langkah keselamatan semasa penggunaan perlu diberi perhatian agar mengelakkan daripada risiko terkena rencatan elektrik. Oleh itu, kekerapan penyenggaraan dan

penyelenggaraan peralatan komputer harus dilakukan, khususnya kabel-kabel berada dalam keadaan baik. Kemungkinan terjadinya arus pendek boleh menyebabkan kebakaran dan kerosakan peralatan komputer. Keselamatan data dalam komputer perlu dijaga dengan menyimpan data dalam cakera keras di samping adanya salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan sekunder yang lain. Tujuannya supaya salinan fail asal selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus. Beberapa kajian menunjukkan penggunaan komputer yang berterusan boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti sakit kepala, ketegangan otot dan tulang (terutama bahu, pergelangan tangan, leher, punggung, dan bahagian bawah pinggang), mata merah, berair, dan gangguan penglihatan. Oleh itu posisi tubuh, posisi peralatan komputer dan pencahayaan ruangan makmal/bilik sangat mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan pengguna komputer. Skrin komputer sebaik-baiknya 15 darjah hingga 30 darjah dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin seharusnya antara 40-70 cm. Gerakkanlah badan untuk mengurangkan ketegangan otot. Alihkan pandangan ke sekitar ruangan makmal/bilik untuk merelakskan mata. Bagi memastikan sistem komputer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan harus bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara di persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil. Saiz meja seharusnya sesuai untuk meletakkan komputer. Jarak antara kedudukan komputer dengan dinding harus sesuai untuk peredaran udara.

Dari segi menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, pengguna digalakkan membersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Cara yang paling baik adalah dengan mengelap skrin dengan kain basah. Monitor komputer pada umumnya menggunakan resolusi gambar (CRT) yang dapat menyebabkan pemancaran cahaya yang cukup tinggi untuk diterima oleh retina mata manusia. Oleh itu, bahagian paparan skrin harus memiliki layar anti radiasi, agar mata terhindar dari kerosakan akibat pancaran radiasi sinar cahaya komputer.

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk. Celah-celah kekunci dibersihkan. Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah Penipuan Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer Kecurian maklumat Menyalin perisian secara tidak sah Pengintipan Judi Siber Skim cepat kaya Pornografi Pengodam/Hacker Penyebar Virus

Dengan ini, pembelajaran teknologi pendidikan di makmal komputer dan bilik teknologi yang dilengkapi dengan peralatan elektronik harus dijaga dan dipelihara melalui peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan sepanjang masa.

12.3

Kerahsiaan

Kerahsiaan yang dikaitkan dengan teknologi adalah penjagaan dan pemeliharaan rahsia maklumat teknologi sesuatu bahan, alat atau objek, bahan bertulis (seperti peta topografi, pelan, model, graf, lukisan), dan bahan/alat yang mengandungi suara (seperti pita perakam), filem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya. Difahamkan, tahap kerahsiaan yang rendah akan mewujudkan konflik nilai hak peribadi (privacy) dan kerahsiaan (confidentiality). Teknik kriptografi yang sering digunakan untuk menjaga, menyimpan dan memelihara rahsia dan maklumat digital. Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti komputer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan,insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri. Nilai-nilai kerahsiaan kini dikatakan tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data,imej atau grafik secara emel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang berniat buruk. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejateraan individu, masyarakat maupun negara.

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi atau negara, teknologi maklumat digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan daripada diketahui oleh awam atau kerajaan lain. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang, peraturan,

pelesenan dan praktis penguatkuasaan pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan negara, orang perseorangan atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan, mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data/maklumat yang diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab, amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi atau negara. Sehubungan itu, pendidikan yang merupakan tonggak kemajuan sesuah negara perlu mengutamakankan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental murid untuk tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif.
Fikirkan

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin,dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah cara untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh dicerobohi?

12.4

Kawalan Kendiri

Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak dilatih untuk mengawal kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti murid untuk mengawal diri dengan berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu perlu mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi dengan baik demi mencapai keseimbangan dan integriti sebagai anggota dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika penggunaan bahan dan teknologi.

