You are on page 1of 3

MINGGU 12

Penggredan Dan Prosedur Pelaksanaan Penilaian Berasakan Sekolah (PBS)

Penggredan Pencapaian dalam PBS akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah: i. ii. iii. iv. Kehadiran pelajar dalam PBS. Menyempurnakan tugasan (dinilai oleh pensyarah)/ Portfolio individu Laporan Perkembangan Pelajar.

Prosedur Pelaksanaan PBS a. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) b. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar. c. IPGM akan memaklumkan / memberik taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah. d. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar. e. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar. f. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi. g. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.

MINGGU 12
PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: Kerja kursus / PEKA Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

A. Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan dokumen pentaksiran LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

B. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: 1) Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,

penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. 2) Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

MINGGU 12
3) Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. 4) Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. 5) Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 6) Pelaporan positif. 7) Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah : Daya kreatif contoh; mereka cipta, melukis. Kemahiran proses sains contoh; memerhati, membuat inferens. Perlakuan dan amalan nilai contoh; membantu, berdikari. Sikap contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja. Kesihatan dan kecergasan contoh; sihat, cergas dan aktif. Kemahiran kinestetik contoh; bersukan, bergerak secara kreatif. Bakat dan minat contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

You might also like