You are on page 1of 42

Topik 11

Analisis Skor Ujian

Apa maksud analisis item???

Analisis Item
a)Bermakna item ujian dianalisis dari segi pilihan jawapan. b) Analisis item sesuai untuk item-item/soalansoalan aneka pilihan dalam ujian rujukan norma.

Ujian Rujukan Norma(NRT) berbanding Ujian Rujukan Kriteria(CRT)


Matlamat NRT ialah membandingkan prestasi seorang pelajar dengan pelajar lain manakala CRT membandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Kandungan ujian NRT adalah cetek bagi setiap topik iaitu anggaran 2 soalan setiap topik manakala dalam CRT pula mendalam dan banyak soalan.

Analisis Item
a)Dalam soalan UPSR , bagi setiap soalan aneka pilihan terdapat 4 pilihan jawapan. b) Hanya satu sahaja jawapan yang tepat(kunci) manakala 3 lagi pilihan jawapan adalah distraktor/pengacau/jawapan salah c) Misalnya: -------

Analisis Item
Mengapakah cendawan tidak digolongkan sebagai pengeluar dalam rantai makanan dan siratan makanan? A cendawan bukan sejenis tumbuhan B cendawan hidup secara menumpang C cendawan tidak menjalankan proses fotosintesis D cendawan menghasilkan spora

Analisis Item
Mengapakah cendawan tidak digolongkan sebagai pengeluar dalam rantai makanan dan siratan makanan? A cendawan bukan sejenis tumbuhan B cendawan hidup secara menumpang C cendawan tidak menjalankan proses fotosintesis D cendawan menghasilkan spora
Kunci: C ; Distraktor : A, B, D

Apakah tujuan mengadakan analisis item?

Tujuan Analisis Item


a) Memberi maklumat tentang respon pelajar kepada setiap item iaitu memberi maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan tak tahu. b) Menyediakan informasi tentang bagaimana setiap item/soalan berfungsi. Iaitu untuk memperbaiki atau membuang item-item dalam ujian. (hendak menentukan kualiti sesuatu item)

Proses Analisis Item (Dipermudahkan) (Rujukan :Gronlund,1995)


a) Susun skrip-skrip yang telah diperiksa dalam tertib skor yang menurun iaitu dari skor tertinggi kepada yang terendah. b) Seterusnya asingkan skrip-skrip kepada dua kumpulan iaitu tinggi dan rendah. c) Syarat: (i) Jika bilangan pelajar adalah 20 atau kurang , bahagikan dua bilangan berkenaan maka setiap kumpulan terdiri daripada 10 pelajar.

Proses Analisis Item (Dipermudahkan) (Rujukan :Gronlund,1995)


(ii) Jika bilangan pelajar adalah 40 maka penggunaan 25% pelajar bagi mewakili kumpulan tinggi dan rendah masing-masing adalah munasabah. (iii) Bagi analisis yang lebih terperinci, penggunaan 27% bagi mewakili kumpulan tinggi dan rendah adalah dicadangkan

Proses Analisis Item (Dipermudahkan) (Rujukan :Gronlund,1995)


(d) Kemudian kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item. (e) Menilai keberkesanan distraktor dalam setiap item.(keupayaan setiap opsyen yang salah)

Nota Mengira Indeks Kesukaran


(a)Dalam mengira indeks kesukaran, pengiraan adalah berdasarkan kumpulan Tinggi dan Rendah sahaja. (b) Kumpulan sederhana tidak terlibat kerana dianggap mempunyai corak jawapan yang sama. (c) Kaedah menganggarkan indeks kesukaran ini mempunyai kejituan yang munasabah bagi tujuan penggunaan dalam analisis keputusan bilik darjah. (Gronlund, 1995)

Prosedur Menentukan Indeks Kesukaran


a) Indeks kesukaran ialah indeks pelajar menjawab dengan betul. b) Semakin sukar item yang diberi kepada pelajar semakin ramai tidak dapat menjawab dengan betul. c) Biasanya indeks kesukaran antara +0.35 hingga +0.65 boleh diterima. (Menurut Siti Rahaya Ariffin, 2008)

