You are on page 1of 3

BIODATA PN RAMLAH BT.

YUSUF Segak bergaya permaisuri mahkota, Dimahkotakan dalam majlis yang meriah, Izinkan saya membacakan biodata, Didahului dengan lafaz bismillah. Bismillahirrahmanirrahim.

Pada tanggal 1 Oktober 1954 tarikh keramat bagi pasangan bertuah En Yusuf bin Abd. Majid dan _______________________ di Kg. Sg. Galah Tg. Tualang Perak apabila dikurniakan seorang puteri. Anak tunggal kelahiran pasangan ini diberi nama Ramlah bt. Yusuf. Namun Pn. Ramlah telah dibesarkan oleh ibu kandung dan ayah tirinya En. Harun b Arshad dan membesar di Kampung Makmur Tg Tualang kerana mengikut ayahnya yang bekerja sebagai pekerja lombong bijih timah. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik tiri. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah pada tahun 1961. Maka bermulalah pencarian ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun 1967 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan sehingga ke tingkatan 5 dan menjadi seorang pustakawan yang bertanggungjawab. PERKAHWINAN Tidak sempurna kejayaan ditinta tanpa bicara keluarga tercinta, mendirikan mahligai bahagia bersama En Alang bin Bah Bo pada 10 Jan 1976. Beliau telah dianugerahkan 4 orang cahayamata iaitu Rohani, Roslan, Suria dan Long. SEJARAH PERKHIDMATAN Liku-liku kehidupan telah mengajar beliau menjadi seorang yang gigih. Minat beliau dalam pendidikan telah menyebabkan beliau telah diterima bekerja sebagai guru di Tadika Batu 9 di bawah kelolaan Jabatan hal Ehwal Orang Asli sebagai Pembantu Luar Tingkatan Biasa dengan gaji sebanyak RM90.00 bermula tahun 1973 1979. Bermula tahun 1980 hingga 1984 beliau telah diarahkan bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pos Bersih yang kini dikenali sebagai SK Pos Bersih. Mengajar semua subjek memandangkan hanya beliau seorang sahaja guru disekolah tersebut. Dalam ketekunan beliau menyemai bakti beliau telah dikejutkan dengan kehilangan puteri sulung beliau Rohani yang meninggal dunia disebabkan sakit

bengkak hati pada usia 9 tahun. Namun beliau redha dengan apa yang ditentukan Allah dan terus gigih menyemai bakti untuk mendidik anak bangsa. Beliau terus dikurniakan anugerah yang tidak ternilai dengan kelahiran 4 orang cahayamata lagi iaitu Mohd Taufik, Norhayati, Mohd Amin dan Rahimah. Setelah menabur bakti di Pos Bersih beliau telah diarahkan bertukar ke SK Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Kg Senta selama 9 tahun bermula pada tahun 1995 2004. Sepanjang beliau berada disitu beliau telah melahirkan seorang lagi bayi lelalki iaitu Hanifah dan mengambil seorang anak angkat bernama Nor Aisyah. Bakti disemai budi dituai segala jasa dan bakti dalam memperjuangkan anak bangsa telah menyebabkan beliau telah diterima berkursus KDC di Maktab Perguruan Teknik Cheras bermula pada tahun 1989. Menyingkap sejarah pengajianyannya bermula di SK Pos Bersih ketika praktikal pertama dan meneruskan praktikal kedua di SK Ulu Slim.Segala penat lelah beliau terbalas apabila beliau telah dilantikan sebagai seorang guru pada tahun 1991 dan diserap ke SK Ulu Senta. Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan didulangi ilmu, Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat. Bermula tahun 2003 beliau telah memulakan khidmat di SK Sri Kinjang yang pada masa itu En Baharom bertuagas sebagai seorang Guru Besar. Ditugaskan mengajar Bahasa Melayu dan Beliau sangat komited dalam tugasnya. Sentiasa memperbaiki diri dan sntiasa menghadiri kursus kursus yang berkaitan dengan kerjayanyan. Beliau juga merupakan seorang pendidik yang penyayang dan begitu sabar dengan karenah anak didiknya. Masakan tidak beliau berpengalaman menjadi seorang guru pemulihan semenjak tahun 2005 dan mudah bagi beliau kerana beliau mampu berkomunikasi orang asli. Kata orang, alah bisa tegal biasa, dan genggam bara biar sampai jadi abu, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Ramlah bt. Yusuf yang sangat dihormati dan disayangi. Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegangag kepada prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya. Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 58 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa di mamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya

dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru. Segala usaha dan bakti beliau merupakan sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan segala jasa yang ditabur akan tetap segar mewangi sepanjang zaman. Bersara bukan bererti perjuangan akan terhenti malah beliau akan terus menabur jasa di persada dunia. Tenanglah tenang air dilaut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik pasti disanjung. Selagi ada daya peluang untuk berjaya tetap ada. Atas segala bakti dan jasa yang ditaburkan kami sentiasa mendoakan agar beliau terus bahagia dan sihat sejahtera. Jasamu tetap dikenang. Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu.~

You might also like