You are on page 1of 16

PERMASALAHAN DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DI KALANGAN PELAJAR ASRAMA**

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau Permasalahan dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Permasalahan yang dikaji adalah tingkah laku, konsep kendiri, kerjaya, rakan-rakan, asrama dan guru-guru, dan juga kewangan. Responden kajian terdiri daripada 194 orang pelajar pelbagai aliran yang menetap di asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Satu set soal selidik digunakan untuk menjawab persoalan yang telah dikemukakan. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A berkaitan latarbelakang responden, Bahagian B berkaitan permasalahan, Bahagian C pula berkaitan keperluan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Keputusan kajian rintis seramai 30 orang di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani, Kedah menunjukan kebolehpercayaan sebanyak 0.719 alpha Cronbach. Penyelidik menganalisis data dengan mengunakan kaedah deskriptif iaitu peratusan. Hasil kajian menunjukkan permasalahan utama yang adalah masalah konsep kendiri sebanyak 70%. Ini diikuti masalah tingkah laku sebanyak 64%, kerjaya sebanyak 62.5%, kewangan sebanyak 59%, dan permasalahan asrama dan guru-guru sebanyak 58%. Permasalahan yang terendah adalah rakan-rakan sebanyak Kertas kerja Peringkat Kebangsaan di bentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG 2005. Anjuran USM, Pulau Pinang pada 28-30 Ogos 2005 di Hotel Shangri-La, Georgetown, Pulau Pinang. Anjuran Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
*

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 46.5%. Kajian juga menunjukan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tinggi mengikut tahap pengetahuan iaitu 84.8%, penglibatan sebanyak 75.8% dan keperluan sebanyak 86%.

PENGENALAN

Perkembangan kehidupan remaja adalah bermula daripada kanak-kanak dan pendidikan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi zaman kanak-kanak tersebut. Pendidikan yang di berikan perlulah mempunyai ciri-ciri ke arah kehidupan yang positif. Menurut Kamarudin (1989) Sejak 44 tahun yang lalu, telah berlaku beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan kita yang bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, maju, bersatu padu, berkemahiran, berakhlak mulia dan sebagainya. Oleh itu kanakkanak tadi perlulah di berikan persediaan yang cukup untuk menghadapi alam kedewasaan. Persediaan itu bergantung kepada mental, fizikal, kemahiran dan sebagainya lagi. Persediaan awal diperlukan oleh seseorang individu supaya mereka tidak akan mengalami tekanan dan sentiasa menerima keadaan itu dengan tenang. Persediaanpersediaan ini juga membantu individu supaya tidak terjebak dengan gejalagejala negatif yang mungkin timbul dari perasaan tertekan itu. Persediaan itu diperlukan di peringkat persekolahan lagi. Persediaan awal diperlukan supaya individu-individu tadi lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang. Di sini, dapat melihat betapa pentingnya keperluan bimbingan dan kaunseling kepada setiap individu yang bergelar pelajar. Seperti yang diketahui persediaan seseorang individu itu perlulah lebih diberi perhatian oleh pihak sekolah diperingkat persekolahan. Sekolah merupakan institusi yang lebih profesional dalam membentuk perkembangan pelajar. Ini telah ditunjukkan di negara Barat, terutamanya di Amerika Syarikat, kaunselor sekolah terdiri daripada para professional yang diberi tugas sepenuh masa untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan seperti yang dinyatakan oleh Delaney dalam Ee Ah Meng (1989).

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 PERMASALAHAN PELAJAR ASRAMA