Indeks Kesukaran, p
= Bilangan pelajar menjawab dgn betul (B) Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J) IK = N* N N* : bil. calon ynag menjawab betul N : jum calon yg cuba menjawab item itu

Bagi bilangan calon yang besar, Indeks Kesukaran, p = BT + BR N BT : bil. calon dlm kump tinggi menjawab betul BR : bil. calon dlm kump rendah menjawab betul N : jumlah calon dlm kump tinggi dan kumpulan rendah

Indeks Kesukaran
Peratus pelajar menjawab suatu item tertentu dengan betul
Susah Diterima
> 35% DAN < 65%

Senang

<= 35%

>=65%

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Nilai p

Aras Kesukaran

0.61 hingga 0.80


0.36 hingga 0.60

Item mudah
Item sederhana

0.20 hingga 0.35

Item sukar

Soalan
Kirakan indeks kesukaran bagi soalan berikut

Pilihan

C*

Tinggi

12

Rendah

Soalan
Kirakan indeks kesukaran bagi soalan berikut
Pilihan Tinggi Rendah A 0 0 B 2 1 C* 12 6 D 1 8

p= B/J = 18/30 = 0.60 Ini bermakna 60% dari kelas mendapat soalan ini betul . Pilihan jawapan A patut diubahsuai atau diganti.

Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi ialah indeks yang berkebolehan dalam mendiskriminasikan pelajar berpencapaian tinggi daripada yang berpencapaian rendah.

Indeks Diskriminasi
ID = (T- R)/ N dimana T = bil.pelajar dari kump.Tinggi yang menjawab betul R = bil.pelajar dari kump.Rendah yang menjawab betul N= bilangan pelajar dari kump.Tinggi atau Rendah

Indeks Diskriminasi
a) Indeks diskriminasi terdiri daripada 3 jenis iaitu indeks diskriminasi positif, negatif dan sifar. b) D = + , D= - , D= 0

Indeks Diskriminasi Positif


a) Indeks diskriminasi positif ---- Lebih ramai pelajar yang mendapat jumlah markah yang tinggi memilih pilihan jawapan yang betul berbanding pelajar yang mendapat jumlah markah yang rendah. b) Dalam erti kata lain ramai kumpulan pelajar yang pandai dapat menjawab dengan betul berbanding dengan kumpulan pelajar yang lemah.

Indeks Diskriminasi Positif


c) Indeks diskriminasi positif menunjukkan bahawa item itu mendiskriminasi dalam arah yang sama dengan jumlah skor ujian . d)Oleh kerana kita mengandaikan jumlah skor ujian menggambarkan pencapaian objektif yang ditetapkan oleh guru maka dengan itu kita juga ingin semua item menunjukkan diskriminasi positif.

Indeks Diskriminasi Negatif


a) Indeks diskriminasi negatif ---- Lebih ramai pelajar yang mendapat jumlah markah yang rendah telah memilih pilihan jawapan yang betul berbanding pelajar yang mendapat jumlah markah yang tinggi. b) Dalam erti kata lain ramai kumpulan pelajar yang lemah dapat menjawab dengan betul berbanding dengan kumpulan pelajar yang pandai.

Indeks Diskriminasi Sifar


Indeks diskriminasi sifar ---- Bilangan pelajar dari kumpulan tinggi dan rendah yang telah memilih pilihan jawapan yang betul adalah sama..

Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi


Maklumat bagi setiap item direkodkan dalam bentuk berikut:
Pilihan A B C* D

Tinggi

12

Rendah

Prosedur Menentukan Indeks Diskriminasi


Indeks diskriminasi ialah indeks yang berkebolehan dalam mendiskriminasikan pelajar berpencapaian tinggi daripada yang berpencapaian rendah.

Indeks Diskriminasi
Kirakan ID yang berikut:

Pilihan

C*

Tinggi

12

Rendah

Indeks Diskriminasi
D = (12-6)/ 15 = 6/15 = 0.40 *** Ingat bawa kalkulator semasa peperiksaan.