Setiap pengguna teknologi dan teknologi maklumat perlu mempunyai tanggungjawab diri serta dapat mengawal diri. Semasa melayari laman web, seseorang perlu berkebolehan untuk
5

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

mengawal diri daripada melayari bahan yang menyalahi undang-undang atau kod etika serta disiplin diri. dalam menentukan keutamaan mencapai keseimbangan, integriti dan kualiti hidup sebagai warganegara, ahli masyarakat, pelajar dan pekerja.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau undang-undang yang digariskan.

12.5

Trenda Terkini Dan Masa Depan Teknologi Pendidikan

Pembelajaran elektronik Jenis pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Perkembangan ini merupakan satu kemudahan alternatif untuk menyampaikan maklumat secara elektronik kepada semua pelajar di luar kelas formal. Dengan perkembangan ini, seseorang pendidik dapat menghubungi dan mendidik kumpulan kecil murid, tetapi bilangan yang akan dilatih adalah ramai.

Internet dan komputer merupakan resos utama untuk melaksanakan e-pembelajaran ini kerana komputer adalah alat penghubung ke internet yang mengandung pelbagai maklumat yang berguna kepada murid dan guru, terutamanya dengan aktiviti pemerolehan maklumat untuk penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran melalui internet semakin meningkat.

Melalui e-pembelajaran, perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan dan dapat menggiatkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Murid masa kini tidak semestinya memperoleh bahan daripada buku teks, tetapi boleh mengakses laman web berkenaan. Di samping itu, CD-ROM dengan elemen-elemen animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara lebih menyeronokkan.

Dengan

pelaksanaan

e-pembelajaran,

ia

dapat

membantu

guru

yang

tidak

dapat

menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu. Murid boleh menerima pembelajaran daripada modul e-pembelajaran melalui internet atau CD, di samping membantu untuk mengembangkan potensi murid dalam melayari maklumat untuk penyelesaian pembelajaran serta memenuhi perasaan ingin tahu mereka.

Media Tradisional masih relevan Smaldino et al. (2005) telah menyatakan bahawa ramai guru ingin melupakan media tradisional dan memberikan fokus kepada teknologi baru. Namun demikian, pemikiran ini adalah tidak betul. Para pendidik haruslah terus menggunakan media tradisional kerana antara jenis media ini lebih memberi manfaat berbanding teknologi baharu yang lain. Yang penting adalah guru

EDU3105

T12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

harus bijak dalam memilih pelbagai media yang sedia ada dan yang terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan bilik darjah masih menggunakan papan kapur atau papan putih. Begitu juga dengan OHP yang masih berkesan sebagai alat bantu mengajar yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid walaupun terdapat teknologi digital dan komputer. Di samping itu, buku teks dan bahan bercetak merupakan alat pengajaran yang paling popular sehingga kini. Murid mengajar Guru Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Walaupun tempat guru tidak dapat diambil alih oleh teknologi, akan tetapi peranan guru telah berubah daripada seorang penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran. Tambahan pula, guru juga akan menjadi fasilitator, pengurus dan penggerak di mana murid dibantu dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca. Para guru kini tidak lagi melihat sesebuah kelas sebagai satu kumpulan kolektif, tetapi lebih melihat kepada kumpulan individu yang berbeza keupayaan, kebolehan dan keperluan. Sehubungan itu, guru dapat mengenal pasti kalangan individu murid yang memerlukan bimbingan khusus. Pada masa ini, guru menjadi pembimbing di sisi murid bukan lagi sebagai penyampai di atas pentas. Dengan ini, permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran komputer kian meningkat. Oleh yang demikian, amat penting untuk guru berkemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah cara murid serta dapat mengekalkan minat murid dengan pelbagai jenis media pengajaran.
RUMUSAN Bab ini telah menerangkan tentang isu-isu berkaitan hak cipta, keselamatan, kerahsiaan, dan kawalan diri dalam mengendalikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dibincangkan juga Trenda-Trenda terkini dalam teknologi pendidikan yang berkait rapat dengan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005). The systematic design of instruction. Edisi ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon. Johnson,D.L., Cleborne, D.M. & Liu. (1997) Using Technology in the Classroom, New York: Haworth Press. Kementerian Pelajaran Malaysia, Hak cipta, diakses pada Jun 27, 2008. daripada

[http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhak cipta.php]
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 2001. Akta Hak cipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-peraturan & perintahperintah, Kuala Lumpur: International Law Book Services. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia. 7

You might also like