Perkhidmatan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang penting di sector kerajaan, sektor swasta, NGO dan sebagainya. Menurut Ee Ah Meng (2002) perkhidmatan ini bukan kepada individu yang menghadapi masalah tetapi boleh diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai masalah. Menurutnya lagi, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga boleh digunakan untuk

meningkatkan motivasi dan mencapai tahap perkembangan diri yang maksima. Kajian permasalahan dan keperluan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar asrama di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ini dijalankan kerana penyelidik mempunyai pengalaman belajar dalam jurusan teknik ketika ditingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani, Kedah. Menurut Mohamad Najib (2002) faktor pengalaman seseorang individu boleh dijadikan sebagai suatu sumber untuk dijadikan masalah kajian. Di samping itu, bidang pengajian penyelidik pada masa sekarang juga merupakan bidang teknik dan vokasional iaitu kejuruteraan mekanikal. Berdasarkan pengalaman penyelidik, pelajar asrama memang disediakan kemudahan asas seperti tempat tinggal yang selesa, perpustakaan, perpustakaan, dan alat untuk belajar ke sekolah. Walaupun kemudahan yang diberi sempurna dan mencukupi, pelajar-pelajar turut menghadapi permasalahan dalaman seperti konsep kendiri, akademik, wang saku, kerjaya, masalah diri, asrama, keluarga, penyesuaian, komunikasi dan sebagainya.

Justeru itu, permasalahan ini menimbulkan minat kepada penyelidik untuk melakukan Kajian Permasalahan Dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Terhadap Pelajar Asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Oleh itu, sekiranya kajian permasalahan dan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat diketahui sudah tentulah ia akan dapat menangani permasalahan dan apakah keperluan sebenar yang diperlukan oleh para pelajar asrama Sekolah teknik berkenaan. Justeru itu, sudah tentulah ia akan dapat membantu meningkatkan keputusan pencapaian akademik pelajar,

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 konsep kendiri pelajar, tingkah laku pelajar, hubungan rakan sebaya pelajar, dan kualiti pengajaran guru.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian bersifat tinjauan yang berbentuk deskriptif. Menurut Mohamad Najib (2002), menganalisis data mengunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratusan untuk menerangkan jumlah kekerapan bagi setiap ciri pembolehubah. Penyelidik mengunakan statistik asas bilangan dan peratusan. Kaedah soal selidik yang digunakan untuk mencari data-data yang bersesuaian dengan persoalan kajian. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan tidak rawak bertujuan. Menurut Mohamad Najib (2002),

persampelan seperti ini adalah model sampelan tidak rawak paling ringkas dan mudah.

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada keseluruhan pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu, Johor Darul Takzim. Menurut Mohamad Najib (1999) penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Dalam kajian ini penyelidik akan mengambil seratus 194 orang pelajar asrama belajar di tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada 107 orang pelajar perempuan dan 87orang pelajar lelaki, yang tinggal di asrama. Menurut Mohd Majid, (1990) penggunaan saiz sampel perlu digalakan melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Pertambahan saiz sample akan lebih mewakili populasi pada paras keyakinan 100 % kerana dengan cara ini tiada ralat persampelan berlaku.

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 ANALISA DATA

Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan tinjauan melalui soal selidik dilakukan ke atas 194 orang pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Analisis deskriptif seperti peratusan digunakan untuk menganalisis data. Terdapat tiga bahagian di dalam soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.5. Responden hanya boleh menjawab dengan menggunakan dua pilihan jawapan yang dikodkan. Jawapan bagi skor 1 setuju dan 0 tidak setuju. Peratusan yang akan didapati kelak hanya akan menunjukan peratusan setuju dan tidak setuju. Daripada purata peratusan untuk keseluruhan item mengikut kategori akan menjawab persoalan kajian. Pengkelasan yang dibuat hanya digunakan untuk kajian ini sahaja dan tidak kepada kajian yang lain. Oleh itu, penyelidik menggunakan peratus, Purata peratusan dan kekerapan untuk mengetahui jenis permasalahan utama dan keperluan bimbingan dan kaunseling yang diperlukan oleh responden. Dari penganalisaan tersebut maka penyelidik dapat membuat rumusan untuk keputusan kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Responden terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus yang ditawarkan di sekolah ini seperti elektrik iaitu seramai 51 (26.3%) orang, Awam seramai 43 (22.2%) orang, Jentera seramai 42 (21.6%) orang, keusahawanan seramai 35 (18%) orang, dan pertanian pula seramai 23 (11.9%) orang. Jumlah kesemua responden adalah 194 orang. Data menunjukan semua responden yang tinggal di asrama adalah berbangsa melayu. Bilangan responden mengikut jantina ialah 88 orang (45.4%) responden adalah lelaki dan 106 orang (54.6%) pula terdiri daripada responden perempuan. Status responden menunjukan bilangan status pelajar asrama mengikut kursus yang di tawarkan di Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu, iaitu anak yatim sebanyak 13 orang (6.7%), yatim piatu hanya