Persoalan
Yang manakah ID yang sesuai di mana boleh menjamin kualiti sesuatu soalan?

Persoalan
Yang manakah ID yang sesuai di mana boleh menjamin kualiti sesuatu soalan? Sudah tentu ID positif kerana ia menunjukkan ramai kumpulan pelajar yang pandai dapat menjawab dengan betul berbanding dengan kumpulan pelajar yang lemah.

Indeks Diskriminasi
Ada pakar yang menyatakan nilai ID seharusnya sekurang-kurang 0.30 manakala ada kumpulan pakar yang lain menyatakan ID memadai positif sahaja untuk menjamin kemampuan item untuk mendiskriminasi. (Rujukan Kubiszyn T. dan Borich, G, 1990)

Indeks Diskriminasi
Indeks Diskriminasi, D 0.40 dan ke atas 0.30-0.39 0.20-0.29 0.19 dan ke bawah Penialain Item Sangat baik Baik Marginal/perlu diperbaiki Lemah, tidak boleh diterima atau disemak semula

Rujukan: Ebel et.al.(1991)

Indeks Diskriminasi
Taburan Skor Pelajar Mengikut Pencapaian

30
20 10 0
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Ujian Susah

UjianNorrmal

Ujian Mudah

Indeks diskriminasi sebanyak 0.3 dan keatas dianggap baik dan melebihi 0.6 adalah sangat baik. Nilai mendekati 0 bermakna kebanyakan pelajar mempunyai pencapaian yang sama untuk item berkenaan. Indeks tidak seharusnya bernilai negatif.

Panduan
Jadual berikut boleh dijadikan sebagai garispanduan dalam menentukan samada sesuatu item harus dibuang , dibaiki atau disimpan dalam bank soalan
Indeks Diskriminasi (D) D =< 0% 0% < D < 30% Indeks Kesukaran
Tinggi (Susah) Sederhana Rendah (Senang)

buang baiki

buang ok

buang baiki

D >= 30%

baiki

ok

baiki

Keberkesanan Distraktor
Distraktor yang baik haruslah menarik perhatian lebih ramai pelajar daripada kumpulan rendah berbanding tinggi.
Oleh yang demikian distraktor harus berperanan mendiskriminasikan pelajar kumpulan tinggi dan rendah dalam cara yang bertentangan seperti mana peranan kunci. Misalnya: Pilihan A B C* D

Tinggi

12

Rendah

Keberkesanan Distraktor
Kunci , C : Item ini berjaya mendikriminasi pelajar cemerlang dan lemah kerana bilangan pelajar cemerlang yang memilih jawapan betul melebihi pelajar lemah . (D +ve) Opsyen A dikatakan tidak berfungsi kerana tidak menarik sebarang pelajar untuk memilih jawapan berkenaan. Maka opsyen ini perlu diganti dengan opsyen lain yang sesuai

Keberkesanan Distraktor
Opsyen B dikatakan lemah kerana ia menarik lebih ramai pelajar daripada kumpulan tinggi berbanding kumpulan rendah. Ini mungkin timbul daripada kekaburan atau perrnyataan dalam item yang kurang jelas untuk memilih jawapan berkenaan Maka dengan itu opsyen ini perlu diubahsuai.

Keberkesanan Distraktor
Opsyen D dikatakan berfungsi seperti yang dikehendaki kerana ia menarik lebih ramai pelajar lemah berbanding cemerlang.

Latihan
Item 15 Item 16 Item 17 Kumpulan Tinggi Rendah Kumpulan Tinggi Rendah Kumpulan Tinggi Rendah A 3 0 A 3 1 A 0 0 B* 4 10 B 4 4 B 1 1 C 3 2 C 2 4 C* 12 6 D 5 3 D* 6 6 D 2 8

Kira IK dan ID bagi setiap item di atas, manakah item-item yang sesuai/dibuang dan bagaimana fungsi distraktor serta penerangan??

You might also like