You are on page 1of 3

3.

LAKARAN DAN LABEL ARENA ACARA LONTAR PELURU


3.1 Kawasan Lontaran Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bulatan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan tersebut. Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar untuk mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk memberi tanda lontaran terbaik bagi peserta yang akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menanda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira 4

setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.

Peserta yang

mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah di antara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

Rajah 1 : Gelanggang Acara Lontar Peluru

3.2

Peluru Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialih dengan spefikasi di atas boleh digunakan. Berat peluru untuk peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bagi peserta remaja begantung kepada umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg manakala bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg. Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.

Rajah 2 : Peluru

Rajah 3 : Syarat-Syarat Peluru untuk Kejohanan 6

You might also like