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 seorang pelajar (0.5%) dan selebihnya 180 orang (92.8%) pelajar masih beribu bapa. Manakala status ibu bapa kepada responden. Status ibu bapa responden yang masih bersama adalah 168 orang (86.6%), manakala bercerai pula sebanyak 13 orang (6.7%). 13 orang (6.7%) lagi dikecualikan untuk menjawab soalan ini. Pekerjaan ayah atau penjaga kepada responden. Jika dilihat perkerjaan bapa atau penjaga yang paling tinggi terdiri daripada kakitangan kerajaan 79 orang (43.6 %). Kemudian diikuti pekerjaan dalam sektor swasta iaitu sebanyak 52 orang (28.7%) dan akhir sekali bapa pelajar yang berkerja sendiri iaitu sebanyak 50 orang (27.6%). Sebanyak 13 orang (6.7%) tidak menjawab. Kajian pendapatan keluarga bagi responden. Pendapatan keluarga sebanyak 1,000 kebawah menunjukan yang paling banyak iaitu sebanyak 80 orang (41.2%). Kedua, pendapatan keluarga 1,000 ke 2,000 sebanyak 64 orang (33%). Pendapatan keluarga sebanyak 23 orang (11.9%) pula dipelopori oleh tingkat pendapatan 2,000 ke 3,000. Tingkat pendapatan keluarga 3,000 ke 4,000 di wakili oleh 14 orang responden. Manakala hanya 13 orang (6.7%) responden menunjukkan pendapatan keluarga 4,000 ke atas.

PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DIKALANGAN PELAJAR ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

Jenis permasalahan yang paling tinggi adalah kategori konsep kendiri iaitu 70%. Kemudian diikuti oleh permasalahan dari kategori tingkah laku (64%); kategori kerjaya (62.5%); kategori kewangan (59%); dan kategori asrama dan guru-guru. Masalah yang dilihat paling rendah adalah kategori. rakak-rakan (46.5%).

a. Masalah konsep kendiri

Keputusan kajian ini menunjukan bahawa jenis permasalahan konsep kendiri merupakan masalah utama mengikut urutan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Data menunjukan purata peratusan adalah 70 % yang menunjukan mereka menghadapi masalah dari

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 konsep kendiri. Dapatan penyelidik menunjukan 81.4% diantara mereka

menunjukan mereka tidak yakin untuk belajar disini. Sedangkan konsep kendiri bagi pandangan Aminah (1994) merupakan pandangan dan kepercayaan seseorang terhadap diri sendiri. Menurut beliau, konsep kendiri seseorang banyak mempengaruhi tingkahlaku atau amalannya sehari-hari, contohnya, seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak pandai membaca, dia sentiasa mengelak dari membaca atau sebarang aktiviti. Kajian Chiam dalam Aminah (1994) merumuskan bahawa kaum remaja di sekolah adalah kurang yakin, rasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah tersinggung dan mudah malu.

b. Masalah tingkah laku

Keputusan kajian ini menunjukan bahawa kategori tingkahlaku merupakan jenis permasalahan yang kedua. Purata peratusan adalah 64% menunjukan pelajarpelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menghadapi masalah tingkah laku. Data menunjukan 53.6% daripada pelajar asrama Sekolah Menegah Teknik johor Bahru bermasalah dari segi tingkahlaku kerana data menunjukan banyak daripada mereka lebih suka keluar di hujung minggu jika tidak pulang ke rumah masing-masing dan 58.8% daripada mereka tidak menyukai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di asrama. 49% pelajar menyatakan kadangkala mereka tidak akan menghadiri kelas. Sapora (2000) menyatakan masalah disiplin merupakan sesetengah kes yang melibatkan tingkah laku. Beliau menyatakan lagi dalam kajiannya didapati masalah masalah disiplin yang selalu dirujuk kepada kaunselor adalah seperti menghormati guru, ponteng sekolah, masalah dalam bilik darjah, pergaduhan, merosakan harta benda sekolah dan menyertai kumpulan-kumpulan haram. Bakhtiar dalam Aminah dan rakan-rakan (1987) mendapati masalah ponteng pelajar di sekolah menengah adalah disebabkan oleh faktor pengunduran dari sekolah. Ini menyebabkan segelintir pelajar gagal menyesuaikan diri kepada segala cabaran di dalam dan di luar sekolah.

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 c. Masalah kerjaya

Keputusan kajian sebanyak 62.5% ini menunjukan jenis permasalahan yang ketiga yang dihadapi oleh pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ialah dari kategori kerjaya. Data sebanyak 98.5 % bersetuju ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). dan 91.8 % bersetuju menunjukan mereka bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Sebanyak 79.9% pula menunjukan mereka suka mempelajari matapelajaran teras atau elektif disekolah. Walaupun begitu 72.2% bersetuju bahawa tidak pasti sama ada dapat pekerjaan yang sama dengan kerjaya yang diminati. Mirzan (1992) menyatakan bahawa guru boleh membantu pelajar melihat ke arah manakah seseorang pelajar itu boleh membawa dirinya ke alam pekerjaan nanti. Menurut beliau lagi, kelab bimbingan dan kaunseling disekolah membantu para pelajar berpeluang untuk meningkatkan lagi kemampuan untuk menhalakan diri mereka dalam peluang kerjaya yang sesuai dengan kebolehan. Abu Zahari dalam Suradi (1994) menyatakan bahawa minat berperanan penting kerana minat dapat mempengaruhi dan mendorong pelajar berusaha dengan gigih untuk menguasai serta mandapatkan apa yang dikehendaki. Kajian penyelidik menunjukan pelajar meminati setiap

matapelajaran yang diajar oleh guru, walaubagaimanapun mereka tidak mempunyai kepastian bahawa mereka boleh menceburi bidang pekerjaan yang sama dengan minat mereka suatu hari nanti.

d. Masalah kewangan

Keputusan kajian ini menunjukan 59% (Graf 4.12)kategori permasalahan untuk kewangan sebenarnya merupakan permasalahan keempat. Jadual 4.18 telah menunjukan 75.3 % pelajar memerlukan wang untuk membeli peralatan belajar. Pelajar menyatakan 56.2 % daripada mereka tidak bersetuju bahawa mereka terdiri daripada latar belakang keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai. Sikap 61.3 % pelajar yang tidak suka menabung merupakan masalah

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 kepada mereka. Asfalela (2003) menyatakan ibu bapa perlu prihatin terhadap sebarang perancangan yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya dapat membimbing serta serta memberi sebarang bentuk bantuan kewangan terhadap pemilihan mereka. Imam al-Ghazali menyatakan setiap tindakan manusia adalah berasaskan dorongan dan motivasi. (Ee Ah Meng ,1989). Oleh itu setiap pekara yang memerlukan wang untuk pelajar itu belajar merupakan dorongan kepada mereka untuk belajar dan wang itu merupakan motivasi kepada mereka apabila memperolehi wang untuk membeli pekara yang didorong.

e. Masalah aspek asrama dan guru-guru

Keputusan kajian ini menunjukan 58% daripada kategori permasalahan asrama dan guru-guru merupakan masalah yang kelima. Data pada Jadual 4.17 ini telah menunjukan 53.6% daripada sebahagian pelajar tidak menyenangi guru-guru di sekolah tersebut. Walaupun begitu 57.2 % menyatakan warden selalu mengambil berat tentang diri mereka di asrama. 142 % menunjukan pelajar tidak berpuas hati dengan penyediaan makanan di asrama. Melalui hasil dapatan menunjukan sebilangan besar daripada pelajar mereka tidak mempunyai hubungan yang baik dengan guru mereka. Mereka hanya mempunyai hubungan yang baik dengan warden asrama. Tetapi kehidupan pelajar diasrama kurang memuaskan kerana penyediaan makanan tidak dilakukan dengan baik. Faktor makanan juga sebenarnya merupakan faktor penting pertumbuhan otak kanakkanak atau remaja tersebut.(Zuraidah, 1990)

f. Masalah rakan-rakan asrama

Keputusan kajian ini menunjukan 46.5% kategori rakan-rakan tidak membawa masalah kepada mereka, data daripada Jadual 4.16 menunjukan 76.8 % menyatakan rakan-rakan banyak memberi motivasi. Data juga menunjukan 54.1 % menyatakan rakan-rakan mempengaruhi dan 82.5% menyatakan mereka bersemangat untuk belajar disebabkan oleh rakan-rakan. Ibrahim (2003)

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 menyatakan masalah yang paling kurang dihadapi oleh pelajar adalah dengan rakan-rakan. Katanya lagi, rakan sebaya dianggap pelajar sebagai tempat mengadu. Dapatan kajian Aminah (1994) menunjukan seramai 37% daripada pelajar menafikan mereka hilang sabar dengan rakan sebaya dan 29.3 % pula menunjukan ahli keluarga mereka selalu membuatkan mereka marah. Kajian Ibrahim pula menunjukan 45 % pelajar akan berjumpa kawan rapat, 38 % kawan biasa dan 9.6 % adalah guru sebagai tempat untuk meluahkan masalah. Daripada ketiga-tiga kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa hampir kesemua pelajar asrama tidak menghadapi masalah bersama rakan-rakan.

Walaubagaimanapun, mereka tetap akan dipengaruhi oleh rakan-rakan samaada kearah kebaikan atau keburukan.

KEPERLUAN

PERKHIDMATAN

BIMBINGAN

DAN

KAUNSELING

DIKALANGAN PELAJAR ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHARU

Dapatan

menunjukan

84.8%

daripada

pelajar

pernah

mendengar

dan

mengetahui mengenai Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 76.8% daripadaPelajar asrama juga bersetuju menyatakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat menyelesaikan masalah orang lain. Melalui kenyataan ini menunjukan pengetahuan pelajar tinggi tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dapatan menunjukan 75.8% daripada pelajar banyak melibatan diri dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menunjukan pelajar mengenali perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan khas di asrama mereka dan mereka memerlukan perkhidmatan tersebut. Sebahagian responden pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perkhidmatan tersebut. Pelajar asrama juga menunjukan sebahagian daripada mereka banyak mengikuti dan melibatkan diri dalam perkhidmatan itu. Dapatan akhirnya menunjukan 86% daripada pelajar memerlukan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling keperluan ini kerana percaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membantu mengeratkan interaksi sosial diantara rakan-

10

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 rakan dan kakitangan asrama. Data juga telah menunjukan apabila pelajar asrama mempunyai masalah mereka suka jika ada orang yang mendengarnya. Dengan cara berbincang dengan kaunselor dapat meringan tekanan dan membantu berpandangan lebih positif. Responden juga percaya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat meringan masalah mereka. Kenyataan yang diketengahkan itu menunjukan keperluan pelajar terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalah tinggi.

KESIMPULAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah deskriptif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen. Soal selidik itu terbahagi kepada 3 bahagian.bBahagian A merupakan latar belakang responden, Bahagian B merupakan jenis permasalahan manakala, akhir sekali merupakan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bahagian B terdapat 6 permasalahan yang dikemukana iaitu tingkah laku, konsep kendiri, kerjaya, rakan-rakan, asrama dan guru-guru dan kewangan. Manakala, Bahagian C pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu pengetahuan, penglibatan dan pengetahuan untuk melihat apakah keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Keseluruhan data yang diperolehi menunjukan pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menghadapi pelbagai masalah sepanjang mereka tinggal diasrama.

Permasalahan utama adalah berkenaan konsep kendiri, kedua , tingkah laku, ketiga, kerjaya, keempat, kewangan, kelima asrama dan guru-guru dan akhir sekali rakan-rakan kurang memberikan masalah kepada pelajar-pelajar asrama. Data yang dikumpul juga menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan , penglibatan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan keperluan pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang tinggi menunjukan perkhidmatan itu penting di asrama. Oleh itu, pihak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat ditingkatkan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.

11

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 RUJUKAN

American Psychological Association. 1995. Publication Manual Of The American Psychology Association, Fourth Edition. Washington. American Psychological Association Publishing.

Aminah Hashim. 1994. Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah ; Satu tinjauan Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Arthur D.Llyod dan Aminah Hashim. 1987. Bimbingan dan Kauseling di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asfalela. 2003. Pengetahuan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (Aliran Teknik) di daerah Johor Bahru Terhadap Peluang Melanjutkan Pelajaran. Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Malaysia. Skudai, Johor: Universiti Teknologi

Donald, V. 1986. How To Choose A career. London: Kogan Publishing.

Ee Ah Meng. 1989. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Edisi Pertama: Selangor. Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. 2002. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor. Fajar Bakti.

Edisi kedua:

Ginzberg, E. 1951.Occupational Choice. New York and London. Colombia: University Press.

Hassan Langgulung. 1997. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

12

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 Holland, J.L. 1966. Making Vocational Choices. New Jessey: Prentice Hall Inc.

Ibrahim Yaakub. 2003. Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar. Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Issacon, L.E. 1997. Careers Information In Counseling And Teaching. Boston. Allyn & Bacon.

Jaccard.J

dan

Becker

Michel

A.

1983.

Statistic

For

The

Behavioral

Sciences.Second Edition: California.Warsworth.

Kamarudin Kachar. 1989. Pendidikan dan Masyarakat.Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Ke Tiga. 1993. Kuala Lumpur.

Mizan Abdiliah Ahmad Ibrahim. 1987. The Study Of Peer Counseling in Secondary School in Malaysia. Kajian Ilmiah. United Kingdom: University of Wales

Mizan Abdiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mizan

Abdiliah

Ahmad

ibrahim.

1993.

Cadangan

Kerangka

Konsep

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kanseling di Sekolah Rendah.Berita Bimbingan dan Kaunseling.

Mizan Abdiliah Ahmad Ibrahim. 2001. Pengurusan Perkhidmatan Personaliti Murid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Nasir Bistaman. 2002. Keperluan Pelajar Sekolah Menengah Kajian Kes di Hilir Perak. Konferensi Antarabangsa Pertama Pendidikan Guru. Putrajaya.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999.Penyelidikan Pendidikan.Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 2002. Penyelidikan dalam Pendidikan.Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Rahimah Ghazali. 1995. Pembentukan Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roslee Ahmad. 1997. Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Terhadap Para Pelajar Cacat Penglihatan. Fakulti Pendidikan UKM. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selvarajah A/L Rengasamy. 1998. Persepsi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Shanahan,W. 1981.Your Career In Engineering.New York: Area Publishing, Inc.

Sidek Mohd Noah. 1995. Status Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Malaysia. dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan Dasar Pendidikan Malaysia 1995.67-82. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Malaysia.

14

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005 Smith. D. 1974. Preference of University student For counselor Counseling Setting. Journal Of College student Personal..17. 53-57.85

Symons, Mary Latherine. 1977. Opinions Of students, Guidance Teachers and Administration of the Guidance Program in Secondary School in Kuala Lumpur Latihan Ilmiah Tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Suradi Salim. 1994. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kajian Keperluan, Perlaksanaan dan Prospek. Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Akademik.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Trozer T.P. 1976. Perception Of Counselor Performance A Comperative Study in Education Supervision. 16, 126 134.

Tukiman. 1977. Peranan Perkhidmatan Rundingan Cara di Institusi Pengajian Tnggi Kes Pusat rundingan UKM. Latihan Ilmiah yang Tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuraidah Abd Rahman. 1992. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah: Kemana Arah Tuju Kita? Jurnal Pengurusan Pendidikan, (2) 11. 20-34.

Zuraidah Abd Rahman. 1990. Perkembangan Diri Pelajar-Pelajar Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Berita Bimbingan dan Kaunseling. (8)1.

Wan Nur Saliha. 2002. Kedudukan Kewangan Keluarga Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar SPI. Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Islam. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

15

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005

16

You might also like